BAB 3

Humor Completed 16697

Asyiqin keluar dari keretanya macam ribut. Habis, lewat! Kalau lima minit tahan lagi, ini sudah hampir setengah jam. Asyiqin bergegas ke dalam bangunan mewah itu. Tangannya rancak menggagau kad kerjanya. Nak punch kad, memang spoil dah rekod dia minggu ni. Asyik lewat sahaja. Harap-harap boss dia tak marah.

Pintu lif terbuka dan dia melangkah keluar. Aik, hari ni semua orang senyap, selalunya sibuk duduk bergosip sana-sini. Asyiqin meletakkan barangannya ke atas meja di cubicle dia dan duduk melepaskan lelah berlari tadi. Kerusinya dipusing-pusing.

“Psst! Psst. Babe, kau masuk lewat, tapi kau tayang muka innocent gila.”

Zeta, yang juga kawan sekerjanya yang duduk di cubicle bertentangan dengannya berbisik halus. Pelik benar hari ni semua orang ya, cakap pun berbisik. Awat, ada ghimau ke terlepas kat office ni? Super duper silent.

“Bukan sengaja pun. Eh? Kenapa aku tak nampak muka budak-budak yang His & Hers ek? Lewat juga kah mereka tu?”

Zeta angkat kening. Ratu lewat kat depan dia ni memanglah.

“Diorang ada dengan new boss. That new boss wants to discuss something about nak ‘HOT’ kan lagi H&H tu. Oh yeah, lupa nak bagi tahu kau, tadi boss dah suruh aku pesan, dia suruh kau masuk bilik dia bila kau dah sampai. Lupa pulak nak cakap.”

Selamba Zeta berkata. Asyiqin sudah mengetuk kepalanya. Lupa pulak hari ni boss baru yang masuk. Aiyoyo. Rasanya dia sudah tahu kenapa seluruh department ni senyap, mesti boss baru ni singa.

“Adoi babe. Mati kali ni. Sebelum ni, Mr Shahran cool saja, now, new boss kita garang ek?”

Asyiqin masih lagi nak bergossip. Kalau orang lain dah macam kelibut pergi lari jumpa boss. Dia ni, senteng akal kut.

“Kau imagine saja, kami dengar tapak kaki dia je, semua lari ke tempat masing-masing. Macam pengetua pun ada boss kita tu. Very serious but very handsome.Very...masculine.”

Asyiqin angguk sambil mengambil folder karyanya, lalu berlenggang ke bilik boss baru itu. Takkanlah teruk sangat kut kan, Asyiqin tahulah macam mana nak gunakan charm dia ni.

Baru sahaja dia ingin menolak masuk pintu bilik boss, dua orang journalist H&H sekali dengan Asyiqin tadi pun keluar dari bilik itu. Muka tegang habis. Mereka memandang Asyiqin dengan muka simpati.

“Syiqin, you are so dead meat. Kami doakan saja kau.”

Dan terus mereka berlalu. Asyiqin tiba-tiba rasa tak konfiden. Alahai, teruk sangat eh boss baru ni? Gambatte Asyiqin.

Lalu dia mengetuk pintu bilik boss. Setelah dia dengar ada orang kata masuk, baru dia beranikan diri untuk terus melangkah.

Asyiqin melihat lelaki itu tertunduk menghadap kertas di hadapannya. Setelah itu, dia mengangkat wajahnya dan Asyiqin sedaya upaya cuba tahan diri dari menghamburkan gelak tawanya. Muka boss dia kacak, tapi spoil sebab ada moustache yang tebal tu. Boss dia pula angkat kening tinggi-tinggi memandang muka Asyiqin yang jelas kemerahan itu. Asyiqin cepat-cepat melekapkan tangannya pada mulut, nanti terbelahak kat sini sah-sah kena buang kerja.

“Duduk.”

Sepatah kata yang tegas berjaya buat Asyiqin hentikan perasaan geli hatinya. Memang betul kata mereka, boss baru ni tegas. Misai pun dah macam orang masuk Army tu. Lagi tepat, macam polis dalam Gerak Khas tu. Tapikan, muka ni macam pernah dilihat. Di mana ya?

“You are late, Miss...”

Matanya dilarikan pada kad yang tergantung pada leher wanita di hadapannya itu.

“Nasrin. This whole week, awak selalu lewat. Dah tak mahu kerja dekat sini?”

Gulp. Syiqin telan liur. Apa mau kasi ni, reason, reason.

“Actually boss, saya bukan sengaja datang lewat. Saya overslept saja, maklumlah, this time round saya punya article tu demanding sedikit. Idea pun datang tengah malam buta.”

Asyiqin berterus-terang. Boss dia pula dah pandang dia semacam.

“Awak ingat ni syarikat awak? Boleh sesuka hati nak datang pukul berapa? Even your article pun hari ni kan due? Mana, bagi saya tengok, hebat sangat ke idea awak tu.”

Lalu sesuka hati dia saja mengambil file dari tangan Asyiqin. Asyiqin ternganga, amboi, agak biadap. Main ambil macam tu saja.

Asyiqin pula melarikan mata pada wajah bos baru dia tu. Kalau buang Mr Mo atas mulut tu, makin handsome gamaknya. Itulah Asyiqin, betul ke research kau buat tentang lelaki bermisai ni? Ini nampak macam pakcik jual air tepi jalan pun ada.

“Buat balik. I am not impressed. Nonsense apa awak tulis pun saya tak tahu. Rubbish! Make sure, petang ni, article tu ada atas meja saya. If not, you are fired. Dahlah tak ada disiplin, kerja pun cincai.”

Asyiqin rasa macam nak meletup on-stop. Longkang punya mulut bos dia ni. Rubbish dia kata? Aku kemain lagi buat research sana sini dia cakap nonsense? Aku cukur misai dia tu karang baru tahu. Eish!

“Ha, apa lagi awak duduk pandang saya macam tu? Get out!”

Bos dia memberi arahan tegas. Asyiqin berdiri dengan perasaan tak puas hati yang membengkak di dada. Matanya dikecilkan pada bos dia, nak cakap dia geram lah tu.

“Such an insufferable person.”

Desis Asyiqin perlahan, namun dia pasti bos dia pun dapat menangkap katanya sebab bos dia tunjuk muka perasan hebat dia pada Syiqin tu. Asyiqin pun nak tunjuk hebat, so dia tunjukkan sedikit attitude kepada bosnya itu. Kepala diangkat dan kakinya melangkah menjauhi meja bos dia itu. Namun, tanpa disengajakan, kaki skirt dia yang paras lutut itu terpaut pada bucu meja, dan berlakulah suatu insiden yang Asyiqin rasa macam nak kambus diri dalam tanah sahaja.

Itulah Syiqin, pakai lagi skirt crochet. Pakai lagi, kan dah tersangkut dah dekat meja tu. Kan dah koyak skirt tu, lepas ni tak payah nak alter jadi miniskirt lah,buat kain buruk je skirt tu. Bos dia pula sudah pandang belakang Asyiqin. Alamak, koyak dekat belakang pulak tu, makin panjang jadi slit skirt tu. Free show dah lepas ni. Syiqin rasa muka dia memerah. Keras-keras dia pun, bab skirt koyak ni buat dia rasa nak menangis pun ada.

“Itulah, pakai lagi skirt pendek-pendek. Koyak sikit sudah terdedah. Dah, keluar. I have an important bussiness call to make.”

Tak ada perasaan betul Encik Misai ni. Sipi je nak nampak undies dia, tapi lelaki tu buat kayu dia saja. Tak ada simpati langsung. Tak gentleman langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience