BAB 1 : GULP!

Humor Series 106134

Aku telan liur. Pandang Miss Zaara tak berkelip.

“You have to write exactly like this if you want to be promoted”dia lempar sebuah majalah Millionaire bahasa English atas meja, betul-betul hadapan muka aku. Terkebil-kebil aku dibuatnya.

Miss Zaara ni Ketua Editor jabatan tempat aku cari makan. Kami kerja dalam satu bumbung yang sama, syarikat majalah yang memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi Millionaire di luar sana, terkenal dengan nama Jutawan Muda. Dan sejujurnya, aku suka kerja kat sini. Sangat-sangat suka sampaikan aku tak tahu nak buat benda lain selain benda ni. Kalaulah aku diberhentikan atau dibuang kerja, memang aku tak tahu nak ke mana. Mungkin akan nangis lima empat bulan, lepas tu tanam anggur kat Cameron Highland? Hurm, entahlah anggur tu akan hidup subur atau layu mati. Aku harap benda tu takkan terjadi. Aku takut sangat. Tak mampu bayangkan.

‘Miss Zaara ni memang, suka hati je buang barang, lempar-lempar macam tu. Tahulah aku ni bawahan dia, sebab tulah senang je kena pijak macam ni. Dipijak selumat-lumatnya’ gerutu aku dalam hati tapi aku ambil jugaklah majalah tu dan membuka sehelai demi sehelai. Nak tengok mana satu aku pun tak tahu.

“Lapan belas” tambah Miss Zaara sambil bercekak pinggang. Aku cepat membelek ke muka surat yang dia katakan. Aku baca macam mesin scanner, laju. Yelah, kami memang selalu berhadapan dengan perkataan. Kalau nak dikira mengikut masa jam, kami habiskan masa dua puluh lima jam sehari menghadap perkataan. So, menjadi mesin scanner tu dah takde apa-apa sebenarnya.

“Ni kisah Top Ittipat” kataku pandang dia tak faham. Aku tak faham apa yang dia cuba nak sampaikan kat aku. Siapa tak kenal Top Ittipat kat dunia ni? Jutawan muda yang berasal dari Thailand hanya dengan menjual produk makanan yang diberi jenama Tao Kae Nai di setiap franchise 7-Eleven seluruh dunia. Dia memang seorang business-minded person. Kisah dia memang memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca buku yang disertakan dalam snek produknya itu. Juga kepada sesiapa sahaja yang pernah menonton kisahnya dalam The Billionaire. Aku kagum dengan orang macam ni sebenarnya. Millionaire yang bermula dari bawah; daripada tidak punya apa-apa hinggalah mampu mencipta nama ke persada antarabangsa. Memang hebat diorang ni!

“Ya, itu memang kisah dia” kali ni dia berpeluk tubuh pulak.

“Jadi?” aku soal lagi, tak faham. Miss Zaara ni pun satu. Cakap sepatah-sepatah. Cubalah kalau dia cakap je bagi habis, taklah aku banyak tanya macam ni.

“So, kau kenalah tulis cerita macam ni. Kita ni syarikat majalah Jutawan, bukannya majalah general macam majalah lain-lain tu. Kau asyik cerita benda yang sama je, pasal syarikat start-up yang baru nak naik, kebun berekar yang belum dapat pulangan modal, kedai seberang jalan tu yang baru je bankrap... Orang tak nak baca benda macam tu. Market utama kita ni untuk orang yang nak jadi Millionaire dan memang ramai sangat orang yang nak jadi Millionaire zaman sekarang ni. Objektif utama syarikat kita ni ditubuhkan sebab kita nak orang lain dapat inspirasi dari Millionaire yang dah berjaya, yang dah terbukti hasil kejayaan diorang dan obviously kita adalah their main resource, so, start write something exactly like this” dia bagi terang lagi. Aku rasa aku buat apa yang dia cakap, tapi kenapa dia cakap lain pulak?

“Aku memang tulis pasal Millionaire...” tiba-tiba rasa macam menegakkan benang yang basah. Hilang konfiden aku yang aku bawa masuk sebelum ketuk pintu bilik campuran kayu dan kaca dia ni tadi. Dah jugak aku terkumat-kamit baca segala doa pelembut hati yang mak, ustazah dan Fac ajar sebelum pusing tombol pintu dia tapi nampaknya, tak jugak berkesan. Banyak sangat dosa aku hingga Allah nak aku praktikkan dan memohon banyak-banyak doa lagi.

“No, you’re not” katanya tegas.

“Kau tulis tentang orang yang belum tentu jadi Millionaire” aku fikir lagi, refleksi diri sendiri. Betulke aku tak tulis seperti apa yang dia katakan? Kalau aku tak tulis macam apa yang dia cakap, kenapa artikel yang aku tulis tetap dicetak dan dikeluarkan? Aku pelik sendiri. Kadang-kadang atasan kita ni menyakitkan hati, tau tak? Orang Indonesia cakap, menyebelin. Cakap tak serupa bikin. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Sesiapa yang ada atasan, mesti faham punya. Aku merungut sendiri. Tak puas hati ni! Geram.

“Ambil ni” dia serahkan sekeping bisnes kad kepada aku. Aku capai dan tengok sekilas. Muhd Amril Armand Bin Zaydy, Founder, Owner and CEO of worldtravel.com. Hei, macam aku tahu-tahu je apa yang dia nak suruh aku buat. Mesti dia nak suruh aku interview Millionaire ni. Erk, Millionaire ke dia ni? Aku tak pasti pulak.

“Aku tak nak kau interview, aku nak kau siasat dia” okeh! Ni satu perkara yang menakutkan pasal ketua aku. Dia macam boleh baca fikiran orang lain. Macam Matthew Parkman dalam drama bersiri Sains Fiksyen, Heroes yang punya kuasa telepath; keupayaan membaca fikiran orang lain hingga ke satu tahap dimana dia dapat pulak mengawal minda orang lain. Eee, takut aku! Janganlah dia kawal minda aku. Benda baca fikiran ni dah banyak kali berlaku kat aku, aku tak tahulah kalau orang lain. Tapi kalau aku, ya! Salah satu daripadanya ialah, macam sekarang ni! Apa hal pulak nak siasat lelaki ni?

“Siasat? Untuk apa aku nak siasat dia pulak? Dia bukannya penjenayah”

“Dia memanglah bukan penjenayah sebab tulah aku nak kau siasat dia. Dia Millionaire yang baru diisytiharkan minggu lalu. Maknanya, benda ni masih hot topic lagi. Aku nak kau berkawan dengan dia, kenal dengan dia, tahu segala-galanya pasal dia dan akhir sekali, kau tulis tentang dia untuk edisi bulan hadapan. Kau akan buatkannya meletup like the boom! Aku akan bagi kau promotion dan usha kat bos untuk naikkan salary kau twenty percents. Of course, if you pull this off”

Aku keluh. Benda pasal promotion dan kenaikan gaji ni kadang-kadang buatkan mata aku ni buta sikit. Yelah, aku dah kerja dalam syarikat ni lebih dua tahun setengah. Patutlah dapat promotion dan kenaikan gaji, kan? Pekerja kat sektor awam pun naik gaji setiap tahun. Takkan aku tak? Dah banyak pengalaman sangat ketua aku ni dalam bernegosiasi. Pandai sangat dia gunakan kelemahan aku. Tapi kalau dia pandai negotiate, aku kena gunakan kelebihan dia tu jugak untuk kebaikan diri aku sendiri.

“Tiga puluh percent” aku sengih.

“Eh, budak ni. Dah diberi betis nak peha”

“Tiga puluh lima percents” aku tingkatkan lagi.

“Okey fine, thirty percent, that’s the max. I’ll try talking to boss” aku sengih panjang. Yes! Dengan kenaikan gaji ni, bolehlah aku cepat-cepat lunaskan hutang PTPTN dan pinjaman aku. Tengoklah macam mana nanti tapi yang pastinya, semua tu dah termasuk dalam perancangan kewangan aku.

“Tapi kau hanya ada sebulan untuk lakukan semua ni. Edisi bulan depan mesti muka dia. Dah takde nego-nego” tambahnya lagi.

“Okeylah, tapi macam mana akunak kenal dengan dia?”

“Aik?” dia kerut kening pandang aku.

“Tu kau punya tau. Yang aku tau, bulan depan muka depan majalah kita mesti muka dia” aku kerutkan hidung aku. Kan best kalau aku yang berdiri kat tempat dia, boleh je suruh-suruh orang bawahan macam tu je. Guna jari telunjuk je nak suruh-suruh sambil bercekak pinggang.

“Janji tetap janji. Kenaikan gaji dan promotion” aku ingatkan dia.

“Of course! I’m a woman of my words, am I?” dia sengih. Baiklah, aku percaya dia. Atasan aku ni belum pernah lagi kecewakan aku. Seronok jugak dapat atasan macam dia ni. Taklah stress sangat macam Iryana tu.

Erm, Iryana tu colleague aku tapi dia jabatan lain. Hari-hari kena maki hamun dengan ketua dia, Hisham. Kadang-kadang aku kesian kat dia tapi apa yang aku boleh buat? Cakap belakang sewaktu lunch je lah, ye? Aku nak jugak dia pindah jabatan aku tapi dia tu lebih hebat pasal kira-mengira. Maksud aku, dia hebat bahagian kewangan sebab tulah dia diletakkan dalam bahagian kewangan. Hurm, terima jelah nasib kau ye, Iryana.

Oh ya! Baru aku ingat. Dia ajak aku makan tengahari ni sesama. Mesti ada benda dia nak lapor kat aku. Tadah telinga dah jadi sebahagian dari kerja aku kat sini. Bezanya, bahagian ni aku tak dibayar gaji.

“Kalau akutak dapat buat, macam mana?” aku sengaja duga ketua editor aku ni. Aku suka duga dia, bagi dia sakit jantung sikit sebab dia pun suka suruh macam mam, kan? Ehe!

“Takde guna syarikat ni gajikan kau kalau benda kecil macam ni pun kau tak boleh buat” zup! Macam halilintar tembus masuk ke dalam jantung aku. Pedas dan perit!

“Hee, takdelah. Akugurau je tadi tu, Miss. Akuakan usaha sungguh-sungguh”

“Ha, ayat tu yang sepatutnya kau katakan dari tadi” aku senyum hambar. Ketua aku ni sepatutnya bagilah kata semangat ke, kata perangsang ke, tips ke, idea ke? Ni tak, asyik sinis je ayat dia. Nanti kalau aku buat kesalahan lagi, dia jugak yang akan suruh aku datang masuk bilik dia dan dengar segala ketidakpuasan hati dia, kan?

“Okeylah, akukeluar dulu. Nak fikir nak buat apa kalau bukan nak interview dia”

“Hurm, baguslah tu. Lagi cepat kau dapat idea, lagi baik” dia balas balik semua yang aku cakap, kan? Hurm, begitulah meeting kami berdua saban hari. Dia bengang dengan aku, aku pun bengang jugak dengan dia. Tapi, aku tak dapat nak luahkan bengang aku kat dia sebab dia tu ketua aku. Yelah, kenalah sedar pangkat dan jawatan diri. Aku ni kuli je dan beginilah kerja kuli setiap hari, saban minggu, sepanjang tahun...

“BENCI, tau tak?”

“Tau...” aku suap makanan dalam mulut untuk sekian kalinya. Aku dah dengar dari A sampai Z. Aku jugak dah dengar benda yang sama sejak dari minggu kedua kerja kat sini. Aku dan Iryana masuk syarikat ni dalam masa yang sama, sebab tulah kitorang rapat. Budak baru belajarlah katakan, mesti nak ada click gitu.

Iryana praktikal kat sini dua bulan lepas tu diserap masuk. Aku praktikal tempat lain. Hadiri interview banyak tempat masa praktikal dua bulan tu, takut kalau-kalau satu pun tak sangkut. Yelah, zaman sekarang ni nak cari kerja payah sangat. Lepas habis praktikal aku sempat menganggur tiga minggu empat hari sebelum dapat personal mesej dari syarikat ni mengatakan aku berjaya dan diminta lapor diri tga hari selepas mendapat mesej tu. Aku melompat keriangan sebab ni adalah syarikat yang aku nak sangat-sangat taburkan bakti. Kiranya, impian tercapailah gitu...

“Kau ni acuh tak acuh je bila aku cerita” Iryana dah mula nak merajuk dah.

“Bukan aku acuh tak acuh, tapi cerita kau ni takde versi lain. Aku dah dengar cerita kau ni dari kita kenal, dari kita berdua start kerja kat sini. Jadi, aku rasa kau memang dah tak perlu terasa sangat dengan si Hisham tu. Biarkan aje dia yang penting kau buat kerja kau”

“Tapi aku sakit hati, tau tak? Dia macam sengaja nak cari kesalahan aku. Orang lain tak pulak dia buat macam tu. Aku seorang ni je. Seorang je, tau tak? Menyampah! Kalau hensem takpe jugak!” dia tunjal-tunjal dada dia. Dah geram sangatlah tu.

“Hensem apa si Hisham tu. Bujang lagi. Banyak staff dari jabatan lain sukakan dia... yang aku dengarlah” aku hirup teh lemon ais. Aku memang suka rasa teh dicampur dengan ais. Entah siapalah yang genius sangat invented benda ni. Kalau aku jumpa dia, aku nak dia patenkan benda ni. Insha Allah boleh jadi kaya. Benda ni boleh jadi satu jenama yang sangat baik. Jenama tu penting dalam perniagaan. Oops! Dah ada dalam pasaran pulak, kan?

“Uwerk! Nak muntah aku dengar kau cakap dia tu hensem!”

“Yelah, fine. Dia tak hensem, puas hati?”

“Hee...” dia sengih.

“Kau nak tau kesimpulan aku dari semua cerita kau ni?” dia alih kepala hadap aku bila beberapa saat sebelum tu dia tumpukan perhatian dia kat jalan raya yang sesak dengan kereta dan orang awam yang lalu lalang.

“Apa?”

“Dia suka kau” aku terus gelak dan dia terus-terusan buat aksi nak muntah dia tu.

“Uwerkkk...” dia buat gaya muntah.

“Tak sanggup aku! Kau nak aku hidup for the rest of my life dengan lelaki macam tu? Hari-hari kena maki hamun. Stres! Lebih baik aku gantung diri kat syiling kalau macam tu”

“Kot-kot, dia cuma nak tengok sejauhmana kau boleh bersabar dengan dia? And maybe, dia sebenarnya bukan macam tu tapi bila dengan kau dia jadi macam tu. Orang lain okey je dengan dia, kan? Kau je dia buat macam tu...” aku senyum nipis, nak bagi dia terasa sikit.

“Hmph, tak nak aku! Lebih baik aku tukar jabatan dengan kau kalau apa yang kau cakap tu betul”

“Really? Aku memang rasa nak tukar jabatan sekarang ni, jomlah tukar dengan aku. Ada ke patut Miss Zaara suruh aku dok siasat seorang Millionaire yang aku tak kenal langsung. Baru diisytiharkan sebagai Millionaire minggu lalu. Pelik sungguh nak suruh siasat, bukannya tak boleh interview” tak sedar aku sebenarnya dah buka masalah aku kat dia.

“Tak jadilah tukar. Mesti penat nak kena siasat, ke hulu ke hilir dengan orang yang sama”

“Tau takpe”

“Jadi kau nak buat apa?” dia soal dan aku pun bagitahulah rancangan di sebalik tabir aku. Dia ni kawan baik aku kat tempat kerja. Kalau dia takde, aku pun tak tahu nak meluah kat mana. Kalau seorang diri sebagai ‘budak baru’, memang tak seronoklah atmosphere tempat aku kerja tu. Syukurlah, nak. Syukur sangat-sangat.

“Kau serius ke nak buat macam tu?” soal Iryana dengan mata membulat bila aku bagitahu plan aku. Aku angguk lalu meneguk sehirup lagi lemon teh ais aku tu. Betul sedap sangat. Kat tempat ni je lemon teh ais yang aku suka, tempat lain tak. Rasa macam nak masuk dapur dan tanya kat pembancuh air ni pulak. Sedap sangat!

“Yups, serius sangat!” aku yakin, angguk lagi dengan beberapa kali anggukan. Aku tak tahulah apa yang merasuk aku tadi sampai aku nak buat benda ni. Tapi tadi, waktu aku melangkah ke meja aku selepas diberi assignment oleh Miss Zaara, aku terfikirkan idea ni. Kira otak aku ni geligalah jugak, kan? Cepat sangat keluarkan idea bernas walaupun Miss Zaara yang selalu condemn kerja aku tak bagus untuk syarikat besar macam ni. Sedih.

“Kenapa tak kawan aje, perkenalkan diri dan cakap nak berkawan for the sake of your promotion and salary, kan senang? Lebih baik berterus terang, bolehlah dia bagitahu segala secret dia”

“Gila apa macam tu. Aku pernah kena. Sebab berterus teranglah aku kena banned daripada satu interview exclusive dari Mr Howdy dulu. Lepas tu, aku memang tak nak bagitahu aku ni some kind of journalist? Ehe!” terkenang pulak aku dengan Mr Howdy, nama sebenar dia Howdy Henry Murata, nama macam orang putih campuran Jepun, kan? Tak, dia sebenarnya Millionaire yang berasal dari Sabah, a non-muslim, Dusun, berkulit putih dan sepet. Sekali tengok macam orang Cina, berkali tengok pulak macam kacukan Cina. Nampak tu, non-muslim pun boleh berjaya kerana kesungguhan dan dedikasi diorang yang sangat tinggi.

Kita ni sebagai muslim takkan tak boleh? Dah terang lagi bersuluh Allah bagitahu dalam firman Dia bahawa; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib mereka sendiri. So, kenalah berusaha bersungguh-sungguh, kan? Doa kenalah disertakan dengan usaha sekali. Setakat doa pun tak boleh jugak walaupun doa tu adalah senjata orang muslim. Pergi seminar motivasi berkali-kali pun takkan pernah berjaya kalau tak lakukan satu perubahan yang konsisten. Hurm, aku fikir aku patut jadi motivational speakerlah macam ni. Banyak sangat kata-kata motivasi yang aku boleh berikan.

Satu benda je yang aku takde, kekayaan! Kekayaan yang membolehkan aku tunjuk kat dunia yang aku hanya perlu duduk goyang kaki tapi duit tetap konsisten masyuk. Untuk yakinkan audiens yang sudi dengar motivasi dan ikut nasihat aku. Macam Mark Zuckerberg. Oh tak, dia masih teruskan bekerja dalam syarikat dia. Err, mungkin macam Elon Musk? Founder of Tesla Motors dan SpaceX. Err, tak jugak. Dia juga masih terus bekerja sebab dia seorang je yang nampak visi dan misi dia, orang lain tak nampak. Oh ya, mungkin macam Robert Kiyosaki atau Donald Trump? Tak. Diorang berdua pun masih terus bekerja jugak. Tapi masalahnya, diorang kerja sebab diorang nak bukannya diorang perlukannya, macam aku ni!

Yelah, aku kalau tak kerja, memang makan pasirlah jawabnya. Mana nak bayar sewa rumah? Nak bayar pinjaman? Nak bayar PTPTN? Nak bayar ansuran dan insuran kereta? Nak bagi ibu bapa? Adik aku yang dua orang lagi? Nak beli baju baru? Nak pergi melancong? Hai, banyak sangat tanggungjawab dan tanggungan aku ni, tu belum kahwin tu. Nak tak nak, kena kerjalah jugak. Syukurlah aku sukakan kerja aku ni sebab banyak orang kat luar sana yang tak berapa nak sukakan kerja diorang. Tak percaya? Silakan tanya kawan atau orang terdekat yang duduk kat sebelah korang sekarang jugak.

“Dah tu? Bila kau nak buat drama ni?” pertanyaan Iryana buatkan aku kembali ke dunia nyata semula.

“Esok”

“Kenapa tak sekarang? Daripada kau duduk-duduk makan kat sini, lebih baik kau tinjau-tinjau dulu syarikat dia tu kat mana”

“Hrmm, aku suka idea kau. Aku pergi lepas ni lah tapi...” aku cebirkan sikit bibir aku.

“Aku nampak sophistikated ke pakai macam ni? Aku tak nak nampak macam orang dah berkerjaya sangat”

“Jangan nak perasan. Takdenya sophistikated dengan baju kurung dan shawl labuh macam ni”

“Real?” aku kerut dahi. Takut nanti helah aku bocor sebelum sempat aku buat drama.

“Reallah!” dia cepat-cepat angkut beg sandang berwarna amaranth pink dia tu. Aku tahu mesti dia nak berkejar naik semula ke ofis. Nanti tak pasal-pasal kena hamun dek Hisham. Gilalah Hisham tu. Dah pencen nanti, takut pulak aku kalau takde orang yang nak lawat dia kat rumah, garang gila! Memang kerjaya ni pun ikut nasib jugak, kan?

“Aku naik dulu nanti...”

“Ye, aku tau. Pergilah. Takpe, hari ni aku bayar. Esok kau pulak” belum sempat dia habiskan ayat dia, aku dah potong. Kesian pulak aku tengok si Iryana ni. Asyik terkejar je gayanya.

“Okey, thank you. Sayang awak! Kaulah kawan aku dunia akhirat” dia sengih. Aku mencebir.

“Aku belanja dulu baru kau nak sayang, kan?” dia sengih sendiri. Aku rasa semua orang pun macam tu. Belanja makan dulu barulah dapat ayat ‘sayang kau’! Ceh! Tapi, aku pun begitu jugak sebenarnya...

UHUH!

Aku tak sangka waze ni akhirnya berjaya tunjukkan dan bawa aku di hadapan sebuah bangunan kaca sepuluh tingkat dengan signboard terbesar worldtravel.com atas bangunan. Kenapa selama ni aku boleh tak tahu tempat ni? Mesti tak famous sebab aku tak tahu, kan? Hihi, yelah. Aku kan seorang journalist.. Penyampai berita terpantas. Lebih pantas dari mami jarum!

Aku keluar dari kereta Axia Special Edition & Advance warna merah aku. Orang kata pilihan warna kereta turut mempamerkan personaliti seseorang. Aku tak tahulah seajuhmana kebenarannya. Oleh kerana kereta aku warnanya merah, bermakna aku ni seorang yang berani, inginkan kejayaan dalam hidup, sukakan pembaharuan dan kemajuan samada dari segi pemikiran dan aktiviti, optimis, degil dalam menerima sesuatu yang aku tak setuju, emosional dan kadangkala ingin mencuba segala-galanya, lah? Begitu? Hurm, aku tak tahu sebab tu orang yang cakap. Aku tak pandai pulak nilai diri sendiri bila tanya kat diri sendiri. Err, mungkinlah ada kebenarannya.

Heh, aku dah kenapa fikir benda ni? Tapi aku memang selalu fikirkan benda ni bila nampak warna kereta aku dan kereta orang lain. Aku suka fikir benda macam ni untuk tahu personaliti seseorang. Okeh, abaikan. Aku kena masuk dalam bangunan ni dan perkenalkan diri aku.

“Nak buat appointment dengan Encik Amril Armand?” aku kata kat Alwa, receptionist. Nama tu yang tertulis pada tag nama dia. Boleh je aku telefon ofis ni sebelum datang, kan? Nak jugak buat segala susah payah sampai datang sini sekadar nak aturkan appiontment dengan Encik Amril si Mr. Millionaire tu. Rajinnyalah aku ni. Macam dah takde kerja lain nak dibuat selain datang kat sini.

Well, buat masa ni, inilah yang aku kena selesaikan. Aku hanya ada hingga akhir bulan depan. Maknanya, aku hanya ada lima minggu je lagi. Lima minggu nak siasat latar belakang Mr. Millionaire sebab promotion dan kenaikan gaji aku bergantung kepada tahap kecemerlangan aku dalam menjayakan tugasan ini. Aku tak tahu ada apalah sangat dengan Mr. Millionaire tu sampaikan Miss Zaara nak aku siasat dia hingga due date yang dia dah tetapkan.

Aku tak faham sebenarnya. Tapi takpelah, aku akan buat tugasan ni sebaik mungkin. Aku akan tunjukkan kat dunia yang aku adalah orang yang terbaik dalam bidang kewartawanan. Sampai hati betul Miss Zaara cakap ‘takde guna syarikat ni gajikan kau kalau benda kecil macam ni pun kau tak boleh buat’. Sampai hati! Masih terngiang-ngiang setiap bait patah perkataan dia tu dalam kotak kepala aku. Susah aku nak hilangkan bila ia berkaitan dengan kerjaya. Bak kata lagu tu, sakitnya tuh disini...

Aku tarik nafas panjang bila tiba-tiba teringatkan kembali kata-kata kejam Miss Zaara tu.

“Nama puan?’

“Cik” aku betulkan, dia sengih. Muka aku ni nampak macam orang yang dah kahwin ke? Hish, suka hati jelah receptionist ni.

“Oops, sori. Nama cik?” soal dia lagi dengan senyuman tersungging kat bibir.

“Nur Arisa Binti Mohd Farouq”

“Okey, tunggu kejap ya, cik Arisa. Aku kena buat panggilan dulu. Sementara tu, cik boleh duduk kat kerusi sebelah sana” dia unjukkan jari ibunya kat sofa yang disarungi upholsters putih yang cantik. Aku suka! Pandai designer yang design sofa tu, aku puji seraya melangkahkan kakiku ke sofa tersebut. Tunggu punya tunggu, akhirnya aku dipanggil semula.

“Sori, cik. Encik Amril takde dalam ofis sekarang ni”

“Hurm, bila akuboleh jumpa dia?” kecewa. Betapa tak sistematiknya tugasan yang aku sedang lakukan ni. Menyesal jugak datang tanpa apa-apa persediaan. Hurm, lain kali sila datang selepas membuat call okey, Arisa?

“Esok dia ada, cik boleh datang semula esok”

“Akuakan datang pukul sepuluh pagi. Dia available tak masa tu?”

“Insha Allah, nanti akuakan inform kat orang yang paling dekat dengan dia”

“Confirm? Akuakan datang pukul sepuluh esok. Akukena jumpa dengan dia walau apa pun aral melintang”

“Insha Allah” dia senyum. Aku tak boleh percaya hanya dengan janji mulut ni. Aku kena dapatkan satu confirmation yang aku betul-betul pasti.

“Aku tinggalkan phone number akukat kamu. Kalau confirm, bagitahu akusecepat yang boleh. Boleh tak?” dia nampak terpinga-pinga tapi tetap sedekahkan senyuman manis. Tangannya yang sedari tadi dilekapkan antara satu sama lain seperti sedang menyanyikan nasyid dijatuhkan lalu menulis phone number aku, aku sebut satu-satu.

“Tolong, ya” macam desperate sangat aku ni. Tak, bukan macam. Aku memang desperate! My career life is solely depending on this!

“Ya, kami akan hubungi cik” kami? Kenapa tak cakap aku? Nak orang lain ambil alih tugas dia hubungi akulah tu. Hurm, takkan ada sesiapa yang dapat hilangkan syak wasangka aku kalau aku dah mula tabiat aku yang satu ni.

“Thank you” aku maniskan wajah sehabis mungkin. Tolonglah aku, please. Kau takkan tahu bagaimana aku akan hidup kalau aku kehilangan peluang seumur hidup ini. Aku doa banyak-banyak berharap esok urusanku akan dipermudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience