Chapter 14

Drama Completed 9601

" Sayang! Bangun! " kejut Tengku Haniez.

" Aishh. Kenapa ni? " tanya Tengku Afiq dalam keadaan mamai.

" Bangun le. Matahari dah naik dah ni. Bangun! " kejut Tengku Haniez lagi.

" Alaah. Bukannya ada apa apa pun harini. " jawab Tengku Afiq lalu tidur semula.

" Bangun lah. Pergi pack baju. Kan kita tidur rumah bonda malam nanti. Esok kan Miera kahwin. Bangun!! " kejut Tengku Haniez lagi.

" Yelah yelah. Saya nak bangun ni " jawab Tengku Afiq.

" Awak ni. Asal bangun pagi susah. Kalau ada flight, tahu pulak bangun pagi. Kalau takde flight, tak tahu nak cakap apa. Haisshh " rungut Tengku Haniez.

" Alah awak ni. Kalau takde flight, nak buat apa bangun awal awal. Baik tidur. Flight berejam mesti penat " hujah Tengku Afiq.

" Habistu kalau ada plan nak buat dan ada kerja yang perlu diselesaikan hari minggu, kenalah bangun awal. Cepatlah. Nanti lambat. Pergi mandi, pack baju pastu kita pergi rumah bonda. Tolong tolong apa apa yang patut. Faham? " arah Tengku Haniez.

" Faham kapten " jawab Tengku Afiq.

" Bagus. Pergi mandi sekarang " arah Tengku Haniez lagi.

" Baik Kapten Afieqa " jawab Tengku Afiq dan bergerak menuju ke bilik air.

" Haishh. Macam budak budak " kata Tengku Haniez sendirian sambil melipat baju.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Qis! Qis! " panggil Alia.

" Ye. Nak apa? " sahut Nur Qistina.

" Kau kata nak bawak aku jumpa Afiq. Aku nak try dia. Mana tahu sangkut kan? " ujar Alia.

" Lia, aku rasa baik kau berhentilah buat semua ni. Aku rasa macam tak elok lah buat semua ni. Tak baik tau game orang " nasihat Nur Qistina.

" Alah kau ni. Konon dah taubat. Eh, kau taubat ke tahu buat. Hahaha. Pelik lah kau Qis. Pelik pelik pelik. Dah lah. Kalau tak nak tolong aku takpe. Aku chaw dulu. Bye " balas Alia lalu berlalu pergi.

" Hmmm " kesian kat kau Alia. Hurh " kata Nur Qistina sendirian lalu dia pun meneruskan perjalanannya yang terhenti tadi.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Eh eh! Sorry sorry. Saya tak sengaja " kata Irfan.

" Irfan? " tanya satu suara.

" Hah? Najah? " tanya Irfan semula.

" Irfan, puas saya cari awak. Dah seminggu tau " cerita Najah.

" Dia tu yang pergi lama sangat. Ingat kita tak rindu ke? Hurh " kata Irfan sambil buat buat merajuk.

" Alah janganlah merajuk. Jom, disebabkan saya pergi sana lama sangat, hari ni saya belanja awak. Awak order je apa nak. Saya belanja " pujuk Najah. Sebenarnya Najah baru pulang dari dari Jordan. Dia menuntut di sana selama 6 bulan.

" Betul? Saya boleh order ape je? " tanya Irfan yang seakan terpujuk dengan pujukan Najah.

" Betul " jawab Najah.

" Ok. Kalau macam tu saya nak order hati awak lah. Tak nak ikat tepi, nak ikat mati. Biar takde orang boleh masuk selain saya " ujar Irfan.

" Ish! Awak ni. Main mainlah " marah Najah yang sudah malu.

" Jomlah jalan jalan. Saya tak lapar lagi. Nanti dah jalan kalau lapar kita singgah mana mana " cadang Irfan.

" Ok. Jom " Najah setuju dengan pelawaan tersebut. Mereka pun berjalan bersama sambil berbual.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Sayang, sebelum pergi rumah bonda, kita pergi rumah Nafeesha dulu. Kita pergi melawat Naim eh? " cadang Tengku Haniez.

" Ok sayang. Boleh je. Saya ikut je semua cadangan awak " jawab Tengku Afiq.

" Ok " balas Tengku Haniez. Sampai sahaja di rumah Nafeesha, mereka semua baru pulang dari tanah kubur. Nafeesha ditemani Tengku Ainnul di sisi. Tengku Izzat juga menemani Tengku Ainnul memujuk Nafeesha.

" Naf, dah jangan sedih sedih. Relakan pemergian dia. Biarkan dia tenang di alam sana " pujuk Tengku Ainnul.

" Betul tu Nafeesha. Tak baik kita meratap dan meraung orang yang dah pergi. Biarkan dia pergi dengan tenang " sokong Tengku Izzat.

" Thanks tau korang. Bagi semangat pada aku " ucap Nafeesha.

" Assalamualaikum. Nafeesha, sorry aku datang lambat " ucap Tengku Haniez.

" Takpe. Kitaorang pun baru balik dari tanah kubur " jawab Nafeesha.

" Naf, kau tak boleh macam ni. Kau kena teruskan hidup. Kau tak boleh menangis je macam ni " nasihat Tengku Haniez. Tengku Afiq dan Tengku Izzat berbual bersama manakala Tengku Haniez dan Tengku Ainnul menenangkan Nafeesha. Selepas selesai semuanya, Tengku Ainnul, Tengku Izzat, Tengku Haniez dan Tengku Afiq meminta diri untuk pulang.

" Ainnul, Izzat. Jangan lupa datang rumah aku esok. Amiera nikah. Datang tau " pesan Tengku Haniez.

" In Shaa Allah " jawab Tengku Ainnul. Tengku Haniez dan Tengku Ainnul bersalaman manakala Tengku Afiq dan Tengku Izzat juga bersalaman. Mereka bergerak menuju ke destinasi masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience