Bab 9

Romance Completed 21373

Iris masih baring di atas katil walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Rasa letih saja badannya. Keputusan SPM sudah keluar. Alhamdulillah, dia dan Rayyan mendapat 10A dan dinobatkan sebagai tokoh pelajar. Manakala Tania mendapat 7A 3B. Mereka mengambil jumlah subjek yang sama.Sekarang hanya tunggu tawaran universiti sahaja.

"Ibu panggil sarapan. Ish, apalah. Dah pukul 10 baring lagi. Bukan nak tolong ibu buat sarapan. Pemalas." Rayyan sempat lagi mengutuknya sebelum pintu ditutup kembali.

Iris bukanlah tidak mahu membantu tetapi keadaannya yang letih amat memang tidak membenarkannya. Rayyan masih berdiam diri tentang hubungannya dengan Tania. Tania pula mendesaknya supaya memujuk Rayyan. Sungguh dia tertekan. 'Cepatlah dapat tawaran universiti. Boleh mati tertekan aku dekat sini.' keluh Iris perlahan.

Dia bangun lalu duduk sekejap di birai katil menghilangkan pening kepalanya. Lalu menapak keluar dari bilik. Iris terpandang wajah abang iparnya dan Rayyan duduk di meja makan.
"Dya! Mari makan. Boleh tolong panggilkan papa tak? Papa kat luar." tegur Puan Sri Hadina yang menatang semangkuk bihun goreng. Iris hanya mengangguk. Hareez yang terperasankan wajah pucat adik iparnya menyiku Rayyan.
"Apesal aku tengok muka Iris tu lain macam? Dia sakit tak?" Rayyan hanya menjungkit bahu. Dalam hatinya, cemburu sebenarnya melihat abangnya terlampau prihatin terhadap Iris.
"Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Iris tu bini aku ke bini kau?" Rayyan menjeling tajam Hareez. Puan Sri Hadina yang mendengar perbualan anak-anaknya tersenyum.
Hareez tersengih jahat dalam hati.
"Eh! Biarlah aku nak cakap apa pun. Mulut aku. Tak salah aku caring pasal Iris. Untung-untung dapat buat bini. Kau kahwin dengan Tania nanti, tak payahlah tamak sampai nak rembat sekali dua orang. Bagi aku satu. Iris Lidya tu cantik. Kalau tak cepat nanti kena sambar." selamba Hareez berkata begitu sebelum menyuap bihun ke dalam mulutnya.
Rayyan bengang dengan kata-kata Hareez. Lalu dicekak baju Hareez lalu berniat untuk melayangkan tumbukan ke wajah tampan abangnya itu. "Ya Allah! Iris!" perbuatan itu terhenti apabila melihat Iris yang dipangku Tan Sri Razlan. Pucat tidak berdarah muka Iris.
"Ayah! Kunci kereta!" Rayyan mencempung Iris lalu berlari ke arah Velfire hitam itu. Bergegas mereka bawa Iris ke hospital.
****************
Iris terpisat-pisat bangun. Melihat sekeliling. Hospital? Dia memandang doktor dan jururawat yang sedang memeriksa keadaannya. "Adik, dah bangun?" sapa doktor itu mesra. Tertera nama Ainaa di kot putih yang dipakainya.
"Apa jadi dekat saya, doktor?" Iris bangun lalu duduk bersila di atas katil. "Sebenarnya, adik pregnant. Tapi baru seminggu. Kena makan banyak vitamin. Zat dalam badan adik tak cukup untuk adik dan baby. Tahniah! Nanti saya beritahu family adik ye?"
Iris terdiam. 'What?! Aku? Pregnant? Biar betul weih!' Iris bagai tidak percaya. Tetapi memikirkan kembali, logiklah. Aduh....
"Eerrr.. doktor, tak payahlah beritahu dulu. Saya nak buat suprise. Doktor cakaplah saya kurang air ke apa. Please..." Iris bijak memikirkan alasan. Doktor Ainaa mengangguk. Memang ramai yang hendak membuat kejutan untuk suami sendiri seperti gadis dihadapannya.
Iris lega.
*****************
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" Rayyan tidak sabar-sabar bangun dari kerusi menunggu. Yang lain juga turut mengerumuni doktor tersebut.
Doktor Ainaa tersenyum. Dia menerangkan kepada keluarga pesakitnya yang Iris hanya tidak cukup rehat.
"Terima kasih doktor." Tan Sri Razlan tersenyum. Lega hatinya apabila diberitahu yang menantunya tidak apa-apa. Terkejut dia apabila Iris rebah tidak sedarkan diri tadi.
"Sama-sama. Tan Sri sekeluarga boleh jenguk Puan Iris sekarang."
Mereka semua melangkah masuk ke dalam wad. Keluarga Iris tidak dapat datang kerana melihat nenek Iris dikampung yang demam. Jadi mereka hanya menitipkan pesanan supaya Iris banyak berehat.
"Iris betul-betul ok ke ni? Abang tengok pucat aje." Hareez tidak habis-habis lagi ingin membuat Rayyan cemburu. Nasib baik tadi tidak lebam mukanya. Hehehe. Dah agak, mesti adiknya itu begitu sayang dengan isterinya. Tapi ego sangat untuk meluahkan. 'We'll see, berapa lama kau nak tahan cemburu kau tu.'
"Ok, je bang. Penat sikit. Tak payahlah risau." Iris menjawab sambil tersenyum lemah. Dapat dilihat dengan jelas, wajah Rayyan merah terbakar. 'Eeee... macam si Hareez tu pula suami dia. Aku ni tak peduli pun.' marah Rayyan sendiri.
"Hari isnin ni, Dya cuti tau. Ibu tak bagi pergi sekolah. Kamu kena rehat."
"Rayyan nak jaga Iris." perlahan Rayyan bersuara. Iris terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. "Boleh juga. Kamu pun cutilah. Nanti ibu cakap dengan pihak sekolah." ujar Puan Sri Hadina.
"Rayyan pergilah sekolah. Biar Hareez jaga Iris." Hareez tersengih. "Eh, eh budak ni. Ada hati nak ngorat bini adik sendiri ea?" Tan Sri Razlan menepuk perlahan belakang Hareez. Anaknya itu hanya tersengih.
Rayyan pula menunjukkan penumbuknya kepada Hareez. Tadi tak kena, sekarang pula kena nanti. Iris hanya tersenyum melihat keletah anak-beranak itu. Dalam hati dia gusar memikirkan anak yang dikandungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience