Pin pin bunyi hon kereta memecahkan kesunyian kota. Siapa sangka rumah mewah yang di megahkan bakal di tinggalkan. Tiada daya melainkan menurut kehendak orang tua.
"Baju dan barang keperluan sudah kemas?" soal wanita pertengahan 20an itu.
"Umi boleh tak kalau Qisha tinggal sini?"
Kakinya menapak lemah membawa beg,berat rasanya meninggalkan rumah banglow yang menjadi kediamannya sebelum ini.
"Kenapa dengan anak perempuan kesayangan umi,bukan Qisha suka suasana kampung?" beg pakaian di masukkan ke dalam but kereta.
"Siapa mahu jaga itik dengan rusa?"
Haqisha bermain silang kata.
"Baba,boleh tak Qisha tinggal sini? Lagipun kesian mak Wan dengan pak Akob."
Qisha pura pura menangis dan menghentak kakinya.
"Cakap apa yang Qisha nak nanti baba belikan."
"Nak kuda, nak kuda kalau tak Qisha tak nak ikut!" Kaki di hentakkan sekuat hati rambutnya beralun ke kiri dan ke kanan.
"Nanti baba belikan janji ikut baba dengan umi?" berat hati untuk menunaikan hajat anak perempuan tunggalnya itu namun di turunkan saja.
"Kudaku belari kencang yayyy baba beli kuda." Qisha melompat gembira seolah olah tiada apa berlaku.
"Mana air mata sudah berhenti menangis?" perli wanita pertengahan 20 an itu. Qisha hanya senyum melihat rumah bunglow yang semakin hilang dari pandangan mata.
Umi naa udhe umi na udha
" umi nak kuda umi nak kuda"
tangannya mengepal seolah olah meminta sesuatu.
Umur tiga tahun pelat lagi, hai Samsul kalau macam ni sampai besar bankrup jawabnya. Qisha menggelengkan kepala melihat gelagat adiknya tidak lekang menyonyot puting plastik.
Dari lebuh raya kini pokok sawit di kiri dan kanan. Haqisha memeluk beg yang di bawa bersamanya tadi.
"Baba takut" hanya itu yang terkeluar dari mulut sebelum mengeluarkan anak patung dari dalam bag dan memeluknya.
"Nanti kita sampai tempat rehat kalau penat tidur dulu." Cadang baba lalu menghembuskan asap rokok ke luar tingkap, Haisha hanya mengangguk faham.
Jam menunjukkan 1.45 tengahari, dari pepohon yang rendang dan tebal kini bandar kecil mula kelihatan,
"Kalau tak silap kawasan rehat dan rawat lebih kurang satu kilomiter lagi, uminya macam mana? Sekilas matanya melihat di sudut penumpang depan.
"semua sudah tidur nasib engkaulah labu." monolognya sendirian lalu menguatkan suara radio
"Baba sudah sampai belum?" Soal Haqisha tersedar kerana suara radio di lantangkan.
"Sabar isha, lebih kurang 30 minit lagi perjalanan kalau penat tidur dulu." Arahnya kepada
30 minit kemudian
Na akan apa heeee(nak makan lapar hiii) Samsul senyum menunjukkan gigi dua batang yang mahu tumbuh.
"Assalamualaikum Zakaria aku ada perkara penting mahu di sampaikan" sapa seorang lelaki berkulit sawo matang dan tinggi rampai itu.
"Waalaikumussalam Razak kenapa tergesa- gesa?" Razak serba salah mahu memberi tahu namun di gagahkan jua hati.
Wang sebanyak dua puluh ringgit Malaysia di hulurkan kepada Humairah.
"Bawa anak anak pergi makan nanti saya ke sana."
Humairah hanya menurut kata kata suaminya itu.
Enam jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang akhirnya tiba di destinasi.
Enjin kereta di matikan kicauan burung pulang ke sarang jelas kedengaran di telinga. Zakaria menghirup udara yang segar sambil melepaskan lelah ketika memandu.
"Maira sudah bangun?" Soal Zakaria menghabiskan air yang di belinya di di RnR ( Rehat dan Rawat).
Alangkah terkejutnya apabila melihat Haqisha tiada di tempat duduknya.
"Anak kita kemana babanya?"
"Ada di sana uminya." Zakaria menunjuk ke arah air terjun yang jernih.
Humairah yang pening lalat mencari kelibat Haqisha mula mengomel.
"Kenapa tak pandu terus ke rumah?"
"Biarlah sekali sekala lagipun bukan selalu Qisha tengok air terjun,sekali sekala lepas lelah ada bagusnya juga terapi minda."
Ciss bunyi mancis di gesek ke kotak lalu di halakan ke arah rokok,kepulan asap memenuhi udara apabila asap rokok di hembus matanya yang mengantuk tiba tiba segar.
"Amboi,dapat rokok lupa anak inilah lelaki." Satu tamparan buatnya namun tidak di hairaukan,
Humairah membelek jam hantaran perkahwinan mereka,jam menunjukkan pukul 4.00 petang.
Qisha meletakkan tangan di gigi air membiarkan ia mengalir mengikut arus.
Sejuk air sungai terasa di tangan meskipun malam menjemput cahaya matahari pulang.
"Jangan main tengah sungai nanti lemas." Humairah memberi peringatan kepada Qisha.
"Umi boleh Qisha mandi sungai?" Haqisha menanti jawapan, humairah mengalih pandangan ke arah pokok akasia.
"Nanti sampai rumah kita mandi kolam."Zakaria cuba memujuk dan berharap anaknya itu tidak minta bukan-bukan.
Haqisha memegang tangan baba dan uminya. "baba,umi sekejap saja lagipun Qisha jarang mandi sungai."
"Boleh kalau mandi sini, tapi kalau jadi hitam macam budak tu jangan salahkan baba." Humairah menunjukkan salah seorang budak yang mandi berhampiran air terjun.
Yang hitam manis yang hitam manis pandang tak jemu pandang tak jemu." Haqisha menyanyikan lirik lagu yang popular sekitar 60 an itu.
Dek kerana secara spontan humairah dan Zakaria ketawa terbahak bahak sehingga menahan perut.
"Hahahaha aduh! sakit perut baba dengan umi kalau buat lawak pecah perut jawabnya."
Zakaria batuk kerana tertelan asap rokok.
"Kalau mahu tangok rumah baru masuk dalam kereta atau kita bermalam di sini malam ini." Ugut Humairah membesarkan sedikit mata ke arah Zakaria.
Qisha tiada pilihan lain selain dari menuruti kehendak uminya.
Share this novel