Tok..
Tok..
Tok..
Bunyi pintu diketuk dari luar mengejutkan Khairi dari tidurnya. Mata dibuka perlahan. Dia bangun dari pembaringan nya kemudian berjalan menuju ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu itu.
"Bangun! Sarapan!"
Tania tersenyum ceria ke arah Khairi. Khairi yang melihat terus mengukirkan senyuman buat wanita itu. "Kau kalau sehari tak kacau aku memang tak sah kan?" Tania tersengih. Dia menarik hujung baju Khairi supaya lelaki itu keluar dari biliknya.
"Jom makan! Saya dah masak tu. Kat bawah." Khairi mengerutkan dahinya pelik. "Masak?" Tania mengangguk laju. Khairi mengangkat satu keningnya me atas. "Kau masak apa dalam rumah aku? Aku tak bagitahu ibu dengan ayah lagi tentang kau." Tania menyenget kan sedikit kepalanya.
"Tak bagitahu lagi?" Khairi mengangguk perlahan. Dia mengeluh kemudian berjalan turun kebawah. Dia sudah boleh merasakan kehadiran ibu dan juga ayah. Keluhan kecil lagi sekali keluar dari mulutnya.
--
"Macam mana kalau kita kena marah?" Tania mula membuka bicara setelah sekian lama mereka berdiam diri. Sekarang dihadapan mereka berdua ada dua sosok manusia yang agak menakutkan baginya. Khairi mengeluh perlahan. Dia menolak sedikit tubuh Tania supaya jauh dari dirinya.
Ayah melihat mereka berdua bersilih ganti. Wajah tenang Khairi ditatapnya lama. "Sejak bila kita ada tetamu ni? Ayah tak tahu pun." Dia mula membuka kata. Khairi mendengus kasar. Wajah ayah langsung tidak dipandang olehnya.
Sejujurnya, dia lebih kisah tentang tatapan datar milik wanita tua yang berdiri disebelah ayah sahaja. Wanita tua itu diam tidak berbicara dari tadi. Ibu menatap lama wajah Tania. Senyuman diukir membuatkan Khairi tersentak.
"Makcik faham. Kamu tak ada tempat tinggal kan? Mari, Makcik tunjuk kamu sekeliling rumah. House tour lah katanya." Ada sedikit tawa diakhir kata Ibu. Khairi terduduk. Terkejut dia melihat ibu yang seakan-akan berubah 360 darjah.
Tania tersenyum ceria. Dia bangkit dari duduknya kemudian berjalan pergi ke arah ibu. "Terima kasih makcik. Sebenarnya, Khairi yang selamatkan saya 5 tahun lalu. Saya nak berhutang budi. Boleh saya kerja dekat sini sebagai pembantu dia tak? Tak ada gaji pun tak apa." Ibu mengangguk perlahan. Dia tersenyum kemudian membawa Tania berkeliling rumah.
Ayah pula hanya melihat wajah Khairi yang sudah seperti melihat hantu. Dia melangkah ke arah anak lelakinya itu kemudian menepuk perlahan bahu Khairi. "Kamu okay tak?"
Pak!
Tangan ayah yang berada di bahunya ditepis. Wajah Khairi tampak datar tetapi dapat dirasakan oleh ayah kemarahan lelaki itu. "Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu." Ucap Khairi sebelum bangun meninggalkan Ayah sendirian di situ.
--
Irene menatap lama pintu rumah kekasihnya itu. Senyuman terukir dibibirnya. Pintu diketuk tiga kali kemudian menunggu pintu dibuka untuknya.
Saat pintu dibuka, wajah ibu terpapar di balik pintu. Irene mengangkat tangan menyapa wanita tua itu. "Khairi ada tak, ibu?" Kini dia sudah terbiasa memanggil wanita tua itu ibu. Saat pertama kali memanggil, boleh tahan tergagap jugalah dia waktu tu.
Ibu tersenyum kecil. "Ada. Mari masuk." Ibu mempelawa wanita muda itu masuk. Irene mengangguk kemudian mengikuti ibu masuk ke dalam rumah. Dari depan pintu dia sudah dapat mendengar suara wanita yang tidak dia kenali. "Siapa yang datang, bu?" Soal Irene kepada ibu.
Ibu hanya diam tidak me jawab. Dia berjalan sampailah ke destinasi yang dituju. Kelihatan Tania yang sedang memaksa Khairi membuka bajunya.
"Baju tu tak cantik! Yang ni baru okay.."
Kata Tania sambil menarik-narik baju lelaki itu. Khairi yang sudah mula muak dengan suara Tania terus merampas baju yang dipegang wanita itu. "Kali ni je aku dengar cakap kau." Dia melangkah naik ke atas. Ingin menukar baju.
Tania melompat ceria. Dia melihat ibu yang dari tadi menatap dirinya. "Tengok tu makcik. Dengar pun apa yang saya cakap. Degil juga anak makcik tu ye.." ibu tersenyum kecil. Dia mengusap perlahan kepala Tania. Irene yang berada di sebelah ibu menatap Tania tajam. "Siapa ni ibu?" Soal Irene tanpa menunggu.
--
Khairi yang baru sahaja turun dari tingkat atas dapat merasakan aura seseorang yang agak menakutkan.
'Habislah kau, bro.'
Qristine berucap didalam kepalanya. Khairi yang mendengar terus mendengus kasar. "Diam." Katanya sepatah. Suara tawa Qristine kian menghilang dari telinganya.
"Siapa ni ibu?"
Khairi tersentak. Kakinya terus terhenti saat berada di akhir anak tangga. Dia tahu suara siapa tu. "Irene." Bisik nya perlahan. Kaki laju pergi ke arah suara itu tadi. Wajah Irene ditatapnya lama.
"Kenapa tak bagitahu nak datang?" Soal Khairi tidak peduli dengan keberadaan ibu dan juga Tania itu. Tania tersenyum melihat ke arah Khairi. "Ha! Baru cantik baju ni. Kan ibu?" Ibu mengangguk perlahan. Dia memandang lama wajah Khairi sebelum melangkah naik ke atas.
Irene tersenyum melihat wajah kekasihnya itu. "Kenapa saya kena bagitahu awak dulu? Supaya awak boleh sorok perempuan ni?" Irene menyoal lembut. Khairi menggeleng perlahan. Dia menarik Irene supaya duduk di atas sofa.
Tania yang melihat hanya tertawa kecil. "Saya pergi dulu. Awak berdua berbincang lah ye." Tania terus berlari naik ke atas. Dia tahu yang dia bakal dimarahi juga sebentar lagi kalau berlama-lama di situ.
Hi semua! Maaf sebab lama tak up ye. Saya sibuk sikit akhir" ni.
Share this novel