Bab 1

Drama Series 5663

Bab 1

PADA awal pagi lagi keluar satu artikel yang menyebarkan berita tentang scandal Tengku Daniel yang berpelukan mesra bersama seorang wanita di hadapan hotel malam semalam. Sera yang ketika itu membaca article itu tiba-tiba telefon Sera berbunyi dan melihat nama Abah iaitu ayah kepada Daniel terpapar di skrin telefon Sera. Sera tanpa berfikir terus mengangkat call

"Sera , aku nak kau datang ke office pagi ni juga."

"Baik , abah."

Jawab Sera dan terus mematikan panggilan telefon itu. Sera tanpa membuang masa bersiap pergi ke pejabat Tengku Hasan.

Setibanya Sera di bangunan penjabat Abah Daniel , Sera terkejut melihat ramai wartawan yang berada di luar bangunan. Sera yang ingin melarikan dari daripada wartawan tidak berjaya apabila mereka telah ternampak Sera yang telah tiba. Wartawan semua berpusu-pusu menanyakan soalan kepada Sera .

"Puan Sera, Puan Sera, boleh tak jawab soalan ni ?"

"Puan Sera , betul ke lelaki dalam gambar itu Tengku Daniel suami Puan Sera ?."

" Puan Sera betul ke Tengku Daniel tidur dengan perempuan lain dan mengandungkan anak luar nikah ?."

Banyak wartawan yang menginginkan kenyataan daripada Sera. Namun Sera hanya membisu. Sera didampingi oleh pengawal keselamatan hingga masuk ke dalam bangunan.

Ketibaan Sera telah disampaikan kepada Tengku Hasan oleh PA beliau. Sera terus sahaja masuk ke dalam pejabat Tengku Hasan.

" Assalamualaikum abah, maaf Sera lambat. Sera tak tahu yang ramai wartawan dah menunggu di luar bangunan."

" Waalaikumsalam, aku rasa kau dah tahu kan kenapa aku panggil kau datang awal ke sini ?"

" Ya, Sera rasa dah satu Malaysia ni dah tahu pasal scandal Daniel tu, lagi-lagi Daniel tu anak kepada Tengku Hasan, mana tak famous si Daniel tu." Kata Sera yang sebenarnya sedang memerli Tengku Hasan.

"Tak usah nak perli aku macam tu Sera, sekarang yang penting aku nak kau keluarkan kenyataan yang perempuan yang bersama Daniel semalam itu kau, aku tak nak disebabkan hal ini menyebabkan pelaburan syarikat aku menurun".

" Kenapa pula Sera nak mengaku perempuan itu Sera, merepek apa abah ni, takkanlah nak tutup aib anak sendiri dengan menggunakan nama Sera."

" Jadi apa penyelesaian terbaik yang dapat kau fikiran dengan otak kau sekarang ?"

" Hanya satu sahaja penyelesaian ."

"Apa maksud kau dengan penyelesaian tu ?". Tengku Hasan tertanya tentang 'penyelesaian' yang si Sera ada.

"Sera akan minta Daniel ceraikan Sera secepat mungkin."

Tengku Hasan terus berdiri di hadapan Sera "Apa yang kau buat ni, kau dah lupa dengan perjanjian sebelum bernikah dengan Daniel, yang kau kena lahirkan zuriat, baru lantak kaulah nak minta cerai dengan Daniel, kau dah lupa ke ?!".

" Tsk, tsk, tsk Tengku Hasan, Sera tak akan lupa perjanjian bodoh tu, dan Sera tidak bodoh juga untuk meminta cerai jika tidak bersebab, let me remind you yang perjanjian tu akan terbatal jika salah satu daripada kami yang curang, dan terbukti yang Daniel telah curang dan secara automatiknya perjanjian tu lupus. Dan sekarang Sera akan tuntut cer........" . Kata-kata Sera tergantung apabila melihat seseorang membuka pintu pejabat Tengku Hasan dengan kuat dan melihat sok-sok tubuh badan Daniel.

" Panjang umur kau , baru je aku dengan abah kau cakap pasal kau."

" Abah, abah dengar kata daniel, daniel tak bersalah, daniel diperangkap, percayalah kata daniel abah, daniel tak buat semua tu, sampai mengandungkan anak dara orang, itu semua fitnah abah."

" Sera kau yang perangkap aku kan, kau lah dalang semua ni !!". Daniel melepaskan kemarahan kepada Sera.

Sera hanya mendiamkan diri dan tidak ingin bertekak dengan Daniel kerana dia tahu Daniel akan menuduh dia dalang kejadian ini. Oleh itu, Sera menunjukkan perjanjian yang ditandatanganinya sebelum bernikah dengan Daniel sebagai bukti dan sebab Sera boleh menuntut cerai dengan Daniel tanpa melahirkan zuriat dan membayar ganti rugi perkahwinan, malah Sera yang akan mendapat manfaat daripada penceraian ini iaitu 10% bahagian saham milik Daniel dalam syarikat ini.

" Sera akan failkan tuntutan cerai terhadap Daniel dalam masa terdekat, dan Sera berharap yang Daniel berkerjasama dalam proses ini, dan satu lagi jangan lupa bahagi saham kau Daniel kepada aku."

" Hoi, aku belum habis dengan kau Sera, apa maksud kau, kau nak saham aku, nak cerai tu cerai la kenapa kau nak saham aku, memang dasar perempuan mata duitan."

" Tengku Daniel, semua jawapan daripada pertanyaan Tengku tadi ada dalam fail tu, kalau tak faham lagi, boleh tanya dengan abah kesayangan Tengku, Sera nak minta diri dahulu."

" Hah, sebelum Sera terlupa, Sera nak ucapkan tahniah kepada Daniel sebab tak lama lagi Daniel nak timbang cahaya mata dan Tengku Hasan akan bergelar atok tak lama lagi." Kata Sera sambil tersenyum sebelum terus keluar dari pejabat Tengku Hasan tanpa menoleh apakah keadaan yang berlaku dalam pejabat Tengku Hasan selepas dia keluar. Sera terus menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak ke pejabat.

' Pagi-pagi lagi sudah berperang mulut , apalah nasib, kalau hari-hari begini boleh tua awal aku' rintih Sera dalam hati.

Hai guys, ini novel pertama saya, jika ada salah silap saya akan perbaikinya lagi. Selamat membaca (✿^‿^)(✿^‿^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience