“Arghhhhh!!!!”
Aulia menjerit marah. Habis alat soleknya jatuh bergolek di atas lantai sewaktu dia menolak barang-barang itu tadi. Aulia merenung wajah kusut-masainya di cermin muka. Matanya sudah bertukar merah. Berita yang baru diterima daripada Fizo, bekas teman baik Elman membuatkan dirinya hampir naik gila.
Elman dah kahwin? Dengan Najla? Macam mana mereka boleh berkahwin? Bukan ke Elman benci sangat pada Najla? Kenapa dia tak diberitahu pasal perkahwinan ini sedangkan baru minggu lepas dia duduk menempel di pejabat lelaki yang dicintai sepenuh hati itu?
Perasaan Aulia semakin tertekan. Lantas dia menggapai telefon bimbit iPhone 5c yang terdampar di atas katil. Nama Sarah, kawan baiknya segera dicari dan setelah ketemu, dia terus mendail nombor itu.
“Hello….” Jawab suara di hujung talian. Malas saja bunyinya. Siap dengar bunyi orang menguap lagi. Aulia mendengus. Tahu Sarah tengah tidur sebab jarum jam sekarang sudah hampir ke pukul 1 pagi!
“Sarah! Aku tengah tensionnnnn!!!!!” Jerit Aulia, melepaskan bahang di hati. Mata Sarah yang terpejam semasa menjawab panggilan automatik terbuka. Terkejut mendengar jeritan batin Aulia. Dia menjauhkan telefon dari telinga. Bingit sekejap gegendang telinga dek jeritan melampau Aulia. Mujur dia tak ada sakit jantung.
“Kau apahal menjerit dalam telefon pagi-pagi buta ni? Aku tengah tidurla bai. Eee… ada yang kena langsi dengan aku karang ni.” Ucap Sarah garang. Sakit pula hati dia mengenangkan sikap Aulia yang tak beradab. Agak-agaklah pun nak menjerit dekat telinga orang. Tengok masa tu. Kan waktu orang tengah diulit mimpi ni!
“Aahhh…aku tak kira, kau tengah tidur ke, kau tengah terkinja-kinja dalam disko ke, yang penting, aku ada perkara penting nak sampaikan pada kau. Aku geram, geram, geram!!!”
‘Terkinja-kinja dalam disko?’ Sarah mengucap di dalam hati. Seumur hidup, tak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki di tempat-tempat penuh maksiat macam tu. Aulia ni sudah mereng ke apa?
“Stop shouting at me, you stupid brat. Now spill the beans out. Apa perkara penting yang kau nak cakapkan sangat tu? Aku mengantuklah. Esok aku outstation ke Sabah. Flight aku pagi. Cepatlah cakap. Kang aku pulak yang naik angin dengan kau karang!”
Hilang terus mood Sarah nak cakap baik-baik dengan Aulia. Keluar terus bahasa budak jahat dari bibirnya. Sesuailah cakap dengan orang tak faham bahasa seperti Aulia ni. Biar dia rasa sikit apa yang Sarah rasa. Aulia merengus. Bibirnya diketap kuat-kuat. Sakit hati.
“Kau tahu tak Najla dah kahwin?”Ucap Aulia akhirnya. Sarah tarik nafas. Mestilah dia tahu. Dia ada di majlis perkahwinan Najla dan Elman tadi. Dan dia juga yang menjadi pendengar setia luahan hati Najla tentang perkahwinan kilatnya ini. Tentang Najla yang telah mengandungkan anak Elman. Sarah tahu semuanya.
Tapi dia tidak mahu berkongsi cerita dengan Aulia sebab dia tahu, sebelum Najla berpisah dengan Elman lagi ketika mereka melanjutkan pelajaran di Tokyo dulu, dia pernah nampak dengan mata kepala dia sendiri bagaimana Aulia cuba menggoda Elman. Sejak itu dia tidak percayakan Aulia.
Namun mengenangkan usia persahabatan yang sudah menganjak ke 10 tahun, dia senyapkan saja perlakuan Aulia itu daripada pengetahuan Najla. Takut persahabatan mereka terlerai. Kini dia tak mahu jadi penakut lagi. Makin lama dia lihat perangai Aulia makin menjadi-jadi. Dendam pada Najla tidak pernah padam. Dia pelik. Kenapa Aulia berkawan dengan Najla semata-mata untuk melihat Najla sengsara? Sakit mental ke kawan baik dia seorang ni?
“Hmm…tu je ke yang kau nak cakap dengan aku? Aku ingatkan perkara penting apalah sangat.”
“Kau tahu?” Tanya Aulia terkejut. Nafasnya rasa tersekat.
“Mestilah aku tahu sebab aku ada dekat majlis diorang tadi. Sorrylah tak inform kau. Najla ada suruh ajak kau tapi aku yang tak mahu sampaikan undangan dia. So, put the blame on me, not her.”
“Kenapa kau tak ajak aku? Sampai hati kau kan!”
“Buat apa kau pergi ke sana? Nak buat kecoh dekat majlis tu? Untuk pengetahuan kau, diorang hanya jemput saudara mara terdekat diorang je. Kawan-kawan di Jepun yang diorang jemput pun, hanya aku dan Dr. Wazien. Ikutkan…kau pun Najla jemput tapi aku yang tak mahu kau datang sebab aku tahu isi hati kau tu macam mana. Mesti kau sakit hati tengok perkahwinan diorang nanti kan? Sudahlah Aulia. Aku dah bosanlah tengok permainan kau. Depan Najla pijak semut pun tak mati. Baik je. Belakang Najla, kau kutuk dia habis-habisan. Kadang-kadang aku pelik dengan kau ni. Yang kau nak sakit hati sangat dengan dia kenapa? Dia ada buat salah pada kau ke?”
“Aku benci dia sebab dia dah rampas Elman daripada aku. Kau tahu tak macam mana sakitnya hati bila cinta tak berbalas?”
Sarah terlopong. Itu sebabnya….Patutlah Aulia benci Najla. Semuanya kerana Elman! Tapi bukan ke Elman yang luahkan cintanya kepada Najla sewaktu mereka menuntut dulu. Dan seingat dia, Elman hanya berkawan baik dengan Aulia sebab mereka dah berkawan sejak dari kecil lagi. Jadi dalam hal ini, Najla tak merampas Elman dari Aulia. Aulia saja yang perasan Elman sukakan dia.
“Grow up, girl. Elman dah kahwin dah dengan Najla. Diorang dah bahagia dah pun. Kau cantik, berpelajaran. Carilah lelaki bujang lain dekat luar sana. Jangan tagih harapan pada suami orang. Berdosa meruntuhkan rumahtangga orang, Aulia.”
Share this novel