MAB 23: JUST GO WITH THE FLOW

Romance Completed 902165

Pulang dari menemui Qaiser, Arianna terus ke lapangan terbang. Dia tidak mahu berlama-lama di sini kerana banyak urusan yang perlu dia selesaikan di Kuala Lumpur. Paling utama, dia mahu menemui Zahran. Dia tidak mahu Zahran mendengar janjinya mahu mengahwini Aaron daripada orang lain. Dia mahu Zahran mendengar dari mulutnya sendiri.

Melangkah laju menuju pesawat yang sudah sedia menunggu, dia menghubungi Amber supaya menjemputnya di Lapangan Terbang Subang.

Sesampai di dalam pesawat, dia menghempas tubuh lelahnya ke tempat duduk. Disentuh hidung dan bibirnya yang terasa perih akibat dibaling but oleh Isha tadi. Dia tidak boleh pulang dalam keadaan begini. Banyak pula soal jawabnya nanti.

Tidak mempedulikan taklimat keselamatan dalam pesawat yang disampaikan Flight attendant, Arianna memejamkan mata. Fizikal dan mentalnya yang lelah membuat dia mahu tidur saja. Semalam dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan cara mahu berdepan dan membantu Qaiser. Selepas menemui lelaki itu tadi, dia sudah sedikit lega. 10% masalah dikira sudah selesai. Sekarang tinggal mahu mencari pakar terbaik untuk Qaiser dan memastikan lelaki itu pulih. Selepas itu baru dia akan membuat perhitungan dengan Aaron. Zahran? Dia mencintai lelaki itu.
Dia tidak tahu bagaimana nantinya, tetapi dia berharap supaya ada kesudahan yang baik untuk dia dan Zahran. Bukan dia membuang Qaiser, tetapi cukuplah lelaki itu menderita kerananya. Qaiser berhak mendapat kehidupan yang lebih baik setelah lebih lima tahun hidup dalam kegelapan.

SELEPAS mendapat mesej daripada Arianna memberitahu mahu bertemunya di kondo, Zahran segera bersiap-siap sebelum melangkah turun mencari ibunya. Tidak ada di ruang depan, di dapur, dia ke laman orkid di belakang. Tepat tekaaannya. Ada ibunya di situ; tidak bersendirian tetapi bersama Mochi.

"Apa hal betina ni ada kat sini?" tanya Zahran apabila melihat kucing kesayangan Zahrin dan Irdina itu elok bertenggek di atas kerusi, di samping PS Wahida yang sedang menggubah orkid. Dilabuhkan punggung di sebelah ibunya.

PS Wahida kerling sekilas. Ngilu pula telinganya mendengar perkataan betina dari mulut Zahran walaupun ditujukan kepada seekor kucing.

"Rin Dina bawak anak-anak pergi holiday."

"Holiday kat mana?"

"Phuket."

"Oh..."

"Ni nak pergi mana ni, siap-siap, lawa-lawa, wangi-wangi?" tanya PS Wahida apabila melihat Zahran sudah rapi dengan pakaian santai.

"Nak pergi kondo kejap."

PS Wahida toleh, pandang Zahran dengan tatapan curiga.

"Kerap pergi kondo sekarang. Ada apa kat sana?"

"Ada jin. Kena selalu pergi bacakan yassin biar dia rentung."

"Hantu yang Lily Lana nampak dulu tu ada lagi kat situ? Nak ibu panggilkan ustaz?"

'Panggil tok kadi la bu. Kita kasi halal terus.' Mujurlah kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya saja. Jika tidak, mahu benjol dahinya dibaling pasu orkid kerana disangka mahu berkahwin dengan hantu.

“Tak payahlah bu. Hantu tu tak kacau orang.”

“Tapi dah namanya setan, mana boleh biar duduk dalam rumah kita.”

“Alah kat mana-mana pun ada setan. Kat sebelah ibu tu pun silap-silap ada je yang bertenggek, kita je yang tak nampak.”

PS Wahida malas melayan. Mengeringkan tekak saja berdebat dengan Zahran. Ada-ada saja jawapannya.

“Banyak pulak jawapan dia. Baik bercakap dengan Mochi.”

Zahran jeling Mochi yang kelihatan seperti mengejeknya.

“Apa tengok-tengok? Jangan nak tunjuk diva sangat. Mak apak kau pergi holiday pun tak bawak kau. Kesian.”

“Lailahaillallah. Apa pulak dosa si Mochi tu kau marah-marah dia?”

“Saja. Suka marah dia sebab dia tak jawab. Okeylah bu, Ran pergi dulu.” Zahran bangkit, mencium pipi ibunya sebelum keluar.

Amber telah sedia menunggu di dalam kereta sebaik sahaja pesawat Arianna mendarat di Lapangan Terbang Subang.

“What happened to your face? Oh my god, kau bertumbuk dengan siapa ni?” Nyaring suara Amber singgah di gegendang telinga Arianna ketika melihat luka dan lebam pada beberapa bahagian wajahnya.

Tangan Amber terhulur mahu menyentuh kesan lebam itu, namun Arianna menepis sambil berdecit marah.

“Kau kenapa? Siapa yang buat kau macam ni?” Amber tidak berpuas hati kerana tidak mendapat jawapan daripada Arianna.

“Tak ada apa-apalah.”

“Habis tu kenapa sampai lebam tu? Kau nak balik rumah dengan keadaan macam tu?”

“Hantar aku ke Angelya.”

Amber tatap tajam wajah Arianna. “Nak jumpa Zahran?”

“Yup.”

“Ari…”

“Dah sampai nanti kejut aku.” Malas mendengar bebelan dan ocehan Amber, Arianna tarik topi menutupi wajahnya lalu memejamkan mata.
Amber mendengus sebal. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menurut.

“Susah! Susah bercakap dengan manusia macam ni! Hei, geram aku! Kalaulah kau ni adik aku, lamaaaaaa dah aku lenyek-lenyek buat lempeng. Aiii…Aiii…Menyesal! Menyesal aku datang ambik kau. Sepatutnya aku hantar Grab je. Dahlah buat muka macam mintak kaki, lagi tak ada terima kasih aku datang jemput, eh lepas tu aku nak main rahsia-rahsia pulak dengan aku. Aiii…Aiii…Nak je aku maki anak manusia sekor ni. Tapi aku tahuan je mulut aku. Aku tahan ni…Aku tahan…”
Panjang lebar bebelan Amber namun Arianna langsung tidak peduli. Biarlah Amber mahu memakinya, yang penting dia sampai ke kondo Zahran.

“Bangun! Dah sampai rumah Mr Not-a-good-kisser kau.” Kepala Arianna ditunjal dengan telunjuknya sehingga terhantuk pada cermin tingkap.

Terpisat-pisat gadis itu bangun. Topi yang menutupi wajahnya terjatuh ke pangkuan.

“Huarggghhhhh!!” Arianna menguap sambil meregangkan kedua-dua tangannya ke atas.

“Jesus!” Amber urut dada. Menggeleng dia dengan tingkah tidak senonoh Arianna. “Ini anak orang ke anak seladang.”

“Okay Amb. See you soon. Thanks a lot. I love you.” Bibir dimuncungkan mahu mencium Amber, namun Amber pantas menekup mulut Arianna. Tidak sudi dia dicium si anak seladang itu.

“I don’t need a kiss. I just need a break from your stupidity and foolishness.”

Arianna sengih; sedikit tidak terusik dengan kata-kata Amber. “Then I give you two days leave.”

“Are you serious?”

“Yes.”

“Does it mean you won’t be stupid for two days or you really gave me a break from facing your stupidity and foolishness?”

Arianna memutar bola matanya. “The second option.”

Senyum lebar menghiasi wajah Amber mendengar jawapan Arianna. “Thank you. I love you. now let me kiss you.”

“No…No…No…Only my Zahran can kiss me.”
Amber menyengir sambil membuat aksi seperti mahu termuntah.

“Jangan jealous. Ciao. See you in two days.” Arianna keluar dari kereta dan terus melangkah masuk ke lobi kondo tanpa menoleh lagi.

Sampai di depan kondo Zahran, dia menekan loceng. Hanya beberapa detik sebelum pintu dibuka. Terjengul wajah Zahran di sana membuat senyum segera terbit di wajahnya. Namun sayang, senyumnya tidak berbalas. Didepang tangannya mahu memeluk, namun pertanyaan Zahran membuat tangannya turun semula.

“Who are you?” tanya Zahran dengan tatapan tajam.

Berkerut Arianna dengan pertanyaan Zahran. “You jangan main-main boleh tak?”

“No…No…I’m not playing around. Who the hell are you?” tanya Zahran dengan wajah sombongnya seperti biasa.

Arianna menganga tidak percaya.

“If you don’t have anything to say, please leave. I’m waiting for my girlfriend.” Zahran sudah hampir menutup pintu sebelum tangan Arianna menahan pintu itu.

“Hey, what’s wrong with you?”

“Nothing wrong with me. I don’t know you, so you better leave before I call the police.”

“Zahran…”

“Who are you?”

Arianna berdecit geram. Tetapi kerana malas bertekak atau bermain-main, dia menjawab juga pertanyaan Zahran itu. “I’m Arianna, your girlfriend.”

“Oh really?” Zahran kelihatan terkejut. “My girlfriend is beautiful, but you’re terribly ugly.”

Tersenyum Arianna apabila Zahran memujinya cantik, tetapi senyum itu tiba-tiba mati apabila Zahran juga turut mengata mukanya hodoh.

“Jahatnya mulut!” Genggam buku lima, dada Zahran ditumbuknya.

“Mulut I memang tak pandai menipu.”

“Boleh…I masuk?” Arianna sudah malas bermain-main lagi. Dia letih dan mahu segera menghempaskan tubuh lelahnya ke sofa.

“What happened to your face?” tanya Zahran. Wajahnya serius tanpa segarit senyum. Masam dan menyeramkan.

“I flew all the way from Langkawi to meet you, then you dare to show me that face?”

“And you too, dare to show me that face? Macam penyangak baru lepas kena belasah. So ugly.”

Arianna menganga tidak percaya. Zahran mengatakannya hodoh? Macam penyangak? Apa teman lelaki orang lain juga begini?

“This penyangak is your girlfriend.”

“Oh really? Show me the proof.”

“Zahran, I penatlah. Janganlah main-main macam ni.”

“Tell me what happened to your face.”

“Bagi I masuk dulu, boleh?’

“Bagitahu dulu kenapa dengan muka you?”

Arianna seperti mahu menangis. Tidak kasihankah Zahran padanya? Terbang jauh-jauh dari Langkawi, terus berkejar ke sini semata-mata mahu bertemu teman lelaki, alih-alih dia dilayan seperti bukan siapa-siapa.

“Kenapa you banyak sangat alasan tak bagi I masuk ni? You ada simpan perempuan ke kat dalam?”

“Jangan nak tukar tajuk. I tanya kenapa dengan muka you? Susah sangat ke nak jawab?”

“You pun kenapa mengelak tak nak jawab soalan I? Siapa perempuan dalam rumah you tu?” Arianna ke arah dalam rumah Zahran.
Zahran toleh ke dalam. Peluang itu digunakan Arianna menelusup masuk melalui bawah lengan Zahran.

“Hahahahaha Yes!! I got you.” Arianna tertawa galak.

“Dah kenapa suka sangat?”

Serta merta tawa Arianna mati. “Sukalah dapat jumpa you. I miss you. Don’t you miss me, hmmm?”

“I will never miss you…”

Tuhan, Arianna benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Susat sangatkah mahu membalas ‘I miss you too?’ sehingga Zahran perlu mengeluarkan kata-kata seperti itu?

“…because I will make you always stick with me.”
Perlahan, senyum kembali terbit di wajah Arianna. “Awwhhh…How sweet.” Didepangkan tangannya sekali lagi mahu memeluk Zahran, namun lagi-lagi kata-kata Zahran membuatkannya terbantut.

“Duduk sana!” Lurus tangan Zahran menunjuk ke arah sofa, sementara dia terus melangkah ke dapur.

Arianna mendengus sebal, namun dia akur juga. Entahlah. Zahran seperti ada satu aura yang membuat dia tidak mampu melawan atau engkar.
Beberapa minit kemudian Zahran kembali bersama satu tiub krim. Melabuhkan duduk di sebelah Arianna, penutup tiub itu dia buka. Dipicit sedikit pada hujung jari sebelum dia menarik tubuh Arianna supaya dekat dengannya. Berhati-hati dia menyapu krim pada kesan lebam di wajah Arianna.

Arianna diam tidak bergerak. Namun dalam diam, dia memerhati wajah Zahran yang hanya berjarak beberapa sentimeter sahaja daripadanya.

“Tell me…” ujar Zahran.

Arianna membuang keluh. Dia tahu Zahran tidak akan berhenti bertanya selagi tidak dapat mendapat jawapan. Mahu tidak mahu terpaksalah dia bercerita.

“Isha baling I dengan but.”

Pergerakan tangan Zahran yang sedang menyapu krim pada dahi Arianna terhenti. Wajah Arianna direnung dalam. Cara Arianna memberitahu seolah-olah apa yang dilakukan Isha itu bukan satu kesalahan besar. Arianna yang disayang, dimanja , ditatang oleh Datuk Eric dan Tan Sri Albert dibaling but sehingga luka lebam wajahnya. Zahran tidak dapat membayangkan bagaimana nasib Isha jika perkara itu sampai ke pengetahuan Datuk Eric dan Tan Sri Albert.

“Sebab tu I kata jangan pergi sendiri. Kalau dia berani campak bangkai ayam dalam bilik you dulu, tak mustahil dia boleh buat something yang lebih teruk daripada tu. Tapi you degil. Kalau Datuk dengan Tan Sri tahu, habis budak tu nanti.”

“I takkan jumpa daddy and grandpa dengan muka macam ni. Sebab tu I datang sini. You takkan buat apa-apa pada Isha kan?”

“Kalau I pecat dia?”

“Eh janganlah. Anggaplah lebam ni tanda dendam dia dah terbalas. Yang penting, I dapat jumpa Qaiser.”

“Oh pentinglah jumpa Qaiser sampai sanggup pergi sendiri?”

Arianna terkekeh apabila nada Zahran itu berbaur cemburu. “Penting sebab I nak tolong dia. I nak dia hidup baik-baik.”

“So, what’s your plan?” tanya Zahran sambil meneliti wajah Arianna, jika masih ada lebam yang belum disapu krim. Setelah yakin tidak ada, barulah dia menutup tiub krim itu.

“I ada list beberapa pakar mata area KL. Next week I plan nak bawak dia jumpa pakar.”

Zahran mengangguk-angguk. “How about your dad and grandpa?”

Arianna tidak segera menjawab. Tunduk meramas jemari-jemarinya, dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk memberitahu Zahran.

“Just tell me,” ujar Zahran apabila melihat Arianna agak keberatan.

Arianna angkat muka, pandang tepat ke dalam anak mata Zahran. Lama. “I…janji nak kahwin dengan Aaron. I’m sorry…I have no choice.”

Tiada jawapan daripada Zahran. Terus menatap Arianna dengan wajah yang tidak menyiratkan apa-apa. Tiada riak kecewa, sedih, atau marah. Sukar untuk Arianna menebak perasaan Zahran saat ini.

“I tak nak tolong Qaiser tanpa pengetahuan daddy. I takut nanti family dia kena kacau. Sebab tu I terpaksa janji…”

“It’s okay.” Zahran menyela sebelum Arianna sempat menyudahkan kata-katanya.

Arianna memandang Zahran tidak berkedip. Melongo dia mendengar jawapan mudah Zahran.

“It’s…o-kay?” tanyanya ragu.

“Your main focus is to help Qaiser, right? So just do whatever it takes to help him. Pasal kita…” Zahran jeda; menarik nafas dan menghembusnya perlahan. “…we just go with the flow. When we decide to start this relationship, we’re ready for all the possibilities that are not in our favor. Teach our heart not to be too upset if something happens against our wishes.”

Air mata Arianna jatuh. Mengapa Zahran begitu baik? Mengapa Zahran tidak mengamuk atau memarahinya kerana lancang berjanji seperti itu?

Dia lebih suka jika Zahran menengking, menjerit atau memakinya daripada bersikap seperti ini.

“Kalau kita teruskan hubungan ni dengan Qaiser yang terus hidup macam tu, kita pun takkan tenang. So, selesaikan dulu urusan Qaiser. Me, you, Aaron, kita selesaikan kemudian. If you have to marry Aaron, then just marry him.”

Arianna diam. Benar, sewaktu dia dan Zahran mengambil keputusan untuk memulakan hubungan ini, mereka sudah bersedia jika hubungan ini terputus di tengah jalan. Mereka sedar hubungan ini tidak akan berjalan dengan mudah. Jika tidak kerana keluarganya pun, Arianna tahu Aaron akan menjadi penghalang terbesar. Sama ada lelaki itu bermati-matian mempertahankannya atau Zahran sendiri yang akan melepaskan kerana tidak mahu mengecewakan sahabatnya itu. Semuanya tidak senang walaupun nampak mudah. Banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi selagi dia dan Aaron tidak berkahwin, dia akan meneruskan hubungannya dengan Zahran walaupun terpaksa bertemu secara sembunyi seperti ini.

“Grandpa gave me three months to deal with Qaiser’s matter. And…” Arianna tunduk, menggigit bibr bawahnya. Berat untuk dia mengatakan ini, tetapi dia tidak mahu mementingkan diri sendiri. “…kalau dalam tempoh tu you jumpa perempuan lain yang you suka, just go on with her. I tak boleh janjikan you apa-apa sebab dalam tempoh tiga bulan ni, anything can happen. So…like you said, teach our heart not too upset if something happens against our wishes.”

“And also teach our mind not to think too much. We just go with the flow,” ujar Zahran. Pengalaman banyak mengajarnya supaya tidak terlalu berharap. Jika ada jodohnya dengan Arianna, adalah. Jika tidak ada, apa yang boleh dia lakukan? Semuanya ketentuan Tuhan. Mungkin ada yang lebih baik sedang menantinya.

“But I love you. I love you so much.” Arianna tidak segan silu meluahkan perasaannya kepada Zahran.

“Albert Schweitzer said, if you love something so much, let it go. If it comes back, it was meant to be. If it doesn’t, it never was.”

Tangis Arianna pecah. Berkata-kata memang mudah, tetapi untuk melalui dan menghadapinya tidak semudah yang diperkatakan.

Tidak tega melihat tangisan itu, Zahran menarik Arianna ke dalam pelukannya.

“There are things that we don’t want yo happen but have to accept, things we don’t want to know but have to learn, and people we can’t live without but have to let go,” bisiknya.

ZAHRAN memandang Arianna yang sudah terlena di sofa. Dia sendiri tidak tahu akan bagaimana kesudahan kisahnya bersama Arianna. Adakah berakhir bahagia atau kesudahan yang sama seperti kisahnya dengan Dina, dia tidak tahu. Apa yang pasti, kali ini dia lebih bersedia. Walaupun tidak mudah, tetapi setidaknya kekecewaannya tidak terlalu besar.

Bunyi notifikasi WA di telefonnya membuat tatapannya pada wajah Arianna beralih. Dicapai benda pipih itu dari atas meja. Mesej daripada Aaron.

‘Jom lepak main snuker dekat tempat biasa.’

Zahran mahu menolak, namun entah mengapa jarinya menaip OK. Tindakan reflek yang mungkin disebabkan rasa bersalah kerana sedang bersama tunang Aaron sekarang.

Menghantar mesej ke telefon Arianna memberitahu dia keluar bersama Aaron, dia masuk ke bilik mengambil dompetnya sebelum keluar.

AARON membongkok, mensejajarkan pandangan pada bola putih di atas meja billiard, sebelum melakukan break shot. Berselerak bola berbagai warna ke serata arah dengan sebiji bola masuk ke dalam kantung.

“Nice. ” ujar Zahran. Hanya dia dan Aaron saja malam ini. Tidak tahu mengapa Aaron hanya mengajaknya. Mungkin kerana status mereka sama. Bujang.

“I got line!” kata Aaron apabila bola bergaris berjaya masuk ke kantung selepas break shot yang dilakukannya.

Zahran angguk saja. Aaron sudah mendapat bola garis, maka dia akan mengambil bola solid. Bola solid adalah bola yang bernombor 1 hingga 8, manakala bola garis adalah yang bernombor 9 hingga 15.

Oleh sebab Aaron berjaya memasukkan satu bola ke dalam kantung semasa break shot, maka dia membuat pukulan sekali lagi. Memutari meja ke sudut kanan pula, dia membongkok. Nombor 13 menjadi sasarannya. Zahran hanya bersandar memerhati, sementara menunggu gilirannya.

“You know, 13 is known as the unlucky number,” ujar Aaron, masih mengatur posisi sebelum membuat pukulan.

“Aku tak percaya benda tahyul macam tu.”

“Tapi ramai orang percaya.”

Zahran jongket kening. “What is wrong with thirteen?”

Pap!

Aaron membuat pukulan. Bola bernombor 13 itu perlahan bergolek masuk ke dalam kantung. Kembali dia menegakkan tubuhnya, memandang Zahran sebelum melangkah, mencari posisi untuk membuat pukulan seterusnya.

“There’s a couple of reasons…some people said, many deaths that occurred in the past have a connection with the number 13.”

“Is that true?”

Aaron angkat bahu. “I don’t know. But for Catholics, there’s an incident where Judas Iscariot who became the 13th disciple of Jesus, betrayed him by handing him over to Roman troops to be crucified.”

Tiada jawapan daripada Zahran. Bersandar pada dinding, kaki bersilang, dengan kedua-dua tangan berlipat ke dada, dia hanya memandang pergerakan Aaron.

“13 is the symbol of betrayal.” Aaron pandang Zahran sekilas sebelum kembali membongkok, menyasarkan mata dan kayu snukernya pada bola bernombor 11 pula.

“The saddest thing about betrayal is that…” Satu pukulan tepat mengena bola bernombor yang disasarkan dan Aaron berhasil membuat bola itu masuk ke kantung. Menegakkan semula tubuhnya, dia memandang Zahran sebelum menyambung, “…it never comes from your enemies. It comes from a friend and loved one.”

Bagai direnjat arus elektrik, jantung Zahran seperti berhenti berdegup seketika. Sekuat mungkin dia mengawal riak wajahnya walaupun dia berasa kata-kata Aaron itu seperti mengandungi maksud tersirat. Nada dan cara Aaron memandangnya seolah-olah lelaki itu tahu tentang hubungannya dengan Arianna. Apa benar, Aaron sudah tahu? Jika benar, bagaimana dia tahu? Adakah Aaron pernah ternampak dia bersama Arianna? Atau Arianna sudah mengaku pada Aaron tentang hubungan mereka?

Ah, tidak mungkin! Dia dan Arianna sudah berjanji akan merahsiakan hubungan mereka. Jika Aaron sudah tahu, mustahil dia akan setenang itu. Tentu lelaki itu akan mengamuk dan menyerangnya, bukan? Mungkin apa yang diperkatakan Aaron itu hanya kebetulan.

“Life is full of fake people,” sambung Aaron lagi sambil bersedia untuk membuat pukulan seterusnya. Bola bernombor 15 yang paling hampir dengan kantung di sudut kanan menjadi sasarannya. Namun pukulannya tersasar.

“Your turn,” ujarnya lantas berundur, memberi peluang kepada Zahran pula.

Zahran melangkah ke arah meja billiard. Memposisikan dirinya, bola nombor 7 menjadi sasaran.

“Time will show us who is real ones and who are the fake ones,” ujar Zahran.

“Yeah…but before we decide to judge them, make sure we’re not one of them,” balas Aaron.

“The lesson is don’t trust everything you see, or hear,” ujar Zahran lalu membuat pukulan pertama yang berhasil menolak bola yang disasarkannya ke dalam kantung.

“Wow!” Aaron tepuk tangan.

Zahran senyum, mendepangkan tangan sambil memaparkan wajah bangga. Memutari meja ke sudut yang lain pula, bola solid yang paling hampir dengan kantung dicari. Setelah yakin dengan sasarannya, Zahran membuat pukulan. Ternyata pukulan kali kedua ini juga tidak gagal. Satu demi satu bola solid berhasil ditolak masuk ke dalam kantung. Pukulan ketujuh yang akan menentukan sama ada Zahran layak memukul bola bernombor lapan ke dalam kantung. Jika dia berjaya, kemenangan akan menjadi miliknya.

“Aku nak announce wedding aku dengan Arianna pada media.”

Kata-kata Aaron itu membuat pukulan Zahran tersasar ke sisi meja dan tidak masuk ke dalam kantung. Aaron tertawa. Peluang terbuka untuknya mengalahkan Zahran.

“Dah bincang dengan dia?” tanya Zahran, cuba berlagak tenang walau dalam hati sudah mula bergelut dengan berbagai rasa.

“Belum. Tapi, aku rasa dia tak ada masalah,” balas Aaron tanpa memandang Zahran kerana dia sibuk memposisikan dirinya, menetapkan sasaran untuk menolak sisa bola-bola garis yang masih ada ke dalam kantung.

Tiada jawapan daripada Zahran; hanya memerhatikan Aaron memukul satu persatu bola solid ke dalam kantung sehinggalah bola terakhir iaitu bola nombor 8.

“Woah!!” Aaron bersorak. Kedua-dua tangan terangkat meraikan kemenangan. Selalunya dia akan kalah dengan Zahran dan ini kali pertama dia memperoleh kemenangan.

Zahran tepuk tangan.

“Best man win,” ujar Aaron. Kata-kata itu sering diungkapkan Zahran setiap kali menang permainan Snuker dengannya.

“Yes…The best man will win,” balas Zahran; sengaja menekan suaranya saat menyebut ‘best man’ sambil menghulurkan tangannya pada Aaron tanda ucapan tahniah.

Aaron senyum; menyambut huluran tangan Zahran.

“Sebab aku dah kalah, so I will treat you drinks.” Tangan Aaron dilepaskan sebelum Zahran melangkah mendahului Aaron keluar dari pusat snuker itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience