CO 3 Orange Juice

Romance Series 49213

SETELAH berpuas hati dengan penampilannya, Rafeef terus bergegas melangkah ke arah luar. Terlajak tidur membuat dia tidak sempat untuk menikmati sarapan pagi tetapi mengapa, soal makan, dia tidak kisah kerana yang penting adalah penampilannya. Biar lapar, janji segak. Biar mati bersama kebuluran, asal bukan mati bersama keserabaian.

"Tuan Raf, tak sarapan dulu?" Mak Nani menegur. Dia ingin memastikan anak majikannya itu mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum keluar kerana itulah pesanan yang Tan Sri Helmi titipkan kepada dia tadi.

"Tak perlu, mak cik. Saya dah lambat. Mak cik makanlah. Saya minta diri dulu ya," ujar Rafeef dengan sopan. Mengukir senyuman yang paling manis, sempat juga mengenyitkan mata ke arah pembantu rumahnya itu.

Mak Nani sekadar tersenyum. Sebetulnya dia sudah terlalu biasa dilayan seperti itu oleh Rafeef. Oleh kerana itu jugalah dia amat menyayangi Rafeef. Sikap riang dan ceria Rafeef selalu menghiburkan. Biarpun tahap kemalasannya terlalu tinggi tiada tandingan, tetapi Rafeef juga merupakan seorang anak yang paling kaya dengan adab. Dia tidak pernah memandang pangkat atau harta, bagi Rafeef semua manusia sama.

"Hati-hati, Tuan Raf. Semoga berjaya." laung Mak Nani sambil memerhatikan kepergian Rafeef ke arah luar.

"Ye, mak cik. I minta diri dulu. Mak cik makan ye?" laungan Mak Nani juga dibalas dengan laungan sambil kakinya tetap tenang mengayun langkah.

Sampai sahaja di luar, Rafeef terus mendekati kereta milik Nashrul yang sedari tadi menunggu kemunculannya. Sengaja dia meminta Nashrul datang menjemput kerana dia malas mahu bersendirian mengharungi kesesakan lalu lintas. Selain tidur, duduk bersantai di tepi pemandu sambil berceloteh juga merupakan hobi utama Rafeef.

"Morning, Nash. Sorry tadi i... "

"I pun baru je sampai. Boleh-boleh pula i tak sedar jam. Bila dengar mama i berleter, barulah i bangun."

"Hahaha!" Sakan kedua-dua lelaki itu mengekek. Bersahabat dengan manusia yang sekepala sememangnya sangat menyeronokkan. Boleh hilang segala masalah dunia yang perlu dihadapi.

"You nervous tak?" soal Nashrul saat tawa mereka mula reda. Fokus pada pemanduan, sesekali itu juga dia melirik ke arah Rafeef dengan senyuman.

Rafeef pula sekadar menjongket bahu,  laju juga membetulkan simpulan tali lehernya. Jujurnya, dia tidak berdebar sama sekali kerana perasaaan sebenar yang sedang dia rasa adalah tidak sabar. Ya, tidak sabar. Tidak sabar hendak menjejakkan kakinya ke dalam syarikat milik 'Cik Med' yang dimaksudkan oleh Nashrul itu, tidak sabar juga hendak memperlihatkan dirinya yang paling kacak kepada para wanita di situ. "Pernah ke you tengok orang kacak macam i nervous? Walaupun i malas, tapi i ni paling percaya diri. I yakin dengan kebolehan dan kehenseman i. Yakin sangat-sangat, Nash. Jangan panggil i Rafeef kalau riak gugup tercemar kat muka kacak i ni." ujar Rafeef dengan bersungguh-sungguh.

Nashrul kembali menyambung tawa. Jika telinga yang lain mendengar kata-kata Rafeef itu, mungkin mereka akan termuntah tetapi tidak bagi Nashrul, Aroon mahupun Faiz. Bagi mereka, kata-kata itu sudah terlalu lali dalam kehidupan mereka. Tambahan pula, apa yang dikatakan oleh Rafeef itu sememangnya hakikat. Ya, dia memang kacak, malah yang paling kacak di antara mereka berempat.

"Ingat pesan i, jangan tidur. Malas-malas kami, nakal-nakal kami, kerja tetap habis, Raf. You belum lagi tengok Cik Med buat kerja. Memang fokus, kiri kanan pun dia tak pandang. Entah-entah, muka you yang hensem ni pun dia tak kisah." ujar Nashrul dan kata-katanya itu membuatkan Rafeef semakin berasa tidak sabar dan tercabar.

"Dia memang bos besar kat situ ke, Nash? Ke... papa dia yang punya syarikat tu?" Rafeef menyoal. Diam-diam, dia berasa kagum juga dengan kebolehan 'Cik Med'. Muda, berjaya sedangkan dia? Masih sahaja bergantung penuh kepada orang tua.

"Memang dia yang bos besar. Syarikat tu hasil usaha dia selama ni. Cik Med asal orang biasa-biasa je. Dia sendiri selalu mengaku yang keluarga dia memang asal orang miskin. Sebab tu lah Cik Med berazam nak ubah taraf hidup mereka dan syarikat yang sekarang ni adalah hasil kejayaan Cik Med lah. Beruntung siapa yang dapat Cik Med. Memang cantik sangat. Bercakap pun lemah-lembut je. Sopan, baik hati dan tak pernah marah-marah macam boss lain kat luar tu. Cuba you teka, umur Cik Med tu berapa?"

"40?" sebarang sahaja Rafeef menebak.

"Salah, tua sangat tu. Cik Med ni muda-muda je, malah, lebih muda daripada kita." kata Nashrul sambil tersenyum.

"Lebih muda? 33? Ke... 34?"

"33 tolak empat."

"Maksud you, 29?"

Nashrul tersenyum lagi lalu laju mengangguk.

Saat itu juga Rafeef terus bercurian membuang keluhan. Mengira perbezaan jarak usia di antara dia dengan 'Cik Med, benar-benar membuatkan dia segan pada diri sendiri. Hebatnya 'Cik Med' sedangkan dia?

"Errr... Nash, boleh tak kalau... you tolong i satu benda." Rafeef kembali bersuara setelah lama mengelamun sendirian.

"Apa dia?"

"Kalaulah i dapat kerja kat company Cik Med you tu, i nak you tolong rahsiakan tentang diri i. Jangan beritahu sesiapa pun yang i ni... anak Tan Sri. Cakap je yang ni... anak orang biasa. Lepas tu i nak tumpang you setiap kali pergi dan balik dari kerja. Boleh?"

"Eh, asal pulak you nak kena rahsiakan semua tu? Sepatutnya, you bangga dengan kehidupan you. Anak orang kaya, bapak pula Tan Sri. Kereta you tu, mewahnya bukan main tau? Kalah kereta pak-mak menteri." ujar Nashrul sambil mengekek.

"Adalah. Lagipun, i tak naklah orang-orang kat situ persoalkan kenapa i kena kerja tempat lain? Kenapa tak kerja dengan company papa sendiri. Betul tak?"

"Hrmmm... ye lah. You jangan risau, you confirm akan dapat kerja tu punya dan i janji akan rahsiakan siapa diri you yang sebenarnya."

"Terima kasih, Nash. Sebab tu lah i sayangkan you bertiga. Jangan risau, dapat je gaji pertama nanti, i akan gunakan semua duit gaji tu untuk belanja korang."

"Ye lah tu. Mentang-mentang anak orang kaya, anak Tan Sri."

"Hahaha!" Rafeef tertawa dengan perasaan yang sangat bangga. "Kaya perkara dan asal usul adalah perkara nombor dua. Yang penting sekali... hensem!" ujar Rafeef dengan penuh bangga. Laju menyeluk telefon bimbit dari dalam poket seluarnya kerana mahu meniliki wajah tampannya daripada pantulan skrin alat telekomunikasi tersebut. 'Hrmmm, memang hensem macam biasa.'

"Haaa, hensem. You je yang paling hensem, orang lain tak." Lalu, dengan hati yang rela sahaja Nasrul mengiakan. Bukan menyampah, cuma mengalah. Biarlah Rafeef terus 'menua' (meniti usia tua) dengan sikap angkat bakulnya itu.

"MORNING, Cik Med." Heliss terus bangkit untuk mengekori pergerakan Medina sebaik sahaja wanita itu muncul.

"Morning, Helis. " Medina mengangguk, kekal menayang senyuman sambil meneruskan langkahan untuk masuk ke dalam ruangan kerjanya. Medina memang seorang majikan yang peramah, murah dengan senyuman, dan sikapnya yang selalu positif itu jugalah yang selalu membuatkan para pekerjanya betah untuk terus berkhidmat di situ.

"Hari ni, Cik Med ada meeting kat luar kan? Ingat?" soal Helis sambil tersengih. Matanya ligat memerhatikan penampilan Medina pada hari itu, terlihat santai, biasa seperti sedang berada di dalam rumah. Entah pergi ke mana gaya profesionalnya.

"Ya, ingat. Lepas ni i akan balik rumah lagi. I dari luar bawa parents i breakfast tadi. Oh ya, nanti you tolong inform kat Nashrul yang i akan bawa dia sekali dengan i." pesan Medina sambil mengambil beberapa buah fail penting untuk dibawa bersama.

"Baik, Cik Med. Nanti i akan sampaikan pada Nashrul." Helis laju mengangguk faham namun laju menggaru kepala ketika dia tiba-tiba sahaja teringat pada mesej yang dia terima daripada Nashrul tengah malam tadi. "Errr... tapi Cik Med, hari ni akan ada orang yang nak datang interview. Nak suruh dia datang esok ke?" soal Helis dengan riak yang serba salah.

"Interview?" Medina menghentikan pergerakan tangannya buat sejenak, tatapan kembali dihalakan penuh ke arah pembantu peribadinya itu. "Kenapa you suruh dia datang hari ni? Tahu kan yang seharian ni i sibuk?" lembut suara Medina menegur.

"Maaf Cik Med, tapi i pun baru tahu. Nash yang bawa. Dia tu kawan Nash," kata Helis lagi.

Medina diam sejenak. Saat itu, bukan sahaja Helis yang berasa serba salah, tetapi dia juga sama. "Kesian pula kalau nak suruh dia datang esok. Apa kata kalau you yang tolong i interview dia? You yang buat penilaian dan keputusan. I yakin dengan kebolehan you, Lis. Lagipun, you dah lama juga kan kerja dengan i? You tahu kriteria macam mana yang i nak. Kan?"

Helis tersengih. Mahu menolak tetapi hatinya pula terlanjur termakan akan pujian majikannya itu. Lalu, laju jugalah kepalanya terangguk. "Errr... hehe... baik, Cik Med. I akan buat sebaik mungkin. Tapi kalau dia layak, bila kita akan minta dia datang melapor diri?"

"Secepat mungkin. Esok pun okey. Lagi cepat dia masuk, lagi cepat dia belajar."

"Baik, Cik Med. Saya faham." sekali lagi Helis mengangguk.

"Ada apa-apa lagi?"

"Tak ada, Cik Med. Tu je."

"I nak gerak dulu. Apa-apa hal, Whatsapp je. Jangan call takut i busy tak sempat nak angkat."

"Baik, Cik Med. Hati-hati." kata Helis sambil menghantar kepergian Medina sehingga ke luar.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Medina tidak terus keluar dari dalam bangunan itu dulu sebaliknya bergerak ke arah kafe kerana mahu membeli air. Haus pula tekaknya walaupun baru sahaja selesai menikmati sarapan pagi bersama kedua-dua orang tuanya di luar tadi.

"Bagi i... orange juice satu ya?" Medina terus sahaja membuat pesanan sebaik sahaja mendekati kaunter. Jus oren berais adalah minuman kegemarannya. Hari-hari minum pun, dia tidak akan jemu.

Pekerja kafe itu mengangguk. Bergerak ke arah belakang untuk menyiapkan pesanan Medina kemudian muncul semula selang beberapa minit setelah itu. "Ni, Cik Med. RM7.50." ujarnya sambil tersenyum.

"Ni. Baki you ambillah." Huluran jus oren itu dibalas dengan sekeping wang kertas bernilai RM10.

"Terima kasih, Cik Med."

"Sama-sama." Usai berbalas senyum dan anggukan, Medina terus berjalan ke arah luar bangunan untuk mendapatkan keretanya. Namun, dalam lincah menyusun langkah, sempat juga dia menyedut jus oren di tangan lantaran berasa sangat haus. Kesejukan dan keenakan minuman itu membuat dia berpejam mata dan terbuai seketika. Uhhh, memang sedap! Rasanya sangat segar dan asli.

"Arghhh!"

Tersentak Medina ketika tubuhnya tiba-tiba sahaja terlanggar seseorang. Garau suara itu mengaduh, membuatkan dia laju menoleh pandang. "Ma... maaf, pak cik. Saya... "

"Pak cik? You panggil i pak cik?" Rafeef melopong tidak percaya. Namun saat terpandang akan wajah wanita yang telah melanggar tubuhnya itu tadi, dia langsung terkesima. 'Cantik tapi mulut tu macam nak minta kena jentik. Boleh-boleh pula dia memanggil lelaki sesegak dan semuda ini dengan gelaran pak cik.'

Seumur hidup Rafeef, selama 35 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ini kali pertama dia merasakan yang dirinya dimalukan seperti itu.

Melihat Rafeef sakan melopong, Medina juga langsung ikutan melopong. Serba salah, tetapi memang dia buntu mahu memanggil lelaki itu dengan gelaran apa. "Eh, maaf. Ab... abang? Eh, encik? Saya... "

"You ni staf kat sini ke? Atau... pelawat? Tak pun datang interview?" soal Rafeef lagi sambil memerhatikan gaya penampilan wanita di hadapannya itu. Cantik tetapi hanya mengenakan pakaian yang biasa. Semua itu membuatkan Rafeef semakin yakin yang wanita itu bukanlah kakitangan di dalam syarikat itu.

"Saya...."

"Lain kali tu kalau nak makan atau minum, duduk elok-elok. Jangan sambil berjalan. Nanti jodoh lambat sampai kata orang. You tengok ni, habis kotor baju i." Tidak memberi langsung peluang kepada Medina untuk menerangkan perkara yang sebenar, Rafeef langsung meneruskan bebelannya yang tadi. Kemeja yang sudah tercemar oleh jus oren milik Medina itu, pura-pura diperhatikan dengan riak yang sedikit geram. Bukan geram yang sungguhan, sekadar mahu mengenakan Si Cantik itu sahaja. Memang hobinya suka menyakat para wanita apalagi yang menarik pada mata miangnya.

"Saya boleh minta staf... "

"Sebagai ganti rugi, ni... " air minuman yang berada dalam pegangan Medina, dirampas lalu diminum dengan bersahaja. "... bagi kat i. Kebetulan i pun tengah haus juga ni. Terima kasih mi Maggi, lain kali langgarlah lagi." Rafeef terus melangkah pergi, tetapi sempat juga memalingkan wajahnya ke arah belakang kembali sebelum satu kenyitan nakal dia berikan selamba kepada Medina.

"Dia tu dah kenapa? Pelik semacam. Dia tu siapa erk? Tak pernah i tengok." Medina segera menunduk, merungut sendirian sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience