BAB 5

Humor Completed 26855

Khalish mengangkat kening sebelah, dia nak menjawab tapi dia fikirkan dulu bagaimana nak menjawab. Dia tak mahu bergaduh teruk dengan Qisha lagi.

“Comel la tu mata aku, sebab tu kau kata macam mata patung” Khalish menyiku lengan Qisha. Qisha ketawa lagi.

“Patung Chucky la, patung yang suka bunuh orang tu maksud aku”

“Aku tak de la teruk sangat” Khalish sudah menggeleng kepalanya, rambut dirty blondenya pula menjadi sasaran Qisha.

“Rambut kau sama warna dengan rambut Chucky, mata kaupun sama dengan mata dia. Tunggu ada parut je, lepas tu aku pasti memang sama”

Ish, dia ni nak cari pasal ni. Sabar Khalish, kau kena sabar dengan dia. Kalau kau cari gaduh dengan diapun, apa faedahnya…. desis Khalish dalam hati.

“Kau ambil sebelas mata pelajaran ke? Aku dengar kau selalu pergi kelas seni lepas habis waktu sekolah?” tanya Khalish.

“Aku ambil seni sebab aku minat. Tapi bila difikirkan balik memang aku tak mampu. Berat sangat, jadi aku nak drop satu subjek”

“Biologi??”

Macammana dia boleh teka?

“Taklah, Fizik”

“Kau tak payah nak temberang kat aku. Aku nampak slip keputusan kau, kau dapat C untuk Biologi”

TAK GUNA!!! Macammana dia boleh nampak, aku letak dalam beg..

“Kau selit slip kau dalam buku rujukan Kimia kau. Masa aku nak guna buku rujukan kau, slip kaupun jatuh kat kaki aku. Aku kutip dan letak balik kat tempatnya. Secara teknikalnya, aku tolong kau”

Tolong apa bendanya? Kau ambil benda orang tanpa kebenaran la, tak guna betul… Bikin malu sama gua jer…

“Tak ada apa yang nak dimalukan.. Bukannya teruk sangat keputusan kau”

Dia boleh baca fikiran aku ke?

“Tak, aku tak baca fikiran kau. So childish, kau fikir aku boleh baca fikiran orang ke?”

“Habis tu, macammana kau boleh tahu apa yang aku fikirkan?”

“Aku boleh baca riak muka kau” jawab Khalish, bibir merahnya mengukirkan senyuman untuk kali pertamanya. Qisha terkesima, mulutnya ternganga.

“Be careful, nanti lalat masuk. Lebih baik tutup mulut tu ya” tegur Khalish membuatkan Qisha terkejut, dia cepat-cepat menutup mulutnya. Khalish ketawa perlahan,dia menggelengkan kepalanya sebelum kembali memberi perhatian pada buku latihan matematik tambahannya.Senyuman lebar tergukir di atas bibirnya membuatkan Qisha turut tersenyum.

Sejak hari itu aku sedar yang dia bukannya teruk sangat, selama ini aku je tak bagi peluang untuk dia berbaik-baik dengan aku….. desis hati Qisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience