Di rumah En Kamarul & Puan Hana
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam..haa El & syad duduk dulu..mama buatkan air kejap eh..”
“Okay ma..”
“Mama El tolong mama lah..”
El meninggalkan Irsyad di ruang tamu..
“Kenapa pa?”
“Kamu tahu tak tentang Tania yg cuba bunuh diri sebab kamu?”
“Huh? Apa papa ni..dia tu suka drama lah papa..jangan dengar cakap dia”
“Takk ni bukan drama syad, dia memang ada di hospital”
Terkedu Irsyad mendengar, begitu sekali Tania sanggup mencederakan dirinya demi Irsyad..
“Syad pergi jenguk dia ye?”
“Tapi pa..syad dengan dia takda apa-apa pun pa..Irsyad tak pernah layan dia..”
“Pergi lah jenguk dia sebagai kawan..”
“Baiklah..ini ke yg papa nak bincangkan..kalau ni papa call pun boleh”
“Ada lagi..sebenarnya en Faizal minta kamu kahwin dengan Tania”
Gelas yang dipegang oleh Ellya semasa utk bagi kepada Irsyad pecah dari tangan dia akibat jatuh..
“Maafkan papa El..papa tahu kamu terkejut..ni permintaan bapa Tania..papa sebersalah El..”
Ellya terus pergi ke dapur, terhambur tangisannya..
perempuan mana yang sanggup bermadu, lagi lagi dia baru sahaja ingin merasai bahagia bersama Irsyad..
Irsyad mendapatkan Ellya di dapur..
“El..saya takkan kahwin dengan dia El..please percaya..awak je isteri saya, musuh saya” sempat Irsyad bergurau.
Ellya hanya tersengih lantas dada Irsyad menjadi tempatnya utk melepaskan tangisannya..
Irsyad lalu memujuk Ellya..
‘Alahaii..comel betul isteri aku ni..’
“Betul?” Ellya menyuakan mukanya menghadap Irsyad
“Apa yang betul?”
“Betul tak kahwin dengan dia?”
“Yee betul sayang..”
Ellya sudah tersenyum lebar saat Irsyad memanggilnya sayang.
En Kamarul sudah berasa sebersalah terhadap Ellya kerana dia meluahkan perkara yang tidak sepatutnya Ellya tahu..
“Itu lah bang..saya dah cakap dah..abang nak juga cakap depan El tu..tengok dah merajuk dah budak tu”
“Saya taknak perkara ni berselindung dari El, biar dia tahu kalau dia tahu kemudian lagi teruk..buatnya si Tania tu nanti pergi ke pejabat, kesian kat Irsyad”
“Memang lah kesian dekat Irsyad..tapi abang macam tak kenal El..dia kan cepat sensitive..”
“Yelah abang bersalah”
“Maafkan papa El..”
“Takpa pa..kalau papa tak bagitahu El takkan tahu tentang ni..kalau nak tunggu Syad cerita memang dia takkan cerita pa..”
Irsyad sudah menjeling Ellya
‘Eh pandai pulak berlakon kuat dia ni...tadi beria menangis kat dapur’
“Kamu jangan ambik hati ya El..kita sama sama selesaikan hal ni bersama..pasal Tania tu nanti mama minta papa pujuk ayah dia”
“Baiklah ma..tapi ma..perempuan mana sanggup bermadu ma..El baru je kahwin dengan Irsyad tak sampai setahun pun ma..hubungan kami pun masih baru, mungkin ini dugaan hubungan kami ma..andai takdir..menentukan..El perlu bermadu..El terima”
Jatuh air mata jernihnya..
“No sayang..jangan cakap macam tu..mama akan cuba usahakan ya..”
Irsyad sudah tidak tahu untuk berkata apa apa dia turut sedih melihat Ellya menangis di sebelahnya, di urut belakang isterinya mengumpul kekuatan..sedangkan dia sendiri tidak mampu..
“Kami minta diri dulu lah mama papa..”
“Taknak makan dulu ke?”
“Takpala mama..tiba tiba takda selera pula..” jawab Irsyad
“Maafkan papa Syad..”
“Takpa pa..Syad akan jenguk dia dengan Ellya nanti papa jangan risau”
Pn Hana & En Kamarul melemparkan senyuman kepada anak & menantunya..kereta mereka sudah meluncur keluar dari perkarangan rumah.
“Abang harap Irsyad ada jalan penyelesaian..”
“Kita doakan aje mereka ya bang..untuk menantu & anak kita..”
“Hmm yelah..”
Di dalam kereta..
Ellya hanya mendiamkan diri..tidak mahu dia memandang kearah Irsyad yang sedang fokus memandu..
Entah kenapa..hatinya seperti dihiris..sakit yang teramat..dia tahu tentang Tania kerana Arif ada cerita tentang Tania apabila dia dan Arif ketika itu ingin turun lif dan ternampak Tania di depan bilik Irsyad lalu Ellya bertanya..namun dia fikirkan Tania hanya seorang kawan Irsyad..tetapi sangkaannya terpesong jauh.. gadis itu menyimpan perasaan terhadap Irsyad..
Ketika itu..lagu diradio sedang memutarkan lagu lagu yang seperti kena akan situasi mereka..
Maurice Moore//Loudest Silence
Girl I know, this is kinda scary
Falling way back deep in love, so involuntary
All you needed was my trust, now you got it baby
Now that I got it I ain't gonna lose it
Swear to god imma prove it
Oh baby
Bibit lagu itu menyedarkan Ellya dia perlu percaya pada Irsyad..Dia perlu ada di sisi Irsyad untuk menyelesaikan perkara ini, bukan dengan emosi yang berceramuk..
“Maafkan saya..” perlahan suara Ellya
“Saya yang patut minta maaf..awak taktahu pape pasal saya dan Tania..”
“Hmm...awak tak pernah cerita?”
“Sebab dia tak penting bagi saya”
“Siapa dia bagi awak dulu?”
“Takda siapa..saya mula suka dia masa kami belajar..dia reject saya..bila saya dah kerja dia kejar saya..kami memang takda apa-apa dulu dia layan saya pun tak..hahaha” Tergelak Irsyad apabila mengenangkan dia ketika dulu mengejar cinta Tania
“Kenapa dia tiba-tiba kejar awak?”
“Saya pun taktahu..nak kata dia berubah..sama je perangai..nak kata dia baru buka mata..dulu lagi saya dah macam orang gila kejarkan dia..dahla takpayah lah cerita pasal dia..kita beli aiskrim nakk? Awak kan suka”
“Nakkk!!” Ellya sudah menjerit seperti budak budak..
“Eee macam budak budak tauu!” Irsyad mencuit hidung Ellya..
Share this novel