Bab 22

Fantasy Completed 13890

Haish, jane menggaru garu hidungnya yang gatal. Dia merasakan hidungnya disentuh lagi. Siapa yang kacau aku ni! Gadis itu menepis dengan mata yang masih tertutup. Semakin lama semakin galak pula tidurnya di ganggu.

Gadis itu mula bengang. "hish siapa yang kacau aku ni!" jane membuka matanya luas. Gadis itu terpaku melihat wajah dani betul betul di sebelahnya. Lelaki itu sedang tersengih memandang ke arah jane.

Dani! Pantas gadis itu duduk. "kau buat apa?!"

"kejutkan akak lah, seronok tidur?" soal lelaki itu sambil tersenyum.

Senyum jela kerja kau tak habis habis. Jane menjeling. "dahla aku nak balik bilik aku" gadis itu bangun.

"sabar dulu akak" laju tangan dani menarik lengan gadis itu sehingga dia terduduk kembali di atas katil.

"kau nak apa lagi?"

"akak.. Nah" lelaki itu menghulurkan rantai mutiara.

Jane merenung dani lama. Betul ke ni?

"wei ambiklah! Kau kenapa pandang aku? Nak sambung tidur sini dengan aku ke?" soal dani selamba sambil mengangkat keningnya. Bibirnya terukir senyuman nakal.

Muka jane panas. Pantas rantai itu disambut. Gadis itu terus berlalu keluar tanpa memandang dani yang masih lagi baring di atas katil.

"eleh malulah tu"
_____________

Sarah yang baru keluar dari bilik memandang pelik ke arah jane yang sedang tergesa gesa membuka kunci bilik.

"hei jane. Kau ni kenapa? Kena kejar hantu ke"
Soal gadis itu sambil berjalan ke arah jane.

"hah?! Eh err.. Aku nak masuk biliklah"

Sarah mengerutkan dahi. "aik? Tadi kau bukan dari bilik kau ke? Kau tak mandi lagi eh?"

Jane diam. Dia hanya tersenyum tipis. Pantas tangannya memulas tombol pintu.

"eh kejap! Kau dari mana sebenarnya?"

Aduh perempuan ni! "aku tadi keluar ambil angin" tipu jane. "eh aku masuk dululah eh" cepat cepat dia meloloskan diri masuk ke dalam bilik. Malas nak layan si sarah tu.

Sarah mencebik. Eleh! Lantak kaula. Baik aku kejut dani. Untung untung dia nak keluar dengan aku hari ni. Hahaha. Gadis itu tersenyum senang.

Tuk tuk tuk..
"danii.." panggil sarah dengan penuh lemah lembut.

Prak.. Pintu dibuka. Tersembul wajah dani yang sedang menggosok matanya seolah olah baru bangun tidur.

"dani, jom kita jalan nak harini?" ajak sarah sambil matanya dikerdipkan. Bibirnya mengukir senyuman yang paling manis buat lelaki itu.

Apa? Dani memandang sarah pelik. Buang tabiat ke ajak aku? "hmm sori lah kak sarah. Dani nak jumpa mak harini, kak Sarah ajak la si kerdil. Bye" PAP, pintu ditutup.

Sarah tercengang. Cis aku tak sempat nak balas dia dah tutup pintu! Terus gadis itu berlalu masuk ke bilik. Pintu biliknya di hempas kuat seolah memberi tahu yang dia sedang marah dengan dani.
_____________

"hoi kak jane! Nak ikut tak pergi jumpa mak?" laung dani kuat di depan pintu bilik gadis itu.

Emak?! Pantas jane membuka pintu. "tunggu jap"

Dani tersenyum. Kalau pasal mak, semua ok.

Sarah dari dalam bilik tersenyum. Yeay! Peluang datang. Dia dengar dengan jelas dani menjerit. Pantas tangannya membuka pintu bilik.

"dani! Kak sarah nak ikut?" lebar senyuman gadis itu  memandang dani yang terpinga pinga.

"akak tak kenal pon mak saya kan? Asal nak ikut?" lancar saja lelaki itu membalas.

Hish. "masa ni la akak nak kenal dengan mak kau! Boleh la eh?" pujuk gadis itu lagi.

Jane yang baru keluar dari bilik memandang dani. Dia mengangkat keningnya. Kenapa ni?

"kak sarah nak ikut" beritahu lelaki itu perlahan.

"jane aku ikut tau!" tanpa menunggu kata putus, Sarah keluar dan mengunci pintu bilik. Dia berjalan mendekati dani.

"dah jom" terus lelaki itu bergerak sebaik sahaja sarah berhenti di tepinya.

Jane menahan gelak. Kesian pulak dekat sarah. "sarah jom" gadis itu senyum.

"aku tahu lah! Kau jalan la dulu!" balas sarah kasar. Dia menjeling dan cepat cepat mengejar langkah dani yang sudah jauh.

"dani! Tunggu la akak!" laung sarah kuat.

Jane hanya menggelengkan kepalanya. Aku tak nak masuk campur.
_________________

"ee, asal kita masuk dalam hutan pulak ni! Kotor la baju aku!" sarah mula merungut. Dahlah dia pakai gaun putih paras lutut tika itu.

Dani memekakkan telinga. Dari tadi tak habis habis membebel! Sakit telinga aku!

Jane hanya diam. Nak buat macam mana? Ni je jalan ke rumah makcik Tina.

"eh rumah sapa kau bawak kitaorang ni dani?" sarah memandang rumah usang di depannya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan rumah itu. Macam nak roboh pun ada!

"ni lah rumah saya" ujar dani sambil menjeling ke arah sarah.

Gadis itu memandang lelaki di sebelahnya tidak percaya. Terlopong mulutnya. "ru.. Rumah kau?!"

"kenapa kak sarah? Tak percaya ke?" soal dani lalu berjalan menuju ke pintu rumah.

"mak!" laung dani kuat. Tuk tuk tuk... Tangannya mengetuk pintu.

"ye sekejap!"
"eh dani.. Jane pun ada!" makcik tina tersenyum lebar.

Jane memeluk wanita itu erat. Dia sudah anggap wanita itu seperti ibunya.

"eh anak ni siapa?" soal makcik Tina sambil tersenyum memandang sarah.

"saya sarah" balas sarah lalu membalas senyuman wanita di hadapannya. Dia tidak lah begitu biadap dengan orang tua.

"sila masuk" pelawa wanita itu lagi.

"hish dani, kenapa tak cakap nak bawa tetamu?"
Makcik tina menepuk bahu anaknya.

"mana lah orang tahu yang kitaorang akan bawak tetamu" balas dani sambil memuncungkan bibirnya. Lelaki itu mengambil tempat di sebelah jane.

"jap makcik buat air ye"

"nak saya tolong?" soal jane sambil memerhatikan langkah wanita itu.

"tak payah. Kamu duduk je berbual" larang makcik tina dan terus berlalu masuk ke dapur.

"jadi itulah mak kau ye dani? Patutlah seiras." puji sarah. Padahal tak sama langsung, macam langit dengan bumi adalah.

Dani menahan gelak. Seiras?! Perempuan ni buta ke apa?!

Jane menyiku perut dani. Matanya dibesarkan. Jangan gelak!

Lelaki itu tersengih dan mengangguk kecil tanda faham. Dia menarik nafas panjang.

"seiras ke kak sarah? Akak sorang je yang cakap muka kami sama, orang lain tak pernah cakap macam tu pun. Em mungkin sebab itu mak angkat dani je kot." beritahu lelaki itu dengan riak wajah sedih.

Sarah dan jane tersentak. Sarah terkebil kebil memandang dani. Aduhai! Gadis itu menampar mulutnya perlahan.

Jane pula masih tercengang kerana tidak percaya dengan apa yang baru didengari nya.
Patutlah dani kata mak dia tak tahu apa apa. Gadis itu memandang lelaki di sebelahnya.

Dani sempat mengenyitkan mata apabila terpandang jane yang asyik melihatnya. Tersedak gadis itu tiba tiba.

"eh kak jane ok tak ni?" soal lelaki itu tanpa rasa bersalah.

Jane hanya mengangguk sambil terbatuk batuk kecil. Kurang asam punya budak!

"jemput minum semua. Ni je yang ada" makcik tina meletakkan satu teko air teh di atas meja.

"sarah minum" pelawa wanita itu. Dia menghulurkan cawan berisi air teh kepada sarah.

Sarah mengangguk. Gadis itu menyambut dan tersenyum. Aku kena pikat hati makcik ni! Dani mesti jadi milik aku.

Dani menyiku tangan jane di sebelahnya. Jane menoleh. "kenapa?" bisik gadis itu perlahan.

"mana rantai?" soal dani lalu mengambil satu cawan teh dan menghirup perlahan.

Jane menunjukkan rantai di lehernya yang disembunyikan di dalam baju. Dani menahan senyuman. Lelaki itu hanya mengangguk kan kepala.

"sarah, kamu kerja sekali dengan mereka berdua ke?" makcil tina menyoal.

"aah makcik. Saya kerja sebagai tukang masak, nanti boleh saya masak untuk makcik pula." sarah tersenyum. "oh lagipun saya masih bujang. Sama macam dani" tambah gadis itu sambil tersipu sipu malu.

Giliran dani pula yang tersedak. Huk huk.. Apa yang dia cuba sampaikan ni?!

"dani, minum elok elok tak boleh ke?" ujar makcik tina. Dia tahu dani terkejut. Wanita itu menahan senyuman.

"jane sayang.. Tak minum ke?" lembut makcik tina menyoal.

Sarah menjeling ke arah lain. Cemburu barangkali.

"mak tak pernah pon panggil dani sayang? Nak merajuklah" dani memeluk tubuhnya.

"kamu tu lelaki. Dah besar panjang pon nak juga ke?" usik wanita itu lagi. Dani hanya tersengih.

Rumah itu kedengaran meriah dengan gelak tawa semua orang kecuali sarah.

Sarah hanya tersenyum tipis dan mengangguk saat makcik tina memandangnya. Itu pun sekadar untuk menjaga hati.

Aku datang sini bukan nak cakap pasal jane. Sarah menjeling gadis itu penuh benci.

"oh ya makcik. Kat sini saya dengan dani je yang bujang lagi. Jane ni dah berpunya tau" sarah menambah perisa. Padan muka kau!!

Terus mati senyuman di wajah jane. Dia ni dah mula la tu. Suka betul menjaja cerita.

"iye ke? Siapa yang dah curi hati si jane ni?" makcik tina tersenyum mengusik.

"tak makcik" jane cuba menafikan.

"eh tak apanya? Makcik nak tahu siapa? Nama lelaki tu Kai" potong sarah laju sambil tersenyum puas.

Jane mengetap gigi. Dia cuba menahan sabar. Kecik besar kecil besar je dia tengok perempuan di sebelahnya.

"oh kai.. Baguslah nanti bagi makcik tengok rupa orangnya ya jane"

Jane hanya mampu mengangguk lemah. Dia menjeling dani di sebelah. Wajah lelaki itu tidak beriak.

Asal aku tiba tiba rasa tak sedap hati ni? Dani memegang dadanya. "mak.. Dani rasa kita orang kena balik dulu"

"cepatnya, em yelah elok elok jalan" makcik tina memeluk anaknya.

Jane memeluk makcik tina dan mencium pipi wanita itu. Rindulah dia nanti.

Sarah hanya menundukkan kepala dan terus cabut keluar. Tak nak dia peluk karang kotor pulak baju dia.

"kenapa nak balik cepat sangat ni?" tanya jane sambil memandang dani yang berjalan mendahului nya.

Lelaki itu tidak menjawab. Langkahnya dipercepatkan lagi.

"dani.. Tunggu lah kak sarah, kaki ni sakit tau" ujar sarah mengada ngada. Dia mengejar langkah dani dan memeluk lengan sasa lelaki itu.

"hoi! Ape ni?" tengking dani lalu menepis tangan Sarah . Dia bergerak menjauhi gadis itu.

Sarah terdiam. Monyok mukanya. Malu dirinya kerana di tengking di depan jane.

"sarah. Jangan ambil hati ya" jane memujuk. Kesian dia melihat sarah yang terlalu berusaha keras untuk dapatkan si dani.

"eh kau diamlah! Menyemak tau tak?! Baik kau berambus!" sarah menghamburkan marahnya. Dia menolak bahu jane dan terus beredar dari situ.

Jane menelan air liur. Aku yang kena tengking pulak? Lantak kau la! Pantas kakinya berjalan mengikut langkah dani.
__________________

"si kerdil!" panggil dani kuat sambil tangannya mengetuk pintu.

Prakk.. Pintu dibuka.

Si kerdil memandang tajam wajah dani. "kau pergi mana?" soal lelaki tua itu.

"mana puan?"

"dalam bilik. Tadi dia jatuh pengsan di..eh!"

Tanpa menunggu si kerdil menghabiskan percakapannya, dani meluru masuk dan naik ke tingkat atas.

"kenapa tu?"tanya jane yang baru tiba.

" puan pengsan "ringkas sahaja jawapan lelaki tua itu membalas.

Apa?! Laju langkah jane masuk dan berlari ke tingkat atas.

Si kerdil hanya memandang. Dia masih menunggu lagi seorang manusia untuk diberitahu hal itu.
__________

"puan! Puan besar!" dani menggoncang lembut bahu wanita yang sedang terbaring di atas katil tidak sedarkan diri.

Jane hanya memerhati dari belakang. Kenapa dani ni nampak risau sangat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience