BAB 8

Romantic Comedy Completed 9525

“Anaknya bagitahu tercekik bunga cengkih kari yang Limah janda tu hantar. Kau bukan tak tahu Pak Maun tu kalau pasal Limah bukan main laju lagi dia. Inikan dapat pulak kari Limah masak, mahu tak menyempat dia makan. Itulah puncanya, terus demam tak kebah-kebah.”

“Agaknya dah tersampuk demam cinta si Limah ya Lebai?”

“Agaknya lah. Ni kalau bawa si Limah pergi hospital hilanglah demamnya.”

“Amboi pandai lebai mengata Pak Maun.”

“Aku gurau aje Den, sakit apa pun kita kawan-kawan ni kena pergi jenguk. Tengok mana yang boleh bantu.”

“Betul tu lebai.”

“Aku balik dululah den, bini aku suruh beli cili api tadi.”

“Bini yang nombor berapa lebai?”

“Kamu bergurau ya dengan aku den. Aku balik dulu lah. Assalamualaikum.”

Kadang borak kosong itu mungkin borak terakhir kita bersama. Bukan menggalakkan kita-kita buang masa di gerai kopi menebar masa sesuka rasa, tapi jika ada masa luanglah bersama sebaiknya.

Cuma kita perlu tahu bezakan antara kawan yang akan hadir dan akan hilang waktu usung jenazah kita nanti.

Aku rindu zaman lepak warung Pak Long pukul 3 pagi hanya untuk segelas kopi dan bercerita tentang si dia, kau, aku, tentang kita. Aku hargai semua momen walau hanya kita bersembang level cerita kedai kopi. Juju raku hargainya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience