*7 Julai 2011*
*Semakin hari aku merasakan diri ini teramat lemah. Ubat penahan sakit sedikitpun tidak memberikan kesan buatku. Dalam kepayahan aku meminta pertolongan Pak Mat, driver suamiku supaya menghantarkanku ke hospital berdekatan. Hanya Allah yang tahu akan perasaan ini, aku merasakan dunia sedang berpusing-pusing di atas kepalaku. Kata doktor aku menghidapi kanser servik dan keadaanku masih boleh di rawat. Doktor mengesyorkan aku untuk melakukan pembedahan bagi mengelakkan kanser tersebut merebak ke seluruh tubuhku.
*Aku pulang ke rumah dalam keadaan diriku masih belum bersedia untuk mengkhabaran berita ini buat suami dan anak-anakku. Suamiku pulang ke rumah dengan membawa berita gembira kerana hasil titik peluhnya kini dia berhasil mengembangkan syarikat konsultan miliknya sendiri. Angah juga pulang membawa berita gembira kerana dia terpilih untuk menyertai pertandingan hafazan peringkat daerah. Sakinah juga membawa perkhabaran bahawa dia mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR. Aku begitu berFaww ur dan gembira dengan kejayaan mereka. Tak mungkin kegembiraan mereka itu aku raguti dengan masalh kesihatanku.
*30 November 2010*
*Hari ini merupakan hari bersejarah buat suamiku diatas kejayaannya dalam membangunkan syarikat sendiri. Hari ini adalah merupakan majlis perasmian syarikat cawangannya di Kuala Lumpur. Kata suamiku, dia ingin mengembangkan khidmat konsultannya dalam bidang IT ke seluruh Malaysia. Suamiku membawa kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur dan di sana dia telah membeli sebuah rumah teres untuk kami sekeluarga tinggal setiap kali datang ke Kuala Lumpur.
*Pada malamnya, kami sekeluarga mengadakan majlis kesyukuran dan tahlil bersempena kejayaan suami dan anakku Sakinah yang memperolehi 5A di dalam peperiksaan UPSR. Majlis berjalan dengan lancar dengan izinNya. Suamiku menyatakan bahawa dia ingin membawa kami sekeluarga mengenali Bandar Kuala Lumpur sepanjang cuti sekolah. Anak-anakku sungguh gembira dengan janji ayah mereka kerana mereka tahu ayah mereka tidak pernah memungkiri janji.
**
*5 Disember 2010*
*Seperti yang di janjikan suamiku membawa kami sekeluarga mengenali Bandar Kuala Lumpur. Dia membawa kami menaiki KTM Komuter dari KL Sentral ke KLCC. Anak-anakku gembira kerana mereka berpeluang melawat ke Petrosains dan dapat membeli belah di Kedai Buku Kinokuya yang merupakan kedai buku terbesar yang terdapat di dalam KLCC.
*Suamiku juga tidak melepaskan peluang membawa kami ke Masjid Negara untuk bersolat maghrib sebelum kami berangkat pulang ke rumah kami yang berada terletak di cheras. Anak – anakku begitu teruja dengan senibina dan keluasan masjid tersebut. Meskipun kami tidak mampu mengenali Kuala Lumpur sepenuhnya dalam masa sehari itu, anak-anakku tetap gembira dan berFaww ur. Suamiku menyatakan bahawa dia akan membawa kami mengenali Kuala Lumpur lagi pada masa akan datang. Bagiku mungkin saat itu, aku tidak lagi bersama-sama dengan mereka kerana penyakitku semakin hari semakin merebak.
**
*28 Disember 2010*
*Kami sekeluarga pulang ke kampung tanpa suamiku kerana beliau perlu menguruskan kerja-kerjanya di syarikat baharunya. Syarikat lamanya di serahkan kepada Encik Kamal, orang kepercayaan suamiku dalam syarikat tersebut. Meskipun kami berat hati meninggalkan suamiku sendirian di Ibu Kota namun kami harus pulang untuk menguruskan hal-hal persekolahan. Sakinah perlu mendaftar untuk memasuki tingkatan 1 pada 31 Disember 2010.
*Anak-anakku berpelukan seakan-akan tidak mahu berpisah dengan ayah mereka. Aku tidak nafikan selama ini ayah mereka tidak pernah berpisah dengan mereka walaupun sehari. Setiap hari jualah suamiku pasti akan memastikan anak-anakku merasai kehadirannya dalam kehidupan mereka. Kasih sayang yang di semai oleh suamiku buat anak-anak begitu tulus dan mendalam. Aku berFaww ur kerana Allah menghadiahkan aku seorang suami dan ayah kepada anak-anakku seorang yang penyayang. Aku merasakan diri sudah mampu meredai jika hayatku sudah hampir kerana aku percaya anak -anakku pasti jua akan bahagia dan selamat dalam jagaan suamiku.
**
*3 March 2011*
*Penyakitku semakin kronik dan Doktor menyarankan aku agar segera melakukan pembedahan. Aku tidak boleh meninggalkan anak-anakku di rumah tanpa jagaanku atau suamiku. Ketika ini suamiku masih sibuk dengan kerjanya di Kuala Lumpur. Dia akan pulang menemui kami 2 kali seminggu kerana dia perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap syarikat baharunya.
*Petang itu sewaktu aku pulang dari hospital, aku menemui Azmi yang merupakan rakan lamaku. Azmi mengajakku untuk berbual-bual di Restoran Abu Bakar. Bagiku itu sekadar pelawaan biasa sebagai kawan. Azmi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinannya tidak lama lagi.
Share this novel