BAB 8

Romance Completed 4267

“Entah Ken ni. Kut ye pun majlis tu macam mana nak siapkan?" bela Syamira juga. Hanis menganggukkan kepala tanda setuju. Mujur ada rakan sekepala.

“Majlis tu lain punya cerita. Aku nak sebelum Hanis operation aku dah nikah" Buku menu yang berdekatan dengannya Hanis ambil, lalu tubuh Ken yang sasa itu dia hempuk dengan buku menu. Berkerut dahi Ken seketika menahan perit.

“Kalau kau nak kahwin awal sangat. Pergi kahwin dengan orang lain."

“Tapi aku nak kau seorang sahaja"

“Tapi aku tak nak"

“Yelah tu... Entah- entah dalam hati tu bukan setakat nak aku je. Tapi siap nak nikah dengan aku hari ini juga" sakat Ken seketika seraya itu dia gelak bersama Syamira. Seronoklah mereka apabila dapat mengenakan Hanis. Wajah Hanis sudah mula berubah tona buat kesekian kalinya lagi.

“Dah- dahlah kau sakat Hanis ni Ken. Karang aku betul- betul nikahkan korang hari ini"

“Aku tak kisah. Tapi masalahnya tok kadinya mana?"

“Tu.. hahh... Pak cik Bae' tu punya kedai ada dekat seberang tu je. Nanti aku panggilkan. Tangan dia tu dah lama tak bergoncang tu" Mereka tertawa bersama. Cis, ada sahaja modal mereka mahu membuatkan Hanis malu. Tangan Hanis cepat sahaja mencubit pinggang ramping si sahabat.

“Auww.. sakitlah Hanis... Janganlah cubit aku yang gebus ni" Syamira mengaduh sendiran sambil membebel.

“Tau pun sakit. Dah tu kau bila pulak nak nikah? Asyik sakat aku je kerja" Syamira sudah memuncungkan bibir.

“Ala kau ni... aku ni memang dah lama nak nikah. Tapi aku mana boleh langkah bendul. Engkau kan belum kahwin lagi"

“Banyaklah kau langkah bendul. Dahlah malas aku nak layan kau"

“Alalalaa... merajuk pula dia. Ken pujuk dia cepat." Pinta Syamira. Ken sudah tertawa. Dah buat salah dia pula kena pujuk? Haha.

“Sayang..." panggil Ken dengan lembut.Bulu roma Hanis sudah menegak semacam. Dia cuba kawal reaksinya.

“Jangan merajuk..."

“Nanti awak jadi macam singa..." sambung Ken lagi lalu Syamira dengan Ken tertawa bersama. Cis! Ada sahaja modal mereka mahu kenakan dia. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) ***

“Aku terima nikahnya Nur Adllya binti Hashim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai"

“Sah?" soal tok kadi. Kedua- dua saksi menganggukkan kepalanya apabila di tanya.

“Alhamdulillah" Kini Hanis dengan Ken sudah menjadi suami isteri yang sah. Wajah Hanis yang ayu berbaju putih dia pandang dari jauh. Hanis sudah tertunduk malu di sisi ibu mertuanya. Walaupun wajah Hanis itu pucat tetapi bagi Ken wajah itu tetap cantik di matanya.

Acara pembatalan air sembahyang berlangsung. Ken datang dekat Hanis lalu dia menyarungkan cincin pada jari manis gadis itu. Hanis ikut sama menyarungkan cincin pada Ken lalu dia mencium tangan suaminya itu. Apabila tiba masa untuk Ken mencium dahi Hanis serta merta Hanis tegah. Dahi Ken berkerut pelik."Kenapa?" soalnya sambil memandang wajah yang masih menunduk itu.

“A'ah Hanis kenapa?" soal ibu mertua Hanis pula. Wajah Hanis sudah semakin memerah. Dia malu mahu bercakap.

“Menantu mama ni malu ye?"Hanis angguk kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience