Malam yang hangat

Drama Series 421991

Rasa curiga membuak buak. Aku menunggu saja jika ada peluang, aku nak tahu siapa yang duduk di sebelah sampaikan Arif halang aku dari memandang.

Sebaik pelayan mengambil pesanan kami, aku sempat mengerling. Terus ku alih pandangan pada Arif. Kelihatan seperti aku merenung wajah Arif walhal aku cuba mengingati wajah lelaki di meja sebelah. Seperti aku kenal. Aku mengimbas kembali rupa paras kawan kawan sewaktu di universiti. Tiada. Beralih pula pada kawan kawan sekolah, rasanya tiada yang rupa begitu. Juga mereka yang pernah ada dalam team produksi. Tiada! Siapa lelaki ni?

"Kenapa?", soal Arif.  Mungkin pelik dengan tingkahku. Aku menggelengkan kepala seperti tiada apa. Pandangan yang Arif berikan, aku tahu dia tak percaya kata kataku. Susah betul nak menipu dia ni.

'Saya rasa saya macam pernah lihat lelaki sebelah ni'. Aku hantarkan teks pada Arif.

'Kau tengok balik gambar lelaki yang patut jumpa kau tadi', balas Arif menggosok jambang nipisnya. Acah seksi la tu. Huh!

Segera aku berbuat demikian. Aku teliti gambar tersebut kemudian berlakon seolah olah membetulkan otot tengkuk sambil mencuri pandang pada lelaki di sebelah. Aku nampak muka Arif merah padam menahan tawa. Aku menjegilkan mata dan mengetap bibir pada Arif. Arif berpaling ke arah lain, melepaskan tawa..berdecit decit macam tikus. Aku tampar lengannya kuat.

"Sakit la sayang".

Eh orang tua ni, sayang bagai yer? Nak mengusik aku tak kena tempat. Memang nak kena. Tunggu kau, kejap lagi siap la.

Aku memasang telinga, mendengar perbualan meja sebelah sambil berpura pura melayari internet dengan telefon padahal bateri dah nazak.

Mereka berdua tak henti bercerita dan ketawa ria, tak seperti kami diam. Seperti sedang perang dingin. Arif pun sibuk dengan Note , melakari sesuatu.

'Cukup. Air dah sampai. Tutup telinga tu. Nanti lagi sakit hati kau'. Aku terima mesej dari Arif. Aku mengangkat muka, Arif menghulurkan sehelai tisu. Arif sentiasa ada.

Air soya yang berpeluh gelasnya aku tatap. Tekak aku rasa tawar. Aku tak lalu nak makan walaupun tadi aku rasa lapar sangat. Sedikit pun tak aku jamah. Nasi lemak dalam pinggan aku kuis sahaja. Sebu jadinya perut.

'Makan'. Mesej dari Arif. Aku mengangkat kepala, mencebik sedih.

'Makan. Kalau tak aku suap kau kat sini'.
Aku lihat Arif sudah memenuhi camca dengan nasi dan lauk yang ada didalam pinggan, mulutnya menyatakan ini untuk kau. Membumbung tingginya. Ehhh, orang tua ni. Banyak tu, besar mana aku nak buka mulut nanti ni.

Aku menyedut air soya itu segera. Nasi lemak pun aku sudukan ke mulut. Sedap juga. Walaupun terasa kesat di tekak namun aku habiskan juga. Mak pernah berpesan, jangan bazirkan makanan. Kemudian teringat pula iklan beras Raja Farah, sebutir beras umpama setitik peluh petani. Kesian kepada petani membanting tulang.

"Sudah?", tanya Arif, dah tentu tentu dia nampak pinggan aku licin.

"Sudah. Alhamdullillah".

Arif bangun dan berjalan melepasi aku. Aku pun nak bangun juga lalu aku memusingkan seluruh tubuh ke arah meja sebelah, perempuan tadi melemparkan senyuman padaku. Kami berbalas senyuman. Dan lelaki yang berhadapan dengannya menoleh padaku.

"Hi Nazri. Nice meeting you". Senyuman di wajah kedua dua mereka hilang sekelip mata. Ha... sedap sangat mengutuk aku tadi kan.

Aku terus berlalu dari situ dan mendapatkan Arif.

"Kau ok tak?", tanya Arif sebaik kami keluar dari situ. Aku mengangguk.

"Saya nak balik".

Arif memandu seperti seorang pemandu berhemah. Perlahan dan penuh hati hati tak macam selalu. Banyak kereta sudah memotong kami, tak kurang juga yang memberi lampu tinggi.

"Boss, kalau macam ni pukul berapa nak sampai?", rungutku. Bosan lama dalam kereta.

"Kau sampai awal kat rumah pun, ada sapa?", balas Arif menoleh padaku.

Aku melemparkan pandangan keluar tanpa menjawab. Sakit hati dengan perbualan meja sebelah, masih terngiang ngiang semuanya.

Lampu isyarat berwarna merah, Arif berhenti. Radio dihidupkan, berkumandang lagu Aku yang tersakiti. Aku menoleh pada Arif langsung ku terus tutupkan radio.

"Kenapa?", tanya Arif akan tindakanku.

"Tak suka lagu tu", jawabku memeluk tubuh. Masam mencuka.

"Kau teringat kat beruk tadi tu?", tanya Arif lagi.

Aku diam, nak ketawa pun ada. Tapi biasalah, nak tunjuk kononnya kecewa sangat.  Drama!

"Dengar sini, lelaki tu tak sesuai untuk kau". Arif bersuara setelah memulakan perjalanan semula. Kali ini dia memandu seperti biasa.

"Kawan saya kata dia baik. Tapi kenapa dia buat saya macam ni?", luahku akan apa yang terbuku.

"Baik apa kalau stood up kau? Call tak jawab. Mesej tak reply. Boleh pula janji dengan perempuan lain pada waktu yang sama. Dia tengok siapa yang lebih menarik pada mata dia, perempuan tu yang dia pilih. Dasar lelaki hidung belang. Perosak!", bebel Arif menekan minyak bila kenderaan berkurangan di hadapan kami.

"Perosak apa?", tanyaku macam anai anai ke?

"Perosak nama baik lelaki la. Dia pun tak la kacak mana pun. You deserve a better man".

Aku ketawa besar, " better man? Siapa?"

"Lelaki macam aku", kata Arif memuji diri sendiri, mengenyit mata padaku.

"Please boss. Jangan buat perut saya meletup sebab ketawa. Boleh masuk front page newspaper esok", selorohku cuba memperlahankan tawa dan mengambil nafas.

"Aku tak baik ke?", soal Arif serius.

"Baik. Tapi kan hati boss dah dimiliki. Mana boleh kongsi. Saya tak nak berkongsi. Saya nak semua milik saya sorang. Saya ni tamak tau", balas aku bersahaja. Aku nak dia tahu yang dia tak mungkin berada dalam hati aku kerana dia sudah ada insan lain dalam hati. Sebaik mana pun, aku takkan terima.

Telefon aku berbunyi dan aku lihat nama Nazri tertera di skrin. Tak sempat aku nak angkat, skrin telefon jadi gelap.

"Boss, nak tumpang charge phone". Arif membenarkan. Aku pun menyumbat lubang charger pada kabel yang tersambung di soket kuasa.

"Joy?", tanya Arif. Mungkin dia fikir Joy yang menelefon.

"Tak. Nazri", jawabku ringkas.

"Nak apa?". Suara Arif agak kurang senang.

"Mana la saya tau".

"Kau ni kenapa sibuk nak cari jodoh? Jodoh ni akan datang dengan sendiri bila sampai waktu", ujar Arif seolah memberi nasihat. Cewahhh! Boleh tahan orang tua ni.

"Sampai tua macam boss?"

"Aku tak tua. Aku matang. Percayalah, jodoh kau ada. Tak perlulah kau kelam kabut mencari sebab adik kau nak kawin. Tak payah rasa tertinggal dalam perkara begini. Allah lebih tau bila kau dah bersedia maka masa tu dia akan temukan kau dengan jodoh bertuah tu".

Aku tersandar. Kemudian tali pinggang keselamatan aku buka setelah kami tiba destinasi. Aku berpaling pada Arif.

"Itu yang saya pernah percaya dulu. Sewaktu mak sibuk mencarikan jodoh buat saya. Dia nak saya naik pelamin bersama adik. Masa tu, saya nak kejar impian dan cita cita. Tapi bila pintu untuk mengejar cita cita saya tak terbuka langsung, saya rasa sunyi. Padahal apa yang saya lalui sekarang sama je macam zaman dulu. Selalu tinggal seorang di rumah. Ada telefon pun, asyik bergayut dengan mak. Itu dulu. Sebelum kes saya dipaksa kawin"

"Jadi, kau pun akan kawin tak lama lagi?", tanya Arif menghidupkan rokok selepas tingkap kereta diturunkan.

"Tak la. Saya tak nak. Masa keluarga dia datang nak berkenalan, saya rasa saya tak bersedia", ceritaku menyalakan api untuk merokok.

"Sekarang, dah bersedia?", tanya Arif. Aku mengangkat bahu. Aku sendiri bingung.

"Tak juga. Cuma saya rasa sunyi terlebih. Masa kerja kat Select dulu, balik kerja terus tidur. Bangun tidur, masuk kerja semula. Hidup saya makan, kerja dan tidur. Saya tak hirau hal lain. Plan kerjaya saya dah punah. Sekarang, balik kerja, saya masih ada waktu panjang sebelum tidur. Joy balik lepas jam 10. Selepas kerja dia selalu bersama kawan sepejabat untuk happy hour ataupun dengan Aedy. Kadang kadang tak balik. Saya nak cakap dengan siapa? Dinding?Nak telefon boyfriend, boyfriend pun takde".

"Kenapa tak call aku kalau bosan?", tanya Arif memandang keluar, melepaskan asap nikotin ke udara.

Aku ketawa kecil, apa yang Si Arif ni mengarut. Dah la siang aku menghadap dia. Membebel pun dengan dia. Makan dengan dia. Dah hanya aku dan dia di dalam pejabat. Balik rumah nak call dia lagi? Dia sekadar majikan aku, bukan kekasih pun.

"Ok la, saya nak balik. Terima kasih sebab hantar saya, belanja saya makan, teman saya shopping, buat saya ketawa dan bayar gaji saya", kataku menjentik puntung rokok keluar tingkap sebelum mengambil beg kertas berisi haruman yang dibeli tadi.

Seperti yang aku jangka, Joy tiada. Rumah gelap gelita. Clubbing kot. Lampu ruang tamu aku hidupkan. Pintu aku kunci sebelum masuk ke bilik. Barang yang aku beli tadi, aku simpan rapi. Mahal, rugi jika terjatuh. Baju kurung yang tersarung dari pagi aku buka. Hanya tinggal pakaian dalam. Aku baring di atas katil dengan kipas terpasang laju.

Teringat pengakuan Nazri pada perempuan cantik tadi, dia sengaja membuat dua temujanji. Dan dia memilih untuk membiarkan aku terus menunggu kerana aku bukan taste dia. Memang aku dan perempuan itu berbeza. Dia tinggi langsing, aku penuh isi. Dia berambut panjang dan dilepaskan, sama seperti yang Seth suka dulu. Rambut aku pendek dan bewarna kelabu debu.

Terdengar pintu rumah diketuk. Aku baru nak terlelap, bangun malas. Joy ni tertinggal kunci lagi agaknya ni. Tuala kubalutkan ke tubuh seperti biasa. Aku membuka pintu papan sambil membebel,
"Kau ni Joy, asyik terlupa je bawa kunci rumah. Nasib aku belum masuk bilik air tau. Dibuatnya aku dah tidur, tunggu la kau kat luar sampai esok".

Sejak aku bekerja dengan Arif ni, Joy seolah sengaja tak bawa kunci. Dia tahu aku pulang awal dari dia dan  kami keluar pagi sekali. Anak kunci sudah kumasukkan ke lubang pintu grill, tinggal nak pulas saja.

"Assalamualaikum".

Eh, suara lelaki. Suara yang biasa aku dengar.  Baru aku terperasan, kasut di depan pintu bukan kasut perempuan. Bukan kasut yang Aedy selalu sarung. Aku dongak, Arif.

"Waalaikumsalam".

"Ni telefon kau. Tertinggal dalam kereta". Arif menghulur telefon melalui celah jeriji.

"Haah la. Terlupa. Terima kasih boss. Menyusahkan boss je".

"Takpe. Kalau tak hantar, dua hari hidup kau kosong. Tak boleh main game. Dah la takde boyfriend", katanya mengusik. Ish.. smiling eyes Arif ni meruntun jiwa aku malam malam begini.

"Amboi boss.. bukan main lagi mengata saya. Tau la boss banyak girlfriend", sindir aku. Terasa tau bila tiap hujung minggu melahu tepi tingkap. Nak keluar guna modal. Mana ada yang percuma sekarang ni.

"Eh, aku nak tumpang toilet boleh?", tanya Arif.

"mmm..". Aku serba salah masa ni tapi melihatkan wajah Arif yang menahan diri dari kobocoran, aku pun membuka pintu grill dan menunjukkan Arif kedudukan tandas. Aku perasan Arif kelihatan teragak untuk masuk, tapi dia tetap melangkah. Mungkin dah tak tahan sangat kot.

Aku berdiri di pintu dapur dan Arif harus melepasi aku untuk ke tandas yang terletak di luar. Dan.dia terpaksa melalui balkoni dapur. Mungkin posisi aku yang tak strategik atau Arif yang nak cepat ke tandas, lengannya bergesel dengan dadaku.

"Aahhh!", aku mengaduh kerana terkejut manakala Arif berhenti dan berpaling padaku.

Share this novel

Hana
2019-10-30 14:22:25 

jeng jeng jeng

UdangGalah
2019-10-30 07:21:58 

Teringat iklan power root.. Yeii.. Saya menang moto..


NovelPlus Premium

The best ads free experience