H17

Crime Series 45700

"Abang.. apa ni? Takkan tiba-tiba nak kahwin dengan Fika?"

Ezreen menghampiri abangnya yang berdiri ditepi jendela yang terbuka luas.

Semalam bila dia tahu Ezhar nak berkahwin dengan Dafika, segera Ezreen mengikuti papanya turun ke kampung.

Telinga tak puas hati selagi tak dengar sendiri dari mulut abangnya.

"Reen kan abang dah cerita hal sebenarnya."

Ujar Ezhar sambil menghembus asap rokok keluar jendela.

Dia dah agak, Ezreen akan menghalang.

"Tapi bukan salah abang kan.. Abang tak perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Boleh je abang bagi nafkah pada budak tu tanpa berkahwin dengan Fika."

Cadang Ezreen lagi. Masih tak puas hati.


Rokok yang baru setengah batang dihisap, Ezhar tenyeh di bingkai jendela kayu untuk mematikan bara.

Wajah Ezreen dibelakangnya dipandang.

"Reen.. benda ni bukan perkara main-main. Ini semua melibatkan maruah."

"Kalau ada maruah takkan perempuan tu tergamak nak serah tubuh dia pada abang."

Laju Ezreen menepis kenyataan Ezhar tanpa sedikit pun perduli perasaan Dafika yang berada didalam bilik.

Dia pun tak pasti wanita itu dengar atau pun tidak, tapi jika Dafika terdengar. Lagi bagus! Urg!

"Ini semua bukan salah Fika. Abang pun bersalah. Takkan abang nak biarkan je perkara macam ni."

Hujung mata Ezhar turut melirik kepada kamar Dafika yang tertutup rapat. Harap wanita itu tidak mendengar perbualan mereka.

"Abang... dari awal lagi Reen dah nampak, Fika tu tak habis-habis nak goda abang.. mentang-mentanglah..."

"Reen.. kalau Reen tak tahu kisah sebenar, jangan menuduh. Berdosa besar kalau kita memfitnah sesuatu yang masih tak pasti"

Hajah Salhah memangkah lembut sindiran cucu perempuannya.

Sedar lah dia kini yang Ezreen memang tak suka kan Dafika.

"Wan.. kenapa wan tak habis-habis nak sebelah Fika? Reen ni cucu Wan tahu tak. Dan Abang Har, abang kandung Reen. Reen cakap ni sebab Reen nak protect abang Har, Reen taknak abang Har tersilap langkah lagi.Lagipun abang Har berhak mendapat yang lebih baik"

"Protect? Habis tu selama 7 tahun Har kat penjara, pernah Reen melawat dia?"

Soal Hajah Salhah mematikan ayat cucu perempuannya.

"Err.. bukan Reen taknak melawat tapi papa..."

"Sudah lah... kita nak bincang elok-elok kan.. Tak payah ungkit benda yang dah lepas. Sekarang ni kita bercakap pasal Ezhar dan Dafika."

Haji Bohari pula masuk jalan, tak mahu perkara lain terlibat sekali.


Ezreen merengus seraya menyilang lengan didada.
"Terpulang.. Yang penting Reen memang tak setuju!"

Haji Bohari hanya menggeleng kepalanya ketika melihat reaksi Ezreen. Keras kepala!

"Kau pulak Is, Apa keputusan kau?"

Pandang Haji Bohari ditala kepada anak pula meminta jawapan, Lelaki itu kemudian mengamit pandang kearah Ezhar.

"So Har dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Fika?"

"Mmmphhmm..."

Acu tak acu jawapan Ezhar kepada papanya. Mata dihala keluar tingkap.


Tan Sri Iskandar memandang pula kepada ayahnya.
"Ayah setuju ke?"

"Aku ni memang berkenan sangat dengan Fika, kitaorang bela dia dari dulu. Apa yang dah Dafika lakukan itu semua dah lepas, Kita tak berhak nak mengambil kerja tuhan untuk menghukum. Tapi jika kau tak setuju, terpulang pada kau. Kau bapa dia. Kau lebih berhak pada Har."

Panjang Haji Bohari menjawab seraya melirik kearah cucu lelakinya.

"Atok... Har tak perlukan keputusan dari Tan Sri untuk berkahwin dengan sesiapa."

Sinis kata-kata Ezhar membuatkan semua mata memandang kepadanya.


Hah! Keras betul hati kau Har!

Hati Tan Sri Iskandar bagai disiat dengan kata-kata anaknya.

"Har.. hormat sikit papa Har.."

Hajah Salhah menembak lembut.


"Har... Papa tak kenal sangat dengan Fika, tapi kalau Atok dan Wan Har takde larangan. Papa ikut je, sebab papa tahu pilihan Atok dan Wan adalah pilihan terbaik untuk Har."

"Papa!"

Ezreen menjerit, sakit hatinya mendengar persetujuan papanya itu.


Tan Sri Iskandar menyandarkan belakangnya ke kusyen. Mata rapat memandang anak perempuan yang masih berdiri bersebelahan Ezhar
"Reen... Abang Har lelaki, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dia dah lakukan. Reen sepatutnya berbangga bila Abang Reen sendiri berani untuk hadapi kenyataan. Bukan macam papa.."

"Apa maksud papa?"

"Sudah lah... Papa Reen dah setuju. Har pun dah setuju. Reen sebagai adik kena bagi semangat dan doakan kebahagiaan Har. Semua orang buat silap Reen.. Dan semua orang diberi pengampunan di sisi Allah. Bagi peluang untuk Har dan Fika bersama. Insha Allah mungkin ini jodoh terbaik untuk mereka berdua."

Kali ni Hajah Salhah memotong kata anak dan cucunya. Tak mahu kisah Iskandar diungkit lagi.


Ezreen merengus kuat sebelum menarik muncung dan memberi jelingan yang maha hebat kepada Ezhar.

Nampaknya peluang untuk menjadi adik ipar kepada Harwana takkan tercapai.

Fika! aku takkan biarkan kau terus bersama dengan abang Har!

"Har.. Bila cadangan nak bertunang? Atau korang nak kahwin je terus?"

Tan Sri Iskandar bersoal setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Har cakap dengan mak semalam, kalau semua dah setuju, dia akan cepatkan majlis ni. Taknak bertunang. Terus kahwin je."

Belum sempat Ezhar menjawab, Hajah Salhah sudah membuka mulut. Walhal dia sendiri tahu tak mungkin Ezhar akan menjawab pertanyaan ayahnya.

"Elok lah tu, sama-sama dah setuju, tak perlu nak tunggu lagi. Nanti papa akan masukan duit untuk perbelanjaan kahwin Har."

"Tak payah susah. Duit simpanan saya masih ada. Lagipun bukan nak buat grand macam anak Tan Sri yang lain. Setakat bayar duit tok kadi dengan bagi makan orang kampung je. Dah cukup"


Sinis jawapan Ezhar membuatkan Tan Sri Iskandar kembali mengendurkan bahu.

"Har... Har anak pertama papa, dan ini kali pertama papa nak sambut menantu. Apa salahnya papa tolong Har. "

Keras sedikit kenyataan Tan Sri Iskandar pada anaknya.

Perangai Ezhar tak ubah macam Haji Bohari. Dulu pun Iskandar mati-mati mahu membantu ayahnya untuk memberi rumah dibandar. Haji Bohari tolak, kereta Toyota Vios yang diberi 2 tahun yang lepas pun masih berkumbu didalam plastik dan hanya terpakir dihadapan rumah.

Motorsikal HondaC70 yang dah bunyi macam motorbot tu jugak dibawa kehulu kehilir.

Tapi saat ni Tan Iskandar sedar, Ezhar menolak pertolongannya adalah kerana dendam yanv masih terpalit dalam diri lelaki itu.

"Har...sudah lah tu... Kita berkumpul ni nak bincang elok-elok. Yang penting sekarang Har dah dapat restu dari papa Har. Insha Allah Wan doakan Har bahagia dengan Fika."

Sekali lagi Hajah Salhah cuba merungkai ketengangan anak beranak dihadapanya.


Masing-masing diam bila yang tua bersuara.

Rasa hormat itu masih ada walaupun dalam hati memberontak kuat.

*****

"Kalau takde anak kau kat sini, susah kau nak jenguk aku Is."


Seusai berbincang didalam rumah, Haji Bohari bersama Tan Sri Iskandar duduk di pangkin. Banyak yang ingin dia bicara bersama anak lelakinya.

"Ayah... ayah pun tahu kan, Har bukan suka dengan Is, Ini pun Is balik sebab Reen bagi tahu Har nak kahwin."

"Is.. aku ni sebenarnya taknak masuk campur urusan kau dengan anak kau, Tapi baru ni Har bukak rahsia pasal kau ada perempuan lain. Betul ke?"

Soal Haji Bohari lagi.


Tan Sri Iskandar hanya tunduk
"Betul ayah, Tapi tu kisah lama, Is dah taubat. Is menyesal ayah. Hanya Har je yang tahu cerita sebab tu sampai sekarang dia bencikan Is."


"Nasib baik Har sorang je yang tahu, dia pun tak bukak mulut bercerita pada Reen.. Kalau anak perempuan kau tahu macamana?."

Haji Bohari terus mengugut, sedikit geram dengan perbuatan anaknya.

"Tolong lah ayah, jangan bagi tahu Reen. Is dah tak buat lagi. Perkara tu dah lama. Is berhubung dengan perempuan tu dah lama, dan Is berkahwin dengan dia secara sah."

"Apa?! Jadi kau ni ada bini dua lah?"

Serentak sepasang mata kedut Haji Bohari menikam wajah Tan Sri Iskandar.

Marah betul dia!

"Ye ayah.. memang Is berhubung dengan dia secara tak sah, tapi lepas tu kami berkahwin di Thailand. Namun hanya 3 tahun sahaja bertahan sebelum dia mintak cerai. Beberapa tahun yang lepas Is jumpa dia semula, masa tu kami dah takde hubungan apa-apa. Tapi Har salah sangka."

Terang Tan Sri Iskandar lagi. Dia pun rasa sesak bilamana terpaksa menyimpan perkara ni seorang diri dan terlalu lama.

"Siapa pun akan salah sangka kalau kau buat perkara yang membelakangkan semua."


Tan Sri Iskandar mengangguk faham dengan kata-kata ayahnya. Tak mampu lagi untuk menjawab.

"Jadi sekarang mana bekas bini kau?"

"Dia meninggal 2 tahun selepas arwah mama Har meninggal. Is tak tahu apa punca."

Jawab Tan Sri Iskandar sebelum menghela nafas.

"Dah tu kau ada anak tak dengan dia?"


Kali ni Tan Sri Iskandar menggelengkan kepala dengan soalan ayahnya.

"Aku ni tak tahu lah, apa sebenarnya salah aku sampai keturunan aku buat perkara terkutuk macam ni. Kau ada perempuan lain. Ezhar pula berhubung dengan Fika sampai lahir anak tak sah."

"Betul ke budak tu anak Har, ayah?"

Soal Tan Sri Iskandar setelah mendengar ayahnya merengus sedikit. Sedang dia sendiri pun masih tertanya-tanya kenapa perkara ni diketahui secara tiba-tiba.

"Masing-masing dah mengaku, dan Har pula mati-mati nak bertanggungjawab, Aku tak halang. Dan aku suka bila Har buat keputusan untuk menjaga Dafika dan anak dia. Cuma aku harap, takde lagi keturunan aku yang berperangai macam kau dan Har."

Sindir Haji Bohari tepat kepada anak lelakinya. Dan lelaki itu hanya tunduk tanpa mampu memandang tajam renungan ayahnya.

Tak banyak yang mereka borakan dan ketika telefon bimbit Tan Sri Iskandar berbunyi, Haji Bohari berlalu pergi meninggalkan anaknya di pangkin.

Bukan dia tak tahu anak lelakinya itu memang sibuk dengan perniagaannya sendiri.

"Hello Wana.. anything."

Tan Sri Iskandar menjawab panggilan namun matanya masih melirik belakang Haji Bohari yang dah jauh meninggalkan dia.

"Sorry to disturb you tan sri, I dah dapat information pasal anak Kamelia."

Suara dihujung sana menjawab hormat.

"It is? you tahu dia kat mana?"

Soal Tan Sri Iskandar lagi. Kaca mata putih yang melurut, dinaikkan kembali.

"So far i belum reach lagi location dia,but as i know dia masih hidup."


Tan Sri Iskandar mengangguk faham, walaupun dia sedar tiada siapa yang nampak reaksinya.
"Thanks Wana.. Later you dah jumpa then follow up lagi dengan i"

"Okay tan sri."

Suara di talian sana terus menuruti arahan.

"Oh! one more thing.. I nak you check untuk I. Who is Dafika Awanis?"

"Dafika Awanis? Err.. bukan ke dia tinggal dengan Wan dan Atok?


Tan Sri Iskandar agak pasti suara dihujung talian mesti sedang mengerutkan dahi mendengar arahanya lagi.
"Yes. Dafika Awanis, perempuan yang tinggal bersama mak dan ayah i. And she going married with my son. I nak you check siapa dia sebenarnya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience