DIA 46

Romance Completed 131781

Hanis membuka matanya dengan perlahan-lahan. Anak matanya bergerak-gerak ke kiri ke kanan, tiada sesiapa di sisinya. Hanis bangun dan bersandar pada kepala katil. Tangan Hanis naik mengurut dahinya, pening.

Strett…

Hanis menoleh ke arah pintu dan dengan segera dia menegakkan badannya apabila melihat bonda dan Jannah melangkah masuk. Hanis menguntum senyuman kelat.

“Kau tak payahlah nak senyum-senyum bagai! Aku ada benda nak bincang dengan kau.” Ujar bonda, Jannah mengerutkan dahi melihat cara bondanya bercakap.

“A—Apa dia?”

Beg tangannya diletakkan di atas meja dengan kuat. Pergelangan baju di lipat sampai ke siku dan jari telunjuknya menunjukkan ke arah perut Hanis. Terkebil-kebil mata Hanis memandang bonda.

“Aku nak kau cakap benda yang betul, anak siapa dalam perut kau ni hah!?”

Soalan bonda membuatkan Hanis terkejut dan mengerutkan dahi. Dia sendiri tidak tahu yang dia sedang berbadan dua. Jannah juga turut terkejut mendengar ujaran bonda.

“Hanis… Mengandung?” Soal Hanis.

“Lahh! Nak main kayu tiga belakang anak aku, lepas tu kau boleh tanya kau mengandung ke? Allah!! Kau jangan nak ajak aku main teka-teki lah Hanis Adawiyah! Kau dah memalukannya keluarga aku kau tahu tak!? Sekarang aku nak kau- “

“Bonda cup!” Celah Jannah.

Bonda menoleh ke arah Jannah dengan pandangan marah.

“Ke—Kenapa bonda cakap macam tu? Kenapa tiba-tiba cakap yang anak dalam perut Hanis tu bukan anak Hazzar pulak? Mana bonda dapat cerita ni?” Soal Jannah.

“Mana aku dapat cerita? Dari kau dengan Hazzar. Nak bonda minta maaf sebab curi-curi dengar? Memang taklah Jann oii! Kan Hazzar cakap yang dia tak penting pun sentuh si Hanis ni kan? Kan? Kalau Hazzar tak sentuh dia, macam mana boleh mengandung. Cakap dekat bonda sekarang ni!” Marah bonda.

Hanis menundukkan wajahnya kemudian mengetap bibirnya. Hanya dia yang tahu apa yang terjadi. Bonda kembali menoleh kepada Hanis.

“Kau cakap dengan aku sekarang! Anak siapa dalam rahim kau tu hahh!?” Tengking bonda.

“Anak… Anak Hazzar Iskandar.” Ujar Hanis sambil mengangkat mukanya.

“Kau ingat kami nak percaya ke? Baik aiu suruh Hazzar ceraikan kau jelah!!” Marah bonda.

Hanis menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah penat. Hanis memandang wajah bonda dengan pandangan geram.

“Bonda nak apa sebenarnya? Nak Hanis dengan abang bercerai? Lepas tu bonda boleh buat party untuk meraikan yang anak bonda dah jadi duda? Abang sendiri pernah cakap yang dia akan ceraikan Hanis dari dulu lagi, sampai sekarang? Hanis masih lagi isteri dia. Bonda dah suruh dia ceraikan Hanis, tapi tak jugak?” Ujar Hanis.

Bonda dan Jannah terperanjat apabila melihat Hanis menjawab.

“Kenapa? Terkejut? Terkejut Hanis menjawab sampai macam ni? Hanis dah lama pendam, dari duluuu lagi. Dari zaman bonda, cuba nak hancurkan hidup mama dengan babah! Hanis tak kisah sangat sebab itu tak ada kaitan dengan Hanis. Mereka hidup bahagia walaupun bonda cuba nak hancurkan hidup mama dengan babah. Bonda sendiri? Hidup dengan dendam. Dari mama dengan babah, sampai Hanis dengan Hazzar pun terpalit sama.” Sambung Hanis lagi.

Bonda angjat tangan menampar pipi Hanis. Hanis tersengum sinis dan perlahan-lahan menoleh ke arah bonda.

“Jadi kau berdendam dengan akulah? Sampai nak rosakkan hidup anak aku, bunuh anak aku!” Tuduh bonda.

“Tak! Hanis langsung tak berdendam dengan bonda. Sebab apa? Sebab tak ada apa yang terjadi dekat keluarga Hanis. Nothing bonda. Arwah mama pun dah lama maafkan bonda. Sudahlah bonda, tak kasihan ke dekat anak-anak bonda dengan suami bonda. Berhentilah…” Balas Hanis.

“Kau jangan nak berlagak baik sangat boleh tak!?” Tengkingnya lagi.

“Bonda! Sudah! Kita dekat hospital ni, bukannya Cuma kita yang ada dekat sini! Banyak lagi pesakit lagi dekat sini bonda! Betul cakap Hanis tu, berhentilah bonda. Kalau bonda tak kasihan dekat Jann, dekat Hazz, kasihanlah dekat ayah.” Celah Jannah.

“Jannah boleh diam ke tidak!? Bonda tak bercakap dekat kau!” Marah bonda kemudian mengatur langkah pergi, tiba-tiba dia berhenti dan menoleh ke belakang.

“Aku nak, kau tinggalkan anak aku. Sekarang!” Katanya kemudian kembali melangkah pergi dari situ.

Jannah dan Hanis saling berpandangan.

Hazzar duduk di kafe sambil bertongkat dagu. Kopi yang tadinya panas, kini sudah sejuk. Dia teringat akan kata-kata doktor tadi.

Tadi…

“Macam mana dengan… Keadaan isteri saya?” Soal Hazzar.

“Puan Hanis sudah stabil dan tidak ada apa-apa yang membimbangkan. Cuma… Dia perlu lebih berhati-hati sebab kandungan dia masih baru lagi. Kalau lambat tadi, mungkin kami tidak dapat selamatkan anak Encik Hazzar.” Jelasnya.

Hazzar terdiam. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Hazzar mengangguk-angguk dan doktor pun terus berlalu pergi.

Tamat teringat.

“Hanis… Mengandung? Anak siapa!?” Ujarnya dalam nada perlahan.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang tiba-tiba duduk di hadapannya. Hazzar kembali duduk menegak.

“Kau ni siapa? Tiba-tiba duduk depan aku?” Soal Hazzar.

“Saya Akmal. Papa suruh duduk sini dulu, dia nak beli roti. Abang buat apa dekat sini? Dari tadi saya tengok abang termenung.” Ujar Akmal.

“Pandailah kau bercakap. Kau dengan papa je? Mak kau mana? Rumah?” Soal Hazzar lagi.

Akmal diam seketika.

“Mama… Dah tinggalkan Akamal dengan papa. Papa selalu pukul mama. Lepastu tiba-tiba mama hilang. Papa kata mama work, tapi dah lama saya tak jumpa mama. Akmal, rindu mama.” Ujarnya sayu.

Hazzar terpaku ketika mendengarnya.

“Abang ada anak ke?” Soal Akmal.

Hazzar tidak menjawab sebaliknya mengangguk perlahan. Akmal mengukir senyuman kecil.

“Abang… Nanti jangan pukul mama anak abang lagi tau. Nanti mama dia lari tinggalkan dia sama macam Akmal, kasihan dia. Akmal tak nak ada orang lain jadi macam Akmal. Papa selalu pukul Akmal sebab mama tak nak balik. Papa pukul sakit.” Balas Akmal.

“Papa pukul dekat mana?” Soal Hazzar.

“Papa pukul dekat belakang dengan kepala. Papa selalu tampar Akmal. Akmal nak mama… Mama sayang Akmal, papa jahat. Papa suka mabuk. Papa banyak awek.” Ujar Akmal sambil menangis.

Hazzar terfikir dengan apa yang Akmal katakan.

“Abang…” Panggil Akmal.

“Apa dia?”

“Abang sayanglah mama anak abang. Jangan buat dia lari. Anak abang bukan perlukan abang sorang ada mama dia sorang. Anak abang perlukan kedua-duanya.” Si kecil Akmal meleret senyuman manis kemudian terus lari meninggalkan Hazzar.

Hazzar bangun untuk mencari Akmal tapi… Dengan sekilip mata sahaja Akmal sudah hilang. Hazzar menggaru kepalanya bingung.

“Kenapa muka kau masam je ni? Ada masalah ke apa?” Soal Kasih sambil berpeluk tubuh.

Nazrul menoleh kemudian terus menegakkan badannya.

“Hanis.” Jawabnya sepatah.

“Sepatah je kau jawab aku? Apa hal dengan dia? Setuju nak ikut kau ke?” Soal Kasih kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi.

Nazrul diam buat seketika.

“Kau rasalah, ada kemungkinan tak yang Hanis tu mengandung?” Soal Nazrul kemudian menoleh ke arahnya. Kasih seolah-olah sedang berfikir kemudian terus menggeleng.

“Mustahil dia nak mengandung. Hazzar sentuh dia pun tak, macam mana nak mengandung? So jawapan, tak mungkin dan tak ada kemungkinan langsung. Tapi aku pelik jugak, asal kau tanya pasal tu? Kau… Ada apa-apa yang kau tak cakap dengan aku ke apa.” Kata Kasih.

Nazrul memandang ke arah lain.

“Woi! Aku cakap dengan kau sekarang ni! Yang kau pergi pandang tempat lain dah kenapa? Jawablah!” Kata Kasih lagi.

Nazrul menoleh ke arahnya.

“Aku rasa… Hanis mengandung. Masa dekat rumah dia, Hazzar tertolak dia and tiba-tiba ada darah keluar. Kalau tak mengandung, apa lagi?” Terangnya.

“Tapi kalau dah mengandung lepas tu terjatuh, mungkin dia gugur. Takkan budak tu selamat pulak kan? Lagi senanglah kau nak buat kerja.” Balas Kasih.

“Aku rasa, aku dah tak nak ikut plan kau dengan Kamal.” Uajr Nazrul tiba-tiba.

Kasih terkejut beruk.

“Apahal pulak!? Tiba-tiba je! Kau jangan nak buat hal eh!” Marah Kasih.

“Aku ada cara lagi senang nak dapatkan Hanis dari nak ikut plan kau yang… Belum tentu dapat dia.” Kasih mendecit mendengarnya.

“Habis tu, kau rasa plan yang nak guna tu gerenti dapat dia ke apa?”

Nazrul mengangguk.

“Aku dapat dia, dan dia sendiri yang akan buat Hazzar tinggalkan dia. Senang je caranya dan… Aku sendiri tak pernah terfikir cara ni.” Terangnya.

LKasih mengerutkan dahinya memikirkan apa yang dikatakan oleh Nazrul.

“Apa dia?” Soal Kasih.

Nazrul sekadar meleret senyuman sinis. Kasih masih tidak faham akan maksudnya, siapa jugak yang akan faham?

Hanis dan Jannah langsung tidak bersuara walaupun hanya mereka yang berada di dalam wad itu. Hanis akhirnya menoleh ke arah Jannah.

“Kak Jann…” Panggilnya.

Laju Jannah mengangkat muka memandang ke arah Hanis.

“Hanis nak minta maaf sebab, tadi.” Ujarnya.

Jannah menguntum senyuman manis kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak perlu minta maaf dengan kak Jann… Hanis, kaka Jann ada benda nak cakap tapi, kak Jann tak tahu nak mula dari mana dan macam mana sekarang ni.” Kata Jannah bingung.

“Cakap jelah.”

“Hanis… Kalau nak diikutkan permintaan sebenar, kak Jann nak Hanis tinggalkan Hazz-“

Boom! Hazzar menghempas pintu dengan kuat sekali. Nak luruh jantung mereka lebih-lebih lagi Jannah. Muka Jannah sudah pucat. Hazzar melangkah mendekati mereka berdua.

“Apa kau ni! Dia mengandung macam tu, kau pulak nak suruh dia tinggalkan aku? Kau gila ke apa? Dah terpengaruh dengan bonda!?” Marahnya.

“Ta—Tak! Bukan macam tu!”

“Habis tu macam mana!!!? Sekarang ni, aku nak kau keluar dari wad ni! Sekarang kak!!” Arah Hazzar sambil jarinya menunding ke arah pintu.

Cepat-cepat sahaja Jannah mengambil beg tangannya dan berlalu pergi manakala Hazzar melangkah mendekati Hanis dan duduk di hadapannya. Hanis memandangnya dengan pandangan takut-takut. Hazzar pula kekal dengan wajah seriusnya.

“Hanis… Kau curang belakang aku ke?” Soal Hazzar.

Hanis terkelu kemudian mengeleng laju.

“Habis tu, yang dalam rahim kau tu apa? Tikus? Anak siapa?” Soalnya dingin.

“Anak… Anak abanglah. Takkan anak tikus pulak.” Balas Hanis.

Hazzar mendecit kemudian mengetap bibirnya.

“Setahu aku, aku tak pernah sentuh kau. Macam mana pulak kau boleh cakap yang kau mengandung anak aku?”

Hanis tersenyum sinis.

“Abang memang tak ingat kan? Ingat tak satu pagi tu abang bangun dalam bilik Hanis. Malam sebelum tu, abang mabuk. Abang suruh Hanis bawak abang ke bilik abang tapi bila sampai depan bilik Hanis, abang terus tolak Hanis masuk bilik Hanis and… Semuanya bermula.” Terang Hanis.

“Aku boleh percaya kau ke?” Soal Hazzar lagi.

“Terpulang, antara abang nak percaya dengan Hanis atau… Apa yang abang sangka. Kalau nak, kita boleh buat ujian DNA bila dia dah lahir nanti. Kalau itu yang boleh buat abang percaya, silakan. Hanis izinkan.”

Hazzar terdiam mendengarnya.

“Kalau kau bercakap benar, aku percaya. Kalau kau tipu, terima kasih.”

Hazzar bangun dan hendak berlalu tetapi Hanis menarik tangannya. Hazzar menoleh.

“Abang… Terima Hanis tak?” Soalnya tiba-tiba.

“Tak.”

“Kalau macam tu, abang cubalah terima anak kita ni.” Hazzar mengeluh dan mengangguk perlahan.

Hanis tersenyum puas.

Nazrul membuka pintu rumah dan tiba-tiba terkaku apabila melihat sekujur tubuh serta darah berada di atas lantai. Laju dia mendapatkan Syaza. Pipi Syaza ditepuk beberapa kali tetapi tiada balasan.

“Sh*t!”

Nazruk mencempung tubuh Syaza dan terus membawanya ke hospital.

Syaza membuka matanya perlahan-lahan. Nazrul terus berpeluk tubuh apabila melihat Syaza mula bergerak.

“Aku ingatkan kau dah mati. Lama sangat kau tidur.” Ujarnya.

Syaza sekadar memandang kosong. Dia langsung tidak larat untuk duduk mahupun bergerak.

“Anak… Kita, selamat kan?” Soal Syaza.

Nazrul menjeling ke arahnya kemudian melangkah beberapa langkah mendekatinya.

“Anak kita dah mati. Tapi bagus jugaklah dia mati.” Balas Nazrul kemudian mengangguk dan mencebik.

Bagaikan terhenti nadinya mendengarnya. Syaza mula menangis sambil menggeleng kepala.

“U tipu kan!? Anak kita selamat kan? Cakaplah Naz!!!? Anak I selamat kan?” Raungnya.

“Tak payahlah nak menangis. Kejap lagi mak kau datang, jaga kau. Aku ada hal.”

“Tunggu!” Nazrul menoleh.

“Jangan tinggalkan I please… I merayu dekat U. I perlukan U Naz. I perlukan U dekat sisi I.” Pinta Syaza separuh merayu.

“Takkan! Anak aku dah mati! Buat apa aku nak ada dengan kau? Aku tak perlukan kau. Nak meroyan? Dipersilakan.”

Nazrul menoleh dan PAPP! Puan Sri Karisya menampar pipi Nazrul dengan kuat. Nazrul merengus kuat.

“Berani kau cakap macam tu dekat anak aku!? Hey, yang kau kata mati tu anak kau! Ini isteri kau! Tak boleh ke kau tinggal dengan anak aku!? Entah apa yang kau gilakan sangat dekat perempuan kampung tu aku pun tak tahu!” Marahnya.

“Budak kampung? Aku pun berasal dari kampung! Kau jangan nak cakap macam tulah, kau ingat seluruh keluarga kau memang berasal dari raja-raja ke? Hey hello hello! Moyang kau tak lalui zaman batu ke? Fikirlah!” Marahnya.

Nazrul mencengkam leher Puan Sri Karisya dengan kuat. Puan Sri Karisya memukul-mukul dada Nazrul sehinggalah dia tidak bernafas lagi. Syaza yang baru hendak menjerit 'mama' dengan kuat, mulutnya terus di tekup dengan bantal oleh Nazrul sehinggalah dia berhenti bernafas.

Nazrul mengalih bantal tersebut dan terus berlari keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience