Bab 35

Crime Series 28566

Pipi aku masih terasa panas. Nak kata demam, tak demam pun.

Dalam jarak 400 meter saja lagi aku akan tiba di kedai makan itu. Malam ini aku memilih untuk berjalan kaki. Saja nak menghirup angin malam. Jam baru menunjukkan pukul 11 malam. Tapi jalan raya agak lenggang.

Sweater dibetulkan. Sejuk pula terasa mencengkam hingga ke tulang.

Dari kejauhan, aku sudah terpandang betapa ramainya orang sedang menjamu selera di restoran Uncle Ramu. Kedai mamak 24 jam. Tak hairanlah jika pelanggan ramai menikmati roti canai di tengah malam.

Tidak semena tangan aku ditarik kasar dari belakang. Ya Allah...

"Tolong..."

Lelaki tersebut pantas menekup mulut aku.

"Diam."

Suara itu...

Hoodie di kepalanya sempat aku rentap. Mata kami bertatapan.

"Awak..."

"Jangan jerit boleh?"

Aku mengangguk laju.

Wajah yang paling aku rindui.

"Anna..."

Sudah lama tidak mendengar dia melirih nama aku sebegitu.

Tangannya jatuh.

"Aku minta maaf. Sebab dah lama menghilangkan diri."

"Macam mana awak tahu saya balik KL?"

"Aku cari kau dekat kampung. Kau takde, Anna."

Cari aku di Penang?

"Awak balik kampung saya?"

"Tak. Aku arahkan Shark."

"Qarl... Kenapa saya rasa hubungan kita makin renggang?"

"Aku cuma nak kau selamat."

"I'm fine. Macam yang awak lihat sekarang, saya okay."

"Kau tak selamat di sini."

"Saya terpaksa pulang ke sini. Semester baru dah nak bermula."

"Oh... Aku risaukan kau. Kau kena jaga diri baik-baik."

"I will."

Dia menjarakkan diri dari aku.

"Aku rasa buat masa sekarang, better kita berjauhan."

No. Aku taknak. Aku nak sentiasa dengan Qarl. Please don't do this to me.

"Nanti aku cari kau lagi. Kerja elok-elok. Study rajin-rajin."

Qarl melangkah jauh dari aku.

Qarl...

Kata hati aku merintih memanggil dia. Tolong jangan tinggalkan saya.

"Bye, Anna. Aku sayangkan kau. You're my girl, Anna."

Dia terus menghilang di balik lorong bangunan.

Apa salah aku? Mengapa Allah uji perasaan aku begini? Salahkah aku jika mencintai seorang mafia?

Cinta... Aku cintakan dia?

Tiada lagi bayang Qarl di depan mata aku.

Aku melangkah lesu ke arah kedai makan. Hati yang bersemangat terus terasa layu. Begini rasanya perasaan menyayangi seseorang.

Seseorang memerhati gerak geri Anna dari tadi.

Sekejap dia melihat Anna ke sana ke mari mengambil pesanan makanan.

Masih ada lagi satu jam sebelum syif perempuan itu berakhir.

Dia tidak mengantuk. Dia sudah puas tidur sejak semalam.

Rokok dinyalakan dengan pemetik api. Asap dihembus ke luar tingkap kereta.

Sedikit waktu lagi untuk dia melunaskan dendam kesumatnya.

Padan muka kau, Qarl. Satu persatu aku hancurkan hidup kau.

Tunggu jela.

Telefon bimbit berdering.

Malas untuk menjawab. Perempuan gila ini tak habis-habis menganggu hidupnya.

"Hello. Kau nak apa?"

"Aku tahu la nak buat kerja aku macam mana. Jangan call aku lagi."

Segera telefon dimatikan terus.

Psiko betul. Setiap satu jam nak call aku.

Cecair dikeluarkan dari kocek seluar. Benda ini akan membantunya untuk melaksanakan misi.

"Sayang... Tak lama lagi kau jadi milik aku. Dah lama aku mahukan kau."

Dia memandang Anna dari kejauhan dengan penuh minat.

Anna mengelap meja kotor yang ditinggalkan pelanggan.

Tak sabar mahu pulang ke rumah. Syifnya sudah pun berakhir.

"Uncle, Anna balik dulu ye."

"Thanks, Anna. Baik-baik jalan."

Aku mengangguk. Tali beg dibetulkan. Shawl yang melilit di kepala juga dikemaskan.

Penat.

Dia mengerling jam di tangan. Sudah hampir subuh. Rasanya mahu singgah di surau yang berdekatan sebelum pulang ke rumah.

Perlahan dia berjalan menuju ke kawasan perumahan.

Ada satu kereta berhenti di depannya.

Lututnya terasa lemah. Melihat lelaki berhoodie itu. Ini bukan Qarl.

"Cik, bos suruh saya jemput."

"Siapa bos kau? Aku tak kenal."

Aku mengundur ke belakang. Lelaki berhoodie tadi keluar dari kereta dan menghampiri.

"Qarl."

Tak mungkin. Baru tadi aku jumpa Qarl.

"Jom, ikut saya."

Aku mula rasa ketakutan. Air liur ditelan. Setapak... Dua tapak...

Pantas aku berlari sekuat hati.

Lelaki hoodie itu mengejar. Pagi yang sunyi. Tiada kenderaan yang kelihatan.

"Tolong saya!!!"

Dengan sekuat hati aku menjerit untuk menarik perhatian orang.

Namun, tenaga aku makin berkurangan. Lelaki berhoodie tadi memeluk aku dari belakang. Mulut aku ditekup dengan sapu tangan. Dalam beberapa saat, aku terkulai di atas jalan raya.

Langit yang cerah terasa gelap. Azan Subuh mula berkumandang.

Allah... Selamatkan aku.

Pandangan aku makin samar. Dunia terus gelap gelita.

Dia tersengih memandang Anna yang sedang terbaring kaku di atas katil.

Sekian lama dia menantikan saat ini. Anna masih tidak sedarkan diri. Peluang dia untuk melunaskan dendam sebelum bosnya itu tiba.

Zip seluarnya dibuka. Baru saja dia mahu menindih tubuh Anna, dia dijerkah.

"Hoi... Kau buat apa tu celaka?"

Ala, kacau daun betul.

"Jangan ganggu aku. Blah la."

"Dia milik bos. Bukan milik kau."

"Bos takde. Lagipun, penat aku buat kerja. Mana boleh bos nak claim dia hak bos?"

"Kau perlahankan sikit suara kau."

Lelaki tadi memberi amaran.

"Aku tak takut. Apa yang dia boleh buat dekat aku?"

Bang!

Satu tembakan terkena tepat di kaki.

Bunyi derap heels perempuan tinggi lampai menghampiri.

Randy rebah. Rambutnya direntap kasar.

"Shhh... Slow your voice. Aku taknak dia bangun gara-gara suara kau. Bangang."

"May..."

"Kau dah laksanakan tugas kau. Thank you so much."

May mengacukan pistol ke arah Randy.

"Jangan, May. Aku dah buat apa kau suruh. Bagi aku peluang untuk tunaikan dendam aku pada perempuan tak guna tu."

"She's mine. Not yours. Kau boleh pergi mati."

May ketawa terbahak-bahak. Senang betul memperdayakan Randy.

Bang!

Satu das tembakan dilepaskan pada kaki sebelah lagi.

"Argh!!!"

"Jason, apa yang kau tercegat dekat situ? Angkat la bangkai tak guna ni."

May memarahi Jason yang masih terkaku menyaksikan adegan di depan mata.

Tak sangka May sanggup bertindak sekejam itu.

"Dia tak mati lagi la. Yang kau gelabah tu kenapa?"

May pelik memandang Jason. Macam tak biasa pulak menyaksikan semua ini.

"Ke mana nak bawak dia pergi?"

"Kau lepaskan dekat sungai. Bagi buaya makan."

Benci betul dia dengan Randy. Degil.

"Kau campak jela dia kat mana-mana. Asalkan aku tak nampak muka dia lagi."

Jason menyeret Randy yang pengsan tidak sedarkan diri.

May memandang Anna yang masih tidur lena.

Wanita kesayangan Qarl.

Dia menyentuh lembut wajah Anna. Polos. Tak sesuai langsung dengan Qarl.

Dia mencebik. Entah apa yang hebatnya dengan Anna Adriana.

Polos. Perempuan kampung.

"Anna... Kau jangan risau, aku takkan bunuh kau. Sebab nyawa kau sangat berharga untuk Qarl. Tapi, perlahan-lahan aku akan seksa kau dan dia."

May tertawa perlahan.

Cinta kau dan dia takkan bersatu. Qarl selamanya milik aku.

May bermain hujung rambutnya dengan jari.

Kesian kau, Anna. Nasib kau kira baik sebab aku tak ganggu orang yang berkaitan dengan kau.

Tidurlah, Anna. Semoga mimpi indah untuk hari ini. Kerana mulai esok sebaik kau celik mata, dunia indah kau bakal lenyap. Musnah.

May meninggalkan perkarangan bilik itu. Merancang sesuatu sebelum menjelang matahari terbit.

Share this novel

aerina
2020-06-24 14:55:24 

harap anna selamat ....Qarl tolong anna!!!

aerina
2020-06-24 14:55:23 

harap anna selamat ....Qarl tolong anna!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience