Chapter 3:Liar

Action Completed 789

"Shirou,awak ingat tak dengan Akai" tanya Blacky.

"Akai?"
"Oh,kaki perempuan itukah"
"Mestilah ingat" balas saya sambil ketawa kecil.

"Kalau awak nak tahu,sejak awak pindah,sudah 100 lebih orang perempuan tolak cinta dia"
"Blu dan Midori pun dia pernah cuba untuk mengorat tetapi sayang betul,dia kena tolak dengan sangat teruk" kata Blacky sambil tergelak.

"Eh,jadi dia macam mana sekarang" tanya saya.

"Awak tengoklah kejap lagi" balas Blacky.

Saya kurang faham dengan apa yang dia kata tapi saya cuma dengar sahaja.Selepas itu,kami terus berbual tanpa henti sehingga tiba di bandar yang dituju.Setelah tiba,kami periksa barang kami sama ada tidak tinggal di dalam trak lalu dengan pantasnya Blu menarik tangan Midori ke lokasi konsert itu.Dari apa yang saya tahu,konsert kali ini diadakan di sebuah stadium yang agak besar.Luasnya mampu mencapai luas padang bola sepak antarabangsa.Konsert ni pasti agak istimewa jika dilakukan di tempat macam tu.

"Jadi,ayuhlah Shirou"

"Ya,baiklah"

Saya dan Blacky pun pergi ke stadium tersebut supaya kami dapat jumpa tempat yang bagus untuk duduk.Setelah tiba,kami diminta tiket sebelum masuk ke dalam stadium tersebut.Yang membuatkan saya terkejut ialah pekerja itu.Orang itu ialah Akai,kawan lama yang baru kami sembang kan tadi.

"Awak kerja di sini,Akai" tanya saya.

"Kenapa ada masalah,ke?"
"Dan lama tak jumpa,Shirou" balas dia dengan senyuman yang agak tidak ikhlas.

"Ah,t-tak ada apa"
"Baiklah,kita jumpa lain kali ya"

Selepas itu,kami masuk bersama-sama ke dalam stadium.Blu dan Midori pergi mencari tempat duduk yang sesuai manakala Blacky menceritakan pada saya kenapa Akai berkerja di sini.Katanya,Akai bekerja di sini kebetulan kerana dia mahu berjumpa Idola kegemaran dia tapi dia ditangkap kerana masuk ke belakang pentas tanpa kebenaran.Dari apa yang saya dengar,dia cumalah pekerja yang menjual barang-barang cenderamata di luar tapi dia telah mengurung seorang staf dan mencuri pakaian staf itu untuk masuk ke belakang pentas.Ketika ditangkap,dia diberi pilihan untuk diharamkan datang ke konsert ataupun kerja di sini tanpa gaji untuk tempoh yang ditetapkan.Banyak betul benda yang tak disangka berlaku selepas saya pergi...

"Shirou,Blacky"
"Sini,sini" jerit Blu yang memanggil kami dari kawasan yang kelihatan ideal untuk melihat pentas.Tidaklah jauh,tidaklah dekat.

Hmm,mana ahli keluarga saya yang lain.Ah,itu pun dia.Di depan sekali.Nampaknya cuma ibu dan adik saya sahaja yang ada kad belakang pentas.Muka ayah nampaknya sedikit sedih dari sini.Macam mana semua ahli keluarga saya ni boleh terpikat dengan Soul ni?Hebat sangat ke dia?

"Err,Shirou"
"Ini untuk awak"
"Kalau dahaga atau lapar" kata Midori sambil menghulurkan air mineral dan keropok pisang pada saya.

"Oh,terima kasih,Midori" balas saya dengan senyuman penuh ikhlas.

"Eehh,tengoklah apa kita ada di sini" kata Blu dan Blacky serentak untuk mengusik saya.

"Di-diamlah,awak berdua" balas saya dengan sedikit malu manakala Midori hanya mampu menutup mukanya tanda malu.

Setelah beberapa jam menunggu,mulalah persembahan dari Soul.Saya tak lah berminat sangat dengan dia tapi lagu-lagu yang saya baru dengar di dalam trak Blacky tadi boleh tahan merdu.Suara dia sangat bervariasi.Dia bukan sahaja boleh menyanyi lagu pop tapi Balad,rock dan macam-macam lagi.Dari apa yang saya dengar,dia ni agak berbakat.

"Setelah lama menunggu,seseorang yang berbakat dan mempunyai kemahiran serta suara yang merdu.Idola pujaan ramai,Soul!!!!" kata pengacara itu dengan penuh semangat.

Konsert hari ini bukanlah konsert Soul tetapi ia adalah satu kolaborasi beberapa artis-artis tetapi melihat Soul sebagai pembuka majlis boleh dikatakan yang dialah yang paling terkenal dan terbaik di antara semua.

"Semua,apa khabar"
"Soul di sini,saya berharap awak semua akan enjoy persembahan pembukaan ini"
"Dengan lagu ini,saya akan mencuri jiwa awak"

Kemudian,dia mula menyanyi lagu yang penuh semangat.Sejujurnya,lagu ni tidaklah memberi impak pada saya tetapi orang di sekeliling saya semuanya sangat bersemangat.Ia seperti ada orang mencucuk serum untuk menguatkan badan dalam diri semua orang kecuali saya.Suara dia memang merdu walaupun secara lansung.Kebanyakkan artis zaman sekarang cumalah menggunakan AI untuk mengedit suara mereka menjadi lebih merdu tetapi Soul menggunakan suara asal dia tanpa sebarang masalah.Ah,memang betullah semua ahli keluarga saya peminat dia.Mereka bersorak dengan penuh semangat tanpa henti terutama sekali budak tu.

"Terima kasih,semua"
"Saya akan kembali lagi selepas ini"
"Pastikan jiwa awak cukup kuat untuk menahan godaan saya" kata dia sambil kembali ke belakang pentas.

Peminat-peminat perempuan kesemuanya tergoda termasuklah Blu,Midori dan ibu saya...

Blacky nampak kurang puas hati dengan reaksi yang diberi Blu.Haha,saya pun ada rasa macam tu sedikit.

Benda ni tak masuk dalam kepala saya pun tadi tapi baru saya sedar,orang tu....

5 jam kemudian,

Selepas beberapa belas lagu dan sembang-sembang di antara artis-artis tadi,akhirnya konsert hari ini hampir tiba ke penghujung.Awalnya,saya mahu pulang begitu sahaja selepas habis tapi nampaknya saya hal sedikit di sini.

"Blacky,awak semua boleh pulang dulu"
"Saya ada sedikit hal yang perlu dilakukan"

"Eh,benda apa" tanya Blacky.

"Adalah,rahsia" balas saya sambil mencari seseorang.

Setelah berjaya melepasi beberapa orang,saya tiba juga di situ.Sebelum dia sempat masuk,saya menahan dia.

"Eh,abang"
"Kenapa abang ada dekat sini"

"Saya pun nak jumpa artis-artis tadi"
"Apa kamu ingat kamu ni ja ada artis kegemaran"

"Tapi abang mana boleh lepas kalau tiada kad belakang pentas"

"Sapa kata abang tak ada"
"Ibu beri pada abang tadi" balas saya sambil mengeluarkan kad tersebut dari poket.

Tanpa mengendahkan banyak perkara,dia masuk ke pintu belakang pentas itu.Di sebalik pintu itu ada pengawal yang menjaganya.Kami diminta menunjukkan kad kami.Setelah itu,dia melepaskan kami.

"Baiklah,saya nak pergi menyapa semua artis di sini"
"Abang buatlah apa yang patut asalkan tidak ditendang dikeluar"

Budak ni memang suka pandang rendah pada sayalah.Tanpa melengahkan masa,saya mencari artis yang dicari-cari tu.Saya meluaskan pandangan saya dan mencari dia di dalam bilik yang luas ini.Sekarang ini,artis-artis tersebut meraikan kejayaan hari ini dan berterima kasih sesama mereka.Staf-staf pun turut berterima kasih di situ.

"Haih,mana dia ni"

Semakin lama berjalan,semakin ramai orang di situ.Mereka ni suka berkumpul satu tempatlah.Tiba-tiba?!?

"Aduh"

"Ah,maafkan saya"
"Saya yang berdiri di tengah-tengah jalan" lelaki yang saya terlanggar tadi menghulur tangannya memberi bantuan.Benda ni macam pernah jadi pada saya baru-baru ni.

"Tak apa"
"Tidak sakit.......pun"

Setelah lama mencari,jumpa pun dia.Artis yang saya nak sangat jumpa.Bintang utama hari ini,Soul.

"Erk,ShiShi"

Hah,dengan nama tu saja saya dah boleh teka siapa.

"Selamat berkenalan,encik Soul ataupun boleh saya panggil A-uhmm"

Sebelum sempat saya habiskan ayat saya,dia menutup mulut saya dan tarik saya ke bilik persalinan dia.Apa yang difikirkan dia sekarang ni memang senang nak teka dengan riak wajah yang dia tunjukkan itu.Dahi berkerut,senyuman manis yang memikat ramai wanita itu pun telah hilang dan sekarang dia kelihatan sedikit marah.

"Hoi,apa yang awak cuba lakukan tadi"
"Identiti sebenar saya ialah rahsia,faham"

"Faham tapi kenapa rahsiakan"
"Awak bukannya buat benda salah"

"Apalah yang buat awak fikir macam tu"
"Saya ialah seorang idola dan pada masa yang sama seorang ahli SOLUTION"
"Jika tidak berjaga-jaga,SOLUTION akan berada dalam bahaya" balas dia dengan muka yang serius.

"Bahaya yang macam mana pulak"

"Makin berani pula awak ni,ye"
"Saya inikan ahli SOLUTION yang terkuat dan terhandal,andaikan identiti saya sebagai ahli SOLUTION dibocorkan, kemungkinan akan ada yang cuba membunuh saya ketika konsert dan lebih teruk ia mungkin akan melibatkan orang awam" balas Soul aka Anima.

Walaupun ayat dia kedengaran serius dan bertimbang rasa tapi dia ni boleh tahan bangga diri juga.Dia lansung tak tapis apa yang dia nak cakap pada saya.

"Lagipun saya cuma rahsiakan identiti sebagai ahli SOLUTION dari orang ramai sahaja" kata dia lagi.

.....
Keadaan menjadi sedikit kaku di sini.Saya ke belakang pentas untuk berjumpabdia hanya kerana saya mahu pastikan yang Soul dan Anima ialah orang yang sama.Saya lansung tak fikirkan apa yang perlu dibuat selepas itu.Saya fikir untuk pergi begitu sahaja tapi ia macam membazirkan kad yang ibu saya bagi ini.Jadi saya fikirkan apa yang perlu dikatakan untuk menghilangkan kesunyian ini.Selama ini saya memandang tinggi dia ni jadi pasti ada banyak benda saya boleh tanya.

"Jadi dah kenapa awak tak pernah beritahu ahli SOLUTION tentang ini" tanya saya pada dia.

"Eh"

"Huh"

Dia terdiam seperti saya cakap perkara yang pelik.Saya cuma tanya sebab tiada siapa dalam SOLUTION pernah beritahu saya hal ini mahupun menceritakannya.

"Apa maksud awak tak pernah beritahu"
"Dan kenapa saya perlu beritahu,bukankah awak patut kenal saya"
"Bukan nak berlagak tapi saya antara idola muda yang berjaya hanya dalam beberapa bulan" balas dia.

"Eh,tapi tiada siapa pernah bercerita ataupun dengan lagu awak di sana"
"Dan saya pun baru tahu tentang awak disebabkan adik saya" kata saya.

"Ah,awak ni memang berada di bawah tempurung kelapalah"
"Saya agak terkenal di seluruh dunia tahu"

Sebelum ini adik saya,sekarang senior saya pula.Salahkah kalau tak tahu benda-benda macam ni? Menyusahkan betullah.

"Dan lagi satu,mestilah mereka yang lain tak bercerita tentang ini,mereka pun ada benda yang lebih penting untuk dihiraukan"

"Tak mungkinlah"
"Saya yakin mereka pun tidak tahu perkara ini macam saya"

"Oh,nak lawan ya"
"Baiklah,saya bertaruh 1000 Magnes jika saya betul"
"Macam mana?"

1000 Magnes...1000 Magnes...1000 Magnes!!!

Di dunia ini,Magnes merupakan mata wang kedua yang tertinggi di belakang Muilak.Gaji saya pun cumalah 1000 Emas iaitu mata wang terendah di sini.1000 Emas bersamaan 1 Kupr.100 Kupr pula bersamaan 2 Ferm.500 Ferm pula bersamaan 1 Zik.100 Zik pula bersamaan 1 Magnes.Manakala 1000 Magnes bersamaan 2 Muilak.Kesimpulannya,TAWARAN TU DAH BERJUTA KALI GANDA LAGI TINGGI DARI DUIT GAJI SAYA!!!!!

"Kejap-kejap,tak apakah awak bertaruh banyak macam tu"
"2 Muilak tu dah kedengaran boleh sara hidup saya berpuluh-puluh tahun tanpa kerja tahu" tanya saya dengan sedikit risau tapi masih tertarik dengan taruhan itu.

"Jangan risau"
"Simpanan saya ada lagi banyak dari yang awak jangka"
"Dan jugak,saya sahaja yang perlu bayar jika kalah,jika awak kalah saya ada hukuman rahsia yang saya akan sediakan" katanya dengan penuh maruah.

Ah,kalau awak bankrup jangan cari sayalah,okey.Itu sahajalah rasanya apa yang saya mahu buat di sini.Sekarang saya perlu cari adik saya dan pergi dari si-CRASH!!!!

"Bunyi apa tu" tanya saya dengan panik.

Senior Anima segera mencari bunyi tersebut.Setelah jumpa,kami melihat yang keadaan belakang pentas telah kucar kacir.Berdasarkan staf-staf di situ,mereka mengatakan yang kawasan ini telah dipecah masuk tetapi tiada siapa yang nampak rupa penjenayah itu.Saya segera mencari adik saya di seluruh kawasan itu.Saya masih mencari dan lansung tak nampak dia.Saya beranggapan bahawa dia mungkin sedang menyorok di mana-mana.Walaupun dia kadang berperangai seperti budak manja tapi dalam hal macam ini,dia mampu berfikir matang untuk melakukan apa seterusnya.Jadi saya dengan berat hati mengetepikan halnya sebentar dan cuba mencari penjenayah tersebut.

"Anima,awak ada petunjuk tak?" tanya saya.

"Tidak"
"Nampaknya penjenayah itu sama ada terlalu pantas atau pun dia ialah halimunan"
"Dan juga panggil saya Soul di sini" balas Senior Anima.

Kami meminta sesiapa untuk memanggil polis ke sini tapi malangnya talian telah terputus.Saya tidak mahu akui perkara tersebut tetapi keadaan sekarang ini mungkin seperti kejadian 4 tahun lalu.Ia adalah kejadian yang saya tidak boleh lupakan.Tetapi kali ini,saya lebih kuat dan tidak lagi kaku seperti dulu.

Saya menarik dan menghembuskan nafas beberapa kali.Kemudian,saya mengeluarkan cincin yang diberi oleh lelaki dari kejadian 4 tahun lalu menyarungkan di ibu jari seperti orang itu.Ia sedikit longgar tetapi cincin ini seperti boleh melekat di jari saya tanpa jatuh.Baiklah,saya sudah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku.

"Betulkah awak sudah bersedia,Shirou"

"Erk"

Kedengaran suara yang dalam dan menyeramkan menyebut nama saya.Suara dia penuh dengan nafsu membunuh.Saya cuba mencari tuan suara itu tetapi lansung tiada hasil.

"Kenapa awak takut,Shirou"
"Kejadian hari ini,sama macam kejadian hari tu,bukan"

Kenapa dia boleh tahu perkara itu?Identiti saya patut dirahsiakan.Cuma keluarga Kitai dan saya serta rakan sekelas kami dan cikgu sahaja yang tahu.Tak mungkinlah mereka mahu lakukan semua ini?Semua kawan kami telah berjaya dan mampu menyara hidup mereka tanpa rasa kecewa.Saya tetap berdegil untuk mempercayai bahawa dia bukan rakan sekelas saya.

"Shirou,tidak perlu risau"
"Saya ini bukanlah rakan sekelas awak"

"Habis tu,siapa awak?"
"Macam mana awak tahu saya berada di situ"

"Mungkin...sebab saya pun di situ"

Di-dia pun ada di situ.Tidak mungkin lelaki yang membantu kami waktu itu ialah dia.Saya tak boleh pastikan tapi saya yakin dengan hati saya.Tak kisahlah siapa dia.Saya masih akan lawan.

"Keluarlah kalau berani"
"Apa guna awak halimunan sekarang ni"

"Hum,betul jugak"
"Pandai awak ni,Shirou"

Selepas itu,suatu benda seperti bayang muncul di depan saya.Saya lansung tak boleh fokus pada orang tersebut kerana di tangan kanannya terdapat adik saya.

"Hoi,lepaskan dia!"
"Jangan berani awak cederakan dia" kata saya lalu dengan pantas mengacukan pistol pada dia.

"Relaks,relaks"
"Saya datang bukan nak cari gaduh"
"Saya cuma nak awak beri maklumat ini pada Anima,boleh kan"

"Ma-maklumat apa"

"Beritahu dia...."
"Fahamkan"

"Faham"
"Sekarang lepaskan adik saya"

Dia melepaskan adik saya yang tidak sedar itu.Tiada kecederaan pada dia ni.Nampaknya dia memang selamat.Hal di sini sudah selesai tetapi satu lagi belum.Saya perlu beritahu perkara ini pada senior Anima dan saya juga mahu tahu apa kaitan dia dengan peristiwa 4 tahun lalu.

Malam itu,

.....

"Uahh,berapa tahun lagi lah saya perlu berkerja di situ"
"Saya cuma mahu berjumpa artis kegemaran saya sahaja tapi terpaksa bekerja di sini selamanya"
"Sakit kaki saya tahu"
"Eh,awak ni siapa"
"Ar-ar....aAAARRGGGGGHHHH"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience