Danial diangkat oleh dua lelaki yang bersenjata dan dia dibawa ke lif. Danial kesakitan dan hanya mampu melihat ke mana mereka mahu membawanya. " Harden, kiranya kita sudah dapat dalam lima budak termasuk budak ni. Haha, kita boleh dapat sekepala berapa, kaya. " Lelaki yang memikul Danial tertawa dan diikuti rakannya dan lelaki yang menembak Danial. Mereka tiba di hadapan pintu kaca hotel di mana kebanyakan zombi telah pun mati ditembak. Sebuah van hitam berada di bahagian hadapan tempat parkir hotel tersebut. Kedua- dua lelaki itu meletakkan Danial ke bawah. Datang pula seorang perempuan dan memeriksa luka Danial. " Aduh, berapa kali aku sudah kata jangan tembak budak- budak yang kita nak jual pada Bob. Dia mahu budak-budak ni sempurna. Kalian memang tak faham!. " , dia merungut sambil mengoyakkan baju Danial. Dia mengeluarkan sebuah picagari dan menyuntik bahagian lengan kanan Danial. Danial terasa kebas dan 10 minit kemudian dia pengsan. Wanita itu kemudian membaringkan Danial di atas jalan raya itu berlapikan sehelai baju besar dan memberikan senapang milik Danial kepada Harden.
Kemudian dia menuang air saline dan mula mencungkil bahagian bahu Danial menggunakan forcep dan mengeluarkan sebutir peluru lalu terus meletakkan krim dan menjahit bahagian luka tersebut. Seusai lima belas minit, Danial dibawa masuk ke belakang van dan ditempatkan bersama-sama tiga budak dan seorang remaja yang muka mereka ditutupi oleh kain sementara kaki dan tangan telah diikat. Danial disandarkan bersebelahan seorang remaja lelaki dan dia didampingi oleh lelaki yang menembaknya disertai tiga lagi. Van pun bergerak meninggalkan hotel itu. " Jadi aku dengar ada lagi seorang budak, tak ambik dia?" Wanita tadi yang memandu bertanya pada mereka melalui satu tingkap kecil yang berhubung dengan bahagian belakang van. " Memang aku nak ambil. Budak kacukan memang boleh dapat banyak lagi, tapi tak dapat sebab adik dia yang hero ni selamatkan abang dia. Malas nak cari budak itu. Tak selamat dah rasanya. " Harden memaklumkan. Wanita itu kembali fokus memandu semula. Danial yang masih separa sedar bergenang air mata kerana abangnya tidak diketahui keberadaannya namun dia lega kerana mereka meninggalkan beg berisi banyak barang penting di dalam tong sampah besar. Tambahan pula, abangnya itu tahu menembak lebih cekap darinya dan banyak menyertai kem semasa sekolah di Malaysia jadi dia yakin abangnya mampu bertahan sambil dia memikirkan cara untuk mencari abangnya itu.
Selain itu, dia juga berharap agar Pak cik Hathen mereka masih selamat dan abangnya itu dapat menyelamatkan diri dan pergi ke Whoops. Van itu tiba- tiba berhenti mengejut menyebabkan semua di belakang terjatuh ke hadapan. " Mily, kenapa kau brek mengejut? Kau ni pandai tak bawa van ni! Tak guna!", Harden mengetuk kaca kecil itu. Dia terkejut melihat Mily sedang mengangkat tangan dan memandang ke hadapan van itu. Berdiri seorang lelaki berjambang ditemani seorang wanita berambut perang disertai beberapa lagi orang yang sedang mengacu senapang ke arah van mereka. Terdapat juga sebuah machine gun yang dituju dari atas sebuah jip bersebelahan van itu. " Harden, keluar engkau ! Lepaskan anak aku! Kau berani khianat kami, bawa lari semua stok senjata dan makanan malah kau juga nak jual budak-budak dari tempat kita untuk jual pada Bob si Phedophilia tak waras tu! Keji betul kau ni Harden! Kau turun sekarang dengan geng tak guna kau!". Jerit lelaki berjambang itu.
Harden dan kumpulannya itu turun dan berlutut lalu ditahan oleh kumpulan baru itu. Wanita berambut perang segera lari ke arah belakang van dan menerpa ke arah remaja lelaki bersebelahan Danial yang terbaring. " Ouh, anakku Will. Kamu ok sayang?", dia menanggalkan kain yang menutupi muka anak tunggalnya itu. " Julie, terima kasih." Remaja itu memeluk ibunya. Julie melihat semua kanak- kanak dari kem mereka selamat dan perasan seorang lagi budak baru yang terbaring bersebelahan anaknya itu. " Puan Julie, Encik Harry! ", tiga kanak-kanak yang lain memeluk penyelamat mereka dengan gembira. " Ibu, budak sebelah saya ni baru ditembak dan saya takut si Mily tu rawat dia tidak betul. Saya dapat rasa badan budak ni hangat, rasanya dia demam terkena infeksi. Julie menoleh ke arah Danial lalu memeriksa luka Danial. Memang betul lukannya bertambah teruk. Julie mengarahkan suaminya Harry mengangkat Danial dan menaiki jip mereka. Setelah itu, tiga lelaki jahat itu diikat pada sebatang pokok besar manakala Mily hanya diacu pistol dan diikat tangan sahaja .Lalu dirampas semua barangan mereka termasuk van. Kumpulan Julie yang membawa dua jip, satu motor berserta van yang dirampas beredar dari situ.
Danial yang hampir mahu pengsan sepenuhnya memegang erat lengan baju Harry. " Ha... saya mahu di bawa ke mana? Abang saya... masih di sana. Whoops... Kamu semua dari sana? Urgh... Tolong bawa sekali abang saya, tolonglah selamatkan dia sekali. Tolong juga Pak cik Hathen kami. " Danial pengsan dan Julie terkejut mendengar nama Hathen. Julie memandang suaminya " Harry, tidak silap saya kalau kita dapat bawa lelaki bernama Dr Hathen Abymel kita dapat masuk ke kem Whoops ? Sangat susah nak dapat masuk ke kem Whoops kecuali kalau kita dapat bawa seseorang sepenting keluarga Abymel ditambah pula dia doktor. " Julie berkata. " Kita tidak pasti lagi sayang. Betulkah budak ni berjumpa dengan Dr Hathen tersebut. Walau bagaimanapun kita bawa budak ini balik ke kem dan rawat dia dahulu . Kemudian kita tanya dia. semula." Harry memberi pendapat dan dipersetujui isteri berserta anak mereka. " Tapi ayah, budak ni kata dia ada abang di tempat terakhir si Harden tu pergi? " . Remaja itu bertanya. "Ethan, ayah rasa dah tidak selamat abang kepada budak ni sebab sudah lama masa berlalu. Dia hanya budak kecil walaupun ayah harap sangat dia selamat bersama Dr Hathen itu." Harry mengusap rambut anaknya itu dan memandang simpati pada Danial yang sedang kelelahan.
Adam membuka matanya apabila terdengar bunyi sesuatu sedang menetak tong sampah besar itu. Dia bangun dari posisi duduk sambil mengerang kesakitan dan terasa pedih pada bahagian dahinya lalu mengelap darah dari hidungnya. Adam baru tersedar dia telah berlaga dengan almari rosak di hadapannya itu dan pengsan. Adam melihat ke bahagian luar tong sampah besar itu dan melihat zombi chef yang sepatutnya berada di dapur hotel telah pun terlepas dan kini sedang menghentakkan parangnya pada tong sampah mungkin zombi itu terdengar bunyi dia terhantuk pada almari rosak itu atau terhidu bau darahnya dari hidung. " Danial..!" dia teringat akan adiknya dan mengambil kesemua beg galas mereka yang disorokkan di dalam tong sampah itu. Dia mengambil pistolnya dan menembak zombi itu. Adam memerhati sekeliling dan tiada zombi lain. Adam lega kerana walaupun hari sudah malam lampu di hotel dan di jalan raya masih berfungsi dengan automatik walaupun ada beberapa tiang lampu mengalami kerosakan. Dia meloncat turun , membersihkan badannya dari sampah kering dan memandang sekeliling.
Dia seperti berada di dalam cerita perang dengan beberapa bangunan yang hancur dan kesan darah lama banyak berteraburan. Tanpa berlengah Adam lari ke arah hadapan hotel tersebut. Dia ternampak satu kasut Danial iaitu kasut sebelah kiri berada di hadapan pintu hadapan dan kesan tayar baru. Adam berasa lega adiknya berjaya keluar walaupun diculik. Sekurang- kurangnya dia selamat tetapi dia berjanji pada dirinya dia akan mencari adik kesayangannya itu. Adam dengan berhati- hati memandang sekeliling sambil berjalan ke arah stesen minyak tempat beradanya Pak cik Hathen. Dia tiba di hadapan kereta milik Hathen dan meletakkan dua beg galas ke dalam kereta. Kemudian dia pergi ke arah kedai serbaneka stesen itu. Adam melihat di sebalik lampu berkelip di dalam kedai. Dia lega melihat kelibat Hathen namun lelaki itu hanya berdiri memandang kaunter. Adam mengetuk pintu depan. Hathen kemudian berjalan ke arah Adam namun hanya berdiri kerana pintu hadapannya itu telah pun dia kunci. " Tak....!" Adam jatuh terduduk dan menangis sebak sambil mengetuk kedua- dua tanganya ke tar jalan. " Pak cik... Saya harap sangat pak cik dapat tahan? Danial hilang dan Pak cik pun... Apa perlu saya buat... huhuhu.... Saya seorang saja? Danial tak tahu selamat atau tidak? Apa patut aku buat...?" Adam menangis mengenangkan nasibnya.
Hathen telah bertukar menjadi zombi. Setelah lima minit dia menarik nafas panjang, menyeka air matanya dan pergi ke tandas stesen minyak di luar. Dia memeriksa, tiada zombi lalu Adam masuk ke dalam surau kecil stesen minyak itu dan dia mengambil wuduk dan solat isyak lalu berdoa agar Allah menguatkan hatinya untuk menempuh perjalanannya kini. Setelah siap Adam pun tertidur kepenatan di dalam kereta pak ciknya.
Share this novel