Rate

Bab 51 Pregnant Test

Romance Completed 278137

Anis duduk menghadap katil Adib sambil mengupas epal yang di bawa oleh Cikgu Azie wakil dari Sekolah Menengah Uthman. Adib duduk sambil menyandarkan dirinya di kepala katil dan memakan hirisan epal yang Anis hulur kepadanya.

Puan Saleha dan Puan Zulaikha pula duduk di sofa ruang tengah bilik rawatan sambil bersembang ringan.

"Ibu... Umie, baliklah rumah dahulu biar Anis yang jaga Adib malam ni. Lagipun ibu dan umie kena urus ayah dan abahkan?" Ucap Adib tiba-tiba pada dua manusia paruh baya itu.

"Anis boleh ke urus Adib sorang-sorang ni?" Soal Puan Saleha penuh kelembutan.

"Insya Allah boleh ibu." Sahut Anis Umairah setelah mendengar kerisauan ibu mertuanya.

"Kalau macam tu, umie dan ibu balik dahulu... tak lama lagi masuk waktu maghrib." Ucap Puan Zulaikha sambil melihat jam di pergelangan tangannya. "Kalau ada apa-apa call ibu atau umie ya Anis." Katanya lagi.

Anis Umairah cuma mengangguk patuh.

Setelah Puan Saleha dan Puan Zulaikha pulang ke rumah, tinggal Anis yang menjaga Adib Umair yang masih di tahan dalam wad.

"Abang nak ada apa-apa lagi?" Tanya Anis setelah Adib selesai makan hirisan buah epal.

"Tak ada honey, abang nak rehat-rehat saja sekarang." Ucap Adib sambil mencuit hidung Anis.

"Abang dah tak rasa pening ke? Dah tak rasa nak muntah ke?" Tanya Anis kelihatan risau.

"Tak sudah Honey, mudah-mudahan esok abang dah boleh balik rumah, tak betah rasanya lama-lama kat ruangan ni." Rungut Adib kedengaran.

Anis Umairah tersenyum mendengar rungutan Adib.

"Insya Allah esok abang dah boleh balik, tadi doktor ada cakap. Lagipun penyakit abang tak serius." Terang Anis pada Adib.

"Abang minta maaf menyusahkan honey dan family." Ucapnya sambil mengusap lembut pipi Anis.

"Tak ada yang menyusahkan abang, dah tanggungjawab kita untuk saling menjaga. Anis ikhlas!"

"Terima kasih sayang!" Ucapnya sambil memeluk Anis seketika yang masih setia duduk di sampingnya.

"Sama abang."

"Ada abang nak tanya Anis, tapi harap honey tak salah faham." Kata Adib Umair ragu-ragu. Menatap wajah kesayangannya.

"Apa dia abang?" Dahi Anis berkerut.

"Bulan ni honey dah period ke?"

Anis Umairah cuba berfikir setelah mendengar pertanyaan Adib. Kemudian dia menggeleng perlahan.

"Ikut kiraan, period Anis dah terlewat dari tarikh setiap bulan." Sahutnya dengan mood masih berfikir.

Adib tersenyum mendengar ucapan Anis. Mungkin betul dugaannya, tapi dia kena rahsiakan terlebih dahulu sebelum Anis Umairah di periksa.

"Anis nak ke kalau kita periksa kesihatan Anis?" Ucapnya ragu-ragu.

"Buat apa abang, Anis tak sakit... Abang usah risau tentang kesihatan Anis." Sahutnya yakin.

"Kalau Anis tak nak cek di hospital atau klinik, nanti kita beli UPT... mana tahu betul dugaan abang."

"Maksudnya?" Dahi Anis berkerut. "Upt tu apa abang?" Anis Umairah hairan dengan setiap pertanyaan-pertanyaan Adib.

"UPT itu ialah ujian air kencing hormon gonadotropin manusia (hCG). Plasenta wanita hamil menghasilkan hCG, juga dikenali sebagai hormon kehamilan. Jika Anis mengandung, ujian biasanya boleh mengesan hormon ini dalam air kencing Anis kira-kira 10 hari selepas haid terlepas pertama. Ini adalah apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim. Semasa kehamilan 8 hingga 10 minggu pertama, tahap hCG biasanya meningkat dengan pesat. Tahap hCG ini mencapai puncaknya pada kira-kira minggu ke-10 kehamilan, dan kemudian secara beransur-ansur menurun sehingga bersalin. Ujian kencing jenis ini biasanya dijual dalam kit yang boleh di gunakan di rumah. Ia sering dirujuk sebagai ujian kehamilan di rumah." Jelas Adib Umair dengan terperinci.

"Tak sangka ya abang tahu tentang ini?" Kata Anis tertegun mendengar Keterangan dari Adib. Dia mendongak melihat Adib yang tidak segan silu menjelaskan pada Anis Umairah semua fakta bab kehamilan.

Adib Umair tersenyum mendengar ucapan dari isterinya.

"Itukan Sains, abang yakin Anis pasti sudah belajar. Anis nak ke cek upt nanti? Kita beli sama-sama kat Farmasi." Cadang Adib Umair langsung di persetujui oleh Anis Umairah.

"Boleh juga abang."

"Kuat hati abang mengatakan yang Anis tengah mengandungkan anak abang." Ucapnya yakin.

"Insya Allah abang." Sahut Anis Umairah merasa gembira mendengar ucapan Adib.

Tok tok tok

"Assalamualaikum, maaf mengganggu!" Sahabat Adib Umair iaitu Amar datang menjenguk Adib di hospital.

"Waalaikumussalam, eh Amar mari masuk. Ini Anis Umairah wife aku." Ajak Adib sambil memperkenalkan Anis pada sahabatnya Amar.

"Selamat malam Anis." Ucapnya ramah pada Anis. "Macam mana boleh masuk hospital ni, apa kata doktor?" Katanya sambil berpeluk singkat dengan Adib.

"Doktor kata aku kurang air dalam badan, tiba-tiba aku muntah-muntah dan terasa nak pitam." Jelasnya pada Amar.

Dahi Amar berkerut berfikir.

"Tidak juga kau salah makan ke?"

"Tak juga kata doktor!"

Amar mengangguk perlahan.

"Ini ada buah tangan sikit untuk di kunyah-kunyah nanti." Hulur Amar pada Anis.

"Terima kasih!" Ucap Anis Umairah sopan dengan segan. Anis membatukan diri di tempat duduknya.

"Sama-sama."

"Susah-susah jer kau Amar, dari mana kau tahu aku masuk hospital?" Soal Adib hairan, sebab dia takde beritahu dengan siapa-siapa tentang keadaannya sekarang.

"Aku terjumpa ibu kau kat pasaraya tadi, tak sangka pula kau masuk hospital. Kau ni, senyap jer!" Rungut Amar kedengaran.

Adib Umair tergelak singkat.

"Aku tak apa-apa pun, tak usah risaulah!"

"Lain kali jangan senyap-senyap, kalau aku tak jumpa ibumu, haram aku tahu tentang musibahmu ni.

"Yalah, thanks ambil berat."

"Welcome bro!"

_________________________________

"Assalamualaikum!" Puan Saleha, Encik Amri, Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin datang serentak melawat Adib Umair pagi itu.

"Waalaikumussalam!" Sahut Adib dan Anis hampir bersamaan.

"Macam mana keadaan Adib?" Tanya Encik Muhaimin datang mendekati Adib yang duduk di katilnya.

"Alhamdulillah, dah okay abah. Kata doktor tadi Adib dah boleh keluar hari ni."

"Alhamdulillah kalau macam tu, jadi hari ni balik rumah mana?" Tanya Encik Muhaimin.

"Balik rumah kamilah, risau Anis tak dapat fokus dengan pelajarannya. Tak lama lagi SPM, kalau kat rumah insya Allah saya boleh tengok-tengok mereka berdua." Sampuk Puan Saleha.

Encik Muhaimin terangguk-angguk mendengar ucapan Puan Saleha.

"Oh ya, minggu hadapan Ujian percubaan SPM, Anis dah bersedia ke?" Soal Encik Amri pula.

"Insya Allah ayah, Anis dah sedia awal-awal lagi."

"Baguslah kalau macam tu, risau juga ayah fikir tentang pelajaran Anis." Ucap Encik Amri.

"Kalau macam tu, ayah nak jumpa doktor dulu tanya jam berapa Adib boleh keluar dan nak ke counter pembayaran juga, nak jelaskan bil hospital Adib." Jelas Encik Amri lagi.

"Oh yala, kami tunggu di sini." Sahut Puan Saleha pada suaminya Encik Amri.

Puan Saleha mengemas awal-awal barang Adib yang hendak di bawa balik, takut ada barang yang ketinggalan. Anis pula di arahkan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum membersihkan Adib.

Dalam beberapa minit kemudian.

"Okay, semua dah kemas ke?" Tanya Encik Amri setelah muncul di bilik rawatan Adib.

"Sudah abang!" Jawab Puan Saleha pada suaminya.

"Okay, kalau macam tu kita boleh gerak pulang sekarang."

Mereka pun semua segera beredar dari ruang rawat Adib untuk balik ke rumah Puan Saleha.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience