Matanya Sedari tadi tertancap pada beg yang diletak di atas katil. Matanya terkebil-kebil sambil otaknya ligat berfikir. Hujung ibu jari diletakkan dibibirnya.
Dahinya juga berkerut seribu. Ada lagi ke barang yang tinggal? Tidak
henti-henti benaknya diasak dengan soalan yang sama. Baju, seluar,
peralatan mandian semua itu berputar-putar memenuhi tempurung kepalanya.
Takut ada yang tertinggal.
Cuti semesta ini dia akan berkunjung ke rumah salah seorang sahabatnya
dikolej. Sudah lama dia merancangan percutian ini. Lebih-lebih setelah
habis menduduki peperiksaan dia memerlukan sesuatu yang tenang dan damai.
Samuel atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sam adalah anak muda yang dibesarkan ditengah-tengah hiruk-pikuk kota
sejak dari kecil lagi. Hutan batu ini sudah muak dipandang. Bosan.
Baginya tidak ada yang menarik perhatiannya dikota besar seperti Kuala
Lumpur. Biar pun orang lain mungkin berlumba-lumba mahu menjadi penguni
kota, namun tidak padanya. Dalam erti kata yang lain dia sudah jelak.
Hari-hari terpaksa menghadam benda yang sama. Sibuk sepanjang masa.
Telinganya sudah pekak dengan segala bunyi yang ada dikota ini. Dia
ingin lari.
Dia mahu sesuatu yang baru dan segar. Sesuatu yang jarang dia kecapi.
Tentu saja keindahan kampung menjadi impiannya. Sejak kebelakangan ini
suasana tenang kampung sering mengamit hati dan perasaannya. Dia sendiri
tidak tahu bagaimana merasa hidup ditengah-tengah kampung. Dia terlalu
ingin merasainya.
Lantas hasratnya itu diluahkan pada teman sebiliknya, Kyle . “ Cuti ni
aku nak ikut kau balik kampung.”
Kyle terkejut. Berkerut dahinya menatap wajah bujur sirih Sam. Anak
muda berambut panjang mencecah bahu itu sekadar tersengih dibirai katil.
“ Habis exam aku nak kesana,” sambung Sam lagi.
“ Kenapa kau nak balik kampung aku? Family kau tak makan angin ke, ke
luar negeri,” setahu Kyle , Sam lahir dari keluarga yang berada. Setiap
kali hendak bercuti pasti mencari destinasi luar negara. Bukan seperti
keluarganya yang kais pagi makam pagi dan kais petang makan petang.
Hendak menghantarnya dulu belajar ke kolej pun sampai bergolok bergadai.
“ Alah aku saja nak tengok kampung. Nak rasa jadi orang kampung,” Sam
tersengih lagi sambil menyandarkan badannya kekepala katil. Bantal
dicapai menjadi alas kepala.
Sekilas Kyle yang sedang menyangkut baju dialmari menoleh. “ Lain macam
pulak kau kali ni Sam. Selalu ikut family kau makan angin. Ni apa hal
pulak kau sampai buang tabiat nak duduk kampung. Kampung aku tu apa yang
ada?” sela Kyle dengan suara yang mendatar.
“ Aku tak pernah duduk dekat kampung. Aku sejak dari kecik lagi memang
dibesarkan di KL ni. Atuk dan nenek aku pun asal orang KL. Aku dah
jemulah asyik duduk kat sini.”
“ Family kau tak bawak kau pergi bercuti ke kali ni?” Kyle bertanya.
Punggungnya dilabuhkan dibirai katil Sam.
“ Dia orang ada cadangan nak ke europe tapi aku saja malas nak ikut. Dah
jelak,” balas Sam seperti tidak berminat. Kyle tersengih. Kalau dialah
yang diberi peluang memang dia tidak akan melepaskannya. Bila lagi
hendak melihat negeri orang? Tapi dia sedar dia bukan anak orang kaya.
Ayahnya pun hanya kerja kampung saja. Bukan kata hendak makan angin,
hendak makan nasi hari-hari pun belum tentu mewah.
“ Pelik pulak aku tengok fiil kau Sam,” ujar Kyle . Sesaat telaga mata
mereka bertemu. Sam menguncikan mulutnya.
“ Apa yang menariknya kampung aku tu.”
“ Aku cuma nak rasa macam mana jadi orang kampung. Salah ke?” soal Sam.
Masih dengan pendiriannya.
Kyle tersengih seraya menggelengkan kepalanya. “ Salah tu tidak la
tapi.....iyelah kalau kau dah cakap macam tu. Nanti jangan kau bosan
pulak sudahlah. Terus-terang aku cakap yang kampung aku tu memang tak
ada apa-apa,” awal-awal lagi Kyle sudah memberi ingatan pada teman
sebiliknya itu.
Share this novel