Bab 3

Crime Series 28897

Aku menatap lappy di depan mata. Rambut ku sepitkan kiri dan kanan. Khusyuk mencari jurnal untuk assignment terbaru.

Deadline hujung bulan ni, tapi aku tak suka melengahkan kerja last minit.

"Anna, kau taknak dinner ke? Jom makan luar."

Amira muncul di muka pintu. Terkejut aku. Dia selalu begini, menerjah aku tanpa memberi salam.

"Mira, kau pergi sorang boleh tak? Tapaukan untuk aku ke takpun kau masak jela apa yang ada kat dapur tu."

Aku malas mahu jamah apa-apa.

"Anna, kau tak makan lagi dari petang tadi. Makan bubur nasi tu pun sikit je. Perut kau kosong. Karang aku jugak yang susah kalau kau pengsan."

Aku mengerling Amira. Membebel pulak.

"Aku tengah banyak assignment. Serabut."

"Yela. Banyak kerja sekalipun, kena la makan jugak."

Aku mengeluh.

Budak Mira ni. Geram pulak aku.

Lantas, aku menutup lappy di depan mata.

"Okay. Fine. Jom keluar. Tapi, kau belanja."

Sengaja aku mengenakan Amira suruh dia belanja. Sekali sekala apa salahnya.

"Okay. No problem."

"Jap, bagi aku 5 minit."

"Cepat sikit. Aku dah lapau gila ni."

Kami berdua ke gerai makan di persimpangan jalan.

"Kau nak makan apa?"

Amira memandang orang yang lalu lalang.

Entah. Aku tiada mood. Memikirkan kerja yang banyak.

"Char Kuey Teow kot."

Aku memesan menu seperti biasa. Malas mahu berfikir panjang.

"Anna, kau da call ke tanya En. Lee pasal kereta aku bila nak siap?"

Oh iya. Aku hampir lupa.

Kereta Amira. Tersadai kat bengkel. Terlupa nak tanya Lee.

"Aku lupa nak tanya dia. Nanti la aku call dia."

Makanan sampai.

"Tanya dia berapa kos kerosakan. Bila nak siap? Susah aku nak pegi keje naik LRT."

Amira mula membebel. Hmm.

"Yela. Jap lagi aku mesej dia je senang."

Aku da lapar sangat. Kami mula menikmati hidangan yang terhidangan di depan mata.

Qarl memerhatikan Anna dari jauh. Dia sudah merancang sesuatu.

Anna bakal terperangkap dalam rancangan dia.

Malam ni, dia mahu mendekati gadis itu. Anna Adriana. Tunggu aku datang.

Qarl buat-buat singgah kat kedai makan ni.

Dia duduk membelakangi Anna. Mahu mendengar butir bicara perbualan di antara Anna dan kawannya, Amira.

Qarl sudah menyiasat latar belakang Anna Adriana. Tentang family. Tentang tempat belajarnya.

Anna. Kau akan terperangkap dengan aku tak lama lagi.

"Anna, sampai bila kau nak keje dekat kedai mamak tu? Tak penat ke?"

Penat. Tapi aku mahu mencari duit poket lebih.

Nak biayai perbelanjaan adik-adik aku yang masih belajar.

Terpaksa. Aku pun rasa penat juga bekerja.

Qarl mula memasang telinga. Seorang pekerja kedai makan mula menghampirinya. Mahu mencatat menu makan.

"Bang, makan apa bang?"

Qarl menjeling marah.

"Spaghetti Carbonara ada?"

"Sorry bang. Takde. Goreng-goreng ada la. Western takde."

Ek eleh. Qarl membuat muka. Kedai makan punya la besar. Tapi Spaghetti pun takde.

"Hmm. Bagi saya Nasi Goreng USA jela dengan Fresh Orange."

Aku mencuri dengar perbualan orang di belakang aku.

"Okay, bang."

Nak Spaghetti Carbonara. Kau ingat ni kafe hipster?

Aku mengutuk orang itu di dalam hati.

Aku memusingkan badan mahu melihat empunya suara.

Dia juga memusingkan badan. Kami bertentang mata.

What? This guy.

Encik Lee. Baru je aku bercakap tentang dia tadi dengan Mira.

Riak wajahnya terkejut melihat aku.

"Eh Hai. Anna right?"

Aku mengangguk. Mengulum senyum.

Lee tersenyum juga, matanya agak sepet sedikit. Comel.

Anna. Anna. Sengaja aku membuat muka terkejut.

Buat-buat terserempak dengan kau.

Kau ingat kita berjodoh sangat? Perasan betul.

"Rajin Anna dinner kat luar. Tak masak ke kat rumah?"

Aku terpukul dengan kata-katanya.

"Selalu masak je. Housemate ajak dinner luar."

"Oh I see."

"Selalu dinner kat sini?"

"Yup."

"Senang la ajak you dinner kat sini nanti."

Aku terdiam. Hmm, okay.

"Ehem. Ehem. Eh Anna, kau taknak kenalkan siapa tu?"

Amira yang dari tadi senyap mula bersuara.

Aku lupa nak kenalkan Amira kepada Lee.

"Lee. This is my housemate, Mira. Mira, and this is Lee. Dia ni la ada bengkel kereta yang aku ceritakan tu. Lee yang tolong aku haritu. Kalau dia takde, patah kaki aku, beb."

Amira tersengih memandang Lee.

Qarl buat-buat tersenyum manis.

"So, tu kereta kawan you la ye? Cik Mira, esok you da boleh ambik kereta you. Ke you nak I hantar sampai depan rumah?"

Eh, baik pulak hati dia ni.

"Eh, boleh ke? Lagi bagus. Takde la susah-susah I datang ke bengkel kereta you."

Aku menyiku Amira di sebelah.

Sukahati dia je. Malu la aku ada kawan macam ni.

"No.. Its okay, nanti saya datang ke bengkel kereta awak, Lee."

Anna nampak baik sikit. Tak macam kawan dia yang sorang ni, gedik gila.

"Its okay, I boleh hantarkan. Kesian tengok you all susah nak gerak tanpa transport."

"Betul tu."

Amira menyampuk kata.

Ishh, Mira ni. Geram betul aku.

Makanan sampai ke meja Lee.

"Okay Lee. Enjoy your meal. Have a good dinner."

Aku mula bangun. Mahu pergi dari sini. Amira sudah melangkah ke kaunter untuk bayar.

"Anna."

Aku menoleh. Memandang Lee.

Dia senyum.

"Nanti kalau I nak ajak you dinner sama, you sudi tak nak keluar dengan I?"

Aku terdiam. Berfikir sekejap.

Lelaki ini... Nampak seperti mencurigakan. Tapi, nampak macam sweet.

Hati-hati, Anna. Kau tak kenal dia.

"Anna."

Aku mematikan lamunan.

"Okay je."

Okay je? Anna ni tak nampak macam excited jumpa aku.

Takpe. Nanti hari-hari kau kena hadap muka aku. Kau tunggu, Anna.

Tak lama je lagi.

Qarl mencebik.

Qarl tidak lepas memandang Anna sehingga bayang Anna Adriana menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience