Farish Mikael mengerutkan dahinya dan tangannya membalas pelukkan ku kembali.
Wajahnya aku tenung sedalam yang mungkin. Terasa sayu mengimpit jiwa. Pipinya yang mulus itu aku belai perlahan.
"Rindu." Balasku ringkas dan perlahan di tambah pula dengan senyuman.
"Betul ke?" Soal Farish Mikael kepadaku sambil tersenyum sinis. Tak lama selepas itu, pipiku di cubit manja.
"Betul. Sumpah!" Balasku cergas demi membuktikan rasa cinta ku kepadanya. Entah kenapa aku boleh jadi seperti ini.
Mungkin... Rasa sayang aku kepadanya kian menebal? Mungkin.
Dia menatap wajahku lama...
Bibirku dicium olehnya sesaat...
Alamak. Wajahku berona merah! Rasa malu! Walaupun perkara itu selalu dilakukan olehnya tetapi aku masih lagi berasa kekok.
Dia tersenyum sengget pula. Sambil keningnya terjongkit sebelah. Anak mata aku dengannya saling menikam antara satu sama lain.
"I miss you too." Balasnya turut ringkas.
Aku tersenyum gembira. Terasa bahagia dan rindu saling bersatu.
"Sayang awak sorang je." Ucap Farish Mikael lagi.
"Betul?" Soal aku inginkan kepastian.
"Betul, sayang you sorang je." Ucapnya lagi sambil membelai rambutku dengan manja. Satu kucupan hinggap ke dahiku.
Aku terasa terharu. Tiba-tiba rasa tidak mahu melepaskan dia pergi dari hidup aku. Aku sayang dia. Aku inginkan dia. Hati aku dah mula bertaut padanya. Susah untuk aku buang perasaan ini kerana separuh dari jiwa dan diriku sudah jadi miliknya.
Ya Allah...
Aku terdiam lama...
"Sayang, apa you termenungkan tu? Jauh betul you termenung. Tahulah you rindukan I sangat-sangat sekali pun tapi tak payahlah termenung jauh sampai ke syurga." Ucapnya dalam nada bersenda.
"Yish, mana ada. Pandai-pandai je. Saya cuma rindu kan awak. Itu je." Ucapku perlahan.
"Hari-hari tengok pun still rindu? Peliklah you ni." Balas Farish Mikael dengan senyuman sinisnya itu lagi.
Ya, aku rindu kau tanpa batas. Rinduku susah nak terubat. Walaupun berjauhan hanya seketika, hati aku mulai teringat akan dirinya kenapa aku rasa rindu sangat dekat dirinya? Dulu aku biasa-biasa sahaja, selalu bertengkar tapi sekarang rasa itu semua hilang malah di ganti pula dengan rasa rindu dan sayang yang kian menebal. Aku hairan.
"Enough, sekarang kita pack barang lepastu kita balik rumah. Kita rehat. Deal?!" Ucap Farish sambil mengengam erat kedua belah tanganku yang sejuk beku ini.
Aku hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepala. Terasa tak sabar ingin pula bersama yang tersayang.
Share this novel