BAB 3

Humor Completed 7121

Hampir malam tetapi Carl hensem masih belum pulang. Hati joyah Jaclyn menjadi panas. Baru sahaja dia bercita – cita mahu membeli pencungkil gigi alaf baru yang ditayangkan di kaca tv. Nampaknya keinginannya tidak dapat dipenuhi.

Sudah hampir pukul 12 malam namun begitu kelibat Carl Hensem masih belum di lihat. Baju angkasawan warna biru muda yang tergantung di tingkap rumah di pandang kosong. Tiba – tiba pintu diketuk. Joyah Jaclyn yang masih angin dengan suaminya membuka pintu itu dengan wajah muram ala – ala siti tanjong perak.

“Kenapa lambat balik?” soal Joyah Jaclyn dengan nada merajuk. Hilang segala tarian ballet dan zapinnya. Carl Hensem tidak bersuara. Dia membuka topi keledarnya dan hanya memandang Joyah Jaclyn.

“Lepas C apa?” soal Carl Hensem.

“D lah. Hari ni memang hari abc sedunia ke?” soal Joyah Jaclyn. Tiada jawapan. Carl Hensem berlalu dengan gaya kuak dada sambil kakinya berlari – lari anak walaupun masih berwajah ketat.

“Wow!!! hebat gaya larian suamiku itu” Joyah Jaclyn sengih panjang. Dia menghidangkan nasi dengan telur unta masak empat suku. Sambal belacan juga dihidangkan namun begitu Carl Hensem tidak mahu makan. Dia terus baring di katil sambil mengeja dar A sampai Z dengan lagunya sekali. Setiap kali habis, dia akan bertepuk tangan. Joyah turut sama menepuk tangan kerana disangkanya itu adalah senaman bagi menguatkan limpa dan anak tekak. Apabila semakin kerap di nyanyikan Joyah Jaclyn menjadi bosan dan akhirnya dia tidur di luar. Tidak mahu mengganggu Carl Hensem yang kali ini menghafal sifir satu pula.

Joyah Jaclyn bermimpi.....

Carl Hensem datang menemuinya.... dia hanya menyebut tiga perkataan... hijau, putih dan kuning sahaja. Kemudian dia terus menghilang di sebalik kabus yang tebal. Joyah Jaclyn terjaga. Dia terus ke biliknya. Tiada Carl Hensem di situ. Dadanya mulai berdebar – debar. Dia perlu berjumpa dengan Ustazah Syarmila keesokan hari untuk mendapatkan penjelasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience