BAB 17

Humor Completed 78146

SEJAK dari semalam nak keluar rumah Adam rasa tak sedap hati.Ikut hati dia tak mahu oustation tapi memandangkan kerja dia terpaksa juga.

Kan best kalau dapat duduk rehat dekat rumah hujung minggu.Boleh Adam intai Aisyah dari tingkat atas.Mesti Aisyah tak perasan akan aktiviti yang kerap dilakukan sejak kebelakangan ini.Sanggup Adam berdiri di sebalik dinding melihat Aisyah yang mengemas rumah.

Berapa kali dah Aisyah masak,Adam yang habiskan lauk.Tu pun secara sembunyi-sembunyi.Menyesal juga lidah menuduh Aisyah letak 'ubat guna-guna'
pada hal bukan Adam tak tahu apa yang keluar dari mulutnya semuanya mengarut.

Buktinya,Adam ada letak kamera kecik di celah pokok bunga plastik atas peti sejuk.Secara tak langsung Adam nampak semua aktiviti memasak Aisyah.Rupanya Aisyah tak gemar sangat makan di luar.Setiap hari balik kerja Aisyah akan memasak sendiri.Segala bahan Aisyah beli sendiri.Adam ada juga beli ayam dan sedikit sayur tapi semuanya tidak terusik.Mungkin Aisyah takut Adam marah.

Tapi sejak Adam nampak Aisyah tanpa tudung hingga sekarang Aisyah tak pernah buka tudung.Aisyah berhati-hati sungguh.

Pasal makanan tu memang Adam selalu habiskan tapi dia hairan kenapa Aisyah tak pernah tanya.Malah air muka Aisyah kelihatan bersahaja.Adam cuba hulur senyuman namun semua tidak berbalas.Malah Aisyah seolah buat tak nampak.Macam Adam ni halimunan pun ada.

Adam tetap tak putus asa.Hari-hari dia senyum.Seolah senyum pada diri sendiri.Aisyah pula akan pandang ke arah lain.Tak pun sibukkan diri membelek telefon bimbitnya.Entah apa yang dia sibuk sangat pun tak tahu sampai Adam yang hensem,senyuman selori gula dan wangi hari-hari ni pun dia tak pandang.

Adam seolah dapat baca jadual waktu pergi dan balik Aisyah dari tempat kerja.Sebab tu dia sanggup redah jalan supaya sama-sama sampai di parking kereta.Lepas tu sama-sama masuk ke perut lif dan sama-sama masuk rumah.Nakal kan Adam ni.

Paling Adam tak suka bila kena balik kerja lewat.Mula lah macam cacing kepanasan.Bila sampai di rumah dah pukul 11 lebih.Waktu tu Aisyah dah tidur.Memang dia tak boleh tengok Aisyah langsung.Nak tunggu pagi rasa macam masa panjang sangat.Ni dah dua hari outstation lagi lah Adam gelisah.Tak sabar dia nak balik rumah.

AISYAH tak tahu nak buat apa dah.Masa untuk dia berundur diri seperti dalam perjanjian antara dia dan Adam pun dah hampir tiba.Tak guna dia bersedih.Adam tak akan pernah terima dan anggap Aisyah sebagai seorang isteri.

Perlahan air mata yang mengalir di seka dengan hujung jari.Hati Aisyah rasa macam remuk sangat bila dapat tahu Adam mahu kahwin.Kalau betul pun kenapa Adam tak bagitahu sendiri.Dah tu kena serang pula dengan mak mertua dan kakak ipar.Sadisnya hidup Aisyah.

Aisyah pun tak tahu kenapa dia sedih sangat.Suami yang tak pernah mengiktiraf akan dirinya sebagai isteri.Aisyah bertahan pun sebab arwah ayah dan baba.Aisyah redha andai sampai sini sahaja jodoh antara dia dan Adam.Apa yang tertulis semua adalah takdir hidupnya.

Satu persatu baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg roda.Entah kenapa rasa sayu sangat nak tinggal rumah ni.Walau pun hanya hampir tiga bulan Aisyah menetap di sini. Tapi rumah ni dah dekat di hati Aisyah.Nak buat macam mana Aisyah sekadar menumpang.Bila tuan rumah dah tak sudi tak kan masih nak menetap.Di pandang sepi sekeliling biliknya.

Sedikit terhingut kedua belah bahu Aisyah.Sedih yang teramat sangat.Tak kan nak tunggu lagi.Aisyah kena kuat.Aisyah kena sabar.Aisyah tak boleh mengalah.Aisyah Humaira anak ayah yang berani dan cekal dalam menghadapi dugaan.Doa ayah sentiasa mengiringi setiap langkah Aisyah.Itu pesanan dan doa arwah ayahnya, Haji Hamid.

"Aisyah tak kuat ayah.Aisyah tak kuat ibu.Kenapa ayah dan ibu tinggalkan Aisyah?Aisyah tak ada sesiapa dah.Aisyah rindu ayah dan ibu.."ngongoinya bersama tangisan yang kian lebat.Dia dah penat.Penat menghadap karenah manusia.Andai Aisyah tahu nasibnya begini lebih baik dia tidak terima cadangan Dato Rais.Sesal pun dah tiada guna.

Dia terima pun sebab Dato Rais beria nak satukan dia dengan Adam.Hormatkan arwah ayah dan baba,Aisyah terima saja.Ingatkan Adam boleh terima Aisyah macam Aisyah terimanya tapi semuanya tak sama.Malah dia layan macam orang asing.Lebih teruk satu keluarga Dato Rais tidak suka akannya.

Dia akan pergi sebelum Adam sendiri yang halaunya dari sini.Baik dia pergi sebelum Adam balik.Dia ada atau tidak dalam rumah bukan Adam kesah pun.Mungkin Tuan Adam pun tengah sibuk siapkan majlis pernikahannya.Orang tengah bahagia sekarang.Tak kan Aisyah nak tayang muka nya lagi dalam rumah ni.Nampak sangat Aisyah tak ada tempat di hati Adam.

Aisyah capai kertas dan coretkan sesuatu di atasnya.Cincin di jari juga Aisyah lucutkan.Tak mahu Aisyah simpan nanti dicop ambil hak orang.Baik pulangkan sebelum ada yang buat report Aisyah curi barang berharga dalam rumah ni.

Aisyah dah tekad dia kena pergi sekarang juga sebelum hatinya makin berat.Sebelum menutup pintu utama,Aisyah pandang lama keliling ruang rumah.Sayu dan sedih.

'SELAMAT TINGGAL RUMAH..SELAMAT TINGGAL TUAN ADAM...."

Terus Aisyah melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience