“Adib, sudahlah tu. Jomlah balik. Aku dah penat.” Keluhku pada Adib.
Tanpa menghiraukan aku dia terus ralit membelek pakaian-pakaian yang ada di situ. Aku mengeluh. Pelik betul aku dengan Adib ni. Lelaki lain tak adalah shopping macam dia. Sudahlah macam tu, shopping pula banyaknya tak cukup tangan nak dipegang barang-barangnya itu.
“Aku tunggu kau kat luarlah.” Terus aku menapak keluar dan menuju ke bangku yang berdekatan. Sempat aku memerhatikan di sekelilingku. Ramai sungguh orang yang lalu lalang disitu membuatkan aku semakin rimas.
“Hye, Wana sayang.” Suara seseorang buat aku menoleh. Ya Allah. Terkejut gila aku. Apa dia buat kat sini?
“A.. Amir.”
“Buat apa kat sini?” Tegurnya mesra seperti sebelum ini dia tak pernah buat apa-apa pada aku.
“S.. Saya…” Badanku menggeletar tiba-tiba. Mata aku menala pada butik pakaian di mana Adib berada tadi. Tapi, Adib tidak kelihatan. Mungkin dia sedang berada di dalam fitting room. Adib.. Adib… aku takut.
“Saya datang shopping. Awak?”
“Shopping jugak.”
“Oh.” Sepatah jawabku. Aku semakin tak senang duduk. Adib, mana kau ni? Muncullah cepat!
“Dengar cerita awak dah kahwin.” Katanya tiba-tiba buat aku tak sedap hati.
“Err.. Ha’ah.”
“Why?”
“Hah?”
“Kenapa awak sanggup kahwin dengan orang lain? Awak dah lupa ke janji awak yang awak nak jadi isteri saya?” Suaranya kasar. Wajah Amir sudah tegang.
Aku sedikit tersentak dengan kata-katanya itu. Marah pun ada. Amboi… mulut. Kau tak sedar ke apa yang kau dah buat pada aku hingga aku berkahwin dalam separuh rela dengan Adib? Sebab kau Adib pun menjadi mangsa.
“Kau.. jangan berani cakap macam tu, dasar jantan tak guna!” Aku melenting. Wajah Amir yang tegang itu aku pandang penuh dengan perasaan benci. Lelaki tak bertanggungjawab!
“Apa salah saya sampai awak sanggup buat saya macam ni?”
“Apa salah kau???” Aku tak percaya dengan soalan Adib. Kepala dia ni tak betul ke apa sampai dia dah lupa apa yang dia dah buat pada aku? Aku hampir diperkosa oleh kau, bodoh!
“Kau kalau tak nak aku report polis atas perbuatan kau pada aku dulu baik kau blah!” Turun naik nafas aku melawan perasaan marah, benci, sedih dan takut yang bercampur baur.
“Wana.. jangan macam ni. Ceraikan lelaki tu dan kahwin dengan saya.” Pintanya tanpa rasa malu.
“Gila!” Terus aku berlalu meninggalkan Amir yang sememangnya sudah gila. Tak sangka selama ini aku bercinta dengan lelaki yang sangat tidak betul otaknya. Menyesal pula rasanya.
Menonong aku keluar dari pusat membeli-belah itu dan menuju ke tempat parkir. Niat aku mahu terus pulang ke rumah. Sesampai sahaja di kereta milik Adib, terus aku berhenti melangkah.
“Aduh… macam mana aku boleh lupa aku datang sini dengan Adib?” Aku menepuk dahi. Aku berpatah balik, niat mahu memanggil Adib dan memintanya menghantarku pulang.
Baru beberapa tapak aku melangkah, aku terpana bila melihat Amir yang sudah berada di depanku. Wajahnya bengis sekali.
“Kau nak apa lagi??” Mahu bergema suara aku di sekitar tempat parkir yang sunyi itu.
“I want you!” Terus tangan aku direntap lalu dia mengheret aku menuju ke sudut tempat parkir yang sunyi dan lenggang itu.
“Apa ni? Lepaslah!” Aku meronta-ronta.
Share this novel