BAB 27

Horror & Thriller Completed 790

‘Baiklah, anak-anak. Tiba masanya untuk kamu semua terhapus ditanganku… Hahahahahaha….’

Mereka tersentak. Bunyi suara itu jelas dan dapat didengari semua yang berada disitu. Danial sudah mula cuak.

“Siapa kau? Apa yang kau mahu?”, soal Munir.

Suara itu ketawa mengilai. “Siapa aku? Apa yang aku mahu? Aku hanya mahu kau Munir… Sampai bila-bila. Hanya kau…”

“Jamilah…”, bisik Munir.

“Ya! Aku Jamilah! Aku hanya ingin kau Munir! Kau! Dan kini aku akan hapuskan keturunan Mawar!”

Lembaga itu pergi kearah Rania lalu menarik Rania ketengah ruangan rumah itu. Rania terkejut kaku. “Budak ini hanya akan menyusahkan urusan ku.”

Rizal yang melihat perkara itu terus cuba untuk keluar rumah tetapi dihalang oleh lembaga itu. Faroq yang teringatkan Raihana yang ketandas tadi terus menghantar mesej pesanan. ‘Hana! Jangan naik atas rumah! Bahaya! Kau pergi minta bantuan sekarang! Cari ustaz dekat surau atau masjid! Sekarang! Aku percaya kau boleh!’

Raihana yang melihat mesej itu terus bergegas keluar tanpa makhluk itu sedar. “Aku akan tamatkan semua ni…”, bisik Rania. “Jamilah, ini bukan kau. Ini syaitan. Kau sudah lama mati! Mengapa kau harus berdamping dengan syaitan?!”, jerit Munir.

“Aku sayang kau Munir. Aku lakukan ini kerana kau. Aku ingin bersama kau!” Lembaga itu mencampak Rania kearah dinding. Rani mengerang kesakitan.

“Jangan! Jangan! Kau mahu aku, ambil aku! Jangan diusik cucuku itu!”, teriak Munir.

Rizal, Danial dan Faroq cuba pergi kearah Rania tetapi mereka pula yang tercampak. Munir pergi kearah Rania secepat mungkin lalu memeluk erat cucunya itu. “Cucu aku! Jangan kau sentuh!”

“Sumpahan ini diturunkan kepada keluarga kita diatas kesalahan masa silam… Kesalahanku kerana tidak membunuhmu!!!!”. Munir pergi kearah lembaga yang menyerupai Jamilah lalu dicampaknya garam yang sudah dibaca. Jamilah menjerit.

Beberapa puluh minit kemudian kelihatan kelibat Raihana bersama Tok Imam dan orang-orang masjid. Raihana pergi kearah Rania lalu menarik Rania jauh daripada tempat tadi.

“Rania, bangun Rania…”, Raihana mengejutkan Rania.
“Rania bangun!”, Rizal pula mengejutkan gadis itu. Rania tersedar. Dia melihat sekeliling, melihat kearah Munir dan Tok Imam.

Tok Imam, Munir serta orang-orang masjid itu berusaha untuk menghalau iblis itu. Mereka membaca ayat-ayat al-Quran. Iblis syaitan itu semakin lemah. Beberapa jam setelah bertungkus lumus akhirnya makhluk itu lenyap dari pandangan.

************

“Atuk okey tak duduk dekat sini?”, soal Rania.

“Janggal sikit. Yalah, rumah atuk tu kecil, buruk mana sama dengan rumah yang besar ini.”, balas Munir.

“Alah atuk ni. Okey apa atuk duduk dekat sini. Ada Rania, ada Rizal. Happy je kan.”, sampuk Rizal.

Selepas kejadian tempoh hari, Rania dan Rizal membuat keputusan untuk membawa Munir tinggal bersama mereka. Memang pada awalnya mama serta papa mereka mulambising kerana menipu mereka serta membawa pulang orang yang tidak dikenali. Tetapi selepas mereka menerangkan siapa Munir, mereka mula terima kehadiran Munir dirumah itu.

“Korang…”, panggil Rania. Mereka berempat memandang. “Korang still nak kawan dengan aku ke lepas semua ni jadi?”, soal Rania.

“Kau adik aku, mestilah aku sayang kau…”, balas Rizal. “Walau apa pun jadi dekat kau, dekat aku, kau selamanya aku sayang.”

“Rania… Kitorang dah kawan kau dari kecil tau. Susah senang kita sama-sama. Takkan semudah itu kitorang nak tinggalkan kau…”, kata Faroq.

“Entahnya kau ni.”, sambung Raihana.

Rania memandang mereka dengan wajah terharu. Dia memandang jejaka dihadapannya itu. “Kami tetap dengan kau, Rania… Walau apa pun terjadi… Kitakan sahabat selamanya…”, Danial mengenyitkan mata kepada Rania.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience