Bab : 3

Romance Completed 270936

Ayahnya langsung tak teragak-agak untuk belanja besar semata untuk mengadakan party kepulangannya ini. Masakan tidak, ayahnya telah mengupah event planner jauh dari negara lain, sewa khemah mewah yang seakan digunakan untuk fashion week tu.

Meja buffet memang jangan cakap la. Penuh sepenuhnya dengan hidangan yang berwarna warni serta menyelerakan buat mata memandang.

Tema pula seakan untuk majlis perkahwinan.

Ingatkan parti ni diadakan sekadar bersama dengan ahli keluarga dan sanak saudara aje. mana la tahu kan...ayah dia telah menjemput kenalan lelaki itu sekali bersama untuk meraikan kepulangan dia.

Bukan main lagi feeling parti dia ni

Tapi tak apalah...dia faham kenapa.

5 tahun kut dia larikan diri meninggalkan tempat ni. Untuk ubat hati dia yang lara gara-gara memori pahit yang ditinggalkan oleh lelaki yang telah mengukir nama pekat selikatnya di jantung dia ni. Kalau boleh buka dada dan tunjuk jantung ni, mungkin nama lelaki itu penuh tertarah pada permukaan jantung dia.

Alasan sambung belajar tu sekadar idea dia untuk buatkan family kesayangannya ini lepaskan dia. Kalau tak...sampai ke sudah dia ada di sini.

Walaupun sudah 5 tahun berlalu, dia masih belum move on lagi sebenarnya. Tak kira la berapa ramai lelaki cuba mengambil hati dan mengajak dia bercinta, Edira takkan terima. Sebab hatinya masih belum terbuka untuk menerima sebarang lelaki kerana cinta yang tersisa dalam diri dia.

Kata la apa saja...loser ke...helpless ke...lemah...gelarlah dia apa saja.

Kalau nama first love tu...sampai bila-bila akan diingati walaupun sakit.

Edira duduk di depan vanity kayu serba putihnya. memandang tepat ke cermin. Melihat pantulan imejnya sendiri dengan renungan mengalah. Solekan diwajah dia semuanya hasil karya Jane sendiri. Kata sahabatnya itu, dia MVP malam ni. So kena lebih extra dibandingkan tetamu-tetamu yang ada.

Yalah!Extra kononnya. Hanya memberikan gincu merah red velvet dan dipadankan solekkan natural di wajahnya. Mujurlah Jane tidak solek seperti pengantin. Yalah...dress mahal yang terpasang di tubuhnya ini saling tidak ubah seperti untuk seorang pengantin. Putih suci dan berlace labuh hingga menyapu lantai. Bahagian atas bahunya offshoulder.

"Alright!Princess!Time to go!Para tetamu dah ramai dekat bawah. Masa untuk grand entering!Seperti Princess Diary kita!"ujar Jane semasa rangkul lengan Edira dan bangunkan kawannya itu dari bangku depan vanity tu.

Malas-malas Edira bangunkan diri dari situ. Dia melangkah sama dengan Jane keluar dari bilik tidur. Merentasi koridor tingkat tiga itu sebelum menuruni satu persatu anak tangga di situ dengan cermat. Edira dan Jane melewati sayap koridor dimana terletakkan bilik tempat Encik Lewis selalu jalankan meeting dan kerja lelaki itu.

Sesampai di tingkat bawah, mereka melintasi ruang tamu Utama dan berhenti di pintu kaca dua pintu petak-petak kaca. Betul-betul menghadap laluan keluar untuk ke laman belakang rumah dimana parti diadakan.

"Welcome home Edira Rosaline..."ucap Jane sebelum buka pintu itu seluasnya.

Mendedahkan suasana dimana para tetamu mengenakan tuksedo dan dress branded berdiri. Semua mata waktu itu terarah pada wanita yang indah mengenakan busana custom made itu.

Gugup tiba-tiba, Edira telan air liur dalam diam saat jalan merentasi red carpet yang terbentang di situ. Dia perasan mata yang terarah pada dia, tapi sikit pun tidak mengerling sebab pandangan dia waktu itu terarah pada ahli keluarganya di hujung laluan itu.

Well....

Kalau tiada lelaki yang boleh treasure hati dan dirinya ini, at least dia ada keluarga yang mencintai dia dan menyanyangi dia dari apa-apa dekat muka bumi ni!

"Itu dia....puteri bongsu kita....dipersilakan Edira Rosaline."suara Eric berkumandang dari alat loudspeaker di situ. Louis anak sulung Eric sedang bergelut hendak cuba merampas mikrofon dari tangan ayahnya semasa tangan Eric cuba halang.

Tepukan gemuruh mulai kedengaran sebaik pengumuman itu di beri. Para tetamu dan sanak saudara di situ ada yang menyorok gembira, ada juga yang melaung 'welcome home Edira.'

Senyuman lebar terukir di bibir Edira setelah melihat Eddy, West, Eric, Encik Lewis dan Puan Aleeya berdiri di situ menyambutnya.

"Thank you for coming home pumpkins.."dakap Puan Aleeya dengan erat saat Edira masuk ke dalam pelukan dia. Dahi anaknya itu dikucup kasih.

"Selamat pulang little princess."usap kakak ipar kedua isteri West, Sarah di belakang badan Edira waktu itu.

Eddy muncul di tepi kemudiannya sebelum mengucup tepi kepala Edira dengan senyuman di bibir semasa tangannya naik memeluk belakang badan tu.

"Aunt...aunt...nak dukung!"muncul anak kecil berusia 4 tahun di bawah kakinya waktu itu.

"Sini daddy dukung kamu.."aju West kepada anak sulung perempuannya itu. "Aunt nak potong kek kejap lagi."

Edira yang tidak kisah itu pun tunduk mendukung anak kecil itu lalu mendakapnya dengan erat. Pipi munggil itu di kucup lembut. "Rindu aunt ke?"

Ketawa terkekek-kekek anak kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience