(beberapa bulan kemudian)
Iskandar memegang tangan Nabilla yang gementar itu."Macam mana kalau tak boleh juga?"
"Takpek baby.Dah takdek rezeki nak buat macam mana?"balas Iskandar,tersenyum memandang isterinya.Akhirnya,Iskandar bersetuju selepas dihasut oleh Nabilla untuk melakukan ujian IVF.
"Nabilla binti Abdullah,"Nabilla dan Iskandar berdiri setelah nama tersebut dipanggil.
"Hi.."tegur doktor perempuan berbangsa india itu."Hai,"
"How are you?"
"Better I guess,"
"HAHAHA feeling kinda nervous isn't it?"
"Yah.."
"How long have you been trying this method to get a baby?"
"Actually,this is my first time,"
"Ouh,your first time?At the age of 36?"
"Yeah.."Nabilla mengangguk kekok.Doktor tersebut mengangguk perlahan.
"You are a strong woman,"Nabilla hanya mampu tersenyum.Dalam hatinya tidak putus dia mendoakan agar dia mendapat rezeki tersebut.
"Jadi,saya dapat tahu yang puan tak dapat mengandung sebab masalah tiub falopio tersumbat.Tapi jangan risau,dengan adanya ujian ni,puan boleh dapatkan anak.Tapi..."Nabilla menelan air liurnya.Melihat doktor tersebut membaca satu persatu apa yang ditulis di kertas tersebut.
"Tapi doktor?"
"Awak dah jadi mak,"
"Ouhh..HAH?!"hampir pengsan dibuatnya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu.
"Iye,puan mengandung!"kata doktor itu,tersenyum.Nabilla masih ternganga.Begitu juga Iskandar.Mereka sendiri tidak percaya.Masing-masing mulut ternganga.Doktor itu mengedipkan matanya pelik.
"Baby mengandung sayang,"kata Nabilla tidak percaya.
"Sayang mengandung.."
"Baby yang mengandung,"kata Nabilla tertawa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Iskandar.
"HAHAHA terkejut sangat tu,"
"Terima kasih ye doktor,"kata Nabilla,melompat gembira sambil menyalam tangan doktor itu.Dia gembira.Mereka gembira.
(malamnya)
Iskandar membasuh pinggan mangkuk yang digunakan untuk memasak.Dari tadi tidak habis-habis dia mengukirkan senyuman.Entah mengapa hatinya sungguh berbunga-bunga saat ini.
"Sayang?"
"Baby,baby nak makan?Sayang ada masak untuk kita.Baby duduk dulu,nanti sayang letakkan makanan,"
"Sayang taknak baby tolong?Letak pinggan,lauk?"
"Takpek sayang.Sayang duduk je,"Iskandar menarik kerusi untuk isterinya duduk.Nabilla tersenyum lalu mengikutkan sahaja arahan suaminya itu.
Benarlah orang kata,perempuan akan mencintai melalui perbuatannya.Mata juga menyimpan seribu satu perasaan mereka.Pelik tetapi itulah hakikatnya.Mereka tidak tahu berkata-kata,mereka tidak tahu mengungkapkannya tetapi dengan adanya sentuhan dan perbuatan,cara inilah yang dapat mereka tunjukkan untuk memberitahu perasaan mereka.Nabilla?Dia adalah segala-galanya.
Senyuman,perangai,perwatakan dan sebagainya merupakan satu kesempurnaan kepada gadis itu.Dia takut jika dia terlampau mencintai gadis itu.Dia takut jika hatinya terlampau memerlukan gadis itu.Dia takut jika cintanya melampaui segala-galanya.Setiap kali dia bersujud kepada Yang Esa,dia berharap agar cintanya tidak melebihi makhluk-Nya daripada Penciptanya.
"Sayang nak anak lelaki ke anak perempuan?"tanya Nabilla sambil menghirup air kosong di atas meja.
"Sayang tak kisah,"
"Kalau anak lelaki,sayang nak panggil dia apa?"
"Iman Izwan.Kalau perempuan?"
"Baby nak letak Nabiha Amanda,"Iskandar tersenyum mendengar nama yang diberikan oleh Nabilla.
Iskandar pun meletakkan nasi dan lauk lalu memberikannya kepada Nabilla.Nabilla tersenyum haru.
"Thank you sayang,"
"Anything for you baby,"Iskandar menggosok wajah isterinya.Matanya menyimpan perasaan yang dalam kepada wanita yang bernama Nabilla itu.
Share this novel