BAB 20

Humor Completed 78146

AISYAH tidak terus ke rumah pak ngah Daud sebaliknya dia ke rumah arwah ayahnya.Rumah dua tingkat milik arwah Haji Hamid masih tersergam indah.Mak cik Limah dan Pak Mail yang menjaga dan menguruskan rumah itu.

Dah lama Aisyah tidak balik ke situ.Pokok-pokok bunga yang di tanam keliling rumah berbunga lebat mencantikkan suasana.Rasa tenang dan damai saja.Arwah ibu Aisyah sangat gemar menanam pelbagai jenis pokok bunga.Bau haruman bunga kerak nasi yang sentiasa mewangi menusuk ke rongga hidung.

Mak cik Limah dan Pak Mail memang tinggal berdekatan rumah arwah Haji Hamid.Jadi semasa ketiadaan Aisyah mereka lah yang membersih dan menjaga rumah.

Perlahan Aisyah menolak pintu utama.Salam diberi sebelum memasuki pintu rumah.

"Mak cik dah kemas semuanya.Aisyah, masuk rehat dulu."Kepulangan Aisyah seorang diri agak mengejutkan Mak cik Limah.

"Terima kasih banyak mak cik.Tolong jaga kan rumah ni.Cantik dan kemas macam dulu juga."Aisyah hulur senyuman.

"Aisyah,nanti malam mak cik datang sini teman kan Aisyah."serba salah dia nak tinggalkan Aisyah keseorangan.

"Tak apa mak cik.Aisyah dah biasa."

Selepas Mak cik Limah balik,Aisyah terus membawa naik beg pakaiannya.Nasib Mak Cik Limah tidak tanya banyak.Tidak Aisyah pun tak tahu nak jawab apa.Sama ada dia sudah diceraikan atau masih isteri Adam.

Aisyah redha andai Adam mahu melepaskannya.
Bukan Aisyah tak sayang akan pernikahan yang masih tertalu baru ini.Aisyah hanya nak bertepuk sebelah tangan.Yang Aisyah bimbang akan mulut masyarakat yang tak henti bercakap.Salah sangat ker jadi janda?

Pada hal jadi janda bukan kehendak seseorang tetapi atas sebab-sebab tertentu.Janda selalu nampak buruk di pandangan umum.Lebih-lebih janda muda macam Aisyah ni.Mesti banyak tomahan yang akan dilemparkan nanti.Namapaknya Aisyah perlu kuatkan mental dan emosi seleoas ini.Bukan senang nak hadap mulut keliling.

Aisyah berdoa semoga dia di beri kekuatan dan kekecalan untuk menghadapi segala dugaan dalam hidupnya.Mungkin dia tidak setabah Aisyah Khumaira isteri Rasulullah.Tetapi dia akan cuba menjadi kuat untuk diri sendiri.

Siapa cakap Aisyah tak sedih tak menangis.Sejak dari hari pertama perkhawinan lagi hati Aisyah terus-terusan tergores.Bila bab hati dan perasaan memang boleh nak dipaksa.Aisyah tak boleh buat apa.Tak kan Aisyah nak paksa Adam untuk terima dirinya.Dalam perlahwinan kena saling melengkapi dan sama-sama merasai kebahagiaan.Tak ada makna bila seorang saja rasa bahagia seorang lagi mendeita.Benda yang paling ditakuti bila hidup bersama tanpa ada perasan kasih sayang dalam rumahtangga.

Sekarang Aisyah hanya perlu menunggu surat dari mahkamah.Dan dia redha.Semoga cepat Tuan Adam selesai kan hal antara mereka berdua.Lagi pun buat apa Adam simpan Aisyah sebagai isterinya lagi.Lelaki itu pun akan berkahwin tak lama lagi.Tentu sedang bahagia menanti hari bahagia bersama bakal isteri tercinta.

Aisyah buka Al-quran dan mula mengaji.Alunan ayat-ayat suci dari Al-quran berkumandang di dalam bilik.Aisyah rasa tenang.Dua tiga hari lepas hatinya asyik bergelodok.Tak tenang.Macam-macam hal bermain di minda.Akhirnya Aisyah bawa diri pulang ke sini.Itu jalan yang terbaik bagi nya buat masa sekarang.

SEMENTARA itu Adam berasa gelisah bila dapat tahu Aidil ada hati pada Aisyah.Malah Aidil lebih mengenali Aisyah terlebih dahulu berbanding dirinya.Apa yang Adam tahu pasal Aisyah?Rasa nya tak banyak dan boleh di kira dengan jari.Tu pun Adam tak pasti sangat.

Betapa menyesal Adam kerana tidak pernah mahu mengenali Aisyah sedalam-dalamnya.Untuk melepaskan Aisyah kepada Aidil tidak sama sekali.Tak dapat Adam bayangkan bila Aisyah menjadi adik iparnya.Terbayang gelak tawa Aisyah dan Adam.

Bam!
Adam tumbuk meja.Geram marah kecewa semua ada.Marah pada diri sendiri kerana tidak pernah beri peluang untuk mendekati Aisyah.

"Adam,aku nak minta elok-elok dengan kau.Tolong lepaskan Aisyah.Biar aku yang jaga Aisyah.."pinta Aidil.Beria Aidil minta seolah Aisyah tu barang permainan.Bila tak suka bagi orang lain saja.

Terngiang suara Aidil di telinga Adam.Walaupun Aidil darah daging Adam,tak kan semudah itu Adam mahu lepaskan Aisyah pada Aidil.Tapi kenapa Aisyah juga yang dia nak rebut dari Adam.Ramai lagi perempuan di luar sana.Pilih saja lah yang mana berkenan.

"Aku sayangkan Aisyah..."Adam tanpa segan silu membuka isi hatinya.

"Sayang?kalau sayang kau tak kan buat Aisyah macam tu.Aisyah tu perempuan yang baik.Sepatutnya kau tak sia-siakan dia.Kalau aku dapat isteri macam tu dah lama bersyukur sangat."bidas Aidil.

Bersyukur?Adam tak pernah bersyukur pun.Malah tujuan Adam kahwin pun sebab harta.Tak pernah Adam melayan Aisyah elok-elok.Cakap pun kasar sahaja.Tapi Aisyah sedikit pun tidak melawan walaupun kadang nampak Aisyah seperti mempertahankan diri sahaja.Itu pun Adam yang mula kan dulu.

"Aku tak tahu nak cakap dengan kau macam mana.Aku sayang dia.Aku menyesal buat dia macam tu.Aidil tolong lah.Tolong aku dapatkan Aisyah.."separuh merayu dia pada Aidil.Dia dah tak kisah Aidil nak ejek ker apa.Yang penting,Aisyah kembali padanya.

Aidil ketawa sinis.Bila tak ada baru nak hargai.

"Macam ni lah Adam.Aku bagi kau masa sampai hujung bulan ni saja.Kalau kau tak jumpa Aisyah.Aku sendiri akan cari dia.Tapi kau kena ingat,bila aku jumpa dia dulu bermakna Aisyah milik aku."gertak Aidil dengan muka serius.

Adam meraup mukanya berkali-kali.Aidil tak mahu bertolak ansur lagi.Bila terbayangkan yang dia harus melepaskan Aisyah.Adam jadi takut.Adam tak rela Aisyah jadi milik Aidil.Aisyah milik Adam bukan Aidil!

Adam segera bangun dan mengambil beg rodanya di atas almari.Beberapa pasang baju dan barang peribadi nya di masukkan ke dalam beg.Dia harus bertindak segera jika tidak mahu berputih mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience