BAB 1

Romance Completed 18284

"Pagi, umi!".

Ceria suara Mariam Syuhada menghidupkan pagi keluarga Puan Faizah dan Encik Azhar. Terus melabuhkan punggung di sebelah umi kesayangan lalu mencapai roti bakar yang sudah lama terhidang.

"Cantik2 ni, nak kemana?". Soal Encik Azhar suka. Surat khabar yang masih ditangan, terus dilipat kemas. Anak gadisnya sangat menyejukkan hati.

"Cantik ke? Terima kasih, ayah! Harini Syu nak jumpa customer".

"Ada yang nak buat tempahan lagi?". Soal Puan Faizah ramah. Mariam Syuhada mengangguk laju.

Mariam Syuhada, wanita yang berumur 24 tahun kini menjalankan bisnes atas talian. Menggunakan kebolehan memasaknya untuk dijadikan sesuatu yang menguntungkan. Mariam Syuhada mula menjalankan bisnes menjual nasi ayam roasted sebulan yang lalu. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kawan2 dan sanak saudara, Mariam Syuhada mula mengembangkan lagi sayapnya untuk menerima tempahan dalam kuantiti yang besar. Sering menerima tempahan untuk majlis hari jadi ataupun kenduri2 kesyukuran.

Kini, Mariam Syuhada sudah mampu meraih keuntungan yang tinggi buat dirinya sendiri. Selain dapat menyara kehidupannya, Mariam Syuhada juga selalu membantu adik perempuannya yang sedang belajar di kolej.

"Alhamdulillah umi. Tempahan untuk jamuan sekolah. Syukur rezeki ada lagi".

Encik Azhar tersenyum manis. Anak sulungnya sangat lembut dan pandai berdikari. Sekali pandang, seiras wajah isterinya. Dari wajah yang manis hingga ke percakapannya. Sopan sekali!

"Baguslah! Umi sentiasa doakan anak umi ni dilimpahi rezeki yang banyak".

"Ameen! Haa..umi dengan ayah ada nak keluar mana2 ke? Syu tak payah bawak kunci".

"Takde, Syu. Kami duduk rumah aje. Harini ayah nak rehat. Penat sangat badan ni rasanya".

Puan Faizah berdecit. "Mana taknya, suruh dah bersara tahun lepas, taknak! Nak sambung lagi konon kesian dekat budak2 tu. Awak tak payah lah kisah diorang. Fikir je kesihatan awak tu".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Lucu melihat gelagat orang tuanya. Kalau umi dah mula membebel, jangan kan dia, ayah pun tak sanggup nak dengar.

"Ala..bukan awak tak tahu budak2 saya tu. Nanti ada je yang tak boleh la, apa lah". Jawab Encik Azhar selamba. Dia sudah menggeleng kepala berkali2. Tak tahan nak mendengar leteran isterinya.

"Ikut jelah, yah! Nanti umi ni risau lebih". Jawab Mariam Syuhada lembut.

Encik Azhar hanya menjongket bahu. Sayang betul nak meninggalkan pekerjaan yang sudah lama dilakukan. Bagi Encik Azhar, tubuhnya masih kuat dan bertenaga lagi walaupun hampir masuk lingkungan 50an. Tak betah duduknya kalau tak buat kerja dalam sehari. Ada saja yang nak dibuat nanti.

"Kita ni bukan saja nak membebel. Tapi, duk fikir kesihatan dia!". Rajuk Puan Faizah. Mula lah muncung itiknya. Boleh saja diikat reben.

Encik Azhar tersenyum lebar. Faham niat dan isi hati si isteri. Sengaja dia mencubit kuat pipi Puan Faizah. Malu tak terkata!

"Ada budak lah! Malu je". Bisik Puan Faizah lembut.

Mariam Syuhada juga terasa segan. Orang tuanya memang romantik. Sejak dahulu hinggalah mereka menginjak tua, tak pernah sekalipun Mariam Syuhada melihat mereka bergaduh dihadapan anak2. Sungguh, Mariam Syuhada merasa bahagia melihat keindahan dan kerukunan rumahtangga ayah dan uminya.

"Er..Syu pergi dulu lah! Nanti lambat pulak. Umi dengan ayah boleh lah teruskan beromantik!". Usik Mariam Syuhada sebelum bersalaman dengan orang tuanya. Umi sempat mencubit lengan anak perempuannya.

Mariam Syuhada mula memandu kereta iriz kesayangannya. Hasil pemberian ayah pada ulangtahun yang ke 21. Tak pernah dia meminta agar dibelikan hadiah atau balasan apa2. Umi dan ayah memang perkara terbaik yang hadir dalam hidupnya.

Hampir 45 minit memandu, dia akhirnya tiba ke tempat yang dijanjikan. Mariam Syuhada bergerak tenang menuju ke sebuah warung yang penuh dengan susuk tubuh manusia yang mula datang ingin memenuhkan selera makan. Dari jauh kelihatan kelibat seorang wanita yang duduk keseorangan sambil tangan lincah menaip sesuatu pada henset.

"Assalamualaikum. Er.. Diyana ke?". Lembut pertanyaan Mariam Syuhada membuatkan wanita yang sedang ralit dengan hensetnya menoleh.

"Waalaikumussalam. Ya saya. Mariam Syuhada ke?".

Dia mengangguk. Masing2 berbalas senyuman dan bersalaman. Mariam Syuhada dipersilakan duduk.

"Order air dulu. Saya belanja". Ujar wanita itu.

"Er..takpelah! Susah2 je".

"Baru seronok nak bincang". Pintasnya. Mariam Syuhada akur. Air barli dipesan.

"Cantik orangnya!". Puji Diyana senang. Anak matanya tepat memandang wajah Mariam Syuhada yang bersih. Tenang melihat wajah seindah itu.

"Biasa je. Awak pun apa kurangnya!". Merah wajahnya menahan malu. Dia tertunduk.

"So, sekarang ni memang buat bisnes online jelah?".

"Macamtulah gayanya. Saya dah sebati dengan kerja ni. Jadi sayang nak lepaskan".

Tangan masih duduk diam memegang beg tangan di riba. Manis wajah Diyana yang datang dengan berbaju kurung. Seorang wanita yang merupakan guru di sebuah sekolah rendah.

"Baguslah! Ada pendapatan sendiri. Saya ni pun nak kena fikir dah lepasni nak buat apa".

Mariam Syuhada tak faham.

"Kenapa?".

Lama Diyana diam sebelum menjawab pertanyaan wanita dihadapannya. "Saya nak berhenti dah. Suami suruh jaga anak je".

"Oh yeke? Hurm.. patutlah nak buat jamuan ni?" Tebak Mariam Syuhada. Dia mengangguk laju.

"Saya kena lah ikut cakap suami, kan? Sayang betul nak tinggal budak2 tu. Lama dah saya mengajar diorang, tu yang nak buat makan2 sikit". Ujarnya.

Air yang dipesan mula dihirup perlahan. Diyana tersenyum manis.

"Ooh..patutlah! Takpelah, mungkin rezeki kat tempat lain".

"Ohh ye. Saya nak order nasi tu untuk 100 kepala. Untuk budak2 sikit dengan guru2 yang lain. Berapa Mariam cas?". Soal Diyana serius. Dia mengeluarkan dompetnya dari dalam beg tangan.

Mariam Syuhada mengeluarkan buku tiga nya. Sepertinya dia sedang mencatit dan mengira sesuatu.

"Kalau awak ambil 100 kepala, saya cas Rm 700 jela. Saya bagi diskaun, harga kasih sayang". Ujarnya seraya tersenyum manis. Buku tiga dimasukkan kembali ke dalam beg.

"Nah, 700 ringgit! Saya bagi sekarang la senang. Ambil lah". Diyana menghulurkan tujuh keping not 100 kepada Mariam Syuhada setelah melihat dia seakan terkejut.

"Er..awal sangat. Saya ambil bila tempahan dah siap je". Serba salah dibuatnya. Tak pernah sebelum ini dia menerima wang sebelum menyiapkan tempahan pelanggan.

"Ambil je! Saya memang nak bagi sekarang pun". Dia segera meletakkan not digenggaman Mariam Syuhada.

"Er..terima kasih! Segan pulak saya ni. InsyaAllah, saya akan siapkan dengan segera". Janjinya. Not kertas ditangan dimasukkan ke dalam dompet. Air diteguk perlahan.

"Takpe. Jamuannya minggu depan. Mariam masih ada empat hari nak siapkan. Boleh kan?".

"Boleh.. boleh! Saya akan siapkan macam yang dijanjikan".

Diyana tersenyum suka. Dia percaya Mariam Syuhada boleh menyiapkan tempahannya. Rata2 kawan Diyana pernah menempah dari Mariam Syuhada dan mereka mengatakan servis dan makanan wanita ini cukup bagus. Tak salah kiranya dia juga ingin mencuba.

"Okay lah Mariam, saya kena gerak dulu ni. Nanti apa2 saya call awak ye? Saya balik dulu".

Mariam Syuhada segera bersalaman dengan Diyana. Manis senyuman wanita itu. Tak sangka dia mendapat rezeki yang melimpah harini. Berkat dari usaha dan penat lelah nya sebelum ini. Mariam Syuhada sangat bersyukur.

"Alhamdulillah, Ya Allah!". Ujarnya perlahan. Senyuman tak lekang dibibir. Boleh jugak dia belanja keluarganya makan malam ini.

Mariam Syuhada bangun lalu bergerak menuju ke kereta. Cuaca seakan mahu hujan. Awan di langit mendung. Mujur sahaja Mariam sudah mahu pulang. Dia masih belum berani memandu dalam keadaan hujan dan ribut petir. Sebolehnya dia cuba mengelak dari keadaan seperti itu.

Enjin dihidupkan, Mariam Syuhada segera memecut laju pulang ke rumah. Jalan raya juga lengang menyebelahi nya harini. Dia sempat bernyanyi kecil di dalam kereta. Lagu yang bermain di corong radio menyenangkan hati Mariam Syuhada ketika ini.

Sampai sahaja di halaman rumah, kereta diparkir masuk ke dalam garaj. Mariam Syuhada bergerak menuju ke ruang tamu. Kelihatan ayah bersama umi sedang berehat menonton tv.

"Umi.. ayah, Syu balik dah". Tegurnya. Punggung dilabuhkan di sebelah Encik Azhar.

"Erm..balik dah. Macamana?".

"Semuanya berjalan lancar. Customer minta buat 100 bekas. Alhamdulillah". Ujarnya senang. Tudung yang dipakai segera dibuka. Stoking dicabut.

"Mula la bertapa kat dapur lagi, ye?". Seloroh Puan Faizah seraya mengerling kearah anak perempuannya.

Mariam Syuhada tergelak kecil. Separuh harinya dihabiskan di dapur. Dari dapur yang dahulunya kecil dan sempit, Encik Azhar dengan berbesar hati membesarkan dapur itu bagi keselesaan Mariam Syuhada. Disitulah dia bertapa siang malam menyiapkan nasi ayam roasted yang diminta pelanggan.

"Erm.. macamtulah gayanya. Haa..apa kata malam ni kita keluar makan2? Lama kan kita tak spend time together!". Usul Mariam Syuhada. Seingatnya, hampir tiga bulan mereka tak keluar bersama satu keluarga. Rindu pula suasana itu.

"Keluar makan? Idea bagus tu. Kebetulan adik pun balik lepas asar ni. Boleh jugak kan, bang?". Puan Faizah bersetuju. Dia pun sudah lama tak keluar bersama2 ahli keluarganya.

Encik Azhar diam sebelum menjawab, "Syu belanja ke?". Sengaja mengusik anak dara.

"Alhamdulillah, rezeki harini. Syu nak belanja la! Kita pergi makan siakap tiga rasa lah!".

Puan Faizah teruja. Lama benar tak merasa makanan luar. Laju sahaja dia mengangguk.

"Kalau macamtu, lepas maghrib kita keluar la. Erm.. Syu masuk bilik dulu ye". Mariam Syuhada bingkas bangun. Dia ingin berehat sebentar sebelum keluar malam ini. Belum sempat dia mendaki anak tangga, Encik Azhar memanggilnya kembali.

"Ayah lupa nak bagitahu Syu satu benda. Duduk sini dulu kejap". Ujar Encik Azhar lembut. Puan Faizah juga kelihatan tersenyum riang.

"Ada apa, ayah?". Soalnya hairan. Wajah Encik Azhar tersirat seribu satu maksud.

"Macamni, semalam masa kamu keluar ke Bangi, ada rombongan merisik. Ayah lupa pulak nak sampaikan". Ujarnya tenang. Mariam Syuhada juga masih beriak tenang.

"Untuk siapa?".

"Untuk Syu la". Jawab Puan Faizah lembut. Terbit riak suka diwajahnya.

"Dari siapa?".

Hatinya berdebar. Tak sangka dalam dia 'terperosok' di dalam rumah, masih ada yang 'nampak' dirinya.

"Anak kawan ayah. Bagus budaknya. Ayah dengan umi berkenan, tapi kami takkan terus terima. Kamu fikir dulu, kalau taknak, takpelah". Balas Puan Faizah. Jauh disudut hati, dia berharap Mariam Syuhada menerima lelaki itu.

"Mana dia kenal Syu? Dia pernah datang rumah ke?". Mariam Syuhada masih berteka teki. Fikirannya kosong ketika ini.

"Dulu masa kita buat kenduri tahlil, dia ada datang. Mungkin Syu tak perasan kot. Dia sendiri yang minta dengan keluarga dia nak merisik Syu". Encik Azhar mula menerangkan perkara yang berlaku. Mariam Syuhada hanya mengangguk faham.

"Erm.. umi dengan ayah tak rasa Syu terlalu muda ke?".

"Kami dulu pun kahwin umur macamni jugak. Hafiy tu umi tengok pandai hormat orang tua. InsyaAllah, dia mesti boleh jaga Syu dengan baik". Jawab Puan Faizah. Encik Azhar turut bersetuju dengan kata2 isterinya.

Anak kawannya itu sudah lama dikenali. Sejak budak itu belajar di kolej lagi, perwatakannya sangat peramah dan hormat orang tua. Tak pernah Encik Azhar melihat sesuatu yang kurang menyenangkan dari susuk anak muda itu.

Lama Mariam Syuhada diam. Barangkali cuba berfikir apa yang terbaik. Dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki yang dikatakan oleh orang tuanya. Mungkin ada benarnya pilihan Puan Faizah dan Encik Azhar.

"Nanti Syu fikirkan ye? Syu pun tak pernah jumpa dia. Nanti, Syu bagitau umi dengan ayah". Hanya itu yang mampu dijawab. Tak mungkin dia menolak hasrat orang tuanya.

Encik Azhar dan Puan Faizah tersenyum. Mereka bersetuju membiarkan anak perempuannya berfikir dan membuat keputusan. Kalau diikutkan hati, mahu saja dipaksa anaknya menerima terus. Tapi, hati Mariam Syuhada perlu dijaga juga.

Mariam Syuhada naik ke bilik dengan hati yang berbelah bagi. Tak pernah terlintas di fikirannya ingin segera mendirikan rumah tangga. Bisnes nya baru sahaja bermula dan dia masih di fasa permulaaan. Angannya ingin mencapai hingga ke puncak. Berlambak lagi cita2nya yang belum tercapai.

Katil empuk dihenyak kasar. Mariam Syuhada mengeluh berat. Apa yang patut dilakukan? Puas dia berfikir dan mengerah otak untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi tetap hampa.

"Aku nak kahwin dah ke?". Gumam Mariam Syuhada perlahan.

Bantal berbentuk hati dipeluk kuat. Matanya terarah pada siling bilik. Kipas yang berpusing laju sedikit sebanyak merunsingkan lagi fikirannya.

"Kalau aku terima, mesti aku kena duduk jauh dengan umi". Sedih tiba2. Dia mana pernah berjauhan dengan orang tuanya.

Bagi Mariam Syuhada, perkahwinan umpama sebuah kehidupan baru dalam kehidupan. Daripada nak mengenali pasangan hidup, memahami rentak perangai dan bagaimana nak menjadikan hubungan yang dibina sejahtera. Otaknya ligat berpusing, bagaimana umi dan ayah dahulu berkahwin sedangkan mereka langsung tidak pernah berjumpa. Yang pasti, perkahwinan hasil aturan keluarga yang membawa kebahagiaan buat mereka hingga kini.

"Siapa dia, eh? Kenapa aku boleh tak perasan mamat ni?". Dia mengetap bibir. Berkerut2 wajahnya cuba mencari wajah lelaki itu didalam kotak memorinya.

"Huh! Siapa dia!".

Mariam Syuhada menjerit kecil. Bantal digigit kuat. Dari berbaring, dia duduk bersandar ke kepala katil.

"Baik aku jumpa dia dulu. Betul ke dia memang baik? Hurm".

Henset berbunyi serta merta menghentikan lamunan Mariam Syuhada. Dengan malas dia menjawab.

Assalamulaikum Syu! Buat apa tu?

Waalaikumussalam. Baring2 aje. Kenapa call?

Aik? Lain macam suara. Kenapa ni? Ada masalah la tu.

Kedengaran keluhan Mariam Syuhada. Dia membetulkan duduk.

Fiza, aku dirisik semalam.

What?! Seriously?!

Pekak telinga Mariam Syuhada dek pekikan kawannya. Dia ni memang tak reti cover betullah!

Hirm.. yelah! Kau pun memang takde kuat lagi ke? Elok kau pakai speaker je!.

Haha.. sorry lah! Aku terkejut je. Eh, biar betul kau ni? Siapa? Kau kenal ke? Habis, kau setuju tak?

Bertubi2 soalan dari Hafiza. Satu pun Mariam Syuhada tak terasa nak menjawab. Dia buntu. Kalau lah membuat keputusan itu sesenang memilih kacang dipasar, pasti dia takkan pening seperti ini.

Syu?

Hirm.. aku dengar la. Fiza, kau rasa aku patut buat apa? Aku tak sampai hati nak tolak permintaan diorang. Umi nampak suka sangat. Tapi, aku pun bukanlah bangkang sangat pun keputusan diorang. Selagi diorang happy, aku pun happy.

So, kau nak fikir apa lagi? Terima jelah! Eh, aku dengar kan, pilihan orang tua ni tak pernah salah. InsyaAllah, kau pasti akan bahagia lah!

Mariam Syuhada berfikir lagi. Pasti ke? Dia sendiri tiada jawapan. Mungkin dia patut berjumpa dan berfikir dengan lebih mendalam lagi.

InsyaAllah aku fikirkan dulu. Kalau kau macamana?

Kalau baik, terima ajelah! Mana nak dapat lelaki baik dalam dunia ni. Kau beruntung la kalau dia termasuk dalam golongan tu!

Betul jugak! Kalau baik, apa sebab lagi untuk aku tolak?

"Jika datang satu orang lelaki yang baik akhlaknya meminang kamu, maka janganlah ditolak"

Ek? Hurm..aku fikir dulu. Eh, kau ada apa call aku sebenarnya ni?

Aku nak ajak kau lunch esok ni, kau free tak? Aku bosan la duduk rumah takde buat apa2. Mak ayah aku outstation.

Ha, ok jugak! Esok after aku beli barang untuk tempahan, aku jumpa kau. Lama dah tak jumpa kau. Rindu!

Hafiza tergelak besar mendengarnya. Mana taknya, penuh manja Mariam Syuhada menyebut perkataan rindu. Naik meremang bulu roma nya yang tak berapa nak ada ni!

Eii kau ni! Yelah! Esok aku jumpa kau tempat biasa kita selalu dating, okay?

Okay! Set!

Talian dimatikan. Mariam Syuhada merasa sedikit lega mendapatkan pencerahan dari kawannya. Barulah tenang hatinya. Esok dia akan berjumpa Hafiza. Lama benar tak berjumpa dengan kawan baiknya itu. Memandangkan dia sibuk menyiapkan tempahan manakala Hafiza pula sibuk menjalankan perniagaan homestay milik keluarganya, sedikit sebanyak membataskan perhubungan mereka.

Mariam Syuhada bangkit lalu mula mengambil wudhu. Azan zohor baru sahaja berkumandang. Menjadi kebiasaannya sejak di sekolah rendah lagi untuk membiasakan solat diawal waktu. Puan Faizah dan Encik Azhar juga sentiasa mengingatkan anak2nya agar mendahulukan solat sebelum perkerjaan yang lain.

Telekung dicapai lalu disarung kemas ke kepala. Setelah itu, sejadah dibentang mengikut arah kiblat. Takbir diangkat menandakan dia memulai solat.

"Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kau ampunkanlah segala dosaku, dosa umi dan ayah, dosa adik perempuanku, dosa sahabatku, dosa saudara2 ku dan dosa kaum muslimin serta muslimat. Kurniakan kami rezeki yang bertambah2 dari segenap tempat.

Ya Allah, lapangkan jiwaku dan hatiku. Tanamkan sifat mahmudah dalam diri ini. Sesungguhnya, aku sentiasa memerlukan petunjukMu.

Ya Allah, kau berikan aku jawapan yang tepat. Kiranya jalan yang aku pilih ini dibawah redhaMu, kau permudahkan. Sekiranya jalan yang aku ambil hanya memudaratkan kehidupanku, kau jauhkanlah. Ameen".

Doa ditadah, moga Allah memakbulkan segala doa2 nya. Mariam Syuhada kembali melipat telekung. Dia duduk di birai katil mencapai mathurat. Umi kata elok amalkan mathurat bila2 masa saja. Inilah rutin seharian Mariam Syuhada. Kalau tak ralit menghafal mathurat, dia pasti akan menghafal manzil pula. Moga kehidupannya akan terpelihara dan dilindungi dari fitnah dajjal dan syaitan yang direjam.

Knok! Knok!

"Syu.. umi masuk boleh?". Suara Puan Faizah kedengaran. Mathurat ditutup rapat lalu mendekati pintu bilik.

"Ada apa umi?".

Sekeping kertas berwarna putih dihulurkan kepada Mariam Syuhada. Wajahnya berkerut.

"Nombor Hafiy. Dia minta umi bagi pada Syu. Takkan dia nak mesej Syu pulak, kan? Takut nanti Syu tak suka pulak. Ambillah.. mana tau kalau2 Syu ada benda nak tanya dia ke". Ujar Puan Faiza bersahaja.

Mariam Syuhada mengambil kepingan kertas perlahan2. Anak matanya terarah pada sebaris nombor yang ditulis tangan.

"Yelah. Terima kasih umi". Ucapnya.

Puan Faizah berlalu meninggalkan anak perempuannya. Mariam Syuhada menutup pintu bilik. Dalam hatinya masih tertanya2 apa yang patut dia lakukan.

Henset dicapai. Nombor kepunyaan Hafiy disimpan dalam hensetnya. Dia masih berkira2 samada ingin menghantar mesej ataupun tidak.

"Kalau aku mesej, nak tanya apa, eh?". Gumamnya. Henset diketuk2 di dahi.

Pasal hantaran?

Pasal baju kahwin?

Pasal kita?

Eh, kejap?! Sejak bila aku setuju ni? Haish!

"Mesej jelah!".

Akhirnya Mariam Syuhada membuat keputusan. Dengan lafaz bismillah dia mula menghantar mesej permulaan. Cuak giler!

Assalamualaikum. Ni Mariam Syuhada.

Send!

Fuh! Macam nak tunggu ambil slip spm debar nya! Mariam Syuhada menunggu beberapa minit sebelum Hafiy menjawab.

Waalaikumussalam. Ye, Syuhada. Akhirnya awak mesej saya. Terima kasih.

Mariam Syuhada tergelak kecil. Adoi mamat ni! Macam skema je.

Saya dah tau pasal tujuan awak jumpa parents saya semalam.

Beberapa saat kemudian,

Jadi, jawapan Syuhada?

Mak ai! Cepat betul dia ni? Aish, aku nak jawab apa ye!

Saya belum habis fikir.

Send!

"Agak2 dia marah tak? Hurm.. lantak lah kan". Gumam Mariam Syuhada.

Kali ini mesejnya lama tak berbalas. Hampir sepuluh minit. Mariam Syuhada mula hairan.

"Dia marah ke? Tak mungkin la". Desis Mariam Syuhada lagi. Puas sudah dia menelek henset ditangannya, tak jugak mesej dari Hafiy muncul.

Kemudian, hensetnya berbunyi. Cepat2 Mariam Syuhada membuka peti simpanan mesej.

InsyaAllah, saya sedia. Saya dah bersedia untuk bernikah. Mariam Syuhada terima, ye?

Mujur tak terburai rahangnya. Terpisat2 matanya memandang mesej dari Hafiy. Mamat ni betul2 beriya dengan keputusannya. Mariam Syuhada garu kepala yang tak gatal.

Syu bincang dengan umi dan ayah dulu. Assalamualaikum.

Mesej terakhir dihantar. Dup dap jantungnya. Siapa yang tak suka bila ada yang berkenan pada kita. Mariam Syuhada juga tak ketinggalan kerana dia seorang wanita yang punya perasaan. Namun, dia masih mampu mengehadkan perasaan dan perbuatannya ketika ini. Adapun segala keputusan nanti, biarlah berlandaskan akal yang waras dan hati yang tenang.

Mariam Syuhada berdiri menghadap luar jendela. Pemandangan langit yang luas menunjukkan betapa Allah Maha Kuasa. Sungguh ajaib ciptaan Tuhan.

Ingatannya menerjah pada permintaan umi dan ayah. Mariam Syuhada bukanlah jenis yang membangkang segala arahan orang tuanya. Jauh di lubuk hati, dia percaya akan segala yang telah orang tua nya pilih. Dia juga yakin akan qada' dan qadar Allah. Tak mungkin Allah zalim terhadap hambaNya. Segala yang berlaku atas percaturanNya.

"Dan Allah sebaik2 perancang".

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi juga bintang dan segala macam planet. Perancangan yang begitu hebat hingga manusia juga tak dapat nak menjangkau segala yang dilakukan oleh Pencipta. Mariam Syuhada percaya pada perancangan Allah. Tak pernah sekalipun dalam hidupnya menyesali mahupun menidakkan hukum dan aturan Allah. Mariam Syuhada percaya semua nya telah ditulis dengan elok dan baik.

Mungkin aturan dia dan Hafiy juga akan berjalan dengan elok atas redha umi dan ayah serta Allah Taala. Rahsia Allah tak siapa tahu.

Knok! Knok!

Mariam Syuhada terganggu. Hilang terus ingatannya terhadap Hafiy. Dia melangkah tenang ke pintu bilik.

"Akak!".

Jerit satu2nya adik perempuan Mariam Syuhada. Tangan didepang lalu memeluk erat kakak tersayang.

"Adik! Kata balik lepas asar? Cepat nya!?". Terjerit kecil Mariam Syuhada melihat susuk tubuh adik perempuannya, Mariam Zulaikha. Rindu betul dengan adiknya ini. Sebulan sekali baru dapat melihat wajahnya. Sibuk assignment la katakan!

"Adik rindu akak, tu yang balik. Akak sihat ke?". Ditarik lengan Mariam Syuhada menuju ke birai katil. Tangan masih menggenggam erat jemari kakaknya.

"Alhamdulillah, sihat sangat! Adik akak ni, nampak kurus je. Tak makan ke kat kolej?". Pipi Mariam Zulaikha dicubit manja. Sedikit cengkung wajah adiknya itu. Kulit juga sedikit gelap.

"Busy la kak, tak sempat nak makan. Lepastu adik masuk koko pulak, lagi lah takde masa. Ala.. nanti bila dah ok sikit adik mula la tambah berat badan adik. Anggap je sekarang ni tengah diet!". Seloroh gadis manis dihadapannya.

Masih tak ubah perangai Mariam Zukaikha. Masih dengan gaya kebudak2an. Rambut yang panjang lebih senang diikat tocang. Wajahnya lebih mengikut persis ayah berbanding dirinya yang lebih mengikut acuan umi.

"Banyak la diet awak tu!".

"Eei.. betullah! Akak tu yang adik tengok makin kurus. Banyak sangat ke tempahan?".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia berbaring enak di katil empuk. Mariam Zulaikha mengikut langkah kakaknya.

"Tempahan pun, jangan sampai tak jaga badan. Nanti sakit, siapa susah? Adik jugak!".

Mereka tergelak kecil. "Pandai cakap orang!".

Mereka senang bersama. Sejak kecil, dua beradik inilah yang setia ke mana sahaja pergi. Kalau seorang ke hulu, pasti yang seorang mengikut. Tak boleh langsung berenggang. Segala rahsia dikongsi bersama. Mariam Syuhada lebih selesa untuk bercerita dengan adiknya dan Hafiza berbanding orang lain. Mujur juga dia mendapat adik perempuan. Paling tidak, hilang juga bosannya di rumah ini.

"Apa cerita baru, kak? Adik dengar umi cerita semalam ada orang datang merisik akak". Selamba dia bertanya soalan itu. Mariam Syuhada pula yang ternganga. Cepat betul berita tersebar kepada adiknya.

"Busybody betul awak ni! Kat sana tu sibuk belajar ke, sibuk pasal hal akak ha?". Usik Mariam Syuhada. Sempat dia mencubit lengan adiknya kuat.

"Eii..adik belajar la! Sambil2 tu, sibuk pasal hal akak la". Mariam Zulaikha tergelak besar. Suka bila diusik kakanya. Habis merah merona wajah manis itu.

"Pandai je dia!".

"Ala.. adik tanya khabar akak je, umi yang bukak cerita. Bukan salah adik lah". Dia cuba membela diri. Mariam Syuhada layankan saja perangai adiknya. Nak marah pun tak guna, memang adiknya suka mengusik.

"Apa pendapat adik?". Soal Mariam Syuhada setelah lama berdiam diri. Matanya terarah pada siling bilik.

"Kalau dia baik, terima ajelah!". Senang jawapan yang diberikan. Mariam Syuhada beriak terkejut.

"Seriously?".

"Hurm!".

Mariam Syuhada diam lagi. Otaknya ligat berfikir.

"Akak lupa ke? "Jika datang seorang lelaki yang kamu percaya kebaikan akhlaknya, jangan menolak".

Baru dia teringat tentang hadis itu. Umi dan ayah sering memuji kebaikan Hafiy. Mungkin betul memang dia mempunyai akhlak yang baik.

"Kalau akak terima, adik ok ke?".

"Erk? Apa pulak tanya adik ni? Akak yang nak kahwin, akak la patut fikir tu. Adik tak kisah, janji dia baik and boleh layan karenah kita sekeluarga, ok la". Mariam Zulaikha mengiring pandang kakaknya.

"Akak kena fikir betul2. Bukan apa, akak ni langsung tak terfikir nak kahwin ni, tup2 umi dengan ayah bagitau macamtu. Risau jugak! Nanti, suasana dah baru. Akak risau kalau tak boleh nak selesakan diri". Luahnya lemah.

Kalaulah adiknya memahami apa yang dirasakan ketika ini, pasti dia ingin meluahkan segala2 yang tersimpan.

"Tulah namanya new life. Kira ok la dapat family baru. Ada la pengalaman kita nanti".

"Hirm.. memang la. Tapi, akak rasa macam takut pulak. Takut tak bersedia pun ada. Yelah, akak tak kenal dia and family dia. Tiba2, kahwin dengan dia. Kalau adik, tak rasa pelik ke dengan suasana macamtu?". Soalan diaju pula kepada Mariam Zulaikha. Kepala dialas dengan tangannya.

"Memang la pelik sikit tapi akak kena biasakan. Sebab tu lah akak kahwin! Ala.. adik sure akak boleh nak adapt dengan suasana tu lah!". Jawab Mariam Zulaikha yakin. Dia menepuk lembut bahu kakaknya.

Fikirannya melayang. Boleh ke aku selesa dengan suasana tu nanti? Pasti aku akan rindu nak bersama umi dan ayah nanti.

"Ish, dah lah! Adik nak mandi dulu. Nanti kita sambung borak lagi. Akak jangan stres sangat fikir pasal benda ni. Nanti lama2 akak ok la tu". Mariam Zulaikha bangun dari katil. Badannya diregangkan sedikit.

"Iyelah! Thanks sebab sudi dengar masalah akak ni!".

"Alah, no prob lah! Hal kecik je tu". Jawab Mariam Zulaikha. Dia terus keluar meninggalkan Mariam Syuhada sendiri. Badannya sudah berlengas, tak selesa.

Mariam Syuhada turut bangun dari katil bergerak ke almari baju. Malam ini mereka ingin keluar makan malam bersama. Dia mengambil baju yang ingin dipakai dan juga tudung lalu segera digosok licin. Tabiat Mariam Syuhada sebelum keluar, dia akan memastikan baju dan tudungnya akan licin digosok. Kalau tidak, jangan haraplah nak keluar. Sesiapa pun tak boleh usik baju yang dah siap digosok. Pantang!

***

"Akak dah siap belum?". Soal Mariam Zulaikha seraya duduk di sofa. Pandangannya dihala kearah Puan Faizah yang leka membaca majalah.

"Macam biasalah akak kamu tu. Kena lebih lima minit dari masa yang ditetapkan". Gelak Puan Faizah. Anak sulungnya memang banyak ragam. Salah satunya bersiap mesti ada penambahan masa lima minit dari waktu yang dah ditetapkan.

"Oh! Adik lupa". Dia menepuk dahi sengaja menambah ramuan pada usikan Puan Faizah.

Dia mencapai majalah yang tersusun rapi di atas meja. Encik Azhar turut duduk disebelah anak perempuannya, turut melirik pandang pada muka surat yang diselak.

"Sorry semua!". Mariam Syuhada keluar sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Ala..dah tau sangat akak tu. Jom!". Ujar Mariam Zulaikha semangat. Dia terus menutup majalah ditangan lalu bingkas bangun dari tempat duduk.

"Amboi, laju je bab makan, eh?". Usik Puan Faizah. Berderai tawa mereka yang beranak.

"Rezeki la, umi!". Sahut Mariam Zulaikha rancak.

Mereka terus dibawa oleh Mariam Syuhada ke suatu tempat. Rancak mereka berbual di dalam kereta. Ada sahaja celoteh dari Mariam Zulaikha sampai tak kering gusi yang lain melayan. Kali ini, Mariam Syuhada ingin membawa mereka ke tempat lain dari yang lain. Tak pernah mereka dibawa ke restoran yang agak luar biasa dari selalu.

"Biar betul kamu nak belanja kami kat tempat ni?". Encik Azhar terlopong lama. Tak percaya dengan pemandangan dihadapannya.

"Jom lah! Ala ayah ni, jangan la macamtu". Lengan Encik Azhar ditarik keluar dari kereta. Segan pula bila ditanya sebegitu.

Kali ini, mereka ke restoran yang sedikit mewah. Bukanlah sampai makan di restoran 5 star, cuma agak mahal dari biasa. Sekali sekala Mariam Syuhada ingin juga menghadiahkan sesuatu yang agak berbeza dari sebelumnya.

"Mahal tempat ni". Gumam Puan Faizah pula. Dia juga turut merasa kekok untuk menjejakkan kaki ke dalam.

"Jangan fikir mahal ke tak, janji umi dan ayah kenyang. Order jelah apa2 pun, Syu ok la". Dia menjawab bagi meghilangkan kegusaran dihati orang tua nya. Mariam Zulaikha sudah lama mencari tempat duduk. Dia memilih meja bulat di sudut restoran.

"Order je apa2 tau! Jangan tengok harga!". Pesan Mariam Syuhada sebelum menghulurkan menu makanan kepada orang tuanya. Naik geli hati pula melihat reaksi umi dan Ayah. Mulut tak habis terlopong, mata hampir saja tak terkeluar.

Mereka mula memesan makanan. Oleh kerana permintaan Mariam Zulaikha ingin memesan siakap tiga rasa, maka menu itu dipesan khusus dan lebih dari satu. Mariam Syuhada juga memesan kepah masak cili, sotong goreng tepung, kailan goreng belacan, tomyam campur dan juga nasi cukup untuk empat orang makan.

"Kalau nak pesan lagi, bagitau je!".

Serentak mereka bertiga mengangguk. Lama rasanya tak keluar bersama. Banyak cerita yang dikongsi bersama terutama dari Mariam Zulaikha. Bermula dengan kisah di kolej sehingga kepada assigment yang bertimbun2. Puan Faizah dan Encik Azhar langsung tak kisah melayan si bongsu berborak.

"Pesanan makanan dah sampai!". Teriak Mariam Zulaikah ceria. Satu persatu hidangan mereka diletakkan diatas meja. Bau aroma menggamit nafsu yang sedang bergelojak dan juga perut yang berkeriuk2 minta diisi.

Doa dibaca oleh Encik Azhar dan diaminkan oleh yang lain. Usai itu, mereka terus memulai santapan.

"MasyaAllah, sedap nya!". Puji Puan Faizah suka. Ditambah lagi ikan ke dalam pinggan. Suka Mariam Syuhada melihat ahli keluarganya menjamu selera.

Dia juga mulai mengisi perut. Nikmat yang sangat tak terkata. Sedap sungguh masakan disini. Tak sia2 dia membawa keluarganya menjamu selera. Mariam Syuhada makan dengan penuh berselera. Suasan terus menjadi sunyi antara mereka berempat. Hanya tangan dan mata yang lincah bergerak.

"Azhar! Tak sangka jumpa kat sini!". Tiba2 Mariam Syuhada dikejutkan dengan kehadiran insan yang langsung tak dikenali.

"Eh, Shamsul! Kau datang dinner sini jugak ke?". Encik Azhar bangun lalu bersalaman dengan lelaki separuh abad itu. Mesra sekali. Mariam Syuhada berhenti makan. Segan pula.

"Ni la bawak anak bini makan luar".

"Samalah aku pun!". Mereka berdua tergelak kecil.

Puan Faizah turut bangun bersalaman dengan isteri kepada lelaki itu. Mariam Syuhada dan Mariam Zulaikha menurut. Manis senyuman wanita itu.

"Syu, ni la mak Hafiy".

Mariam Syuhada terkedu. Oh, ni la dia! Senyum Syu!

"Makcik apa khabar?". Soalnya ramah. Wanita itu mengangguk seraya tersenyum manis.

"Cantik orangnya. Padan la pun Hafiy nak sangat, ye!". Usik Puan Azila. Mariam Syuhada sudah merona merah. Tak cukup dengan itu, adiknya pula mula mengusik tak sudah.

"Eh, alang2 dah ada ni, jom la join sekali. Boleh kan, Syu?". Soal Encik Azhar kepada anak perempuannya. Mariam Syuhada sudah kelu. Tak bagi, nampak biadap pulak. Kalau bagi, segan oi!

"Er..boleh je. Apa salahnya kita meramaikan". Hanya itu jawapan Mariam Syuhada. Seram sejuk betul dibuatnya tambah2 mak Hafiy tak sudah memandang kepadanya.

"Mana anak bujang kau?". Soal Encik Azhar. Matanya meliar mencari kelibat Hafiy.

Hafiy ada?? Matilanak!

"Dia pergi 7e kejap. Nanti datang la budak tu".

Mariam Syuhada sudah tak keruan. Mana mau letak wajahnya sekarang? Gelabah tak tahu nak cakap. Kenapa la sekarang jugak boleh terserempak!?

"Takpe, kita order dulu la. Tambah lagi je ni. Amacam?".

"Aku no hal je! Ni pun sedap jugak ni!". Sahut Encik Shamsul senang hati. Encik Azhar mula memesan makanan kepada pelayan restoran. Mariam Syuhada mula tiada selera. Rasa senak sampai ke kepala.

"Mariam sihat ke? Macamana bisnes sekarang?". Soal Puan Azila lembut. Mariam Syuhada menjawab dengan penuh sopan.

'Janganlah dia datang!'.

"Kat sini rupanya. Puas Hafiy cari tadi". Tegur satu suara. Lelaki muda yang segak berbaju tshirt hitam. Dia menghampiri Encik Shamsul.

"Haa..ni anak bujang aku!".

Hafiy bersalaman mesra dengan Encik Azhar. Malu dia melihat ada keluarga lain turut bersama. Mariam Syuhada bertambah cuak. Pertama kali berjumpa Hafiy.

"Tak sangka kita jumpa kat sini. Pakcik sihat ke?".

"Alhamdulillah. Tulah, kebetulan makan kat sini jugak. Mari duduk sini, kita makan sekali. Pakcik dah order makanan". Hafiy mula duduk disebelah Encik Azhar. Dia turut menyapa Puan Faizah mesra. Dari ekor matanya, dia perasaan susuk tubuh Mariam Syuhada. Hatinya suka.

"Ada sambut apa2 ke ni?". Usik Hafiy ramah. Dipandang sekilas wajah Puan Faizah.

"Takdelah! Saja la Syu nak belanja kami makan kat luar".

"Oh..langkah kanan la kami!". Sahut Puan Azila mesra. Dipegang erat lengan Mariam Syuhada disebelahnya.

"Er..order je apa2. Syu belanja harini".

"Ooh..baru pakcik nak keluar duit. Kira tak jadi la ni?". Encik Shamsul mengusik. Pecah tawa mereka semua. Hafiy tersenyum manis memandang Mariam Syuhada.

"Handsome, kak!". Bisik Mariam Zulaikha rapat ke telinga kakaknya. Mariam Syuhada menjeling tajam. Suka hati je!

Dia macam nak tercabut jantung lagi, adalah! Nasi yang masuk ke tekak dirasakan pahit sahaja. Adoi, tak selesa betul! Mak Hafiy pulak tak habis2 nak mengusik Mariam Syuhada. Bertambah malu dibuatnya.

"Syu, kenapa senyap pulak tu? Segan ke dengan Hafiy?". Usik Encik Shamsul pula. Berderai tawa dia dan Encik Azhar. Suka melihat Mariam Syuhada merona merah.

"Anak aku ni pemalu". Bela Encik Azhar seraya memandang sekilas anaknya yang sedari tunduk malu. Kesian Syu!

"Takpe! Aku suka la macamtu. Malu kena la dengan perempuan, ye tak? Tapi, kamu tak payah segan dengan pakcik la. Pakcik ni bukan siapa2 pun".

Mariam Syuhada tersenyum memandang Encik Shamsul. Sepatah kata langsung tak keluar dari mulutnya. Hafiy yang sedang khayal melirik pandang tak sengaja tersenyum sama. Ah, cair!

Makanan yang dipesan sampai. Mereka mula menjamu selera bersama. Ada sahaja yang diborakkan. Hanya Mariam Syuhada dan adiknya sahaja yang diam memerhati.

"Kak, dia pandang akak". Bisik Mariam Zulaikha lagi. Dia menyiku lengan kakaknya.

Mariam Syuhada hanya mampu memandang kosong adiknya. Lantak lah nak pandang ke apa, janji aku nak balik cepat!

"Syuhada, jangan lama2 fikir. Makcik tak sabar nak jadikan kamu menantu".

Mariam Syuhada menoleh. A..apa?? Aku tak salah dengar ke?!

"Er.. ha ..iye". Hanya itu yang mampu dijawab. Bibir diketap kuat. Masak lah kau, Syu!

"Tengok tu merah muka nya. Malu la tu!". Suara Encik Shamsul kedengaran.

'Ah! Kenapa suka nak usik aku ni!'.

"Makcik harap jadi la ye. Suka betul makcik dengan pilihan Hafiy. Pandai anak makcik pilih. Syuhada manis, baik orangnya". Puan Azila memegang erat jemari Mariam Syuhada. Encik Shamsul juga mengangguk setuju.

"InsyaAllah, Zila. Doakan aje, ya". Balas Puan Faizah bagi pihak Mariam Syuhada. Dia tahu anaknya sudah gugup bertambah malu.

"Tak sabar kami ni nak bermenantukan Syuhada. Lepas Hafiy suarakan isi hati dia, kami sokong semuanya. Syuhada pun sopan budaknya. Takde yang kurang lah senang cerita".

"Er.. pakcik terlalu memuji. Syu biasa je". Lembut suaranya kedengaran. Hafiy bagai diawangan.

"Eh, pakcik cakap jujur la ni. Ayah kamu ni selalu cerita pasal kamu".

'Ah, patutlah!'.

"Terima kasih la atas pujian. Ni semua hasil didikan umi dengan ayah jugak". Mariam Syuhada tersenyum memandang Puan Faizah. Umi dan ayah yang banyak mengajar Mariam Syuhada erti kehidupan.

"Eh.. borak aje kita. Tambah la lagi!". Encik Azhar mengubah topik. Sebak pula bila dipuji anak sendiri.

Encik Shamsul dan Puan Azila sekeluarga enak menjamu selera hingga habis. Kenyang sudah mereka malam ini. Tak habis lagi berbual antara ayah dan Encik Shamsul. Mariam Syuhada mengerling jam di pergelangan tangan. 10 tepat. Mujur esok hujung minggu.

"Umi, dah lewat ni". Bisik Mariam Syuhada rapat ke telinga Puan Faizah. Dia memandang penuh pengertian. Puan Faizah tersenyum seraya mengangguk faham.

"Bang, dah lewat ni. Anak awak esok nak menyiapkan tempahan". Sampuk Puan Faizah. Serta merta mereka berhenti berborak.

"Maaflah! Kalau dah borak memang tak ingat dunia". Balas Encik Shamsul. Mereka serentak bangun. Mariam Syuhada bingkas ke kaunter pembayaran.

Bil makanan mencecah Rm 200. Mariam Syuhada mengeluarkan dua keping not seratus.

"Terima kasih!". Tegur Hafiy.

"Er..sama2". Segan bila berdua. Mariam Syuhada hanya memandang susuk tubuh juruwang di hadapannya.

"Maaflah kalau ayah gurau terlebih tadi".

Mariam Syuhada menoleh. "Takpe, Syu tak kisah".

Hafiy tersenyum. Suka melihat wajah polos Mariam Syuhada.

"Boleh Hafiy jumpa Syu esok?". Soalnya tiba2. Jalan Mariam Syuhada dihalang.

"Kenapa?". Berkerut wajahnya memandang Hafiy.

"Pasal kita. Hafiy nak cakap pasal kita".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Patut atau tidak ni!? Esok? Erm..apa patut aku buat?

"Syu tengok dulu la. Esok banyak kerja la". Bidas Mariam Syuhada. Tak berani pula ingin keluar dengan lelaki dihadapannya.

"Syu takut keluar dengan Hafiy ke?". Tebak lelaki itu. Mariam Syuhada terkedu. Tahu pulak mamat ni!

"Syu tak payah risau. Bukan Hafiy nak buat apa2 pun. Bawaklah teman. Ke.. nak Hafiy bawak mak Hafiy esok?". Selorohnya. Mariam Syuhada cepat2 menggeleng.

"Taknak!". Jawabnya cepat. Ah, dia serba salah.

Mariam Syuhada hanya membiarkan soalan Hafiy kosong tak berjawab. Dia terus keluar dari restoran mengikut langkah yang lain. Janganlah ditanya lagi.

"Umi, jom!". Mariam Syuhada menarik lengan Puan Faizah lembut. Sebolehnya, dia ingin lari dari berjumpa lelaki itu.

"Pakcik, boleh tak esok saya nak keluar jumpa Syuhada? Saya nak bincang sikut dengan dia". Suara Hafiy memecah sunyi. Mariam Syuhada terlopong. Biar betul dia ni!

Puan Faizah dan Encik Azhar memandang anak mereka. Serba salah Mariam Syuhada.

"Kamu pun tanya tuan badan?". Soal Encik Azhar lembut.

"Dah, tapi takde jawapan. Tu yang tanya pakcik". Selamba dia menjawab. Langsung tak rasa bersalah.

"Jumpalah". Sepatah jawapan Encik Azhar. Mariam Syuhada menjerit dalam hati.

Hafiy mengucapkan terima kasih. Dia tersenyum manis memandang Mariam Syuhada. Gentleman kan? Haha

"Ok la, Har. Jumpa nanti lah! Balik dulu ye!". Mereka bersalaman sebelum masing2 naik ke kereta masing2. Mariam Syuhada mula menghidupkan enjin. Dia sudah tak tahu nak berfikir apa lagi. Henset Mariam Syuhada berbunyi.

Esok Hafiy bagitau tmpt. Thnks!

Mesej dari Hafiy. Mariam Syuhada memandang susuk tubuh lelaki itu yang masih tersenyum di tempat duduk pemandu.

"Apa2 jelah! Ish!". Rungut Mariam Syuhada. Kepala digeleng berkali2.

"Kenapa kak? Membebel sorang2 pulak!". Mariam Zulaikha menepuk bahu kakaknya kuat.

"Takde apa2. Masalah negara". Jawabnya acuh tak acuh. Malas nak bercerita panjang lebar. Nanti habis adiknya menjaja cerita pada umi dan ayah.

"Kak, baik betul dia tu kan?". Puji adiknya.

"Mana adik tau dia baik? Pernah kenal ke sebelum ni?". Perli Mariam Syuhada. Dia mencebik memandang adiknya yang tempat duduk belakang.

"Eei..apalah akak ni! Saja la tu". Cubit Mariam Zulaikha mengena lengan kakaknya.

Mariam Syuhada menjongket bahu. Malas nak melayan karenah adiknya. Puan Faizah dan Encik Azhar masuk ke dalam kereta. Mariam Syuhada mula memandu pulang ke rumah.

"Esok bawak adik teman". Ujar Encik Azhar tiba2. Radio diperlahankan.

"Syu bawak Hafiza, alang2 esok Syu jumpa dia". Jawab Mariam Syuhada lembut. Matanya fokus memandang jalan.

"Kamu dah habis fikir, Syu?". Soal umi pula.

"Belum, umi".

"Fikir elok2. Jangan buat orang tertunggu. Kalau kamu taknak, cepat2 tolak". Pesan Encik Azhar. Mariam Syuhada hanya mampu mengangguk faham.

"Akak pilih dia pun ok apa! Baik je adik tengok, kan umi?".

"Memang dia baik. Tapi, akak kamu tu yang tak habis fikir lagi. Tak tahulah fikir apa banyak sangat tu". Sambut Puan Faizah sengaja mengusik anak perempuannya.

"Er..yelah. nanti Syu fikir".

"Haa..tengok tu! Fikir lagi!".

Berdekah tawa mereka bertiga. Mariam Syuhada malu sendiri. Nak terjun dari kereta je rasanya!

Ni semua sebab Hafiy!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience