Rate

Bab 17 Pandangan Keluarga

Drama Completed 203285

Jam menunjukkan sudah pukul 2.30 petang. Kelihatan kereta yang di pandu oleh Haziq masuk ke dalam pangar rumah pasangan suami isteri Rahim dan Samsiah. Rahim dan Samsiah gembira melihat anak bujangnya itu sudah pun sampai dari kampung. Samsiah dan Rahim berada di kazebo di halaman rumah. Samsiah pergi ke arah Haziq yang sudah pun keluara dari kereta. Sambil menolak kerusi roda suaminya ke arah Haziq.

Melihat kedua orang tuanya datang mendekatinya. Haziq segera menghulurkan tangannya untuk menyalami kedua orang tuanya itu. Selesai menyalami kedua orang tuanya, Haziq memegang kerusi roda yang diduduki oleh abahnya dan menolak masuk ke dalam rumah. Samsiah berjalan beriringan dengan Haziq masuk ke dalam rumah.

"Macam mana keadaan Wan dan Mak Su dekat kampung?" Tanya Rahim ayah Haziq.

"Alhamdulillah,Wan dan Mak Su sihat je. Cuma Wan tu tenaga dia tak kuat macam dulu" Jawab Haziq sambil berjalan menolak kerusi roda abahnya itu ke arah ruangtamu.

"Iyalah,Wan pun dah berumur mana nak kuat dah. Ayah ni muda pada Wan pun dah tak boleh nak uruskan diri sendiri." Kata Rahim dengan nada sedih.

"Suatu hari nanti abah mesti akan sihat seperti dulu lagi.Haziq yakin tu." kata Haziq cuba meredakan kesedihan di hati abahnya.

"Betul kata Haziq tu,abang pastikan akan sembuh dari penyakit ni". Samsiah mengiakan kata-kata Haziq.

" Iya lah, abah beruntung dapat isteri dan anak yang bertangungjawab"Kata Rahim sambil mengukir senyuman di bibirnya.

" Ini semua memang sudah kewajiban ayang dan anak-anak. Abang jangan risau ayang akan sentiasa berada di sisi abang tak kira apa pun yang terjadi"Kata Samsiah sambil tangannya mengegam tapak tangan suaminya itu.

"Oh lupa la,Mak Su ada bagi ikan perkasam tadi sebelum balik. Tertinggal dalam kereta la pula. Wan dan Mak Su kirim salam dekat abah dan mak...Haziq nak pergi ambil ikan perkasam dalam kereta sekejap" Kata Haziq sambil mula berjalan keluar menuju ke arah keretanya.

"Waalaikumusalam" Kata Rahim dan Samsiah menjawab salam yang disampaikan Haziq. Sambil mata memerhatikan anak bujang mereka tersebut berjalan keluar menuju ke arah kereta. Untuk mengambil ikan perkasam yang diberikan oleh Mak Su.

Malamnya selesai makan malam Haziq dan kedua orang tuanya bersantai di ruangtamu sambil menonton tv.

"Haziq,macam mana perempuan pilihan kamu tu. Ada gambar tak,kalau ada mak dan abah teringin nak tengok".Kata Samsiah pada anak bujang itu.

" Ada je dekat dalam galeri telefon Haziq".Kata Haziq sambil mula mencari gambar Izara di dalam telefonnya. Setelah itu Haziq menunjukkan kepada kedua orang tuanya.

Samsiah dan Rahim agak terkejut melihat gambar yang ada didalam telefon Haziq.Kerana semua gambar Izara dengan wajah comot dan tangannya agak di penuhi dengan minyak hitam. Dan semua gambar Izara sedang melakukan kerja membaikki motor di bengkel motor Pak Ngah. Semua gambar tersebut sepertinya ditangkap secara senyap-senyap tanpa di ketahui oleh Izara.

"Perempuan ni kerja mekanik dekat bengkel motor ya" Kata Rahim sambil memadang pada telefon pintar anaknya itu.

"Ya,dia kerja mekanik di bengkel bapa saudara dia." Kata Haziq mengiakan.

"Oo,jarang ada perempuan nak buat kerja kotor macam ni. Abah rasa dia perempuan yang hebat. Pandai kamu pilih".Kata Rahim agak kagum dengan bakal menantunya itu.

"Mak pun setuju dengan abah kamu tu. Tak sabar mak nak jumpa dengan bakal menantu mak ni. Berapa umur dia, nama dia apa?" Tanya Samsiah ingin tahu.

"Nama dia Izara Humaira, umur dia tahun depan baru nak masuk 18 tahun." Kata Haziq sambil tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa! Mudanya lagi...Kiranya Izara ni baru habis SPM la. Tapi tak sangka muda-muda dah kerja" Kata Samsiah mak Haziq.

"Untung la kamu dapat pujuk muda. Agak jauh juga jarak umur kamu dengan dia.Tapi abah tak kisah asal kamu suka,abah ikut je pilihan kamu" Kata Rahim sambil memadang pada anaknya itu.

"Bagus la kalau mak dan abah boleh terima dengan pilihan Haziq." Kata Haziq dengan mengukir senyuman lega.

"Yang nak melalui alam rumah tangga adalah kamu dan bakal isteri kamu. Jadi pilihan di tangan kamu sendiri. Mak dan abah tak boleh nak masuk campur dalam urusan pilihan kamu tu. Kami hanya boleh berdoa supaya rumah tangga yang kamu bina nanti akan berkekalan dan bahagia" Kata Samsiah.

Lebih kurang dalam pukul 10.00 malam Haziq membantu menolak kerusi roda abahnya ke dalam bilik tidur. Selepas meletakkan abahnya diatas katil Haziq keluar dari bilik orang tuanya itu. Haziq berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. Sementara bilik Rahim dan Samsiah berada di bawah sahaja.

Masuk ke dalam biliknya Haziq membaringkan badannya di atas katil.Sambil tangannya mula melihat ke arah telefon pintar kepunyaannya.Haziq membuka galeri telefonnya itu. Ia tersenyum melihat wajah Izara yang agak comot terkena minyak hitam.

"Kau gadis yang luar biasa tidak ada makeup di wajah mu. Makeup mu hanyalah minyak hitam. Tangan mu tidak ada bau losen seperti gadis lain. Tapi tangan mu penuh dengan losen hitam yang sangat menarik. Aku kagum dengan kau Izara,kau lain dari perempuan yang banyak aku kenali. Mungkin rasa cinta ku pada mu belum lagi sehebat cinta pertamaku dahulu. Tapi aku akan cuba untuk mencintai mu secara perlahan-lahan." kata mulut Haziq pada dirinya sendiri.

Bangun pagi selepas menunaikan sembahyang subuh. Haziq bersiap memakai pakaian kerja nya. Siap berpakaian Haziq keluar dari biliknya menuju ke meja makan untu sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.

Kelihatan kedua orang tua Haziq sudah berada di meja makan. Haziq menarik bangku lalu melabuhkan punggungnya di bangku tersebut.

"Kamu tengahari ni balik makan tak?" Tanya Samsiah pada anaknya itu.

"Tengahari ni Haziq tak boleh nak balik makan dengan mak dan abah. Sebab Haziq kena pergi tengok projek yang agak jauh. Tapi Haziq janji petang nanti Haziq akan balik awal" Kata Haziq sambil tangannya mengambil pingan yang sudah di isi dengan mee goreng.

"Baiklah, malam nanti boleh kita sembang lagi mengenai bakal isteri kamu tu. Apa nama dia... Izara kan nama dia." kata Samsiah pada anaknya itu.

"Yalah" Kata Haziq.

Selepas selesai memakan sarapan pagi Haziq pun berangkat ke tempat kerja.Rahim dan Samsiah memerhatikan kereta yang dipandu anaknya itu hilang dari pandangan mata. Barulah Mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience