BAB 9

Romance Series 27442

                   Amelia masih teragak-agak untuk mulakan cerita. Di depannya adalah ayah Ajkar. Bengis muka Burhan. Membuatkan Amelia ketakutan.

“Amelia?”.

Panggil Burhan dengan suara yang lantang.

Amelia meluruskan pandangan ke arah Burhan. Amelia dirikan wajahnya yang tertunduk.

“Kau da kenal siapa Ajkar kan?”.

Tanya Burhan dengan suara garaunya. Begitu tenggelam suara itu.

Nora diamkan diri sejenak. Berfikir mahu dijawab apa soalan Burhan itu. Amelia sama sekali tidak kenal siapa Ajkar. Tapi dia cuba menjawab.

“Da. Saya da kenal dengan Ajkar 2 tahun.”.

Jawab Amelia. Tangannya sekarang sedikit gigil. Takut dia lihat wajah ayah Ajkar itu. Sangat bengis. Rambutnya diwaranai putih. Segak Burhan dilihatnya. Tidak kalah dengan wajah yang dimiliki oleh Ajkar.

“Jadi da tahu apa kerja Ajkar?”.

Takut Amelia mahu jawab soalan Burhan seterusnya. Dia tidak pernah tahu kerja Ajkar.

“Tak tahu Dato.”.

Amelia memanggil Burhan dengan pangkatnya. Dia tahu yang ayah Ajkar ini berpangkat tinggi. Lihat saja dari rumah Ajkar boleh tahu.

“Kata kau da kenal dengan Ajkar 3 tahun.”.

Rasa gigil semakin bertambah di tangan. Dia macam ketahuan bohong. Tapi Amelia cuba buat suasana menjadi tenang. Tidak mahu melihat Burhan berfikir curiga. Boleh mati dia nanti dengan Ajkar.

“Saya da kenal dengan Ajkar. Saya tahu kerja dia bahaya. Tapi Ajkar tak pernah kata kerja tu dengan saya Dato. Dia rahsiahkan. Dia tak nak saya risau dengan kerja dia.”.

Jawab Amelia dengan spontan. Dia sendiri tidak tahu macam mana menjawab soalan seperti itu.

Senyum Burhan seketika. Amelia juga berpura-pura senyum. Tangannya berhenti gigil. Dia berjaya elakkan Burhan curiga. Kakinya pula dirapat. Pakaian yang dipakainya masih ditahan. Walaupun dia tidak suka. Hanya disebabkan Ajkar. Dia tetap pakai dress itu.

“Baik lah Amelia nak tahu tak Ajkar kerja apa sebenarnya?”.

Angguk Amelia. Dia betul-betul mahu tahu kerja Ajkar. Dia tidak harap kerja Ajkar itu bahaya. Disebabkan Ajkar memegang pistol di tangan. Amelia curiga dengan kerja Ajkar.

“Baiklah. Ajkar kerja memang bahaya. Ramai perempuan da tolak Ajkar. Dia kerja dengan Uncle. Ajkar anak turut dengan ibu bapa. Dia tidak kesah dengar kerja Uncle. Ajkar adalah ketua kumpulan Lion Dragon. Orang akan panggil Ajkar abang besar. Kerja dia bukan senang. Ajkar terpaksa masuk rusuh mana-mana kumpulan kalau mana-mana kumpulan tu cuba ganggu bisnes Ajkar. Da 4 tahun Ajkar buat kerja ni. Tapi Ajkar tidak membunuh. Ajkar hanya jalankan bisnes dengan hati-hati.”.

Amelia menangis laju. Air matanya tidak tahan untuk keluar selepas tahu kerja Ajkar yang sebenar. Hatinya sakit. Nafasnya tersangkut-sangkut. Amelia terbaring di sofa itu. Dia pengsan.

“Mama!”.

Burhan memanggil Sarna. Isterinya. Sarna ketika itu mahu siapkan makan malam untuk Ajkar dan Nora. Kuat suara Burhan memanggil Sarna.

Sarna belari dengan pantas dari dapur. Dia tidak sempat membuka Apronnya.

“Kenapa ni?”.

Ajkar pula dengar suara Burhan dari luar. Terhenti dia bergaul dengan pengawal peribadi ayahnya. Pantas Ajkar masuk rumah melihat apa yang terjadi.

“Amelia pengsan ni.”.

Ajkar mengangkat Amelia. Dia memegang kaki dan leher Amelia. Ajkar membawa Amelia ke biliknya. Amelia harus baring.

Sampai di bilik, Ajkar baringkan Amelia di katil mewahnya yang bewarna hitam. Perabot yang diperbuat daripada emas. Sangat luas biliknya. Katil pula terletak di tengah-tengah.

Ajkar keluar selepas sudah letakkan Amelia di katil. Dia perlu bercakap dengan ayahnya. Burhan.

“Kenapa Amelia boleh pengsan?”.

Burhan bertatap mata dengan Ajkar. Muka Ajkar tidak senang apabila melihat Amelia pengsan di katil itu.

“Aku da cerita apa kerja kau. Aku tak nak menantu aku tak ikhlas dengan kau. Dia perlu tahu kerja kau apa. Kau tak akan hidup senang kalau pempuan yang ada kat bilik kau tu tahu kau kerja apa. Faham!”.

Marah sedikit Burhan. Dia sudah terbiasa dengan situasi sekarang. Perempuan yang berada di samping Ajkar hanya mahu mengikis hartanya saja. Itu difikirkan Burhan ketika ini.

“Kau tak payah nak urus-urus aku lah. Aku tahu pempuan tu nak kat aku. Kau kahwinkan aku dengan perempuan tu. Aku da tak tahan hidup macam ni.”.

Ajkar biadab dengan ayahnya sendiri. Mereka sering bertengkar. Ajkar pula sudah biasa bercakap gitu dengan ayahnya. Dia tidak kesah dengan Burhan. Dia tahu apa yang perlu dibuat.

“Sampai bila kau nak kurang ajar dengan aku ni.”.

Burhan membalas kembali. Sabarnya habis. Begitu biadab Ajkar dengannya. Walhal Burhan adalah ayahnya sendiri. Darah daging Burhan.

“Sampai kau kahwinkan aku. Aku tak kesah. Aku nak kahwin dengan perempuan ni. Kau jangan cuba-cuba ganggu dia. Aku tahu kerja kau semua tu. Kau tak nak bagi aku kahwin mana-mana pempuan. Kau takut perempuan tu ambil harta aku. Aku tak bodoh macam apa yang kau fikir. Aku tahu apa aku nak buat.”.

Besar suara Ajkar.

“Ok. Aku izinkan kau kahwin dengan perempuan tu. Kau jangan menyesal. Itu je aku nak cakap dengan kau. Jangan menyesal. Kau da buat pempuan tu masuk kandang bahaya.”.

Balas Burhan. Marah besar dia dengan Ajkar. Sarna biarkan mereka. Dia tahu mereka sering bertengkar kalau bab perempuan Ajkar. Sarna juga sebenarnya tidak yakin yang Amelia dikahwinkan oleh Ajkar. Risau dia dengan keselamatan Amelia.

“Aku tak peduli. Ini hak aku nak kahwin ke tak. Aku berani sumpah. Aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku sendiri.”.

Ajkar pergi ke tempat Amelia. Dia tidak tahan melihat muka Burhan. Di rumah itu selalu sakitkan hatinya.

Dia mengangkat Amelia masukkan ke keretanya semula. Tidak selamat Amelia berada di rumah ini.

“Ajkar nak pergi mana?”.

Suara Sarna hentikan jalan Ajkar. Amelia pula masih tidak sedar diri. Diangkat Ajkar dengan kedua-dua tangannya.

“Ajkar nak pergi.”.

Sahut Ajkar. Tidak sanggup dia menghadap dengan Burhan yang selalu sakitkan hatinya.

“Biar dia pergi. Anak gila. Kau tunggu je lah nasib pempuan tu.”.

Ajkar teruskan jalannya menuju ke kereta. Dia tetap sabar. Belum pernah lagi dia memukul ayahnya sendiri. Dia tetap tahan tindakan Burhan. Biarpun banyak kali ditampar oleh Burhan. Ajkar tidak balas. Kerana Ajkar tahu Burhan ayahnya.

Pintu kereta dibuka oleh pengawal perbadi Burhan.

“Terima kasih Bro.”.

Ucap Ajkar kepada pengawal peribadi Burhan itu. Ajkar perlahan-lahan masukkan Amelia ke dalam kereta. Dia baringkan Amelia di kereta itu.

Ajkar mulakan pemanduannya. Dia tidak tahu mahu bawa Amelia ke mana. Ajkar teruskan Amelia tidur di kereta.

^^^

Malam sudah menjelma. Amelia masih belum bangun. Ajkar pula berada di tepi sungai. Pokok yang cantik berdiri dengan tegak. Pistol sentiasa berada di tepi seluarnya.

“Huh.”.

Mata Amelia perlahan-lahan terbuka. Amelia memandang ke tingkap kereta. Sungguh gelap. Amelia buka pintu kereta Ajkar. Ada satu lampu bercahaya dia lihat yang jauh sedikit dari tempat kereta itu.

Amelia lihat Ajkar duduk sendirian di tepi sungai itu. Memandang pokok-pokok yang berada di hutan jauh dari sungai.

Amelia mulakan langkah untuk menyapa Ajkar yang sedang duduk sendirian di tepi sungai.

“Ajkar.”.

Panggil Amelia dengan suara lembut.

“Kenapa kau tak lari?”.

Terkejut Amelia. Dia tidak sangka yang Ajkar mahu lepaskannya. Ajkar tiba-tiba risaukan keselamatan Amelia. Ajkar teringat dengan kata-kata Burhan. Betul apa yang dikata Burhan petang tadi. Imbasan itu terus-terus hantui Ajkar.

“Kenapa aku perlu lari?”.

Tanya Amelia.

“Kau da tahu kan kerja aku. Kau tak takut ke dengan aku?”.

Ajkar memandang Amelia. Amelia pula senyum kepada Ajkar. Hilangkan tekanan Ajkar yang masih tidak tahu.

“Ye aku da tahu. Kerja kau memang bahaya. Jujur aku tak suka. Tapi ada satu yang aku puji dengan kau. Kau tak membunuh. Kau patuh dengan orang tua kau. Itu yang buat aku macam WOW. Muka hero macam ni rupanya anak manja. Haha.”.

Senyum Ajkar. Mereka terdiam sejenak. Ajkar memandang Amelia.

“Kau sanggup kahwin dengan aku?”.

Amelia berfikir.

“Maafkan aku. Aku betul-betul tak sanggup. Aku masih banyak nak buat Ajkar. Aku perlu teruskan cita-cita aku. Maafkan aku Ajkar.”.

Ajkar tetap senyum. Mana mungkin mana-mana perempuan akan terima dengan kerjanya. Walau hatinya sudah ikhlas mencintai perempuan itu.

“Tak pe. Mari lah aku hantar kau balik. Tapi aku nak minta satu dari kau. Boleh?”.

Ajkar tatap mata Amelia dengan lama.

“Apa dia?”.

Tanya Amelia dengan curiga. Dia masih tidak selesa berada di sisi Ajkar sebenarnya.

“Tolong rahsiahkan semua ni. Jangan cerita dengan sape-sape. Please?”.

Rayu Ajkar.

“Aku janji. Aku takkan bagi tahu siapa-siapa. Jangan risau. Aku simpan rahsiah ni betul-betul. Janji. Promise and Swear.”.

Amelia mengangkat tangan. Dia juga bersumpah. Rahsiah itu hanya dia saja tahu. Amelia juga memaafkan semua salah Ajkar. Dia tidak mahu ulang balik apa yang sudah Ajkar lakukan dengan dirinya sendiri.

“OK. Jum balik. Aku hantar kau balik.”.

Mereka berdua bangun. Menuju ke kereta Ajkar. Ajkar akan menghantar Amelia pulang. Dia lepaskan Amelia. Ajkar ikut cakap Burhan. Walaupun sukar diterima. Cinta di hatinya sudah wujud. Ajkar tetap tabah. Tabah sekuat-kuatnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience