-Masa kini-
Beberapa tahun kemudian,
“Emm..Oh..,” Yoshino sedang berlatih suaranya.
‘Gementarnya saya. Sudah berapa tahun berlalu ye? Apa yang patut saya katakan bila berjumpa dengan dia?’ fikir Yoshino, sedang berjalan di pejalan kaki.
“Oh? Alamak!” Yoshino ternampak seorang wanita sedang mengambil buah epalnya yang terjatuh di jalan raya.
Sebuah kereta meluru ke arahnya. Yoshino terus menarik wanita itu ke pejalan kaki.
“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum Yoshino.
“Oh, terima kasih,” selepas mengucapkan selamat tinggal, wanita itu pulang ke rumahnya.
“Saya sudah pulang,” kata wanita yang sarat mengandung itu.
“Selamat pulang. Oh? Awak keluar ke, Ayano sayang?” tanya suami wanita itu.
“Saya baik-baik saja. Saya rasa hari ni hari bahagia saya. Tadi, ada seorang lelaki muda menyelamatkan saya. Lagipun, mukanya macam kekasih pertama saya,” gembira Ayano.
“Adakah awak masih kata kekasih pertama awak lagi? Jika awak berjumpa dengan dia semula, jangan curang pula dengan saya,” mengeluh suaminya.
“Jangan risaulah, abang. Saya akan tunjukkan pada dia yang masih belum berjumpa dengan saya selepas lebih 10 tahun saya mencintainya,” semangat Ayano sambil membuka tingkap rumahnya.
“Apa-apa jelah,” malas suaminya hendak layan isterinya.
‘Tetapi, dia masih orang yang saya sayang,’ bisik Ayano dalam hatinya.
****************************
Share this novel