Tanpa sedar Safaa telah menikam belakang Fatin berkali-kali. Dia tidak menyedari perlakuannya sehinggalah darah mengalir diseluruh lantai ruangan dapur itu.
Safaa yang baru tersedar terus melepaskan pisau daripada gengamannya dan mula meraung sekuat hati.
“Arghh!!!”
Tujuh hari sebelum..
Safaa membelek-belek telefon bimbit di kedai Ah Leng, setiap satunya mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri. Safaa membuka dompetnya, masih tidak cukup untuk membeli telefon bimbit idamannya itu.
Ah Leng perasan akan kehadiran Safaa disitu sejak beberapa hari ini. Safaa pasti akan singgah dulu di kedainya selepas pulang daripada tempat kerja.
“Amoi mahu beli telefon mana satu?” Ah Leng bertanya ramah dalam dialek cina. Safaa yang perasan akan kehadiran Ah Leng segera menyimpan dompetnya semula, dia hanya tersenyum manis.
“saya suka model ini, tapi duit belum cukup lagilah tauke” Safaa tersenyum hambar. Matanya tidak berkelip melihat telefon bimbit pujaannya. Ah Leng hanya tersenyum manis. Dia terus ke belakang dan mengambil sesuatu untuk ditawarkan kepada Safaa.
“Ini saya ada jual model yang sama, cuma bezanya telefon ini ada orang jual kepada saya seminggu lalu” Ah Leng menyerahkan telefon itu kepada Safaa, dia berjanji akan memberikan harga yang berpatutan sekiranya Safaa mahu membeli telefon itu.
Safaa amat teruja, dia tidak menyangka akan memiliki telefon bimbit idamannya dalam masa terdekat ini, keadaan telefon bimbit itu amat baik, seperti baru. Ah Leng berjaya memujuk Safaa untuk membeli telefon itu dengan harga yang mereka persetujui.
Safaa bernyanyi riang, telefon bimbit idamannya sudahpun dimiliki. Walaupun sudah melaburkan kesemua duit simpanannya untuk telefon bimbit itu namun, dia tetap berpuas hati. Rakan serumahnya pasti akan cemburu dengannya nanti. Senyuman Safaa semakin lebar.
Share this novel