Episode 14

Adventure Series 25852

episode 14 - eyka_aqua

Sambungan episode lepas.

Masih di kafe Riano,

Dimana sekumpulan lelaki elit dari Sekolah Elit Matahari menyahut cabaran dari kumpulan Arsh untuk menjawab soalan Sains dan Pengiraan Matematik Angkasa akan tetapi cikgu Bess muncul disaat pertandingan ingin berlangsung.

========

"Kenapa cikgu ada dekat sini?" Ujar mereka serentak.

"Oh! Saya saja-saja jalan dekat kawasan sini. Saja ambik angin. Bila saya lalu depan kafe ni saya terdengar diaorang bercakap sesama sendiri pasal pertandingan ni. Jadi saya saja datang terjah." Jawab Cikgu Bess.

“Terjah?” Sabrina mengerut dahi.

“Cikgu pun datang nak rasa kopi mokakan sebab cikgu dengar perbualan kami dekat luar pejabat cikgu, kan?” Teka Arsh.

“Hahahaha.. Pelajar cemerlang. Betullah tu..”

"Hoi! Jangan abaikan kami macam tunggul disini!" Salah seorang pelajar lelaki tersebut meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

"Oh? Maaf." Serentak mereka berempat berkata.

"Saya suruh berhenti bukan kerana soalan itu tidak wajar di jawab atau apa. Saya suruh kamu berhenti sebab saya nak senserkan jawapan yang dijawab oleh Sabrina sebelum ni." Terang cikgu Bess.

"Senserkan jawapan?" Tanya salah seorang dari kumpulan tersebut.

"Yup~" kata cikgu Bess sambil mengaktifkan pentagram atas buku tersebut, kemudian semua jawapan pada buku tersebut tidak nampak oleh mereka semua.

"Kenapa cikgu senserkan?" Tanya ketua pelajar tersebut dalam keadaan tak puas hati.

"Saya senser bukan kerana nak tutup fomula tapi supaya kamu semua tak konfius dengan jawapan yang dibuat oleh Sabrina. Lagi satu setiap soalan tersebut mengunakan fomula sama tapi langkah untuk menjawab setiap soalan adalah berbeza." Terang cikgu Bess sambil mengaktifkan pentagram disetiap sekumpulan pelajar tersebut dan muncul lima helaian kertas.

"Apa ni?" Mereka mengangkat kertas yang diberi oleh cikgu Bess.

"Fomula." ringkas penerangan Las berikan.

"FOMULA?!" Mereka terkejut.

"Fomula sama tapi langkah boleh untuk menggunakan fomula tersebut ada 15 cara." Terang Arsh.

"Setiap soalan tersebut memerlukan langkah penggunaan fomula yang berbeza. Jika menggunakan langkah yang sama sahaja jawapan tersebut akan dapat jawapan yang salah atau tidak mendapat jawapan." Sambung Arsh lagi.

"Woah~ format betul kau Arsh." usik Las.

"Hahahaha. Tak adalah aku terhafal penerangan yang cikgu bagi masa subjek cikgu kita tu."

"Baiklah kamu semua boleh menggunakan kalkulator bulan atau kalkulator meteor untuk mengira. Masa diberikan hanya dua jam untuk menjawab." cikgu Bess menyampuk perbualan Las dan Arsh.

"Kami tak perlukan masa sampai 2 jam untuk menjawab kalau lelaki ni boleh jawab hanya dalam masa 20 minit sahaja." Cakap salah seorang dari kumpulan pelajar lelaki tersebut.

Cikgu Bess tersenyum kecil dengan perkataan yang dituturkan oleh mereka. Angkuh sungguh.

"Belum cuba, belum tahu." Cikgu Bess bermonolog bersendirian.

"Baiklah kamu boleh mula sekarang."

Semua pelajar elit tadi terus membuka buku tersebut dan mula mengira. Suasana sekeliling menjadi sepi memerhatikan mereka menjawab.

Muka mereka berkerut kecil untuk menjawab soalan tersebut. Soalan berbelit!

Manakala Arsh, Las, Sabrina dan Cikgu Bess..

Mereka kembali ke meja mereka tadi.

"Kenapa cikgu boleh ada dekat sini sebenarnya?" tanya Arsh.

"Saya tak rasa cikgu datang sini secara kebetulan atau dengar perbualan kami yang saya perkataakan tadikan?." Teka Arsh lagi.

Cikgu Bess ketawa kecil lalu bermonolog.

“Kau masih tajam macam dulu..”

Cikgu Bess memetik jari sebelum mula berbicara. Kawasan mereka diselebungi kabus hingga tidak nampak apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka bertiga tertanya apa yang cikgu Bess aktifkan.

"Kabus kalis suara." Cikgu Bess menjawab soalan dikepala mereka.

"Kabus ni hanya kita nampak tapi tak pada orang lain. Mereka nampak kita biasa-biasa sahaja. Cikgu aktifkan kabus ni sebab tiada suara yang mampu menebusi atau tembusi kabus ni." Sambung cikgu Bess.

"Baiklah cikgu teruskan. Tak apakan saya bahasakan diri saya cikgu?" Tanya cikgu Bess meminta kepastian.

Mereka mengangguk kepala.

"Jadi apa perbincangan kita?" Arsh mula menanya.

"Nah! Jadual kamu untuk cuti musim panas ni." Cikgu Bess menghulurkan dua keping kertas kepada Arsh dan Las. Mereka menyambut.

“Bukan kami dah dapat ke tadi jadual?” Ujar Las sambil memandang kertas tadi.

Mereka membaca isi kandungan yang tertulis pada kertas tersebut dan memandang semua cikgu Bess yang sedang bermesra dengan Sabrina.

"Wah!! Sedap!" puji cikgu Bess sambil menyuap sedikit kek marina yang tinggal separuh kerana dimakan oleh Sabrina.

"Kan! Macaroon Ros ni pun sedap tau cikgu!" Mata Sabrina bersinar.

"Eh? Meh sikit." Kata cikgu Bess. Sabrina menghulur seketul macaroon rosnya kepada cikgu.

Sebaik sahaja macaroon tersebut selamat masuk kedalam mulut cikgu Bess, terus wajahnya berubah gembira.

"Aaaaahhh!!! Sedap!!" Puji cikgu Bess sambil menghabiskan macaroon ros tersebut.

Las dan Arsh hanya memerhati tingkah laku mereka berdua tanpa sebarang bicara. Mulut mereka tergangga. Mereka berdua ini macam ayah dan anak perempuan.

"Nak rasa air ais gunung 3 layer tu." Cikgu Bess menunjuk jari ke arah minuman Sabrina sedut sebentar tadi.

"Ah! Nah." Sabrina menghulur minumannya dengan senyuman diwajah.

"Cikgu rasa sikit eh?" Sabrina mengangguk kepala memberi lampu hijau.

Sebaik sahaja cikgu Bess mahu memasukkan penyedut minuman ke dalam mulutnya terasa kaki kanannya dihentak kuat dengan sesuatu. Cikgu Bess menahan sakit sambil memandang Arsh yang menampung dagunya dan memandang ke arah kanan dan bukan ke arahnya.

"Kenapa cikgu?" Sabrina menanya kerana pergerakkan cikgu Bess terhenti.

Cikgu Bess memandangnya Sabrina dengan senyuman dan mengeleng kepalanya lalu menyambung semula aktivitinya yang tergendala tadi.

Sekali lagi kaki kanannya di hentak dengan kuat dan kali ini kaki kirinya juga dihentak dengan kuat. Cikgu Bess memandang ke arah Las dan Arsh yang berwajah tenang sambil menghirup kopi mereka. Cikgu Bess tersenyum kecil walaupun kakinya dihentak dengan kuat. Cemburulah tu.

"Nah Sabrina."

"Kenapa cikgu tak minum?"

"Kalau cikgu minum terasa nyawa cikgu akan melayang kejap lagi."

"Hahahaha. Ni air lah cikgu bukan racun." Sabrina ketawa dengan kenyataan cikgu Bess.

"Ya tapi ada orang cakap rasa air ni racun." Cikgu Bess ketawa kecil.

"EH?!" Sabrina terkejut.

“Racun?!”

“Ya!”

“Sejak bila jadi racun?” Muka Sabrina pucat. Mana tidaknya da sudah menghirup air tersebut sehingga tinggal separuh gunung.

"Racun hati."

"Racun hati?"

"Aah."

"Maksudnya?"

"Adalah orang tu tengah rasa racun tu." Kata cikgu Bess dengan wajah tenang.

Sabrina tak faham apa yang diperkatakan oleh cikgu Bess.

"Jadi itu sajalah yang cikgu Bess nak perkatakan?" sampuk Arsh sambil mengirup kopi mokanya.

Cikgu Bess membetulkan kedudukan spek matanya.

"Aah. Tu je sebenarnya. Jadi cikgu minta diri dulu." Cikgu Bess bangun dari tempat duduknya.

"Eh?! Nak balik dah? Baru nak minta cikgu makan sekali." ucap Sabrina sambil menarik baju cikgu Bess.

"Maaf. Cikgu kena siapkan laporan untuk mesyuarat esok." Cikgu Bess menolak pelawaan Sabrina.

Sabrina sedih dengan kenyataan cikgu Bess.

Cikgu Bess mengusap kepala Sabrina.

"Mereka dua lapar sebenarnya tu. Apa kata kamu suap mereka? Pasti mereka gembira." kata cikgu Bess sambil menunjuk kearah Arsh dengan Las dengan ibu jarinya.

Sabrina beralih ke arah mereka berdua. Mereka berdua hanya memandangnya tanpa bicara.

Cikgu Bess merapatkan wajahnya ke telinga Sabrina. Arsh dan Las saling memandang satu sama lain.

Wajah Sabrina tiba-tiba menjadi sangat merah dan cikgu Bess mengusap kembali rambut Sabrina sebelum berlalu pergi.

"Apa yang mereka bisikkan?!" Hati Arsh dan Las serentak berbicara.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience