Bab 13

Horror & Thriller Completed 4404

"Haih penatnya." Maisarah mengeluh. Mana tak penat dah kalau asyik berlari sana sini dan naik turun tangga. Maisarah sudah membuat keputusan untuk menyorok di dalam surau.

Maisarah mengintai di dalam surau sekiranya kawan sepermainannya ada di dalam. Tiada siapa. Maisarah masuk ke dalam surau dan menyorok di bawah foyer yang terdapat di dalam surau. Di situ Maisarah menunggu konon kawannya 'Fathihah'.

Hampir 5 minit Maisarah duduk di bawah foyer di dalam surau, pintu surau tiba tiba terbuka. Maisarah mendengar seperti ada sesuatu yang sedang mencari sesuatu. Maisarah mula berasa takut. Rasa seperti hendak menjerit sambil menangis sekuat hati. Takut sungguh!

"Maisarah~"

Fathihah memanggil nama Maisarah dengan suara yang menyeramkan kemudian ketawa mengilai. Fathihah kerap memanggil. Suara Fathihah makin lama makin dekat dengan Maisarah. Maisarah rasa jarak mereka hanya beberapa langkah sahaja. Fathihah seakan akan tahu dimana Maisarah menyorok. Maisarah tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Hanya mampu mengucapkan kalimah 'Ya Allah' berulangkali sahaja.

Fathihah yang dapat merasakan Maisarah yang sedang ketakutan ketawa mengilai. Amboi seronok sungguh ya syaitan cilaka ini gelakkan aku kata maisarah geram di dalam hati. Tiba tiba pintu surau dibuka sekali lagi. Ada sesuatu masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience