Terdapat sebuah banglo yang dikatakan menyeramkan di selatan tanah air. Memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya.
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat banglo ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya.
Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Namun tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Antara lain yang pernah diceritakan adalah Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam.
Sehingga ke hari ini tida yang tahu atau dapat menangkap perompaknya atau orang yang bertanggungjawab. Malah sejak insiden pembunuhan itu, rumah itu sekan hilang sseri dan ramai yang tidakmahu membeli atau menduduki rumah itu lagi.
Ini berikutan gangguan dan bunyi pelik yang datang dari rumah itu. Akhirnya banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Ada juga yang menceritakan keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol dengan kejam kerana terlalu cantik lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Ahli keluarganya juga dibunuh kerana mahumenutup bukti. Ini termasuklah orang gaji mereka. Disebabakan itu perompak yang membunuh dan merogol Nabila masih belum dijumpai kerana semua saksi kejadian sudah dihapuskan.
Namun tiada pula dakwaan atau usaha untuk mencari mayat Nabila yang dikatakan ditanam di dalam dinding bangle tersebut.
Malah ada juga orang tempatan yang menceritakan bahawa keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Saling menyanyangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
Namun berlaku satu kejadian tak tertduga hingga mencetuskan kemarahan ayah kepada Nabila.
Kemarahan itu telah menjadi punca mengapa semua ahli keluarga dibunuh.
Pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri. Kejadian ini amat mengejutkan kerana mereka dilihat sangat bahagia. Namun ramai yang beranggapan bapa Nabila sudah dirasuk hantu hingga mengamuk sedemikian rupa.
Share this novel