BAB 11

Romance Series 68161

Sofea dan pak kasim bersiap sedia untuk balik ke rumah datin semula , sofea rasa happy bersama keluarga nya walaupun sekejap sahaja masa bersama....

"Nah , sofea teringin nak makan ni kan" mak sal menghulurkan tempoyak yang ada di dalam bekas bertutup...

"Mak sal terima kasih , sofea memang nak sangat makan ni" sofea menerima bekal dari mak sal...

"Jaga diri sofea baik baik , mak sal sayang sangat dengan sofea , ingat kalau ada apa apa masalah bagitahu kami jangan pendam sendiri , kamu masih ada keluarga" pesan mak sal dan sofea terus memeluknya...

"Sofea rindu arwah ibu"

"Sofea kalau rindu sedekahkan al fatihah untuk ibu ya sayang , sofea kena kuat dan jangan lemah , jangan biarkan orang pijak kita kalau dah melampau kita kena lawan" ucap mak sal lagi..

Sofea mengangguk , "Sofea jom kita"

"Bawak kereta hati hati ya pak kasim" pesan syamsul lalu sofea pun masuk ke kereta bersama pak kasim , mereka melihat kepergian sofea sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangan mereka..

"Syam nak ke kubur ibu dengan ayah , petang sikit syamsul balik" Kata syamsul lalu duduk di motornya dan memakai helmet...

"Kamu memang tak nak bagitahu sofea ke tentang orang yang dah langgar mereka? sofea kena tahu tentang ni syamsul" tanya pakcik daus dan mak sal hanya memandang mereka...

"Kita semua tahu siapa pelakunya tapi syam tak pasti sama ada orang tu hidup lagi ke tak? syam nak cari tpi kes ni dah lama sangat dah pakcik"
"Orang tu dari kalangan datuk , syam rasa kita tk boleh lawan diorang sebab diorang berduit jadi kita akan kalah"ucap syamsul dan terus start kan motornya..

"Macam mana kalau sofea tahu dari orang lain? nesti sakit hati dia" ujar mak sal dan syamsul terdiam seketika , "Bagitahu sofea"

"Nanti je la mak sal , sofea tak perlu tahu" jawabnya dan terus pergi dari halaman rumah mereka.... "Biar la syam buat keputusan ,lagi pun syam tk nak sofea tahu takut akan muncul dendam dalam hati sofea nanti" kata pak cik daus....

Sampai sahaja di rumah datin , sofea melihat datin dan irdina yang berada di luar sambil berbual mesra , melihat sahaja sofea balik mereka berdua memandang satu sama lain....

"Datin" tegur pak kasim lalu pergi ke bonet untuk mengeluarkan barang sofea , "Happy kau dekat sana? puas menyundal?" soal datin pada sofea..

"Datin , saya balik kampung sebab saya rindukan keluarga saya"

"Keluarga ke menyundal?" tanya irdina pula , "Aku sekrang ni was was dengan baby yang ada dalam perut kau tu , betul ke tu anak danish ke anak lelaki lain" ucap datin...

Sofea melihat ke arah parking kereta dan kereta danish tiada di situ nampaknya danish tiada di rumah , "Kau ni pekak ke pura pura pekak ha" irdina menolak bahu sofea..

"Anak ni anak saya dan danish , Danish tahu tentang ni dan saya yakin dia dapat terima baby ni"

"Kalau dia yakin sangat dengan kau kenapa dia nk buat dna test pada baby tu? nampaknya dia sendiri tak yakin yang tu anak dia" ucap irdina...

Jantung sofea berdegup kencang dan dia sendiri tk sangka yang danish akan rasa curiga terhadap kandungannya , "Ni apa ni? kenapa berbungkus macam ni?" soal datin..

Datin memegang bekalan yang di beri oleh mak sal kepada sofea , sofea cuba merampas semula tetapi di halang oleh irdina...

"Datin itu bekal dari keluarga sofea , biar saya bawak masuk ya datin" pak kasim cuba megambilnya tetapi datin tidak mengizinkan...

Datin membuka bekalan itu dan melihat tempoyak dalamnya , "Eh , apa ni buruknya rupa" kata irdina...

"Ni kau nak makan sangat ke? mengidam ke?" tanya datin dan sofea mengangguk , datin tersenyum dan terus mencampak bekal itu dan bekas tersebut pecah ..

"Ya allah datin" ucap sofea dan terus pergi ke tempat bekas yang pecah itu , "Saya tahu salah saya sebab masuk dalam keluarga ni tanpa restu datin , tapi saya tak minta semua ni terjadi"

Datin tersenyum sinis lalu mengajak irdina ke dalam , "Ya allah sofea tak apa apa ke? biar kan nanti mak yam kemas ya allah kesiannya" mak yam menarik sofea bangun...

Mak yam lap air mata sofea menggunakan jemarinya , "Mak yam sofea dah tak tahan lagi , sofea nak keluar dari sini sofea nak danish lepaskan sofea" ucap sofea dan mak yam terus memeluknya...

Kejadian yang berlaku di rakam oleh danisya dari tingkat atas , "Abang aku nak kau buka hati kau tu" bisik danisya sambil memerhatikan sofea yang berada di pelukkan mak yam.....

***********************************


Danish balik tepat jam 6.30 petang , balik sahaja dari office dia terus masuk ke biliknya dan melihat sofea yang duduk di sofea sambil memandang ke luar tingkap dengan perlahan bibirnya mengukirkan senyuman...

"Eh awak dah balik , kenapa tak panggil saya?" kata sofea lalu pergi ke arah danish dan membuka blazer danish...

"Ingat pun jalan balik , aku ingat kau dah lupa"

"Saya ni masih isteri awak jadi saya kena patuh arahan awak sampai awak lepaskan saya" jawab sofea dan senyuman danish hilang...

"Kau memang nak aku lepaskan kau ke sofea?"

Sofea meletakkan blazer lalu tubuhnya pusing menghadap danish....."Ya saya nak awak lepaskan saya sebab saya dah tak tahan dengan awak , saya dah cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak , saya dah cuba buat macam macam tapi awak langsung tak hargai saya"

"Awak nak buat dna test pada baby ni kan? boleh tunggu saya bersalin dan kita buat dna test tu" ujar sofea...

Danish berjalan ke arah sofea sampai sahaja di depan sofea danish memegang kedua dua bahu sofea , "Aku cuba nak kepastian"

"Awak orang yang pertama untuk saya jadi kenapa awak was was dengan baby ni? satu je saya minta pada awak kalau baby ni terbukti anak awak , saya nak awak lepaskan saya dan jangan pernah ganggu saya dan baby ni lagi , biarkan saya hidup dengan keluarga saya tanpa awak , saya boleh besarkan baby ni tanpa seorang ayah" ucap sofea dan menolak tangan danish yang ada di bahunya....

"Dia anak aku jadi aku ada hal atas dia sofea , kau jangan lawan aku sofea" marah danish...

"Sekarang saya memang lawan awak , saya dah penat , penat sangat danish , saya dah tak boleh hidup dengan awak lagi" jawab sofea..

"Kau" danish menaikan tangannya , "Awak nak pukul saya? silakan saya tak kesah"

"Arghhh" jerit danish dan terus keluar dari biliknya , danish menahan kemarahannya dengan jauhkan dirinya dari sofea oleh kerana dia tak nak kehilangan baby yang ada di perut sofea....

Danisya turun untuk pergi ke dapur dan ternampak abangnya yang berdiri di tepi kolam sambil memeluk tubuh , danisya memerhatikan sekeliling dan nampaknya line clear untuk dia beritahu pada abangnya...

"Ermm , sorang je ke? mana sofea?" soal danisya dan danish tidak menjawab soalan nya....

"Sebenarnya ada benda yang adik nak bgitahu ni , dan adik ada bukti"

danisya menghulurkan telefonnya pada danish , "Tengok ni sampai habis dan abang nilai sendiri" kata danisya...

Danish melihat rakaman yang di ambil oleh danisya , dia rasa kesian dengan sofea dan tindakkan irdina bersama mamanya membuatkan danish marah...

"Dia hampir di culik dan dia sempat larikan diri dari dua orang jahat tu , dia tak thu apa apa tentang malam tu dan dia hanya mangsa keadaan je bang" tambah danisya dan danish memandang wajah danish meminta penjelasan...

"Adik masih cari siapa dalang semua ni , orang yang check in dengan abang dia lelaki dan dia pakai nama abang waktu check in hotel tu , tapi sofea dia di bawak dia lelaki dan lelaki tu kata sofea adik dia yang tengah mabuk malam tu , tak lama dari tu abang dan sofea kena tangkap khalwat , nampak macam ada seseorang yang dah rancang kan" terang danisya panjang lebar...

"Dia tak bersalah bang , dia mangsa keadaan dan dia pun tak nak jadi macam ni , abang boleh nampak dalam video tu kesabaran dia sangat hebat tapi kesabaran seseorang pasti ada hadnya bang" tambah danisya...

"Abang sayang kan sofea? sikit tak akan la tak ada perasaan tu?"

Danish mengangguk lemah , "Abang mengaku yang abang mula rasa sayang pada sofea tapi abang cuba nafikan semua tu sebab abang fikirkan irdina"

"Abang akan tahu sikap irdina satu hari nanti , sekrang yang lebih penting kita kena cari dalang semua ni , kita kena tahu kenapa dia buat macam ni , abang mesti nak tolong danisya kan?"

"Abang cuba" jawab danish dan memberi semula phone pada danisya , danish berlari anak ke bilinya hampir setengah jam dia meninggalkan sofea sendiri di bilik....

Masuk sahaja bilik dia melihat sofea yang tertidur di sofe , "Ish dah tahu mengandung tidur la tilam sofea" kata danish dan dia pun mengangkat tubuh sofea lalu dengan perlahan dia meletakkan sofea ke tilam...

"Aku cuba cari bukti untuk kes malam tu , aku minta kau bersabar sikit je dengan aku , aku yakin kau mesti boleh bersabar sebab kau sayangkan aku" kata danish sambil memerhatikan wajah sofea...

"Aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku , tapi bila kau tak ada di sisi aku , aku rasa kosong" bisik danish dan menyelitkan rambut ke belakang telingga sofea dan danish mengucup lembut dahi sofea lalu keluar dari biliknya...

Sofea hanya menutup matanya sahaja dan segala kelakuan danish terhadap sofea , sofea dapat merasakannya dan perasaan sofea mula bercampuk aduk....


***********************************


Irdina menunggu kedatangan seseorang di cafe dan memilih tempat yang agak tersembunyi untuk memudahkan urusannya bersama seseorang...

"Sorry aku lambat , sekrang apa kau nak?" soal farhan sambil duduk di hadapan irdina...

Irdina meletakkan sekeping gambar dan itu adalah gambar sofea , "Kenapa perempuan ni? kau nak aku buat apa?" tanya farhan sambil memegang gambar sofea...

"Aku nak kau siasat tentang perempuan ni , alamat kampung dia , keluarga dia , semua tentang dia" arah irdina...

"Berapa?"

"Dalam tu ada 3k , balance aku akan bagi lepas kau dah dapat matlumat tentang dia" jawab sofea dan menghulukan sampul berwarna coklat...

"Cantik , kenapa kau tk suruh aku culik dia je senang aku nak ratah dia" kata farhan...

"Kalau kau dah tak tahan sangat apa kata kau pergi rumah rumah pelacur sana , situ ada banyak test yang kau boleh pilih" ujar irdina dan farhan tersenyum sinis....

Cahaya terang membuatkan lena danish terjaga , danish memandang ke kiri nya kosong jadi dia terus bangun dan memanggil nama sofea...

"Sofea , sofea" panggil danish , "Ada apa? kenapa jerit jerit ni? saya dekat dalam bilik pakaian la" jawab sofea yang baru keluar dari bilik pakaian mereka...
"Aku cuba nk pasti kan kau okey je , maklum la aku risau kan keadaan baby"

"Baby ni anak saya juga jadi saya tahu nak jaga baby ni macam mana , awak hanya perlu tunggu saya bersalin je lepastu awak boleh buat dna test" kata sofea...

Sofea menuju ke pintu untuk keluar tapi danish menahan lengan sofea , "Kau marah?"

"Tak saya tak marah , saya cuma kecewa je" ucap sofea sambil menarik tangannya dari pegangan danish...

"Lepas dapat keputusan dna tu nanti saya tak nak awak ganggu kehidupan saya dan anak saya lagi" tambah sofea dan terus keluar dari bilik itu...

Danish hanya mampu melepaskan keluhan kasar lalu dia bersiap untuk ke office , sampai sahaja di office dia meminta taufiq ke biliknya untuk berbincang sesuatu...

"Kau nak aku tolong kau cari bukti kes malam tu? kenapa baru sekrang kau nak cari?" soal taufiq

"Sebab aku nak tahu siapa yang culik sofea dan siapa yang perangkap aku , aku tak boleh biar kan orang tu terlepas macam tu je"

"Habis tu bila kau dah jumpa pelaku tu kau nak buat apa?" soal taufiq , danish mengeleng kepala dengan soalan kawannya itu dan terus membaling kan bantal kecil ke arah taufiq..

"Apa aku tanya soalan kan?"

"Ya soalan bodoh , dah tentu tentu aku bawak dia pergi balai biar la polis buat kerja dia" ucap danish dan bangun dari duduknya...

"Sofea? kau nak lepaskan dia ke?" tanya taufiq dan danish hanya diam kan diri sahaja...

"Sebelum buat keputusan kau kena fikir masak masak dulu , lagi lagi dia tu mengandung dan itu anak kau jadi kau kena fikir masa depan anak kau juga" kata taufiq dan kali ini danish mengangguk...

"Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku , kejap aku rasa rindu kejap aku rasa takut , aku pun tak faham la dengan perasann n"

"Takut kehilanga sofea , fikir sehabis baik dan kalau keputusan kau tu terbaik kau buat la" tambah taufiq , taufiq meminta diri untuk keluar dan meninggalkan danish yang masih memikirkan sofea dan perasaannya sendiri.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience