VS 2

Drama Completed 85759

‘Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
'Cause I'd miss you baby
And I don't want to miss a thing’

Daim yang baru ingin menyauk ‘fit shirt’ ke tubuh memandang sekilas telefon bimbitnya yang berada dihujung katil mendendangkan lagu ‘I dont’t want to miss a thing by Aerosmith’

Tertancap di skrin nama BELLA.
Hurg!

Daim biarkan telefon menjerit hingga lagu hilang.
Badan dibawa ke depan cermin, mengemaskan tubuh.
Padahal nak tidur dah jap lagi. Biasa lah, Daim memang sentiasa kemas.

‘Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
'Cause I'd miss you baby
And I don't want to miss a thing’

Sekali lagi?

Mata kembali menjeling di skrin telefon
Bella again...

Telefon diambil, butang hijau ditekan.
“Yes Bella..”
Punggung Daim dihenyak ke birai katil.

“You dah tidur ke?”

Daim kendur bahu, suara Bella memang boleh tangkap lentok.
“Twelve am already Bella.”

Bella gelak.
“Awalnya you nak tidur.”

“You yang rasa awal. Sebab you tidur siang.”
Wajah Bella diawan fikiran Daim.
Mata bulat besar dengan hidung yang tinggi plus bibir yang sedikit tebal dan plump. Wajah yang sesuai dengan kerjaya wanita itu.

“You ni... cakap macam i teruk sangat, i baru balik dari bawa intern model shooting tadi tau.”

Ye Bella. Kau kan kru ‘Casting Agency’. Sentiasa merayap mencari muka baru untuk dijadikan model.
“Kenapa you call i?”

Sekali lagi Bella gelak manja.
“ You pun tahu kenapa i call you kan?”

Daim tarik nafas, rambut disebak kebelakang.
“And you tahu jawapan i kan?”

“Alaa.. Daim.. you takkan tak terfikir langsung tawaran i.”

Tawaran apa?
Tawaran untuk aku jadi model?
Daim tak suka.
“Bella.. berapa kali i cakap, i taknak tawaran you tu.”

“Daim.. if you accept my proposal, i’m sure you become a top model in the world”

Bibir Daim terjungkit gelak. Pandai betul Bella susun ayat!

“Jangan gelak Daim, i’m serious.”

Daim angkat tubuh, langkah menuju ke balkoni biliknya.
“ You sendiri tahu Bella, i pun serious tolak tawaran you.”

“Tapi Daim..”

“No tapi-tapi lagi.. I tetap dengan jawapan i. Taknak!”
Daim tekan hujung ayatnya bagi Bella faham.

“Its okay.. i have lot time untuk pujuk you join my agency. And i takkan jemu untuk pujuk you become my model.”

“Up to you Bella...”

Tawa Bella makin manja dihujung talian. Kalau kena jantan lain memang tak lena tidur la.
“ By the way, thanks sebab you sudi angkat phone i, good night darling. Muah!”

Erk! Daim kerut kening.
Talian dah dimatikan oleh Bella.
Perlahan kepalanya digeleng.
Dah bebulan lamanya Bella memujuk Daim untuk jadi model dibawah seliaannya.
Tapi Daim tetap dengan pendiriannya. Cukup lah dia tubuhkan kelab ‘stuntman’ yang hanya ada lebih kurang 20 orang sahaja anak buahnya yang dilatih untuk berlakon dalam babak ngeri.

Itu pun sebab Eva yang pujuk.

“Kau ni bos, kalau Cik Eva cakap apa pun semua lintuk. Berapa kali Si Bella tu merayu mintak kau jadi model, sikit pun kau tak layu kan. Padahal aku tengok Bella tu lagi cute dari Cik Eva.”

Teringat kata-kata Bob beberapa bulan lepas bila Bella kerap datang jumpa dia di cafe, semata-mata nak pujuk Daim.

Daim melepaskan keluhan. Kedua tangan dimasukan ke dalam poket. Wajah didongak memandang langit hitam.
Dia sebenarnya tak suka dengan dunia ‘glamour’.
Awal penubuhan kelab ‘Stuntman’ pun hanya kerana nak bantu Eva.
Namun mungkin cara kerja Daim sangat profesional, menyebabkan kelab dia sering dipanggil untuk sign kontrak dengan banyak drama dan filem.

“Im!”

Daim tegak wajah, lurus memandang Eva dihadapannya yang juga sedang berdiri di balkoni biliknya.
Tak tidur lagi ke minah ni?

“Kau tak tidur lagi ke?”

Eh.. sama je soalan kita Eva.
Daim geleng kepala.
Padahal mata memang dah ngantuk, tapi dek kerana panggilan manja dari Bella tadi buat korneanya kembali terang.

“Im..”
Eva panggil lagi..

“Mmm..”
Nasib balkoni dua buah rumah ni tak jauh. Tak perlu terpekik terlolong pun boleh dengar.
Mata Daim terus pandang Eva.

“Im..”

Eh Minah ni dah kenapa?
“Kau buang tebiat ke Eva?”

Eva menayangkan barisan gigi putihnya.
“Kau tak nak tanya ke pasal dinner aku dengan Lukas tadi?”

“Aku tak tanya pun kau akan cerita kan?”
Daim memaku gengaman di birai besi balkoni.

“Lukas lamar aku.”

Gulp! Halkum Daim bergerak pantas menelan liur.

Eva angkat jari manisnya tayang cincin yang dah tersalut.

“Kau ingat aku nampak cincin kau gelap-gelap macam ni?”
Hati Daim.. please behave...

“Esok aku tunjuk kat kau.”
Eva kuntum senyum.

“Hah. Kalau macam tu, aku masuk tidur dulu. Esok baru jumpa”
Daim memusing badan.
Sedih lelaki takkan nak tunjuk der.
Ego lah katakan!

“Wei.. sabar la.. tak habis lagi aku cerita!”

Nafas yang tersangkut cuba ditarik perlahan sebelum badan Daim kembali menghadap tubuh Eva diseberang sana.

Sekali lagi Eva ukir senyum bila buddy nya masih setia mendengar celoteh dia.
“Lukas cadang, maybe in this year we all akan buat majlis kahwin.”

Ah! Kali ni bukan hati Daim je rabak!
Tapi seluruh badan dah rasa longlai.
“Im! Kalau aku tak boleh dapat kan Eva! Aku sumpah kau pun takkan miliki Eva!”
Kata-kata Danish 10 tahun yang lepas kembali tergiang!
Daim pejam mata.
Maafkan aku Danish..

“Im! Kau dengar tak apa aku cakap?”

Hah! Daim kembali membuka matanya. Figura Danish hilang diganti dengar wajah dambaan milik Eva.
“Bila majlis kau?”
Air liur diteguk perit.

“Don’t know yet.. yang pasti. In this year.”

Daim angguk kepala.
“Okay la tu. Kalau kau nak mintak tolong aku apa-apa cakap je la.”

Macam tu je? Eva peluk tubuh.
“Kau tak nak halang Im?”

Daim tegak tubuh, mata Eva dicari walaupun dia tahu kedudukan mereka jauh dan suasana makin kelam.
“Apa maksud kau Eva?”

Eva keluh kuat.
“Ye la.. selama ni kau yang selalu halang aku kalau kau rasa benda tu tak betul.”

Ooo.. sebab tu je ke?
Daim turut silang tangan didada. Sejuk malam makin terasa.
“Aku nak halang apanya dah tu pilihan kau. Lagipun aku tengok Lukas tu baik, sesuai dengan kau.”

Eva diam..

“Mama dan papa kau pun setuju kan. Kau go on je la. Kalau kau nak majlis kahwin kau ada pencak silat, kau roger aku. Aku boleh panggil anak buah aku buat persembahan free untuk kau.”

Eva senyum segaris.
Sikit pun tak lawak Im!
Tak boleh ke kali ni kau halang aku, seperti kau halang dengan kerasnya sewaktu aku cakap nak join silat?!
Rambut blondednya diselit ke belakang telinga.
Tubuh Daim masih ditatap. Tubuh idamannya sejak dulu..

“Dah la wei.. aku ngantuk la. Esok aku kena turun awal pergi market.”

Dalam payah, Eva angguk kepala.
Belakang Daim dipandang hingga lelaki itu hilang dibalik pintu balkoni.
Setelah pintu itu ditutup, sebentar kemudian lampu didalam bilik Daim juga terpadam.
Sekali lagi Eva mengeluh panjang.
Langit hitam ditatap. Kelam. Bintang pun takde.
Sebentar kemudian dia melirik cincin dijari manisnya. Indah berwarna putih bertahkta kan permata juga berwarna putih. Pemberian tanda dari Lukas Abraham.

Tiga tahun pengenalan dengan peguam tu, itu pun sebab Zizie yang tolong kenal kan.

“You favourite artist, Lukas sesuai dengan you Eva. Lagipun dia baik.”

Kata-kata Zizie 3 tahun yang lalu terbit di ingatan Eva.
Ye. Lukas baik. Handsome. Hidup lengkap. Kerjaya pun tinggi. Serba-serbi perfecto.
Sejak pengenalannya dengan lelaki itu pun, Eva dilayan baik.
Hanya segelintir peminatnya yang tahu hubungan mereka berdua.
Dan setakat ni tak pernah Eva baca komen yang menghalang hubungannya dengan Lukas.

Yelah.. pelakon top macam Eva. Berkawan dengan peguam terkenal, anak dato lagi. Memang lah dianggap sesuai sangat. Sama taraf.

Tapi sebenarnya Eva sendiri masih tak pasti dengan perasaanya.

Mata Eva kembali menatap bilik Daim yang sunyi dan gelap.
“Im.. aku excited bila tahu Lukas nak propose aku. Tapi bila dia dah bagi cincin kat aku. Aku tak tahu kenapa hati aku kosong. Zero. Aku bukan cari seseorang yang boleh bagi aku kemewahan. Aku hanya nak lelaki yang boleh protect aku, seperti kau.”

Keluhan makin dilepas berat. Eva tahu bicaranya tak mungkin Daim akan dengar.
Cukup lah hatinya sahaja yang menangkap kesedihan itu.

*Flashback 10 years ago*

Eva duduk dikerusi sambil kedua lututnya bergoyang-goyang menunggu kedatangan Daim.

Ruang taman belakang rumahnya yang sering dijadikan port dia dan Daim bermain akan menjadi sejarah indah bagi Eva.

Hari ni ulang tahun kelahiran Daim.
Awal-awal lagi Eva dah cari hadiah yang terbaik untuk buddynya. Semalam pun satu hari dia habiskan masa membuat kad untuk lelaki itu.

Eva berkira-kira, hari ni dia akan luahkan perasaan yang selama ni dipendam pada Daim.
Dia tahu Daim pun suka kan dia. Tapi nak tunggu Daim luahkan memang lambat la.

Takpe! Aku sendiri akan luahkan pada kau Daim!
Bibir mengukir senyum lagi, sedang hati terus rapat berlari.

Jam di lengan sudah 10 kali dilirik. Daim dah setuju nak jumpa dengannya pukul 7 malam. Tapi sekarang nak dekat 8.30, masih tak muncul.

Hadiah yang bakal diberikan kepada Daim dipandang berkali-kali.

“Eva..”

Eva pusing tubuh. Saat terpandang wajah Daim, bibir terus mengorak senyum. Hati kian berdebar-debar.

“Kenapa kau nak jumpa aku?”
Daim menghampiri Eva yang masih duduk dikerusi.

Eva bangun. Senyuman yang lebar tadi mati bila hidungnya bergerak-gerak mencium bau masam dari tubuh Daim.
Semakin Daim dekat padanya semakin jelas baju uniform sekolah yang dipakai lelaki itu kelihatan basah.
“Kau dari sekolah ke Im? Tak balik rumah lagi ke?”

“Sekejap lagi aku balik rumah. Kau nak apa ni?”

Telinga Eva menangkap suara tegang Daim. Lengan lelaki itu dicapai.
“Kau okey ke Im?”

Daim masih tegak berdiri, kepala diangguk laju.

“Aku bau arak. Kau minum ke Im?”
Jari telunjuk Eva melintang menutupi kedua lubang hidungnya. Dia pasti bau masam yang keluar dari tubuh Daim adalah bau alkohol.

“Kalau kau takde apa nak cakap, aku masuk rumah aku dulu.”

Daim ingin melangkah namun sekali lagi Eva mencapai lengannya.

“Sabar dulu Im. Hari ni kan birthday kau, kau lupa ke? Aku dah siapkan hadiah untuk kau tahu tak.”
Eva lepas lengan Daim bila dilihat Daim mati langkah. Segera hadiah yang dibungkusnya diambil dari atas meja dan diserahkan kepada Daim.

“Thanks..”
Daim menyambut tanpa seurat senyum.
“Aku balik dulu.”

“Im!”

Daim yang ingin memusingkan tubuh kembali menghadap Eva

Eva merapati lelaki dihadapanya. Hujung jari dah rasa sejuk, jantung dah dup dap dup dap.
Apa pun berlaku. Dia tetap akan luahkan pada Daim.
“Im.. Aku cinta kan kau.”

Daim pandang tajam mata Eva, sebelum tubuhnya berpusing dan melangkah laju.

Erk! Macam tu je?
Eva bulat mulut.
Belakang Daim dipandang kosong sebelum dia kembali tersedar. Pantas kaki mengorak mengejar lelaki itu.

Apabila langkahnya rapat, Eva capai lengan Daim menyebabkan lelaki itu mati langkah.
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi Im?!”
Huh! Kalau ye pun terkejut dengan luahan aku, takkan lah sampai nak lari kan diri.
Kira berani jugak la aku ni sebagai perempuan, meluahkan perasaan pada lelaki!

Daim kembali menghadap Eva. Kepala ditundukan sedikit menyamai wajah wanita itu.
“Remember Eva.. kita kawan sampai bila-bila. Walau hanya kau dan aku sahaja terdampar kat sebuah pulau, aku takkan pernah cinta kan kau.”

Eva telan liut perit. Mata tajam Daim ditatap. Sebelum lelaki itu kembali meninggalkannya saat tubuh Eva masih kaku mencari kebenaran kata-kata Daim.

Selepas kejadian tu, Eva dan Daim tak bertegur selama lebih kurang sebulan.
Ye. Eva malu bila cintanya ditolak mentah-mentah oleh Daim tanpa menyatakan sebarang sebab.
Namun baru Eva faham, Daim tolak cinta dia kerana lelaki itu suka kan Farina. Kawan baik mereka juga belajar disekolah yanh sama.
Sakitnya hati Eva hanya tuhan yang tahu. Tapi demi persahabatan yang dah lama terjalin, dia cuba buka hati dan minda serta lupakan luahan cintanya pada Daim demi kebahagian lelaki itu.

*End Flashback 10 years ago*

Eva kembali menyilang tangan didada.
Kenangan dah ubah seperti pacu yang terus bergerak.
Walau 10 tahun lamanya kisah tu, namun pada Eva hatinya masih menyangkal bait kata Daim.

Bila bersama Lukas, kisah hati cuba ditutup dari Daim. Tapi payah.

Sekali lagi mata Eva bergerak-gerak memandang bilik Daim.
Im.. doa kan aku bahagia dengan Lukas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience