BAB 36

Drama Completed 44054

(beberapa hari kemudian)

Nabilla menghembus nafas berat.Sejak kebelakangan ini,badannya terasa sakit semacam lagi-lagi dikala pagi.

"Assalammualaikum baby,"panggil Iskandar dan itu membuatkan Nabilla terkejut.Terus berubah mukanya menjadi masam.

Iskandar melihat isterinya yang sedang termenung memandang siling."Baby?"

"Yes?"

"You good?"

"You care?"jawabnya acuh tak acuh.Dia terus pergi ke bilik mandi tanpa melihat wajah suaminya.Iskandar mengerutkan dahinya.Baru-baru ini,pelik sungguh perangai isterinya itu.Dia melihat jam di dinding.Lagi 10 minit akan masuknya solat isya.Harap Nabilla sempat membersihkan dirinya.

(10 minit kemudian)

Iskandar mengetuk pintu bilik airnya itu."Baby?"panggilnya namun tiada sahutan.

"Baby?"barulah pintu dibuka.Muka Nabilla yang masam membuatkan dia tertanya-tanya."Are you okay?"Nabilla mendiamkan dirinya dan pergi.

"We should pray,"

"I know,"balasnya dengan suara yang menyampah.Iskandar hanya mampu tersenyum.Sungguh,Nabilla memang pelik.

(beberapa jam kemudian)

Iskandar melihat Nabilla yang sedang duduk termenung sambil melihat beberapa gambar di tangan.Dia pun datang dekat ke arah Nabilla untuk memberitahu kepada isterinya bahawa dia perlu bekerja dan terkejutnya dia apabila melihat gambar yang dipegang oleh isterinya merupakan gambar perkahwinan Nabilla bersama Thaqif.

"Baby?"panggilnya terkejut dan itu membuatkan Nabilla tersentak.

"What?"

"Why did you holding those pictures?"

"Is that wrong?"

"I didnt say it was wrong but..Why?"

"I miss him.And that is why I was holding this picture.Married you was the biggest mistake in my life.Why...Why I do that?"kata Nabilla sambil menangis terduduk dan itu membuatkan Iskandar terkejut.Tidak dia sangka Nabilla mengatakan perkara sebegitu.

"Nabilla...You didnt...Love me?"

"NO!IT WAS A DRAMA!I DIDNT LOVE YOU!"hancurnya hatinya apabila mendengar ayat tersebut keluar daripada Nabilla.

"I hope...I can marry him back,"sambung Nabilla lagi dan Iskandar yang tidak dapat menahan sebak di dada terus keluar daripada rumahnya.Wanita yang dia puja tegar berkata sedemikian rupa?

(di tempat kerja)

Iskandar meletakkan kepalanya di atas meja.Matanya bengkak menangis tentang ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Nabilla.

"Assalammualaikum,"panggil Sarah di muka pintu.

"Herm?"

"Boleh saya masuk?"

"Herm,"Iskandar pun mengambil tisu untuk mengelap air matanya.Sarah hanya tersenyum tawar,macamlah dia tidak tahu bahawa Iskandar menangis.

"Kalau tuan tak keberatan,boleh saya tahu kenapa tuan menangis?"

"Takdek pape,"

"Tuan berceritalah.Saya takut kalau perkara ni dapat menjejaskan fikiran tuan,"

"Takdek pape Sarah.Saya okay.Awak nak apa?"

"Saya nak hantar laporan bulan lepas,"

"Okay,letak atas folio tu.Ada apa-apa lagi?"

"Takdek.Tapi.."

"Okay,kalau dah takdek pape yang berkaitan pasal kerja,awak boleh keluar,"kata Iskandar dan Sarah hanya mengikuti.

Iskandar pun menarik nafas panjangnya sebelum meletakkan kepalanya kembali di atas meja.

Dia menutup matanya.Gelap.Namun mindanya dapat membayangkan wajah,senyuman,gelak ketawa,panahan mata yang diberikan oleh Nabilla.Segala-galanya bermain di fikirannya.Memori manisnya bersama Nabilla.

(beberapa hari kemudian)

"Aku yakin itu bukan dia Yusuf,"kata Iskandar kepada salah satu rakannya,Yusuf selaku ustaz yang merawat orang-orang sakit.

"Apa maksud kau?"

"Kau faham maksud aku Yusuf.Dah berapa bulan dia jadi macam ni.Aku yakin tu bukan dia,"

"Macam mana kau yakin?"

"Aku kenal dia Yusuf.Aku kenal dia.Dia takkan tinggalkan solat,dia takkan tinggikan suara dengan aku.Dia takkan buat apa yang dia buat dekat aku sekarang which is nak minta cerai.No,itu bukan Nabilla,"

"Kalau dia memang dah tawar hati?"Iskandar tersentak mendengar apa yang dikatakan oleh rakannya itu.Dia pun menunduk.

"Aku..Aku akan pergi,"katanya,sebak.Tidak sanggup dia ingin mengucapkannya.Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.Jika benar Nabilla memang sudah tawar hati,maka dia rela dilepaskan dan melepaskan.

(beberapa jam kemudian)

Iskandar masuk ke dalam rumahnya bersama rakannya,Yusuf dan 2 orang perawat perempuan.

"Nabilla?"panggil Iskandar namun tiada sahutan.Dia pun menyuruh rakannya untuk memeriksa sementara dia pergi mencari isterinya.Apabila dia membuka bilik,dapat dia melihat Nabilla yang sedang menoreh tangannya sehingga berdarah.

"Ya Allah!BABY!"panggilnya terkejut.

"Pergi!Aku tak suka kau!Aku benci kau!Aku suruh kau ceraikan aku,kau taknak!Aku taknak hidup dengan kau,kau faham tak?!"tengking Nabilla.Iskandar cuba menghalang perbuatan Nabilla namun lekas Nabilla menolaknya.

"Is,apa yang kau cakap betul.Ada orang hantar benda ni untuk biarkan dia jauh daripada kau,"kata Yusuf.

"Macam mana ni Yusuf?Macam mana nak baikkan dia?"

"In Shaa Allah,benda ni datang atas izin Allah dan akan pergi dengan izin Allah jugak.Sementara tu,kau berdoa supaya benda ni dapat keluar,"

"Terima kasih Yusuf.."

"TAKNAK!!AKU NAK CERAI!!AKU NAK CERAI!CERAIKAN AKU!"jeritan Nabilla kuat sehingga kawasan ruang tamu pun boleh mendengarnya.Malam itu,mereka mengadakan beberapa rawatan untuk merawat Nabilla.Iskandar yang melihat tidak sanggup menahannya apabila melihat Nabilla bermuntahkan darah bersama paku.Mengalirlah air matanya melihat kesakitan yang perlu ditanggung oleh isterinya.

"Nabilla.."

"Itu bukan isteri kau Iskandar.Selama 2 bulan kau duduk dengan dia,dia bukan isteri kau.KAU SIAPA?!"

"Kau tanya aku siapa?Aku ni isteri Tuan Inspektor Iskandar bin Ismail lah bodoh!Itu pun tak tahu!"

"Kau jangan main-main dengan aku.Kau bagitahu sekarang kau siapa?!"

"Apa kau nak buat kalau aku tak bagitahu kau?"kata Nabilla,sambil mengesat darah yang mengalir di bibirnya.Yusuf memulakan bacaan kepada Nabilla dan Nabilla hanya ketawa.

"HAHAHAHAHAH itu je?Lemah!"katanya.Apabila Yusuf memulakan bacaan keduanya,Nabilla mula meronta.Dia merasa gatal dan seolah-olah ada cacing yang keluar dari kulitnya.

"PEDIHLAH!BERHENTI!!"

"BAGITAHU AKU SIAPA YANG HANTAR KAU?!!"

"THAQIF!!THAQIF YANG HANTAR AKU!!"Yusuf menarik nafasnya dan menyambungkan bacaannya dan itu membuatkan Nabilla semakin meronta.

"BAGITAHU AKU,MACAM MANA,BARANG APA,ALASAN APA,MANA DIA TANAM BARANG YANG DIA GUNA UNTUK HANTAR KAU?BAGITAHU!!"

"DIA GUNA MINYAK DAGU!DIA AMBIL RAMBUT DENGAN NAMA PENUH PEREMPUAN NI!DIA NAK PEREMPUAN NI JATUH CINTA DENGAN DIA!!DEKAT BELAKANG RUMAH TU ADA!!SEKARANG BERHENTILAH BODOH!!PEDIH!!!"

Yusuf membaca dan menyambungkan ayatnya dan sehingga kalimat terakhir,Nabilla memuntahkan sebiji telur busuk yang agak besar bersama darah yang banyak.Nabilla membuka matanya selepas menahan sakit memuntahkan benda-benda tersebut.

"Nabilla!"

Ayat itulah yang dia dengar sebelum dia menutup matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience