Bab 13

Drama Completed 35637

Tiara cuba melihat siapa pemandu itu.

"Woi!"

Tiara dengar sahaja suara itu, dia sudah tahu itu bukan Farhan. Farhan tak akan panggil dia dengan perkataan 'woi'.

"Aduhai, aku ingat Farhan. Dia ni pulak yang datang" kata Tiara.

Rupanya, itu kereta Hadi.

"Tiara! Masuk lah! Aku hantar kau balik. Hujan lebat ni" jerit Hadi dari dalam kereta.

"Tak nak!"

"Masuk lah cepat! Orang nak tolong, berlagak pulak dia!"

"Aku tak mintak pun kau tolong aku! Pergi lah balik. Aku tengah tunggu grab!" jerit Tiara. 

Mereka kena menjerit kerana bunyi bising hujan.

"Masuk je lah! Grab tu tak tahu sampai bila! Hujan ni tak tahu berhenti bila!"

"Aku lebih rela berjalan dalam hujan daripada naik kereta kau!" kata Tiara

"Haish, perempuan ni. Suruh naik tak nak. Keras kepala betul" kata Hadi. Kemudian dia bukak pintu keretanya dan keluar.

Tiara yang melihat tindakan Hadi itu pelik.

"Hah, dah kenapa tiba-tiba keluar tu" kata Tiara

Hadi berlari masuk ke bus stop itu. Pakaian nya sedikit basah. Kemudian dia duduk sebelah Tiara.

" Dah kenapa pulak kau duduk sini?! Pergi la balik" kata Tiara

Hadi yang sedang membetulkan rambutnya yang basah akibat terkena hujan terhenti. Dia pandang muka Tiara.

"Kau tak nak masuk kereta aku kan?" tanya Hadi

"Tak nak. Memang tak nak. Dan tak akan nak" kata Tiara tidak memandang muka Hadi

Tinggi betul ego Tiara ni. 

"Okey, fine! Kalau macam tu aku duduk la sini dengan kau. Tunggu sampai hujan berhenti" kata Hadi dengan selamba.

Terkejut Tiara mendengar jawapan Hadi. Dia ni dah kenapa?!

"Hah?! Apahal pulak kau nak duduk sini dengan aku? Pergi lah balik! Kereta kau ada tu!" kata Tiara

"Habis kau?! Kereta aku ada untuk kau naik! Kau tak sejuk ke? Hujan ni nampak gaya macam lambat lagi nak berhenti" kata Hadi

"Sejuk lah" jawab Tiara perlahan

"Habis tu?! Nak berlagak lagi! Kang demam kau kang, siapa susah?! Aku jugak" kata Hadi tanpa memikirkan apa yang dia kata.

"Apahal pulak kalau aku demam kau yang susah? Aku yang demam bukan kau" kata Tiara

"Memang lah! Dah kalau kau tak nak naik kereta aku, aku duduk sini. Aku boleh demam lah jugak" kata Hadi

"Habis tu! Pergi lah balik! Aku tak paksa kau duduk sini!" kata Tiara geram. Macam Tiara pulak yang paksa Hadi untuk teman dia dekat bus stop tu.

"Tak nak" kata Hadi seperti yang Tiara kata bila Hadi ajak naik kereta nya.

"Eee, pergi lah balik!"

"Tak nak. Memang tak nak. Dan tak akan nak" kata Hadi. Dia ulang ayat Tiara. 

"Aku tak akan balik kalau kau tak balik. Aku okey je duduk sini, aku memang suka sejuk. Kau lah yang nanti kesejukan" sambung Hadi

Memang benar, Tiara memang dah sejuk sangat dah. Tambahan pula dengan angin kuat nya lagi.

"Lagipun, bahaya lah kau duduk dekat bus stop ni sorang-sorang. Kau tu perempuan. Tengah hujan lebat pulak tu. Dibuatnya ada orang culik kau macam mana. Aku pulak yang bersalah nanti sebab aku orang last yang jumpa kau" kata Hadi lagi

Terkedu Tiara mendengar kata-kata Hadi. Takut pulak dia dengar Hadi kata begitu.

Akhirnya, Tiara mengalah.

"Ye lah, ye lah! Jom lah, hantar aku balik!" kata Tiara kemudian bangun dari duduk

"Hahh, tau pun bahaya" kata Hadi kemudian dia berlari kembali masuk ke dalam kereta nya.

Tiara pun ikut sama berlari masuk ke dalam kereta Hadi. Tapi dia duduk di tempat duduk belakang.

"Ewah banyak cantik kau. Kau ingat kau majikan aku, aku driver kau? Duduk depan!" kata Hadi

"Hish! Ye lah!" kata Tiara kemudian dia keluar dari kereta dan masuk duduk di bahagian hadapan.

"Itu pun susah. Suruh naik kereta je, bukannya aku suruh kau cuci kereta aku. Aku yang bawak kereta, bukan kau. Kau duduk je" bebel Hadi sambil memandu.

"Hey hey hey! Aku dah ada sebelah kau ni kan? Diam boleh tak? Bawak je lah kereta tu. Membebel pulak dia. Bawak elok-elok, hujan ni jalan licin" kata Tiara

"Ye lahh" kata Hadi

Mereka senyap selama 3 minit.

"Woi! Yang kau senyap kenapa?" 

"Pastu kau nak aku membebel ke?" tanya Tiara. 

"Ya Allah, bagitahu la jalan nak ke rumah kau. Aku pernah pergi rumah kau ke Tiara Adriana oiii!" kata Hadi

"Oh, aah lah. Sorry sorry" kata Tiara sambil tersengih. 

Hadi terkedu melihat Tiara tersenyum kerana pertama kali Tiara senyum pada dia. Walaupun Tiara hanya tersengih.

Selepas 15 minit Tiara menunjuk jalan, mereka sampai di hadapan rumah Tiara. Ketika itu hujan sudah tidak lebat, tetapi renyai sahaja.

Hadi melihat rumah Tiara sepi sahaja.

"Kenapa rumah kau macam senyap je?" tanya Hadi

"Dah tak ada orang. Memang la senyap" jawab Tiara

"Mak dengan ayah kau mana?" 

"Mak aku pergi outstation. Ayah aku dah tak ada" jawab Tiara lagi

"Oh… sorry tanya pasal ayah kau" Hadi meminta maaf

"Tak apa, aku dah biasa dah" 

"Kau ada adik beradik?" tanya Hadi lagi. Dah macam soal siasat polis.

Lama Tiara senyap.

"Ada. Ada abang sorang" jawab Tiara

"Mana dia?" tanya Hadi

"Tak tahu" jawab Tiara acuh tak acuh

"Hah? Tak tahu?" tanya Hadi pelik. Macam mana boleh tak tahu abang sendiri dekat  mana.

"Ishh! Biar lah dia. Ok sekarang kita tamatkan soal jawab ni. Aku nak masuk, terima kasih sebab hantar aku balik" kata Tiara. Belum sempat Tiara keluar Hadi menghalang.

"Jap, jap! Kalau kau mak outstation, abang kau tak ada, kau duduk sorang lah sekarang?" tanya Hadi lagi.

"Iya lahh. Aku duduk sorang daripada aku first day masuk universiti tu. Mak aku pergi outstation sehari sebelum" terang Tiara

Hadi terdiam mendengar penjelasan Tiara.

"Okey, sampai sini saja sesi soal jawab. Aku masuk dulu dan sekali lagi terima kasih sebab hantar aku balik rumah dengan selamat" 

"Eh kejap" kata Hadi

"Apa lagi!!" kata Tiara geram dengan Hadi.  Asyik nak menahan orang je.

"Bagi aku nombor kau" kata Hadi

"Nombor apa?"

"Nombor ekor" seloroh Hadi "Nombor phone kau lah!"

"Buat apa?" tanya Tiara

"Senang lah kalau aku nak cakap pasal assignment kita tu. Lagipun, kalau ada apa-apa emergency ke apa kau boleh call aku" kata Hadi

"Aku ada kawan. Kalau emergency aku boleh call diaorang" kata Tiara enggan bagi nombor nya pada Hadi

"Okey fine. Kalau emergency kau call diaorang. Kalau assignment? Kau group dengan diaorang ke?" tanya Hadi

"Tak nak aku bagi nombor dekat stranger. Bahaya" kata Tiara sengaja

"Hello! I'm your senior okey! Apa yang stranger nya?" tanya Hadi

"Ish kau ni! Kan aku ada dalam group student law tu, cari lah username aku" 

"Malas. Banyak nombor kat situ. Kerja aku pulak nak mencari nama kau. Cepat lah, nah. Bagi nombor kau" kata Hadi sambil menghulurkan telefonnya.

"Pemalas betul!" kata Tiara kemudian mengambil telefon Hadi.

"Nah!"

"Kau pulak ambik nombor aku. Cepat, bagi phone kau" minta Hadi

"Eh! Cukup lah tu kau ada nombor aku. Buat apa aku nak ada nombor kau?" tanya Tiara

"Cepat je lah. Mana phone kau?" tanya Hadi

"Phone aku habis bateri" jawab Tiara

"Menipu" 

"Ya Allah, nah bukak lah kalau boleh" kata Tiara menghulurkan telefon nya kepada Hadi

Hadi cuba untuk bukak tetapi skrin telefon itu kekal berwarna hitam.

"Jadi, kau menipu aku lah yang kau order grab tadi? Kau still menipu. Btw, bagi aku kertas ke apa ke" kata Hadi

"Kau yang nak bagi nombor kau! Aku pulak yang nak kena bagi kau kertas!"

"Cepat je lah" kata Hadi selamba. Memang tak tahu malu.

Tiara cari kertas dalam beg nya. Nasib baik ada cebisan kertas dalam beg. Lalu dihulurnya pada Hadi. Sekali dengan pen.

"Haish, menyusahkan betul" kata Tiara perlahan ketika Hadi menulis nombor nya.

"Nah, simpan nombor aku tu. Aku nak malam kang kau call aku. Menunjukkan yang kau dah simpan nombor aku. Kalau kau tak call, aku cakap dekat prof yang kau tak buat kerja. Prof percaya dengan aku" ugut Hadi.

Geram je Tiara dengan lelaki tu. Rasa nak hempuk kepala dia dekat stereng kereta tu.

"Ye lahhh! Malam kang aku call. Dah lah! Aku masuk rumah dulu. Ada apa-apa lagi ke yang nak di tanya? Apa nama mak aku?" tanya Tiara

"Tak ada dah. Dah, pergi keluar" halau Hadi

"Ewah, tadi dia yang halang halang kita, sekarang main halau pulak. Memang nak keluar pun lah" kata Tiara kemudian dia keluar dari kereta Hadi

"Buat kali ke tiga, terima kasih sebab hantar aku balik rumah" kata Tiara dari luar kereta.

"Sama-sama. Pergi lah masuk, aku nak gerak ni. Assalamualaikum" kata Hadi

"Waalaikumussalam" jawab Tiara. Kemudian kereta Hadi menyusur pergi.

"Dia ni kan, memang tak boleh dijangka. Kejap macam tak guna, kejap berguna. Haish, pelik pelik" kata Tiara.

Dia masuk ke dalam rumahnya dan kunci pintu.

"Kalau dia tak datang tadi, mungkin aku still dekat bus stop tu lagi. Haih, alhamdulillah lah dia ada. Walaupun menyakitkan hati" kata Tiara ketika duduk di birai katil nya.

Dia perasan kertas yang mempunyai nombor telefon Hadi di dalam genggaman tangan kirinya lalu ditatap nya.

"Kena pulak aku call mamat ni malam ni. Nasib lah kau tolong aku tadi, kalau tak memang tak aku nak call kau" kata Tiara seorang diri.

Hadi yang sedang membawa kereta pula tersenyum seorang diri. Tersenyum mengenangkan peristiwa yang berlaku dari bus stop tadi sehingga lah Tiara masuk ke rumahnya.

Dia tak tahu mengapa dia tersenyum tapi yang dia tahu, dia merasakan dirinya bahagia.
//
Malam itu, selepas selesai solat maghrib Tiara melakukan apa yang dijanjikan nya. 

Dia mengambil kertas yang ada nombor Hadi dan menyimpan nombor Hadi di senarai 'contacts' nya. 

Selepas selesai, dia menekan nombor itu. Dia menunggu Hadi menjawab panggilan telefon nya.

Hadi yang juga sudah selesai menunaikan solat maghrib mendengar telefon nya berdering. Dia melihat siapa si pemanggil nya.

Senyuman terukir di bibir Hadi melihat nama itu dan mengangkat panggilan itu.

"Hello, assalamualaikum" kata si pemanggil.

"Hah, waalaikumussalam. Dah simpan dah nombor aku?" tanya Hadi

"Dah! Dah simpan dah! Siap save nama kau, cleaner mahkamah lagi. Puas hati?" kata Tiara

"Ya, puas. Boleh ke kau save nama aku cleaner mahkamah?" tanya Hadi

"Boleh je lah. Dah phone aku, suka hati aku lah"

"Tapi, bukan ke dalam senarai 'contacts' kau ramai cleaner. Tak tertukar ke nanti dengan nombor aku? Maklumlah, kau kan cleaner universiti" gurau Hadi.

Kemudian, pantas dia end call. Tak nak dia dengar Tiara membebel.

"Hadi!!!!" jerit Tiara. Tetapi, panggilan itu sudah tamat.

Hadi ketawa kerana dia boleh bayangkan keadaan Tiara ketika itu.

Kemudian, dia teringat senyuman Tiara ketika Tiara tersengih di dalam kereta tadi.

"Tiara Adriana…" kata Hadi sambil satu senyuman terukir di wajahnya.

thankyou sebab sudi bace ^_^ sorry atas kekurangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience