" Say yes la.." Miya menyambung gelaknya lepas mendengar keterangan dari Linda." Yer betul saya sayang Izmal. Saya kenal dia pun sebab Rina ceritakan. Saya ingat nak jadi girlfriend dia. Kenapa awak girlfriend dia ke?" Tanya Linda." Kalau saya cakap ya. Awak nak buat apa." Tanya Miya sambil menyentuh pipi Linda. " Awak boleh Tak beri saya peluang. Saya janji saya akan jaga dia. Saya akan Sayang dia." Ujar Linda sambil menggenggam tangan Miya.Miya hanya memberi senyuman Dan Tak pernah bermasam muka. " Awak yakin ke ngan janji awak? Kalau awak mungkir janji awak, awak sanggup ke akan tanggung akibat." Tanya Miya dan memberi senyuman lebar. Linda mengangguk.
" Kau cakap apa ni ?!" Tanya Izmal sambil memegang tangan Miya. " Aku cakap Aku nak ambil rawatan. Mungkin aku akan bercuti lama. Jadi Aku Ada pengganti untuk Aku. Kita boleh je jadi bestfriend kan." Ujar Miya sambil memandang wajah Izmal. " Ni semua salah Linda kan, Baik kau cakap dia cakap apa kat kau sampai kau nak break up ngan Aku." Tanya Izmal dengan nada geram. Miya hanya mengelap mukanya Yang telah basah akibat menangis. " Aku janji dia boleh jaga kau. Aku akan selalu chat kau. Aku bukan terbaik untuk kau. Aku cuma nak tengok kau bahagia. Please kau terima dia. Aku akan try move on. Bukan susah pun.. Kita tetap juga Aku jadi budak" nakal. Cuma status je berubah." Izmal hanya berdiam diri.Dia Tak menyangka bahawa Miya ingin meminta berpisah dengannya selepas 2 minggu bersama. Dia tidak faham dengan Cara pemikiran Miya. " Kalau kita berpisah pun. Kita tetap Sama macam sekarang. Kau takkan pernah berhenti buat Aku happy?" Tanya Izmal. "Linda akan buat kau happy sebagai pasangan kekasih Dan Aku pulak buat kau happy sebagai bestiegirl." Ujar Miya sambil tersenyum. Izmal hanya mengangguk.
Keesokan harinya..
" Mana Izmal?" Tanya Nia kepada Miya. Dia agak pelik mengapa sahabatnya tidak datang bersama Izmal. Miya hanya memandang ke arah lain. Nia pun mengikut perilakuan Miya. Dia agak terkejut ketika melihat Linda Dan Izmal datang bersama. " Apa yang jadi sebenarnya,Miya?" Tanya Nia sambil memandang muka Miya. Miya hanya tersenyum. Linda Dan Izmal pun datang. " Hai korang lama dah ke tunggu?" Tanya Linda. Miya hanya tersenyum melihat tangan Linda dipimpin kemas oleh Izmal. Perubahan pakaian Izmal agak berubah. Izmal memakai penutup mulut dan berpakaian kemas sedikit. ' Budak ni demam ke?' Tanya Miya dalam hati. " Kau buat apa ha dengan Izmal. Asal lak dia datang ngan kau!?" Tanya Nia Yang marah melihat Linda memegang tangan Izmal. " Weyyyy kau sabar sikit boleh Tak. Aku boleh bagitau Hal sebenar. Kau jangan marah diorang boleh Tak." Ujar Miya sambil memegang tangan Nia. Aizul dan Rina pun Cuba menangkan keadaan.
" Aku ngan Izmal ialah Kawan baik. Linda take care Izmal. Kalau Aku cakap macam ni kau faham Tak maksud Aku." Ujar Miya sambil memberi senyuman. " Tapi sebab apa?" Tanya Nia. " Miya kan nak ambil rawatan." Ujar Izmal tanpa teragak - agak. Miya hanya mengangguk. " Ouh ya.. tapi sebab apa korang berpisah?". " Dek... Diorang berpisah dalam percintaan.. Bukan dalam persahabatan.. adehhh" Ujar Aizul sambil menyambung tulisannya. Rina hanya berdiam diri.Nia hanya mengangguk tanda faham. " Dah-dah.. Kita sambung perbincangan.. Esok Aku takde. Jadi Aku nak uruskan benda ni. Jadi time Aku balik Kita boleh bebas dari benda payah ni." Ujar Miya sambil membuat gaya Hakim dihadapan mereka. Mereka semua tergelak dengan aksi Miya, kecuali Izmal Yang Tak habis-habis memandang Miya. Linda agak geram dengan Cara Izmal memandang Miya,tetapi dia tetap diam.
Share this novel