“Aduh!” kesakitan terus berdesup menangkap ke otak.
“Siapalah yang langgar aku ni!” Seraya itu jugaklah aku terus memaling muka untuk berhadapan dengan makhluk yang telah melanggar aku sampai aku jatuh gedebuk macam nangka busuk!
Dahlah aku ni gemuk!
Kalau kurus macam Sharifah Sakinah tu bolehlah jugak buat-buat jatuh tersimpuh macam wanita Melayu terakhir. Malu dah satu hal. Sebabnya aku baru perasan insiden itu telah berjaya menarik beberapa pasang mata manusia yang turut berada di kawasan itu memandang kearah kami.
Kami ok! Bukan aku seorang.
“Ma..maaf. saya tak sengaja cik. Saya nak cepat sebenarnya. Cik tak ada luka apa-apa kan?” kelam-kabut manusia didepan aku menuturkan kata-kata maaf tapi .. mata aku masih terpaku memandang ke arah empunya badan!
“Jebat Zulkarnain!” Hati terus menuturkan satu nama yang menjadi igauan telingaku disetiap petang.
“Ini kad saya. Kalau ada apa-apa cik boleh call saya direct ya. Maaf, sebab saya kena pergi sekarang. Maaf ya,” sambil meyatukan kedua-dua telapak tangannya meminta simpati dari aku untuk cuba memahami keadaan yang dilaluinya.
Keadaan yang agak rushing bagi aku.
“Tapi…” Belum sempat aku menghabiskan ayat itu.
“Terima kasih ya! Jangan lupa call! Saya tunggu.” Jebat Zulkarnain terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke satu pintu keluar di mall itu.
Kelam-kabut rupanya mamat ini. Tergelak kecil aku sambil menyapu punggung aku walaupun lantai mall tak kotor tapi reflect action orang kata.
Pergh! Saya tunggu ok! Walaupun dalam keadaan masih meragui ini mimpi atau realiti, bibir ku telah mengukir senyuman.
Ok! Senyum sampai telingalah aku ni! Inikah yang dikatakan rezeki turun dari langit?
Dalam tak sedar, aku memandang siling mall dan berkata dalam hati, “mall ni berbumbung la sengal!” sambil menepuk dahi aku sendiri.
“Auch! Sakit!,” aku menggosok dahi sendiri.
“Eh! Ini bukan mimpi!!! Mea, kau tak mimpi!! Aku tak mimpi wei!!!” Terasa bergema suara aku di ruang mall itu.
“Kenapa dah budak tu?” tiba-tiba terdengar suara manusia lain yang mungkin terkejut dengan tingkah aku tadi.
Ah! Lantaklah. Apa yang diorang tahu? Aku jumpa pujaan hati aku kot! Oh, Jebat! Akhirnya takdir menemukan kita juga walaupun dalam keadaan sebegini.
“Hoi, kau dah kenapa? Tersenyum tersengih macam orang gila dah ni! Dah mental ke? Gila?” Ninia menghampiri aku sambil memandang aku pelik.
Alamak lupa pula aku nak terangkan situasi sebenar. Plan asal aku dengan Ninia pagi tu sepatutnya lepak kat bilik sewa dia je. Tapi disebabkan aktiviti itu agak membosankan, Ninia ajak aku keluar jalan-jalan dekat mall sambil tunggu Illa dengan Eyra habis waktu kerja.
Malam ni barulah cukup korum #teamjangancurang kami. Ada kisah disebalik hashtag tu sebenarnya. Nantilah aku ceritakan ya. Aku just mengikut jelah idea si Ninia ni.
Dah nama pun kau menumpang orang jadi jangan banyak bunyi! Orang tak suka. Note to myself!
“Wei! Wei! Kau tau tak aku jumpa siapa tadi?” penuh ke-excited-an aku menceritakan sedetail yang mungkin dekat Ninia.
Dan feedback yang aku dapat ialah.. “hahahahahahaha..macam manalah kau boleh jatuh gedebuk macam tu. Teruk sangat ke dia langgar kau? Ya Allah, sakit perut aku. Kau ni macam-macamlah Mea. Nak kata kurus sangat tak pun.”
Amboi-amboi sesedap rasa si Ninia ni duk body shaming aku kan! Nak kena dah perempuan ni!
“Oiii…mulut tu! Dah dia langgar aku kuat kot! Mau tak jatuh macam nangka busuk. Sakit bontot aku ni. Kau ni kan memang sahabat aku yang paling bagus! Orang selalu tanya dulu. Ada luka ke. Sakit ke. Ni tak! Kau bantai gelakkan aku sampai satu mall boleh dengar suara kau kan! Gelaklah..gelak lagi. Jangan berhenti!” Sengaja aku pura-pura merajuk.
“Ala abang..janganlah merajuk. Jom kita lepak Family Mart sambil bercerita lebih lanjut mengenai pujaan hati kau tu.” Pandai sungguh dia pujuk aku.
Aku ni memang kalah dengan Family Mart. “Kau belanja oden!” terus wajahku bertukar riang apabila Ninia mengangguk-angguk kepalanya. Dah macam burung belatuk dah aku nengoknya!
Hahaha..
Sampai sahaja di Family Mart, kami berdua terus beratur menunggu giliran untuk memilih oden.
Kitaorang tak ambik banyak sangat kali ni. Aku hanya mengambil empat cucuk dan Ninia hanya tiga cucuk.
Dengan alasannya, “kau tu selalu makan tak habis. Nanti ambik banyak-banyak membazir je.”
Satu fakta yang tak dapat aku sangkal. Aku ni memang jenis makan tak habis. Kecuali kalau memang time lapar nak mati. But mostly, memang tak akan habis. Itulah gunanya diorang ni.
Tolong menghabiskan makanan aku! Thank you, you all!
Aku mengeluarkan name card yang aku terima tadi dari Jebat Zulkarnain.
“Ni kad dia. Dia bagi aku tadi. Dia suruh aku call dia wei! Kau rasa macam mana? Patut ke aku call dia?” Berkerut-kerut dahi si Ninia duk menilik name card Jebat Zulkarnain itu.
Ninia duk flip kad itu sambil tersengih-sengih memandang aku.
Macam ada agenda tersembunyi dalam kepala otak dia ni.
“Memang tak patut kau call dia. Tapi kau patut pergi office dia. Jumpa dia! Amacam? Ok tak idea aku? Barulah thrill! Nanti kau call buatnya dia tak jawab macam mana? Aku jugalah yang duk kena menenangkan kau.”
Dan aku dah tersengih-sengih malu.
“Jumpa dia terus….?” dengan suara yang agak perlahan.
Terus terasa diawangan bila memikirkan aku dapat berjumpa dengan dia lagi untuk hari ni.
“Ok! Jom!” aku ingin segera bangun dari tempat duduk aku tapi ditahan oleh Ninia.
“Eh, sabarlah dulu. Kau ni gelojoh. Sekarang awal lagi. Tunggu dalam pukul 1 tengah hari baru kita pergi ke office dia. Dia on air pukul 3 petangkan? Lagipun kalau pergi sekarang mungkin dia tak ada kat office. Sia-sia pulak kita pergi.” Aku mengangguk-angguk kepala bersetuju dengan kata-kata Ninia.
“Oklah kalau macam tu. Nahlah. Aku dah kenyang. Hehe…” sambil aku menolak bekas oden aku kearah Ninia.
“Kan aku dah cakap tadi!” Aku membiarkan kata-kata Ninia berlalu begitu je.
Dalam kepala aku dah bermacam-macam scene yang aku tengah angankan untuk menjadikannya sebagai sebuah kenyataan nanti.
“Tak sabarnya aku!” kataku dalam hati.
Kalau jodoh tak kemana gais.
Niat nak tengok dari jauh saja tapi terus Allah bagi tengok depan mata!
Nikmat apa lagi yang kau dustakan, Mea?
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel