Fiona memandang tepat ke wajah Frank.
"Katakan, siapa yang perintahkan kau untuk menculik aku?" suara Fiona lembut dan perlahan. Jauh bezanya dari tadi.
"Betul kau nak tahu?"
Fiona mengangguk pantas.
"Tuan Drake"
Detak jantung Fiona rasa terhenti untuk beberapa saat sebelum dia menghembus nafas kaget. Wajahnya terasa memanas. Matanya sudah berkaca. Dia tahu sekuat mana Drake dan betapa berpengaruhnya lelaki itu.
"Kau bohong!" teriak Fiona. Benteng kerasnya tergugah juga. Dia tidak percaya, abang kepada sahabat baiknya itu sanggup mengupah orang untuk menculiknya. Fiona tertunduk dan menangis.
"Aku tidak berbohong. Dia lakukan ini semata-mata untuk membalas dendam terhadapmu atas peristiwa penculikkan adiknya dulu"
Tangisan Fiona terhenti. Dia mendongak memandang Frank dengan riaksi wajah yang terkejut.
"Perlukah aku percaya dengan semua kata-kata kau, Frank? Atau kau sengaja mahu melaga-lagakan aku dengan keluarga Uncle Rey" teka Fiona. Dia tidak boleh terima bulat-bulat kenyataan Frank. Dia tidak kenal Frank dengan dekat jika nak dibandingkan dengan keluarga Rey. Dia tidak boleh terima kenyataan itu, tapi.. untuk melepaskan diri, apa salahnya jika dia berperanan seolah menyukai lelaki dihadapannya ini.
Fiona mula berlakon.
"Kau sendiri bagaimana?" soal Fiona sambil menatap lekat ke wajah Frank.
"Bagaimana apa? Maksud mu?" tanya Frank tidak mengerti.
"Adakah kau juga berdendam dengan aku?"
Fiona menatap raut wajah Frank di bawah kesamaran malam, mencari ketulusan dan keikhlasan di wajah itu.
Mata lelaki itu tetap menatap kukuh kearah tatapan Fiona.
"Tidak! Aku sangat mencintaimu sejak dari dulu lagi. Cinta aku tak pernah padam walau sebesar kuman sekali pun" Frank mula jujur.
"Jadi, jika kau benar-benar cintakan aku, buktikan." tungkas Fiona lembut seraya mengulum senyum.
Frank cair melihat senyuman yang terukir di bibir mungil Fiona.
Dia faham maksud Fiona.
Dengan pantas dia membebaskan ikatan pada tangan dan kaki Fiona.
"Mari" Frank menggenggam kedua tangan Fiona lalu menarik wanita itu supaya berdiri.
"Ah" Tubuh Fiona hampir rebah kerana selama empat hari dia diikat disitu tanpa bangun dan berjalan. Saat dia mahu pipis, Frank yang mengendong dan membawanya ke hutan. Ikatan akan dibuka hanya pada saat itu. Mana mungkin dia boleh melarikan diri, seluruh tubuhnya terasa pegal dan bersemut. Apalagi dengan suasana hutan yang tebal, dia sangat tidak mahir.
Frank sempat menyambar tubuh Fiona.
"Izinkan aku.." pinta Frank.
Mahu atau tidak, Fiona terpaksa mengizinkan. Hanya ini saja satu-satunya cara untuk dia bebas.
Fiona mengangguk.
Frank mengendong tubuh Fiona keluar dari kawasan bangunan lama itu lalu meredah kegelapan malam.
"Jangan bergerak!" Lantangan suara seorang lelaki disebalik pohon yang merendang.
Langkah Frank mati.
Dalam beberapa saat, terdengar suara derapan kaki yang datang dari berlainan arah, mendekat dan berhenti.
Walaupun gelap malam namun jika berada dihutan, tambahan pula dengan cahaya bulan penuh, sekeliling kita akan terlihat cerah dan agak jelas.
Itulah yang Frank dan Fiona lihat. Ada banyak susuk hitam berdiri dalam bulatan mengelilingi mereka berdua sambil setiap seorang mengacukan pistol ke arah mereka.
"Turunkan mangsa dan meniarap." Arah salah seorang dari mereka. Barangkali itu merupakan ketua mereka.
Frank dengan patuh, menurunkan Fiona perlahan-lahan.
"Ah" jerit Fiona saat tidak merasa jejak pada kakinya dan terduduk di atas rerumput yang lembab.
"Fiona" Frank resah melihat wanita yang dicintainya itu jatuh akibat masih kejang otot.
"Awak tak apa-apa?" Soal Frank perhatian.
Fiona sekadar mengangguk.
Frank meniarap seperti yang diarahkan.
"Lipat kedua tangan ke atas dan letakkan di belakang kepala" arah lelaki itu lagi.
Frank menurut. Sebaik sahaja kedua tangannya berada di belakang kepala, dua daripada sekumpulan lelaki itu menerpa ke arah Frank lalu menggari kedua tangannya.
"Frank" panggil Fiona yang bingung, tidak tahu mahu lakukan apa pada saat itu.
Seorang lelaki bersut keselamatan lengkap berwarna hitam menghampiri Fiona.
"Jangan risau, kami polis. Cik Fiona selamat sekarang" ujarnya lembut seraya mengangkat tubuh Fiona supaya berdiri.
"Tapi.."
Fiona dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Dia ditempatkan di bilik rawatan pesakit luar. Mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara Frank, dia dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Drake yang pada waktu itu masih menjadi tahanan walaupun dia didapati tidak bersalah, memohon agar dia bisa berada di sebelah bilik soal siasat untuk mendengar dan melihat sendiri keterangan saksi dan juga penculik yang telah menculik Fiona.
"Frank Alexander. Apa tujuan awak menculik Fiona? Adakah tindakkan awak ni atas arahan seseorang atau kehendak awak sendiri?" soal pendakwa raya Eun Sol, yang sudah hampir sebulan dipindahkan ke sini dari Seoul Korea.
Frank awalnya mahu mendiamkan diri. Tapi setelah mendengar kata-kata pendakwa raya wanita itu, dia segera bersuara.
"Awak sudah lama memendam perasaan pada Fiona. Cinta awak ditolak dan adakah kerana itu awak berdendam dengannya lalu bertindak untuk menculik mangsa?"
"Tidak! Saya tidak pernah berdendam dengan Fiona. Dia wanita pertama dan terakhir yang saya cintai" nafi Frank pantas.
"Lalu, kenapa awak menculik mangsa? Adakah ada kuasa lain yang mengarahkan anda melakukan hal demikian, siapa?" wajah Eun Sol tampak sangat tenang ketika mengajukan soalan-soalan kepada Frank.
Frank menoleh ke samping, memandang cermin besar yang melekap didinding. Seolah-olah dia dapat melihat orang disebalik sana dengan jelas.
"Drake Reynard"
Semua yang ada diruangan sebelah bilik siasatan mendongak memandang Drake yang berdiri di belakang mereka.
Drake menghela keluhan berat. Dia mengepal tangannya erat.
"Damn it! Itu semua fitnah!" bentak Drake cuba mengawal perasaannya.
Seorang anggota bangun lalu menenangkan Drake.
Drake tahu, ada seseorang yang cuba untuk menjatuhkannya.
"Sabar Tuan Drake. Kami akan cuba siasat perkara ni" ujar pegawai polis lelaki sebelum keluar dari bilik tersebut.
.
Fea, Reynard, Ed dan Taylor bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat perkhabaran dari Fiona.
Fea paling resah. Sudah hampir satu jam mereka tunggu di luar ruangan bilik pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk.
"Sabar.. Papa rasa, Fi tak apa-apa" Rey cuba menenangkan anak gadisnya.
"Macam mana Fea nak sabar, papa.. Selagi Fea tak lihat Fi depan mata, selagi tu Fea tak tenang" luahnya sebak.
"Betul cakap Tuan, Fiona tak apa-apa. Kakinya cuma mengalami kejang otot. Selain itu, Fiona tak apa-apa" Taylor pula mencelah.
Dia faham situasi Fea, bagaimana hidup Fea tertekan dan murung dengan kehilangan Fiona.
"Fea" Della berlari mendapatkan Fiona. Mereka berpelukkan.
"Bagaimana keadaan Fi?" soalnya. Dia tadinya keluar mencari beberapa barang keperluannya yang tidak sempat dia bawa ke Ireland. Belum sempat dia membayar, Fea menghubunginya dan memberitahu yang Fiona telah dijumpai. Dia segera bergegas ke sini tanpa sempat membayarnya.
"Masih di dalam" jawab Fea pendek.
Della memimpin tangan Fea lalu duduk di kerusi menunggu yang berada tidak jauh dari bilik Fiona dirawat.
"Atuk dan nenek kau dah tahu tentang hal ni?" soal Taylor dengan suara separuh bisik kepada Ed.
Ed mengeluh sebelum mengangguk.
"Mereka happy sangat bila tahu Fi sudah ditemui. Empat hari, macam-macam boleh jadi." luahnya seraya menggeleng perlahan.
"Begitulah perasaan kami dulu saat Fea hilang." Taylor dan Ed menoleh serentak ke belakang.
Rey menghampiri kedua mereka sambil kedua tangannya berada di dalam saku seluar slacknya.
Ed rasa tersindir. Dia sedar itu salahnya.
"Maafkan saya dengan apa yang berlaku pada Fea dulu, Tuan Rey" Ed menundukkan kepalanya, mengakui kesalahannya.
"Saya terlalu ikutkan perasaan sehinggakan tak fikir bagaimana keadaan Fea waktu itu." Ed semakin diburu rasa bersalah bila Fea terpaksa bertarung nyawa gara-gara kerana kesalahan yang dia lakukan.
Rey dapat lihat penyesalan di wajah anak muda itu.
Satu tangannya terangkat, menepuk lembut bahu Ed.
"Kita semua melakukan kesalahan. Kuncinya adalah mengakuinya, belajar, dan maju terus. Dosa yang sebenarnya adalah mengabaikan kesalahan, atau lebih buruk lagi, berusaha menyembunyikannya. Syukurlah jika kamu sudah menyesalinya, itu sudah memadai"
Ed mendongak memandang tepat ke wajah separuh usia Rey. Dia langsung tidak menyangka, Rey, orang tua kandung kepada Fea, wanita yang pernah dia culik dulu berkata begitu padanya.
Dia menyangka, Rey akan terus menyindir dan memarahinya, tapi berlaku sebaliknya.
Selama ini, dia hanya berfikir bahawa orang berduit, kaya raya ini tidak pandang orang bawahan seperti mereka. Tapi ternyata tidak semuanya bersikap begitu. Contohnya sudah ada, sedang berdiri tepat di hadapannya.
Dia kenal Reynard serba sedikit melalui Fea dan dia juga pernah terbaca mengenai bisnes yang dilakukan lelaki ini melalui media online, lelaki kaya yang memiliki sebuah syarikat hartanah yang gah di Kota New York. Memiliki saham di serata negara. Jika dihitung, mungkin tidak terkira jumlahnya. Tapi, lelaki ini tidak sombong. Itu yang membuatkan Ed kagum dan segan.
Dia juga terhutang budi kepada lelaki ini kerana telah mambantunya dan sudi melabur dengan Kana Hotel Residence. Jika bukan kerana Rey, Kana Hotel mungkin masih berada di takuk lama.
Ed mengulum senyum. Dia mengangguk kemudiannya.
Bersambung...
Maaf reader sekalian. Baru sempat update episod ni. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki, tapi saya cuba luangkan sedikit masa untuk reader-reader kesayangan????
Share this novel