Ji Eun !

Fanfiction - KPOP Completed 640

"Kronogi dan metereologi adalah..."
"Cik ! Saya panggil awak ni !"Jerkah seorang lelaki."Maaf ! Maaf encik,saya sebenarnya tengah belajar...Tolong maafkan saya."Pinta Ji Eun berkali-kali apabila melihat wajah tegang milik pelanggannya."Kira semua ni."Arah lelaki tersebut.Ji Eun menunduk hormat.
"Semua 5 ribu won."Ujar Ji Eun dengan sopan.Lelaki memberikan duit dan berlalu keluar.Ji Eun menghembus nafas lega.Takutnya tengok muka lelaki tadi !
Bengis semacam ! Ji Eun kembali fokus pada pembelajarannya.

Pukul 8:00 malam.

"Ish ! Mana manager aku ni ! Lembap betul buat kerja.Dah la kentut dalam kereta.Boleh pulak dia pegi tandas lama lama."Rungut Min Jae.
"Tak guna,air pulak dah habis.Orang dahaga ni !"Gerutu Min Jae lagi.
Dia membuka pintu dan ternampak sebuah restoran makan."Aha ! Situ mesti ada jual air !"Ujar Min Jae dengan gembira.
Tiba-tiba...
"MJ !!! Wah ! Tu MJ lah !! Tampannya dia !"
Seramau tujuh orang gadis berlari ke arahnya.Tanpa berfikir panjang,dia pun segera berlari ke hadapan.Malangnya,disebabkan jeritan gila para gadis yang mengejarnya itu,menyebabkan dia menarik perhatian lebih ramai gadis.'Alamak...'Bisik hati Min Jae.
Tiba-tiba tangan kanannya ditarik kuat.
Dia mahu menjerit."Syyhhh ! Jangan bising ! Nanti diorang dengar lah !"Ujar Ji Eun sambil menekup mulut Min Jae.
Min Jae diam.Dia berhenti meronta.
Ji Eun menekup mulutnya sendiri pula.
"Patutlah kena kejar ! MJ ? Oh Tuhan..."
Ji Eun berusaha mengatur nafasnya.Dia seolah-olah terlupa cara mahu bernafas.
Ketika Ji Eun mahu rebah,Min Jae segera menyambutnya menyebabkan Ji Eun jatuh ke dalam pelukannya."Cik ! Cik ! Eh,ni muka budak sekolah ni..."Ujar Min Jae apabila dia mengamati wajah Ji Eun.
Dia terkedu seketika.Ji Eun ini anak rambutnya hampir menutup matanya,manakala bulu matanya pula melentik dan panjang.Bibirnya munggil dan merah jambu asli.Rambut yang lembut dan panjang ke pinggang.Bertubuh ramping dan wajahnya terlihat jelita dan cantik.Dari tutur kata gadis tadi,dia tahu gadis itu seorang gadis yang baik dan bersopan santun.Kalaulah ibunya menemui gadis ini,pasti dikahwinkan dengan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience