Bab 2

Horror & Thriller Completed 4404

Fathihah mengira sehingga 100 di tempat yang jauh daripada rakan rakannya dan rakannya yang lain sedang sibuk mencari tempat untuk bersembunyi. Apabila Fathihah sudah habis mengira, Fathihah pun mula mencari. Fathihah mencari di bawah meja, di dalam almari di belakang pintu, di bawah kerusi dan menjumpai seorang demi seorang daripada mereka.

Akhirnya semua telah dijumpai oleh Fathihah kecuali Maisarah. Fathihah mula berputus asa dan meminta rakannya yang lain untuk turut membatu mencari sama. Fathihah bertanya kepada budak lelaki di dalam kelas itu di mana Maisarah menyorok kan diri. Budak lelaki memberitahu dimana Maisarah sembunyi dan Fathihah mula membuat rancangan kononnya untuk membuat Maisarah terkejut.

Fathihah dan rakan yang lain mula menghampiri tempat persembunyian Maisarah iaitu stor perpustakaan. Perlahan lahan mereka menghampiri stor itu dan membuka dengan cara yang kasar untuk membuat Maisarah terkejut

"Bahhhh!!!" kata mereka serentak.

Mereka berenam saling berpandangan dengan muka yang kehairanan. Stor itu kosong. Tiada kelibat Maisarah langsung. Mereka mula risau dan takut dengan kehilangan Maisarah. Mereka mencari Maisarah di setiap sudut, tempat dan bilik di perpustakaan itu. Malangnya masih tiada langsung kelibat Maisarah. Mereka berenam sudah bertekad untuk memberitahu guru kelas mereka tentang kehilangan Maisarah yang secara tiba tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience